Pandangan orang kampung walaupun pendak tapi besar erti dan maknanya bagi sesebuah kerajaan untuk mengekalkan kuasanya. Terima kasih kepada Pandangan orang kampung kerana sudi memberi komen kepada tulisan bertajuk 'Berkuasa- Tolonglah Orang' yang disiarkan semalam.
Memeng betul, kuasa yang diberi oleh rakyat kepada sesebuah kerajaan sama ada kerajaan persekutuan ataupun kerajaan negeri adalah hanya melalui pilihanraya umum yang mana rakyat memilihnya dengan sebatang 'pencil' untuk memangkah lambang mana yang disukainya. Tapi rakyat juga pandai menilai dan rakyat memilih satu lambang yang rakyat percaya boleh memberi perkhidmatan terbaik kepadanya.
Rakyat itu tak kira datangnya dari pegawai kerajaankah, penerokakah, ahli perniagaankah, borohkah, penggangurkah, mahasiswakah asalkan mereka ada nama dalam daftar pemilih maka mereka BERHAK UNTUK MEMILIH KERAJAAN melalui undi dan mereka sedang memerhati parti manakah yang mereka fikir yang boleh memberi perubahan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Pemimpin parti mana yang mereka boleh percaya, pemimpin parti mana yang suka menolong rakyat yang perlukan pertolongan.
Sama ada pemimpin dari UMNO, PAS atau Keadilan (dalam kontek Melayu dan Islam) mereka tidak kisah asalkan pemimpin itu dilihat suka mengambil tahu dan menyelesai maasaalah rakyat maka pemimpin dari parti tersebutlah akan mereka pilih.
Yang pastinya salah seorang Naib Presiden UMNO yang berjawatan menteri telah TIDAK melaksanakan slogan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan sepertimana yang diolahkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd. Najib. Jadi sekiranya orang UMNO sudah muak dengan pemimpin UMNO itu bagaimana dengan rakyat biasa terutamanya orang kampung yang jauh perhubungannya dengan seorang menteri.
Dan UMNO juga akan bermasaalah sekiranya lapuran surat kabar Utusan Malaysia hari ini seperti yang disiarkan (baca diatas) akan terus berlaku dan membiarkan perkara tersebut kepada Pengerusi Proton Dato' Nazmi Mohd Salleh untuk menyelesaikannya kerana ketulinan Dato' Nazmi sebagai ahli parti dan penyokong UMNO boleh dipertikaikan kalau dikaji sejarah dari kalangan keluarga terdekat beliau.
No comments:
Post a Comment