Monday, July 26, 2010

Kemana Hilangnya Haji Alwi?

Dalam kemeriahan 'JUARA RAKYAT' di Parlimen Ketereh
. Sdr Abdullah Zudi Shamsuddin, Pen. Bendahari Pemuda UMNO Bahagian Ketereh sedang menyampaikan hadiah kepada salah seoran peserta JUARA RAKYAT.
Penulis (Baju Merah) sedang bertanya kabar kepada Ketua Cawangan, Kelihatan Abang Adi dan Sdr Basri (Basri adalah Ahli Jawatankuasa Bahagian dalam DUN Kadok).

Hari sabtu 24hb. Julai. UMNO Bahagian Ketereh telah mengadakan program JUARA RAKYAT, sebanyak 20 tempat diadakan diseluruh Bahagian adalah dianggarkan seramai 15,000 orang mengambil bahagian dalam semua acara yang diadakan mengikut kawasan masing-masing.

Anggaran keramaian kehadiran ini dibuat kerana sambutan disetiap tempat lebih kurang seramai 1000 orang hadir termasuk kanak-kanak dan orang dewasa. Ini menunjukkan program sebegini dapat menarik minta orangramai untuk menyertai sama dalam 'KARNIVAL' yang dianjurkan oleh UMNO.

Kerja kuat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang ditugaskan sebagai penyelaras disetiap tempat yang diadakan itu adalah penyebab utama program Juara Rakyat di Bahagian Ketereh itu berjaya, kesedaran peranan yang sepatutnya dilaksanakan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh diharap akan beterusan. Saya gembira kerana teguran saya semasa diberi kesempatan berucap dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh baru-baru ini disambut secara positif oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian. Walapun terdapat satu dua orang yang tidak senang hati dengan teguran saya itu.

Penyelaras DUN pula memberi komitmen yang luar biasa dalam mengerakan jentera supaya program Juara Rakyat itu hidup dan berjaya,. Tahniah patut diberi kepada Cik Gu Mee Penyelaras DUN Melor, Abe Lan Penyelaras DUN Kadok dan Dato' Alwi Penyelaras DUN Kok Lanas diatas usaha bagi menjayakan program tersebut walaupun Dato' Haji Alwi tidak ada dalam kawasan pada hari tersebut kerana sibuk dengan urusan yang lebih penting diluar negeri.

Tahniah dan sekalung bunga patut diberi kepada Cik Gu Mat Yani kerana mengunakan pengaruhnya yang menyebabkan seluruh Ibubapa dalam Bahagian Ketereh turut sama bagi menjayakan Juara Rakyat pada hari tersebut walaupun beliau tidak mempunyai jawatan yang khusus bagi menjayakan program tersebut. Kerana ingin melihat Juara Rakyat berjaya dengan senang hati dan sukarela beliau mencurahkan tenaga untuk satu kejayaan.

Dan tentunya Tan Sri Anuar Musa sebagai Ketua UMNO Bahagian akan berlapang dada dan tersenyum gembira kerana Juara Rakyat yang dianjurkan di Bahagian Ketereh berjaya dan dapat sambutan diluar jangkaan. Begitu juga dengan Wanita UMNO, Pemuda UMNO dan Puteri UMNO telah menzahirkan semangat 'BERSATU TEGUH' bagi menjayakan Program Juara Rakyat.

Tahniah UMNO Ketereh semuga kerusi Parliman Ketereh, DUN Kadok dan DUN Melor akan dapat dirampas dari Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Suara Rakyat mengatakan UMNO akan menang sekiranya CALUN yang diketengahkan nanti dapat memonohi hasrat dan impian rakyat. Apakah itu benar?

No comments: