Saturday, May 31, 2008

Majlis 'SUNTIKAN SEMANGAT SATRIA' hanya retorik


Majlis, ' Suntikan Semangat Satria' bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad anjuran MINDA MELAYU KREATIF KELAB CINTA AMANAH MELAYU & ARENA PJS 14, berlaku tidak sebagaimana jemputan yang diterima melalui sms. Tawar dan Lembab.

Semalam jejak saja kaki di lapangan terbang KLIA, masuk sms yang berbunyi "TERKINI: Esok, 31hb. Mei, SABTU jam 9am d KRISTAL CROWN HOTEL PJ, Tun M akan buat PENDEDAHAN terbuka DEMI MENYELAMAT MELAYU DAN NEGARA. TIDAK APA RAHSIA LAGI YNG NAK D SIMPAN. MELAyU DAN NEGARA MESTI D SELAMATKAN dan kalau ingin nak tahu d jemput datang kalau rasa diri melayu serta sayang Bangsa@Negara.

Rasa tertipu ada rasa tolol pun ada, tertipu kerana percaya kapada sms dan tolol kerana tidak bertanya kabar dengan kawan kawan peri hal majlis tersebut, walau bagaimana pun ada sedikit terubat apabila Sdr Ruhanie Ahmad, Bekas Setiausaha Politik Tun Musa Hitam dalam ceramah pendeknya dengan bersahaja membangkikan isu iskandar malaysia, yang menurutnya rakyat johor(beliau) akan berjuang bagi mempastikan projek itu gagal.

Dalam ucapan Tun Mahathir tidak ada apa perkara baru, bahkan gimik yang mengatakan seperti yang didapati dalam sms bahawa Tun Mahatihir akan membuka segala rahsia semuanya auta. Tun hanya mengupas sejarah Melayu sejak zaman Dato' Onn hinggalah kepada Tun Husein Onn, termasuk di zaman Tengku Ab.Rahman dan Tun Abdul Razak, semua pemimpin ini berjasa besar pada Negara.

Mengikut Tun Mahathir, semua pembesar ini berjiwa besar terutamanya Dato' Onn yang melepaskan jawatan Presiden UMNO apabila dapati bahawa ahli-ahli sudah tidak bersetuju dengan pendapatnya untuk membuka ruang kepada bangsa yang bukan melayu menyertai UMNO dan begitu juga YTM Tengku Ab.Rahman yang melepaskan jawatan juga kerana sedar kepimpinan beliau tidak lagi menguntungkan negara dan parti.

Disamping menegaskan lagi bahawa beliau keluar UMNO dengan bersyarat, iaitu beliau akan kembali menjadi ahli UMNO setelah Pak Lah berhenti jadi Presiden UMNO. Beliau juga melahirkan kekecewaan berlakunya rasuah dalam pemilihan pucuk pempinan parti, sebagai contoh kekalahan beliau untuk menjadi wakil UMNO Bahagian Kubang Pasu yang beliau pernah menjadi Ketua Bahagian selama 22 tahun adalah kerana politik wang yang berharga RM200 seorang. Dan beliau mengakhiri ucapannya dengan menzahirkan bahawa beliau masih MENCINTAI parti UMNO.

Bak kata Ayat-Ayat CINTA, "tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat yang pernah berkuasa".

No comments: