Akhirnya UMNO Malaysia sedar bahawa UMNO Bahagian Rantau Panjang tidak dapat diselamatkan sekiranya dibiarkan ahli-ahli UMNO di Bahagian tersebut menyelesaikan masaalah dalaman sesama sendiri.
Keputusan 'MAGERANKAN' UMNO Bahagian kena pada masanya dalam usaha UMNO Kelantan bercita-cita menubuhkan kerajaan negeri pada pilihanraya umum ke 13 nanti hasil dari pemukiman yang dipersetujui oleh ahli-ahli Badan Perhubungan UMNO Kelantan di Surabaya, Indonesia baru-baru ini.
Dalam waktu mageran ini mereka yang terlibat tidak perlu dihadapkan kepada Lembaga Displin Parti. Badan Perhubungan UMNO hendak lah diberi sepenuh mandat untuk mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar kepada arahan yang dibuat oleh Badan Perhubungan dan ahli-ahli UMNO Bahagian hendaklah diperintah supaya mematuhi semua arahan yang diberi oleh UMNO Perhubungan.
Sekiranya 'utusan' dari Badan Perhubungan UMNO Negeri ke Rantau Panjang adalah orang yang beliau sendiri pun tidak dapat menyelesaikan masaalahnya akan menyulitkan lagi misi perpaduan yang dihasratkan oleh UMNO Malaysia. Oleh itu Badan Perhubungan UMNO kena berhati-hati untuk melantik wakil pentandbir itu.
Yang menjadi persoalan kepada saya, Pemimpin UMNO selalu mengingatkan kepad ahli-ahli supaya menghormati pemimpin dengan membantu memperkuatkan parti, tapi kenapa pemimpin tidak suka menghormati ahli-ahli dan membantu ahli-ahli yang perlu pertolongan untuk bekerja bagi memperkuatkan parti.
Maaf sekiranya pertanyaan saya ini salah.
No comments:
Post a Comment