Sunday, July 4, 2010

Selamatkan UMNO

peristiwa hitam jangan berulang
Ikhmal, Tanah Merah

Setiausaha Agung UMNO Malaysia, Dato' Tengku Adnan Mansor mengesahkan 2 Bahagian UMNO di Negeri Kelantan ada masaalah, iaitu UMNO Bahagian Rantau Panjang dan UMNO Bahagian Tanah Merah. Masaalah yang boleh diselesaikan sekiranya pihak atasan parti mahu menyelesaikannya, kerana orang-orang yang terlibat hanya menuntut hak supaya keadilan dan demokerasi diujudkan di Bahagian tersebut.

Semua itu berlaku kerana perebutan jawatan, masing-masing nak jadi ketua, jadi apa salahnya biarkan mereka berlawan secara jantan, ikut peraturan dan perlembagaan, bincang dengan semua yang terlibat, susunkan mesyuarat cawangan dengan teratur dan adakan semula Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, dalam ertikatanya 'Gantung' dulu UMNO Bahagian Rantau Panjang dan Tanah Merah, UMNO Perhubungan hendaklah jadi pentadbira dan adakan mesyuarat cawangan dan Persidangan Perwakilan Bahagian untuk memilih pemimpin.

Apa pelik sangat sehingga seperti tidak ada jalan untuk diselesaikan, kenapa mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikan krisis kepimpinan di 2 Bahagian tersebut. Abdullah Mat Yassin Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang dan Ikhmal Hashim Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah tentunya tidak mahu keadaan sebegitu akan berpenjangan.

Semua ahli UMNO di 2 Bahagian tersebut sedang menanti dengan penoh minat supaya satu penyelesaian dapat diaturkan oleh pihak atasan, ahli-ahli masih lagi setia untuk bersama UMNO walaupun kadang-kadang perasaan cemuh melanda dihati, mereka mengharapkan ada usaha dari pihak atasan untuk menghentikan perseketaan dikalangan pemimpin mereka.

Pokoknya sekarang apakah pihak pucuk pimpinan parti ada usaha untuk menyelesaikan krisis kecil ini supaya tidak berterusan, atau apakah orang atasan beranggapan apa yang berlaku di Bahagian Rantau Panjang dan Tanah Merah tidak menjadi 'kudis gatal' kepada UMNO, sekiranya itulah tanggapan pucuk pimpinan, maka adalah satu kesilapan besar akan berlaku kepada kedudukan UMNO keseluruhannya.

Terutama apa yang sedang berlaku di UMNO Bahagian Tanah Merah sekarang ini, pekara yang diungkitkan oleh bekas Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Sdr Amran yang telah dipecat keahlian UMNO tidak boleh dipandang remeh, kerana ianya akan melibatkan undang-undang tubuh dan Mahkamah. jangan ulangi peristiwa hitam yang lalu yang mana UMNO telah diharamkan.

Jangan pula setelah isu UMNO diangkat ke Mahkamah, maka para pemimpin UMNO melepas tangan bahawa mereka tidak tahu dan tidak sangka isu ini akan ke Mahkamah sedangkan perkara pokok telah pun dimaklumkan kepada pemimpin diperingkat negeri dan pusat.

Sebelum Perhimpunan Agong UMNO Malaysia bermula, eloklah urusan mendamaikan pergolakan yang berlaku di 2 Bahagian UMNO di Kelantan itu, iaitu UMNO Bahagian Tanah Merah dan UMNO Bahagian Rantau Panjang diselesaikan dulu, kerana bimbang nanti isu Bahagian tersebut boleh menjejaskan tali persidangan hayat UMNO itu sendiri.

Isu ini dibangkitkan kerana saya sendiri telah mendengar bisikan hati orang yang terlibat.

No comments: