Saturday, July 10, 2010

Persidangan UMNO Ketereh sudah tapi tak selesai?


Dua hari tidak up-date blog kerana urusan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh, berada dalam kawasan Parlimen Ketereh bertemu dengan ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi bagi mendapat maklum balas apa yang patut disuarakan dalam persidangan kerana saya dipilih mewakili cawangan ke Persidangan Perwakilan Bahagian Ketereh pada tahun ini.

Persidangan Bahagian Ketereh telah selamat dijalankan pada hari jumaat 9hb. Julai 2010 di KTC,. Kota Bharu yang telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapha Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Pada tahun ini Ustaz Mat Harun Ab.Rahman adalah orang yang paling gembira kerana berjaya mencapai cita-cita 2 perkara dalam satu masa. Cita-cita pertama beliau ialah mahu bercakap membahas ucapan dasar Ketua Bahagian dan cita-cita kedua mahu mewakili UMNO Bahagian Ketereh ke Perhimpunan Agong UMNO Malaysia dan beliau berjaya dalam pemilihan itu dengan mengalahkan beberapa orang tokoh jawatankuasa UMNO Bahagian.

Dalam membahas ucapan dasar beliau menyindir pegawai UMNO Bahagian yang diibaratkan seperti menanam pokok 'bonzai' yang mana walaupun pokok dilihat gemuk dan subur tapi kedudukan rendah dan tidak berdahan dan berdaun. Tanya beliau, kenapa pokon 'bonzai' tidak berdahan dan berdaun dan beliau juga menjawab, kerana dahan dan daun selalu di 'cantas' oleh tuannya.

Sekali lagi saya bersama-sama Ustaz Mat Harun Ab.Rahman telah dipilih mewakili UMNO Bahagian Ketereh pada Persidangan Agong UMNO Malaysia. Pada tahun 2009 lalu saya dan Ustaz Mat Harun telah mewakili UMNO Bahagian Ketereh tapi tidak melalui pertandingan kerana ada perundingan tapi tahun ini terpaksa bertanding kerana Jawatankuasa UMNO Bahagian berkeras mahu bertanding walaupun saya mensarankan supaya Jawatankuasa UMNO Bahagian tak payah bertanding bagi memberi peluang kepada ahli-ahli diperingkat akar umbi mewakili Bahagian dengan diadakan perundingan untuk memilih wakil.

Tiga dari lima orang dari akar umbi telah menang dalam pertandingan tersebut iaitu Ustaz Mat Harun Ab.Rahman (Pensyarah UMNO Malaysia) Zuri Ariffin daripada pemuda dan saya sendiri manakala daripada 12 ahli jawatankuasa UMNO Bahagian yang bertanding hanya empat orang saja yang menang manakala yang lain seramai 8 orang lagi 'hanyut'.

Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh berlangsung dalam suasana yang aman dan gelak ketawa walaupun terdapat teguran dan pandangan serta sindirian daripada Ustaz Mat Harun Ab.Rahman wakil DUN Melor , Sdr Rajoli wakil DUN Kok Lanas dan saya wakil DUN Kadok. Dan seperti biasalah, saya berucap secara berterus terang tanpa selindung atas isu-isu serta cadangan untuk kebaikan parti walaupun ada orang yang kurang senang dan mengadu kepada Tan Sri Anuar Musa bahawa merasa kecil hati diatas ucapan keritikan dari saya.

Walau bagaimana pun isu dalam Bahagian tidak akan terhenti dengan selesainya Persidangan Perwakilan Bahagian sekiranya Tan Sri Anuar Musa selaku Ketua UMNO Bahagian tidak cuba membaiki kecacatan yang terdapat dalam pentadbiran parti terutamanya seperti saranan saya iaitu supaya 'BIRO POLITIK' dijadikan sebagai sebuah majikan.

Oleh itu orang yang hendak dilantik supaya menjalankan aktibiti sercara bergaji (iaitu penyelaras DUN dan Parlimen) janganlah dilantik dari pemiliknya (biro politik) kerana tidak mungkin majikan dapat mengambil tindakan kepada pemiliknya sekiranya pemilik itu tidak melaksanakan tugas yang diberi, dengan melantik pemiliknya sebagai pekerja dan membayar gaji kepada diri sendiri adalah satu kejanggalan kerana sekiranya perkara tersebut diamalkan, maka tidak akan berlaku ketelusan dalam melaksanakan tugas. Siapa yang akan melaksanakan keputusan yang telah dibuat oleh majikan (biro politik) dan sekiranya keputusan tidak dilaksanakan kepada siapa majikan akan marah serta mengambil tindakan, adalah tidak mungkin majikan akan marah dan mengambil tindakan pada diri sendiri.

Membahagi-bahagikan tugas dan meramaikan jentera adalah lebaih baik daripada mendakap jawatan yang banyak tapi kerja tidak terlaksana, yang ruginya parti, yang untungnya individu-individu tertentu. Adalah elok mereka itu memilih, mahu mejadi ahli Biro Politik parti atau mahu menjadi pegawai bergaji parti seperti penyelaras DUN dan Parlimen yang dibayar gaji itu ribuan ringgit itu

Ikrar untuk bekerja bagi memenangi kerusi parlimen ketereh dan tiga DUN akan berhasil sekiranya pakat-pakat bahagi kerja dan bahagi tugas tapi sekiranya manusia itu memiliki dua atau tiga tugas pada seorang orang maka ibaratlah ikrar akan tinggal ikrar saja. Kerusi Parlimen Ketereh akan terus dimiliki oleh YB. Aziz Kadir.

1 comment:

Putra 7 Gunung said...

tahniah kerana dipilih mewakili Umno Bhg Ketereh ke perhimpunan agung Umno ...tahniah juga kerana di pilih berucap mewakili Dun Kadok untuk merungaki segala isi hati demi keutuhan Umno ketereh..dulu saya pernah berucap mewakili Dun Melor..tetapi kini semua itu tinggal kenangan...barangkali pemikiran kita tetap sama ...tetapi ramai yang kaki jilat menyifatkan kita adalah penyibuk Umno Bhg ketereh.

Umno Ketereh perlu bersikap terbuka jika mahu terus kukuh kerana kekuatan sebenar umno Bhagian ketereh adalahg menang dalam setiap kali pilihanraya..bukan hebat menjadi pengampu.

Yang retak perlu diikat rapi...yang mengkritik tidak semestinya musuh kepimpinan Umno ketereh. Yang melawan juga bukan musuh yang nyata, tetapi itulah hakikat demokrasi, bukan mematikan niat untuk berlawan dengan membunuh setiap cawangan.

Yang tidak boleh diterima oleh akal nyata...semua calon yang ingin bertanding dalam bahagian biarpun sudah cukup pencalonan - kesilapan cawangan membuat calon tidak boleh bertanding...ttetapi calon Timbalan Presiden yang sudah jelas tidak cukup untuk bertanding ...tiap-tiap bahagian termasuk Umno Ketereh sendiri beria-ia mencolon tokoh lain untuk mencukupkan korom....inilah yang saya bangkang selama ini...apapun biarlah Umno ketereh terus kuat dan mengalahkan PKR dan Pas dalam pilihanraya ke-13 nanti...muga terus berjuang bersama Ustaz Mat Harun.