Sunday, July 18, 2010

Roslan ada kekuatan baru?

Cikgu Mat Yani, AJK UMNO Bahagian KETEREH
Roslan Hamid, Bendahari UMNO Bahagian KETEREH
Zudi Shamsuddin, Pen Bendahari Pemuda UMNO Bahagian KETEREH

Satu keajaiban akan berlaku dalam pilihanraya umum ke 13 nanti di Dewan Undangan Negeri, DUN Kadok yang akan mencipta sejarah dalam politik negeri Kelantan. Ini pastinya akan menjadi kenyataan apabila pemimpin UMNO dilihat bersatu dengan tekad yang bulat mahu menunjukkan kepada dunia bahawa dalam politik tidak ada yang kekal.

Umum mengetahui bahawa DUN Kadok, dalam Perlimen Ketereh adalah menjadi milik PAS sejak piliharaya mula diadakan di negara kita ini, kecuali pada satu ketika manjadi milik BERJASA apabila PAS berpecah pada waktu itu dan telah dirampas kembali selepas daripada itu.

Bermula daripada Allahyarham Cik Gu Yaakob Ab.Rahman (1990) calun BN, Mohd Soberi Shafii (1995), Haji Ariffin Said (1999), Cik Gu Sharipuddin Ab.Rahman (2004) dan terbaru Roslan Ab.Hamid (2008) semuanya tewas kepada PAS, kerana PAS sememangnya kebal dikawasan ini.

Setelah selesai Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh minggu lepas dengan resolusi yang bersemangat semua perwakilan berikrar akan bersama-sama bagi mempastikan keempat-empat kerusi iaitu tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen akan dimiliki oleh BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Susulan daripada itu, Cik Gu Mat Yani, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KETEREH telah berpakat bagi memulakan gerakan kearah memperkasakan UMNO KETEREH bersama-sama Saudara Zudi Shamsuddin, Pen. Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO KETERH bagi menunaikan tanggongjawab kepada parti. (Cik Gu Mat Yani adalah bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO KETEREH sebelum daripada ini).

DUN Kadok dipilih kerana penyelaras pilihanaraya ialah Roslan Hamid, Bendahari UMNO Bahagian KETEREH dan kebetulan pula DUN Kadok adalah lubuk PAS yang mana perlu kepada tenaga yang kuat untuk menumpaskan PAS, maka pakatan Cik Gu Mat Yani, Zudi dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KETEREH adalah menjadi harapan kepada ahli parti terutamanya di DUN Kadok akan mula bergerak bagi menghadapi parti PAS.

Malam esok (19hb. Julai 2010) satu perjumpaan bagi merancang gerakan memperhebatkan gerakan kegiatan parti di DUN Kadok akan diadakan dirumah Shahril salah seorang Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian KETEREH yang akan dihadiri oleh Roslan Hamid dengan memulakan majlis 'Makan Sup Kaki' dan adalah dipercayai satu keputusan akan diambil bagi mengadakan majlis menyambut kedatangan ramadhan iaitu "Pemuda UMNO Kadok bersama Abe Lan". syabas.

Inilah semangat yang patut dicontohi, tanpa banyak bercakap, tindakan dan aktiviti terus dijalankan hasil dari keberkatan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian, walau pun Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian yang lain sedang merancang, Cik Gu Mat Yani, Zudi dan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian sudahpun memulakan langkah.

Diharap supaya langkah tidak sumbang.


1 comment:

sejadahburuk said...

berat la kalu nak menang tapi wat kijo nipu je ari ari..