Tuesday, July 6, 2010

Pecat Ahli Lembaga Displin Parti


Persidangan Perwakilan UMNO seluruh Bahagian hampir selesai walaupun ada beberapa UMNO Bahagian minta ditangguhkan kerana masaalah tempat persidangan, tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kecuali UMNO Bahagian Rantau Panjang terdapat dua persidangan yang mana kedua-duanya dihadiri oleh salah seorang Naib Presiden UMNO. Dato' Ahmad Zahid Hamidi.

Yang lain nampaknya beres, tidak ada lapuran berlakunya penyalahgunaan kuasa atau pun politik wang, maka fungsi Jawatankuasa Displin Parti tidak mustahak lagi, bahkan tidak ada kedengaran langsung nasihat daripada Lembaga Displin untuk ahli-ahli supaya mengamalkan politik yang sihat.

Tindakan displin sepatutnya diambil bukan saja kepada kesalahan politik wang semata-mata tapi patut diambil kepada mereka yang ada kuasa sama ada diperingkat Cawangan atau Bahagian yang tidak menjalankan mesyuarat mengikut peraturan parti dan mengikut Akta Pertubuhan, kerana tidak mematuhi peraturan itu menjadi kesalahan besar dalam berorganisasi.

Sebagai contoh, sekiranya ada terdapat UMNO Cawangan tidak mengadakan mesyuarat cawangan mengikut peraturan maka persidangan cawangan itu dianggap tidak sah, maka perwakilan cawangan ke Bahagian itu tidak sah dan dengan sendirinya persidangan perwakuilan UMNO Bahagian itu tidak sah kerana dihadiri oleh wakil yang tidak sah.

Dan apakah apabila wakil Bahagian dipilih dialam persidangan Bahagian yang tidak sah ianya akan menjadi sah apabila datang bersidang di Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, tapi sekiranya perwakilan Bahagian itu tidak sah maka dengan sendirinya Persidangan Agong UMNO Malaysia akan jadi tidak sah. Itu Persidangan haram namanya.

Oleh kerana tidak ada tanggongjawab dan amanah oleh pemimpin UMNO diperingkat Cawangan dan Bahagian maka adalah lebih elok Jawatankuasa Displin Parti mengambil tindakan terhadap Cawangan dan Bahagaian yang tidak menjalankan tugas mengikut peraturan dan Akta Pertubuhan.

Lembaga Displin Parti jangan hanya diujudkan semata-mata nak menghalang orang dari terus dipilih sebagai pemimpin diperingkat Bahagian atau pun Malaysia dan sekiranya Lembaga Displin tidak mampu menlaksanakan tugas dan amanah itu adalah elok Majlis Tertinggi membubarkan saja Lembaga Displin.

Bagaimana kesudahanya dengan UMNO cawangan yang bermesyuarat tidak mengikut peratauran parti dan tidak melaksanakan Akta Pertubuhan, apakah pihak atasan hanya tahu tapi hendak terus membiarkan begitu saja dan membiarkan perkara buruk itu terus menjadi amalan dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO). Amat malang nasib UMNO.

Semasa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian dulu, Setiausaha Bahagian membawa peraturan mesyuarat kehulu kehilir hanya untuk menghalang saya dari cukup pencalunan, besarnya dan keramatnya peraturan mesyuarat pada waktu itu, tapi hari ini berpuluh-puluh UMNO Cawangan menjalankan mesyuarat tidak mengikut peraturan, semuanya diam seribu bahasa.

No comments: