Tuesday, July 13, 2010

PAS tersenyum?

Pemuda UMNO desak kerajaan siasat Proton
kereta kemegahan rakyat malaysia


KUALA LUMPUR 12 Julai - Pemuda UMNO mendesak kerajaan melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pengurusan Proton berhubung dakwaan wujud aktiviti politik ditunjangi pengerusan kanan syarikat itu dengan beberapa pemimpin pembangkang.

Pengerusi Sekretariat Pekerja Mudanya, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, tindakan tegas itu penting bagi membolehkan syarikat automotif utama negara tersebut 'dibersihkan' daripada kumpulan perosak yang hanya mahu menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).


"Siasatan penuh perlu dilakukan dengan segera dan jika dakwaan itu benar maka, Pengarah Urusan Kumpulan Proton Holdings Bhd., Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir perlu bertanggungjawab.

"Kerajaan juga pada masa sama harus melihat dan meneliti semula bagaimana individu-individu yang tidak bertanggungjawab seperti ini boleh diberi jawatan dan amanah yang cukup besar untuk menguruskan Proton," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan sebuah blog, ruangbicarafaisal. blogspot.com hari ini yang mendakwa penceramah Pas serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyusup masuk dan mengadakan sesi ceramah politik sejak dua tahun lalu hasil anjuran pengurusan kanan Proton.

Dakwa blog itu, bagi menjayakan tindakan itu, semua pemimpin pembangkang berkenaan menukar status kerjaya mereka kepada pendakwah bebas dan penceramah motivasi bertujuan mengelirukan kakitangan Proton.

Mengulas lanjut, Nazir Hussin berkata, individu yang gagal melaksanakan amanah setelah diberi kepercayaan untuk mengurus syarikat milik kerajaan (GLC) perlu dihukum demi menjaga nama baik dan produktiviti negara.

Dalam pada itu, beliau juga mahu siasatan penuh dilakukan mengenai dakwaan seorang pengurus besar di syarikat tersebut yang didakwa mencabul kehormatan seorang kakitangan Proton baru-baru ini.

No comments: