PAS dan Keadilan parti yang pemimpinnya bersemangat tinggi untuk menubuhkan Kerajaan baru bagi mengantikan BN dalam piliharaya umum ke 13 nanti, sedang gigih berusaha bagi mempastikan undi orang muda berpihak kepadanya. Kerajaan Pakatan yang secara amnya akan sama dengan carta BN. Kerajaan berbilang kaum.
Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan sekarang dimiliki Pakatan Rakyat, itupun Perak kerana permainan elat politik maka jatuh balik kepada BN, kalau tidak enam negeri semuanya dibalong oleh Pakatan Rakyat. Ini semua terjadi kerana undi yang didapati oleh Pakatan rakyat lebih daripada undi yang diperolehi oleh BN.
Kerani undilah yang menentukan satu-satu parti itu boleh menang, maka YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia telah mengarahkan parti-parti komponen BN supaya agresif daftar pengundi muda.
Moralnya, begitu daif para pemimpin BN kini yang masih lagi dibuai angan-angan bahawa BN akan terus berkuasa selepas pilihanraya umum ke 13 nanti. Sedangkan Dato' Sri Najib sudah dapat menghidu baunya sekiranya BN leka untuk menambah undi supaya mengundi BN nanti bahaya sedang menanti.
Maka itu sebabnya, Dato' Sri Najib terpaksa bersuara walaupun secara terbuka meminta semua parti komponen BN bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan orang muda didaftar sebagai pengundi dan mengawasinya supaya akan mengundi BN dalam pilihanraya nanti.
Dato' Sri Najib sedar bahawa orang tua sudah tidak ada lagi itu bermakna undi fanatik sudah hilang yang tinggal kini orang muda yang sudah tua (seperti kita kita yang dilahir sekitar tahun 50an) yang akan menyokong berpandukan realiti bukan menyokong membabi buta dan yang akan menentukan keputusan adalah anak-anak muda yang baru boleh mengundi. Itulah sebabnya Dato' Sri Najib mahu golongan muda diberi perhatian.
Ini semua tidak akan berlaku kepada BN buat masa ini, kerana orang yang berjawatan dalam parti yang mendapat elaun dan gaji tidak bekerja kearah itu, mereka asyik mengintai peluang cari kekayaan diri, mereka tidak peduli berapa orang sudah dikenal pasti pengundi yang tak dapat dikesan dalam pilihanraya dulu kini akan mengundi BN. Mereka tidak bekerja kearah bagaimana untuk melipat gandakan pengundi supaya undinya berpihak kepada BN.
Suara Dato' Sri Najib itu akan sia-sia kalau diharapkan kepada pemimpin parti bekerja, BN hendaklah mencari alternatif lain bagi mengumpul pengundi supaya berpihak kepada BN, sama ada undi baru yang hendak didaftar atau undi yang dulunya tak dapat dikesan supaya mengesan mereka itu dimana sebenarnya berada.
Dalam usaha mendaftar pengundi baru,terutamanya undi ulama muda. BN jauh ketinggalan.
No comments:
Post a Comment