Kejayaan ahli perniagaan Wanita Kelantan menjadi kekaguman setiap orang yang menjejaki pasar Siti Khadijah, pembangunan yang sederhana juga menjadi tarikan kepada orang luar negeri Kelantan kerana walaupun dianggap sebagai parti pembangkang tapi berjaya juga membawa pembangunan walaupun tidak sehebat mana.
Itulah diantara pujian yang terdengar daripada mereka yang seleranya suka kepada pihak parti Pakatan Rakyat, walaupun kejayaan yang dilaksanakan oleh PAS tidak sebelah mana, Kelantan yang tidak membangun tapi disambut dengan bersemangat oleh penyokong PAS apabila PAS menjadikan slogan 'Membangun Bersama Islam' sebagai wadah perjuangan mereka.
Kelmarin sepatutnya ke Kuala Lumpur tapi terpaksa ditangguhkan untuk mendapat maklumat berhubung dengan kemelut yang berlaku dinegeri Kelantan terutamanya dalam pentadbiran negeri dibawah Kerajaan PAS yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan kemelut dalam parti PAS Kelantan.
Banyak isu yang dapat dan bukti-bukti yang menunjukkan memang pergolakan yang berlaku dalam Kerajaan Negeri dan Parti PAS yang memberi ruang kepada UMNO untuk menyakinkan rakyat bahawa sudah sampai masanya kerajaan baru harus dibentuk di Negeri Kelantan pada pilihanraya umum ke 13 nanti.
Tapi seperti biasalah, UMNO senonim dengan 'PAS dah nak kalah tapi UMNO tak mahu menang'. Senonim tersebut memang jelas dan itulah yang berlaku dalam UMNO Kelantan hari ini. Apa tidaknya dalam pentadbiran UMNO diperingat Bahagian orang yang patut jadi Ketua duduk dibawah ketiak orang yang tidak layak jadi ketua yang terbukti ahli-ahli cawangan tidak dapat menerima kepimpinannya dan pucuk pimpiman Bahagian masih melantinya. Untuk dapat keterangan lanjut tanyalah Cik Gu Mat Yani, AJK UMNO Bahagian Ketereh di Bahagian mana terdapat berlakunya seperti apa yang saya kata itu.
Walaupun di Kelantan apa yang dibuat oleh PAS sepertilah import daging lembu dari India, isi dagingnya tidak diberitahu bahawa daging yang diimport itu adalah daging KERBAU bukan daging LEMBU yang mana pembeli ingatkan daging import itu daging LEMBU kerana rata-rata rakyat Malaysia suka makan daging LEMBU dan tak suka daging KERBAU.
Sayangnya di Kelantan ramai ahli UMNO tak dapat bezakan yang mana daging LEMBU dan yang mana daging KERBAU, sedangkan lembu dan kerbau itu adalah "binatang'. Dan PAS akan terus jual daging KERBAU kerana di India LEMBU adalah TUHAN mereka dan menjualkan kepada rakyat kelantan yang mudah dipengaruhi oleh PAS.
Rupa-rupanya rakyat Kelantan sudah 20tahun makan daging yang diimport oleh PAS, itulah hebatnya jenama bernama 'ISLAM'. tapi malangnya UMNO tidak mahu mendedahkan, ini terbukti apabila pemimpin hanya memilih orang-orang yang disukainya saja untuk mendengar lapuran dan pandangan, kalau setakat menang G7 jangan diharap pucuk pimpinan tertinggi UMNO mahu melayannya.
G7 akan dilayan seperti 'GAY' apabila sampai musim pertandingan, dibayar untuk dapat nikmat, meminjam kata-kata Zuha seorang ahli UMNO dan Usahawan yang belum lagi berjaya. G7 dibayar untuk dapat undi semasa pemilihan Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, tapi tidak diambil tindakan oleh Lembaga Displin kerana boleh jadi Lembaga Displin itu juga mengamalkan amalan 'GAY'.
No comments:
Post a Comment