Monday, July 5, 2010

Pak Dogol

turunlah ke Rantau Panjang

Abdullah Mat Yassin, Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang
Biarkan mereka yang terlibat dalam perebutan kuasa di Bahagian UMNO Rantau Panjang menyelesaikan sendiri masaalahnya lagi pun kawasan itu tidak boleh menang dalam pilihnaraya umum ke 13 nanti, nak hancur-hancurlah kerana ahli-ahli UMNO di Bahagian tersebut suka keadaan jadi begitu. Usaha Badan Perhubungan UMNO kelantan tidak diendakan oleh mereka yang terlibat.

Sudah beberapa kali mereka yang terlibat berjanji untuk melupakan sengketa dikalangan mereka, mereka berjanji mahu terus berkerja untuk kekuatan parti, tapi nampaknya janji tinggil janji yang membuat pihak Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan teramat kecewa dengan sikap mereka di Rantau Panjang.

Kalau dizaman dulu UMNO Bahagian Rantau Panjang ada tokoh 'SERI RAMA' yang menjadi tempat mengadu dan rujuk bagi menyelesaikan masaalah, tapi kerana Mohd Zain Ismail telah meretakkan asas yang tradisi di Bahagian tersebut dengan melawan mahagurunya maka roh dan semangat 'Seri Rama' telah hanyut bersama arus kebangkitan genarasi baru yang pentingkan kedudukan dan diri masing-masing.

Sehingga kini UMNO Bahagian Rantau Panjang tidak aman, tapi bukan kerana sumpah 'Seri Rama' tidak aman kerana dikalangan mereka tidak mahu mengalah kerana mereka masih berpegan kepada berpuak dan berpihak. Inilah yang susah untuk diselesaikan dan tidak akan selesai selagi tidak hadirnya 'PERSATA TUA' bagi meleraikan kekusutan yang berlaku.

Watak 'PAK DOGOL' hendaklah dihidupka semula, supaya dapat memberi jampi dan sumpah kepada mereka yang terlibat supaya dengar cakap, jampi supaya mereka yang terlibat mengikut aliran yang diputuskan oleh Badan Perhubungan UMNO Negeri dan sumpah kepada mereka yang degil dan melawan arus supaya ianya tidak ujud lagi dalam alam UMNO Bahagian. Dalam ertikata pecat mereka yang tidak setia kepada keputusan parti.

Pak Dogol yang dimaksudkan disini bukan 'orang' tapi kuasa yang ada pada Pok Dogal hendak lah diguna pakai supaya kekusatan yang berlaku di UMNO Bahagian Rantau Panjang dapat diselesaikan semuga satu atau dua kerusi akan berpihak kepada BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Cubalah.

1 comment:

Kosing said...

Apa yang sebenarnya berlaku di RP ialah manifestasi daripada perasaan tidak puas hati ahli UMNO diperingkat cawangan berkaitan pemilihan bahagian 2008 yang lalu.

Badan disiplin UMNO yang mahu menghukum orang-orang tertentu telah menjatuhkan keputusan pada waktu dan ketika yang salah.

Mengapa keputusan penggantungan tidak dibuat sebelum atau selepas persidangan cawangan dan bahagian.

Ahli2 akar umbi kecewa apabila org2 tertentu yang dicalonkan sebagai pemimpin dlm bahagian dan memperolehi pencalonan yang cukup tiba2 digantung menyebabkan mereka tidak punya pilihan lagi untuk mencalonkan orang lain sebagai pilihan mereka.

Dan yang perlu diketahui juga adalah peranan pemantau perhubungan umno negeri yang banyak berperanan secara berat sebelah membolehkan orang -orang tertentu diisytiharkan cukup pencalonan untuk kemenangan tanpa bertanding.

Tan Sri Annuar pasti tahu perkara ini.

UMNO akan terus hancur di RP kerana perkara hati dan perasaan ahli UMNO diperingkat akar umbi dipersendakan.