Sunday, May 4, 2008

BENCI tapi RINDU

Yang ku dengar
Isteri membebel pasal harga barang naik, biasalah hari minggu begini orang rumah suka ke pasar borong untuk membeli barang-barang keperluan dapur, wang yang dibawa seperti kebiasaan tak cukup untuk membuat belanja barang dapur, kalau dulu wang sebanyak itu sudah cukup untuk keperluan dalam masa seminggu tapi hari ini hanya cukup untuk 3hari saja. Aduh...dahsatnya.
Bagaimana mahu bertahan......sedangkan pendapatan tidak bertambah, bagaimana sekiranya pendapatan kita "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" dan pendapatan seperti biasa, tak bertambah, sedangkan barangan harian harganya naik melambong, cukai pendapatan kena bayar macam biasa, tax dan service charge di restoran dan kedai mamak seperti biasa, 10% dan 5%, dah lah kena bayar pada kedai mamat dan restoran, pada kerajaan pun begitu juga.
Pada mereka yang ada sumber rezeki melalui hubungan rapat dengan para pemimpin negara tak ada masaalah, wang projek melimpah ruah sehingga tak reti nak belanja, tapi orang macam saya yang sumber pendapatan ' Kais Pagi Makan Pagi ini' bagaimana agaknya nasib sekiranya keadaan kenaikan barang seperti hari ini tidak berubah. Bagaimana untuk meneruskan kehidupan yang selesa?
Dan ramai lagi insan akan menanggong akibat yang teruk dimasa yang akan datang sekiranya pasaran harga barang keperluan harian tidak berubah, orang atas pandai bercakap pasal kawalan, unjuran keuangan yang kukuh, inflasi kosong dan banyak lagi retorik untuk memesong perasaan rakyat, tapi kenyataan sebaliknya.
Semua rakyat mendoakan semuga negara yang kita CINTAI ini tidak akan menjadi negara rakyatnya kebulur, makanan cukup, kesihatan terjaga, keharmonian dan ketenteraman negara terjamin, rakyat boleh hidup bergaya dan kehidupan harian sentiasa selesa dan terlepas dari malapetaka kemiskinan merata.
Oleh itu pentadbiaran negara hendaklah sentiasa peka kepada masaalah harian rakyat, para menteri diminta supaya tidak hanya pandai mengeluarkan kenyataan yang sedap didengar, janganlah sibuk tak tentu pasal sehingga rakyat hendak menjengokpun terpaksa tunggu berbulan-bulan baru dapat temujanji. Dulu sebelum jadi menteri, mudah berkira senang berbicara, sms tak sampai 1 saat dah jawab, tapi kini teramat sibuk, surat tak jawab, sms tak balas,telepon dah tentu tak berangkat. Kalau tak percaya telepon lah kepada Dato' Tajuddin, Ketua Setiausaha SULIT Kanan Pak Lah.
Beliau langsung tak reti nak bercinta dengan sahabat lama Pak Lah.
Bak kata Ayat-Ayat CINTA "benci tapi rindu"

No comments: