Dibawah Tajuk Lim Guan Eng, Nik Aziz Nik Mat dan......"BIADAP" yang saya postkan dalam blog ini mendapat reaksi banyak pihak, ada yang hentam saya secara totak, ada yang hentam saya secara sindir dan ada yang puji saya kerana melontarkan sebuah tajuk untuk dibahas secara ilmiah.
Untuk pembaca blog dan yang suka c-box ini, anda semua harus faham, apa yang saya kemukakan itu adalah hasil dari pemberitaan yang berterusan dalam Media Arus Perdana dengan perkataan 'BIADAP' diukirkan dalam surat kabar tersohor dinegara ini.
Saya berhak memberi pendapat tanpa mengeluarkan perkataan kesat kepada mereka yang terlibat, apatah menuduh mereka yang terlibat menyiarkan berita tersebut dengan mengeluarkan kata-kata menghina dan kata-kata yang tidak berasas dan pendapat yang tidak bermoral seperti setengah-tengah penjengok blog ini yang ditulis dalam c-box terhadap saya.
Adalah ADIL kepada kita memahami apa yang tersurat dan tersirat dalam tajuk Lim Guan Eng,Nik Aziz Nik Mat dan..........(apa maksud dan itu) BIADAP. Carilah dan kupas siapakah selain daripada Lim Guan Eng dan Nik Aziz Nik Mat yang diselar sebagai BIADAP itu. Dan apakah saya di anggap BIADAP apabila saya mencatitkan kenyataan yang tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. Atau ada orang lain yang lebih BIADAP daripada Lim Guan Eng dan Nik Aziz Nik Mat apabila Sokongan orang politik terhadap sesautu perkara terhadap penjawat awam hendaklah dirujuk kepada pihak atasan terlebih dahulu untuk mendapat pandangan. Nampaknya semua orang politik terutamanya Ahli Parlimen sudah disenarai hitam oleh JPA.
- "Ini berlaku kerana mereka berdua tidak mengamalkan, 'budi bahasa budaya kita' sebagai rakyat Malaysia yang ada hati dan perasaan. Bagaimana seorang pembesar negeri boleh menuduh pegawai kerajaan dengan niat untuk menjatuhkan maruah pegawai tersebut.
- Bagaimana seorang pembesar negeri tidak mengamalkan tradisi apabila Sultan berangkat pulang dari luar negeri hendaklah disambut. Kemana hilangnya Menteri Besar dan Exco Kerajaan yang berpayung dibawah naungan Tuanku."
Berhujahlah dengan matang dan saya amat gembira sekiranya pengkritik dalam c-box nanti anda semua dapat mengzahirkan identiti sebenar tanpa berselindung dengan nama samaran, baru ada class.
No comments:
Post a Comment