Friday, July 23, 2010

Lim Guan Eng, Nik Aziz Nik Mat dan.....

BIADAP?




Perkataan 'biadap' yang dipaparkan didada akhbar arus perdana, yang akan dinilai oleh semua rakyat Malaysia tak kira dari bangsa dan keturunan mana. Kebetulan pula kedua-duanya menerajui negeri yang diperintah oleh kerajaan pakatan.

Ini berlaku kerana mereka berdua tidak mengamalkan, 'budi bahasa budaya kita' sebagai rakyat Malaysia yang ada hati dan perasaan. Bagaimana seorang pembesar negeri boleh menuduh pegawai kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan maruah pegawai tersebut.

Bagaimana seorang pembesar negeri tidak mengamalkan tradisi apabila Sultan berangkat pulang dari luar negeri hendaklah disambut. Kemana hilangnya Menteri Besar dan Exco Kerajaan yang berpayung dibawah naungan Tuanku.

Kemana lenyapnya lafaz 'Taat Setia' kepada Sultan semasa mengangkat sumpah untuk menjadi Menteri Besar dan Exco Kerajaan. Apakah pemimpin Kerajaan negeri sudah lupa bahawa di Negeri Kelantan Darul Naim, Sultannya masih lagi KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra.

Kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang tak suka kepada Nik Ali Mat Yunus, Pegawai Pembangunan Persekutuan kita tahu sebabnya kerana Nik Ali adalah orang MELAYU dan bagaimana pula Tok Guru Nik Aziz dengan KDYMM Tuanku Sultan Kelantan.

Hanya Tok Guru Nik Aziz yang tahu apa ertinya nasihat secara senyap.

No comments: