Tuesday, July 27, 2010

Siapa lebih TAKBUR?


Terkejut saya apabila membaca berita di Utusan Malaysia hari ini berhubung kata-kata yang dikeluarkan oleh Datuk Alwi Che Mat, Ketua Pembangkang DUN Kelantan yang mengatakan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat sebagai TAKBUR.

Alwi tidak berhak mengeluarkan perkataan tersebut kepada Tok Guru Nik Aziz kerana beliau sendiri pun adalah manusia yang takbur. Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, yang baru dua hari lepas telah selesaikan mengadakan program JUARA RAKYAT, tapi batang hidung Alwi tidak nampak dalam kawasan. Apakah kerana beliau sudah menjadi wakil rakyat dan Timbalan Ketua Bahagian, maka majlis parti yang sebesar itu tidak diberi perhatian yang istimewa oleh beliau.

Bukankah Takbur namanya, apabila seorang ahli cawangan bertanya melalui telepon dimana Datuk sekarang dan dijawab saya berada diluar negeri, sedangkan didalam Bahagian ahli-ahli parti bersusah lelah untuk menjaya program bagi memperkasakan parti yang tentunya menafaat dapat kepada Alwi.

Itulah sebagai contoh kenapa Alwi tidak layak mengecapkan Tok Guru Nik Aziz sebagai Takbur kerana kalau kita mengamalkan sikap takbur jangan tuduh orang lain takbur lebih daripada kita untuk mempermolekkan kita.

Tidakkah Takbur namanya apabila memberitahu ahli-ahli UMNO didalam Bahagian bahawa "saya tidak mahu jadi Timbalan Ketua Bahagian dan Wakil Rakyat sekiranya ada orang lain mahu", jadi kalau tak mahu letakkan saja jawatan itu, tak payah bersendiwara dengan linangan airmata.

Saya rasa UMNO Bahagian Ketereh akan lebih AMAN sekiranya Datuk Alwi Che Mat meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Bahagian dan wakil rakyat DUN Kok Lanas sekarang, kerana menjadi Gunting Dalam Lipatan lebih bahaya daripada Api Dalam Sekam.



6 comments:

Unknown said...

Salam Tuan Soberi.

Saya selalu dok peghati dan baca berita UMNO Ketereh dalam blog Tuan. Maklumlah duduk jauh di perantauan, teringin juga nak baca cerita dikampung.

Bila membaca tulisan Tuan tentang Haji Alwi yang dikatakan takbur, dimana menurut tuan "apabila seorang ahli cawangan bertanya melalui telepon dimana Datuk sekarang dan dijawab saya berada diluar negara".

Seronok juga mendengar kejayaan program juara rakyat tersebut. Saya tertanya-tanya apa yang nak dilagakkan sgt oleh Hj Alwi hingga tidak berada di kawasan ketika program juara rakyat diadakan.

Jika dibaca dari apa yang ditulis Tuan, tentulah secara tidak langsung saya mempunyai persepsi negatif terhadap Hj Alwi. Ye lah, ketika orang sibuk dibahagian, beliau pulak di luar negara.

Untuk memahami "ketakburan" Haji Alwi ni, maka saya cuba hubungi beliau. Dari SMS beliau, Hj Alwi menerangkan beliau berada di Brunei kerana mewakili Malaysia melalui Malaysian Land Surveyors Board. Menurut Haji Alwi, ianya komitmen terdahulu beliau sebelum perancagan Juara Rakyat dibuat.

Jika itulah faktanya, maka bukanlah satu isu yang patut diperbesarkan sehinggakan melabelkan seseorang itu takbur. Seeloknya diceritakan punca dan sebab ketidakhadiran Haji Alwi tempohari. Ianya bukan sahaja memberikan imej baik kepada UMNO, tapi kepada rakan seperjuangan sendiri. Rasanya tiada ahli dicawangan yang marah jika mereka mengetahui ketidakhadiran Haji Alwi kerana menghadiri program Malaysian Land Surveyors Board di Brunei.

Apabila mendengar cerita dari sebelah Hj Alwi, maka sedikit sebanyak saya dapat memahami politik UMNO di Kelantan. UMNO Kelantan termasuklah Ketereh lebih suka menembak sesama-sendiri. Sekali sekala, adalah beberapa peluru ditujukan kepada lawan.

Bukankah tindakan menembak rakan sendiri ini hanya akan terus merosakkan imej UMNO yang telah terjejas teruk. Apakah dikalangan UMNO sendiri gembira melihat Kok Lanas turut tumbang dalam pilihanraya akan datang, selepas Melor tersungkur dan Kadok terus tenggelam? Sesungguhnya Tuan lebih arif dan berpengalaman merungkai persoalan ini.

Salam hormat.

Putra 7 Gunung said...

ada gapo lagi ni..tak abis2 lagi ke nk begaduh dan saling tudh menuduh ni...kata nak perkuat umno bhg ketereh...

newkk said...

Mi, Bukan nak bergaduh dan cari musuh dah disuratkan bahawa saya sentiasa kritik sekiranya saya fikir apa yang sumbang berlaku dikalangan pemimpin.

JUARA RAKYAT harus dilibatkan semua ahli UMNO dari pemimpin hingga ke ahli biasa, tidak terkecuali. Apakah erti perjuangan sekiranya program parti tidak diutamakan.

Begitu juga dengan agenda parti yang mahu hulur perpaduan dengan PAS. bagaimana usaha pemimpin atasan akan berjaya sekiranya pemimpin dibawah membuat onar dengan mengutuk pemimpin PAS.

Stedy lah. U tahu I kan.

newkk said...

Mi, Bukan nak bergaduh dan cari musuh dah disuratkan bahawa saya sentiasa kritik sekiranya saya fikir apa yang sumbang berlaku dikalangan pemimpin.

JUARA RAKYAT harus dilibatkan semua ahli UMNO dari pemimpin hingga ke ahli biasa, tidak terkecuali. Apakah erti perjuangan sekiranya program parti tidak diutamakan.

Begitu juga dengan agenda parti yang mahu hulur perpaduan dengan PAS. bagaimana usaha pemimpin atasan akan berjaya sekiranya pemimpin dibawah membuat onar dengan mengutuk pemimpin PAS.

Stedy lah. U tahu I kan.

newkk said...

R yang dihormati.

1. R telepon Hj.Alwi dan dengar alasannya. Tapi kenapa R tak telepon saya untuk confirm, jawapannya itu betul atau tidak.

2. Dia jadi wakil rakyat kerana UMNO, program UMNO yang terbesar tahun ini dia tak ada, apa ni.

3. Tolong check, saya tulis dia berada diluar negeri, saya tak tul9is dsia pergi ke luar negara.

4. Adakah dia akan ambil tindakan apabila saya tegur seorang sama seorang dan adakah apabila berjanji dia akan ikuti apa yang dipersetujui.

5. Bukan untuk kalahkan DUN Kok Lanas, kalau tidak dia calun pun orang lain boleh menang kerana di Kok Lanas UM NO ada kekuatan.

6. Sebagai pemimpin dan orang No.2 dalam Bahagian, dia sepatutnya menunjukkan contaoh yang baik kepada ahli-ahlinya.

7. Nak tahu apa yang berlaku di Bahagian Ketereh mutakhir ini harap hubungi saya,boleh kita bersembang.

Salam. Tq. kerana mengikuti blog saya.

Putra 7 Gunung said...

Ree..selama ini i berusaha mencari damai ..cuba mendekatkan yang jauh dan kembali bersatu krn lebih memikirkan soal pilihanraya umum...bkn soal pemilihan dlm bahagian..krn itu i selalu di pandang serong...apa pun i cukup mengharapkan agar proses damai terus berlaku dan proses bersatu 'hati' dpat kekal selamanya...umno todak kuat jika kita saling tuduh menuduh...hari ini ..i tk nk ikut campur dlm umno ketereh..YB alwi pun lama sudah i tak jumpa..begitu juga dgn TS Annuar..cuma belajarlah dari kesilapan - hingga ada ketua cawagan boleh tinggalkan Umno...boleh jemput Nik Aziz dtg rumah...ini yang kita kena lihat agar ia tidak terus berulang...jika kita sebagai pemimpin hanya dengar certa org2 kanan kita hal Pdg Lepa tu...kita akan kata biarlah ...hakikatnya kita tk pernah jengok khabar...apa yangberlaku di situ..apa keperluan mereka ketika itu...yang kerus biarlah berlalu..biar kita cernihkan segalanya ...bukan masa bergaduh lagi skrg, bkn waktu untuk saling tuduh menuduh lagi...kekuatan umno keterah adalah 'bersatu' hati ..bila pecah ..kalah pilihanraya .. waktu ini...penyatuan pemikiran adalah uyang terbaik..semua pemimpin dlm ketereh ini semua yang terhebat di kelantan..tk guna hebat jika kalah pilihanraya..