Hari Jumaat adalah hari yang mulia, hari yang dikira baik kepada ummat Islam tak kira dia tu Menteri atau Rakyat biasa. Amalan budi bahasa budaya kita yang diperkenalkan oleh Rais Yatim tidak diguna pakai oleh Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, boleh jadi Menteri tidak tahu mengajar supaya anak buahnya berhati budi dalam melaksanakan tugas.
Dijalan Plaza Damas, Damansara, laluan disitu seperti terusan, luasnya boleh dikatakan 4 buah lori tangki berselisih tidak menjadi halangan, maka adalah hamba Allah parking kereta ditepi walau pun ada garisan kuning, parking bukan untuk selama-lamanya dan parking kerana disitu tidak menghalang lalu lintas dan menyusahkan kenderaan lain. Saya pun turut parking disitu pagi ini.
Tinggal lah kereta disitu untuk sementara waktu kerana dikira selamat, ditempat terang dan aman ada jaga lagi, tinggal kereta untuk bersama sahabat pergi minum dan makan lebih kurang jam 11.pagi. Balik jam 12. tengahari apabila sampai ditempat parking cari kereta tidak jumpa. Kereta saya dah hilang. Didalam otak terfikir kereta telah dicuri orang, wah tengahari pun ada kaki curi disini. Telepon anak bini, telepon polis memberi khabar bahawa kereta saya hilang.
Jam 12. 45 tengahari anak telepon memberitahu bahawa kereta tidak dicuri orang tapi ditunda oleh kereta penunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ke stornya di Jinjing Kepong. Hati merasa lega dan perasaan sudah membara marah. Hari ini hari jumaat, balik awal kerana nak pergi sembahyang jumaat tiba-tiba kereta hilang. Celaka.
Apakah pihak penguatkuasa Dewan Bandaraya tidak ada akal untuk memikirkan supaya tak usah tunda kereta itu ke Jinjang, cukup dengan keluarkan saman kerana salah meletak kereta di garisan kuning, lagi pun ditempat itu tidak menghalang lalu lintas, apa tah lagi hari ini hari jumaat yang tentu sekiranya tuan kereta itu orang Islam dia hendak balik untuk ke masjid sembahyang jumaat.
Tengok kepada otak orang yang berkuasa di Dewan Bandaraya nampak saja cerdik tapi akal dan fikirannya beku, tak tahu pada masa dan waktu mana seharusnya kuasa digunakan. Sia-sia kerajaan membuat kempen 'Budi Bahasa Budaya Kita' selagi ada manusia yang perangainya lebih teruk daripada binatang yang tidak ada akal.
Apakah Kerajaan sudah terlalu terdesak sehingga mengarah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya mencari duit dengan menunda kereta yang letak ditempat salah walaupun tidak menganggu kesesakan lalu lintas. Tunda bererti pemilik kereta kena bayar RM205.00, kalau saman hanya RM50.00. Itukah perniagaan Kerajaan Malaysia pada hari ini.
Kesilapannya kerana menteri tidak tahu bezakan hari, bahawa hari jumaat adalah hari yang diwajibkan kepada ummat Islam ke masjid untuk sembahyang jumaat, dengan adanya masaalah yang dicipta oleh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini saya hampir-hampir tidak sempat menunaikan sembahyang jumaat, tapi Allah itu Maha Kaya walaupun saya hanya dapat mendengar separuh saja khutbah jumaat tapi sempat menunaikan solat jumaat.
Yang celakanya apabila nak bayar saman diminta pula salinan photocopy kad pengenalan, maka terpaksa keluar cari kedai photocopy dan datang balik. Apa salahnya ditempat itu hendaklah disedaikan mesin photocopy supaya memudahkan orang yang ditimpa musibah berurusan sekali harung saja dan tidak menyusahkan rakyat.
Kalau saya pun terasa marah, orang lain bagaimana?
5 comments:
salam tuan,
jika terkena pada sya tentu marah juga. namun sudah byk juga kempen kerajaan untuk mendisplinkan rakyat. sesiapa pun berhak untuk meluahkan ketidakpuasan hati. namun rasionalnya untuk apa undang2 / peraturan jika untuk di langgar @ tidak di patuhi?
Memang penguatkuasa celaka,bukan setakat DBKL hatta MPKB-BRI pun celaka!...Yang pasti undi pada PRU akan datang akan jadi undi rosak!...
eelobor.
Saya setuju, apa perlu ada undang-undang sekiranya tidak dipatuhi.
Nama lagi manusia yang tidak sunyi dari melakukan kesalahan, anda juga manusia bukan?.
Tapi saya bukan tidak langsung menghormati undang-undang. Dalam hali tulisan saya itu saya mengatakan sepatutnya DBKL ada sedikit perasaan kemanusiaan.
Apa perlunya di tarik kereta ke stornya hanya melakukan kesalahan letak diline kuning yang tidak mengangggu lalu lintas. Kan ada undang-undang untuk mengeluarkan saman. Samanlah jangan menyusuhkan rakyat oleh kerana undangt-undang membenarkannya. Pilihlah yang sesuai dimana ada kelonggaran.
Salam.
Salam tuan,
Terima kasih kerana sudi menyiarkan komen saya. Pernah juga sya komen yg tidak selari dgn entri namun tidak di publish. Sekurang2nya tuan seorang yang berpandangan terbuka serta boleh menerima pendapat orang lain. Memang sya setuju sangat2 dgn pendapat tuan iaitu timbang rasa juga perlu ada, bukan hanya menggunakan kuasa yang di pinjamkan sementara itu semata2.
wahaha. tau xper. yang aku ni student dah la bnyak pakai duit. hospital parking penuh. niat di hati nk melawat orang saket. korang bayangkan da full gile2. aku parking jer dekat line kuning. sbb da terdesak sgat. tp bodohnye mereka ni x bertimbang rase betol !! ingat sengaje nk parking kt situ ! jauh pulak to dari hospital. xder bahase !
Post a Comment