Friday, June 6, 2008

"CALUN PRESIDEN UMNO", Pak Lah, Ku Li dan Dato' Najib, tak cukup 'PENCALUNAN'?

Kalau pemimpin UMNO Bahagian Bahagian diseluruh negara, tidak berminat untuk melihat perpecahan berlaku akibat pertandingan presiden UMNO( kalau betul dakwaan, pertandingan itu membawa kepada perpecahan, seperti dihujahkan oleh setengah pemimpin MT UMNO), saya mengsyorkan supaya semangat kenegerian ditanam dalam diri masing masing supaya pemerhati politik tanahair boleh membuat kesimpulan bahawa kepimpinan UMNO Bahagian tiap tiap negeri telah dilihat bersatu, seperti mana slogan UMNO, Bersatu, Bersetia Berkhidmat. yang menunjukkan bahawa pemimpin UMNO Bahagian benar benar CINTAkan semangat perjuangan untuk memertabatkan bangsa melayu.


Semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri hendaklah bermuafakat dikalangan Ketua Ketua UMNO Bahagian dinegeri masing masing supaya mesyuarat Persidangan Perwakilan Bahagian yang akan berlangsung nanti hendaklah mencalunkan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri masing masing sebagai calun Presiden UMNO. Maka Pak Lah, Ku Li, Dato' Najib tidak akan cukup pencalunan.

Dan sekiranya ini dapat di tunaikan, maka pendapat ahli ahli parti di peringkat akar umbi boleh dilaksanakan, kerana sistem kouta sudah tidak revelan lagi untuk di guna pakai dalam pemilihan Presiden UMNO, kerana semua yang berhajat untuk menjadi presiden UMNO tidak cukup pencalunan.

Ini memaksa UMNO Malaysia mengadakan mesyuarat Agong Khas bagi meminda peraturan mesyuarat bahawa sistem kouta hendaklah dihapuskan dan barulah sisitem demokerasi dalam UMNO boleh dihidupkan semula dengan cara yang lebaih telus. Maka pemilihan pemimpin akan lebih bermakna kepada ahli ahli UMNO yang berjuang bukan kerana kepentingan peribadi tapi meletakkan perjuangan untuk Agama Bangsa dan Negara lebih dari segala galanya hatta terpaksa mencurahkan harta dan nyawa.


Bak kata Ayuat Ayat CINTA,"usah dikenang masa yang dulu".



No comments: