Kelmarin hari khamis, (12hb. Jun 2008) saya tidak dapat mengisi blog ini kerana pagi pagi lagi bertolak dari Kuala Lumpur ke Kuantan dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, singgah di Kuantan bertemu dengan kawan kawan politik bagi meninjau perkembangan politik semasa di negeri Pahang, topiknya pertandingan dalam pemilihan UMNO. Apa yang dapat saya gambarkan sekurang kurangnya 5 Bahagian akan ada pertandingan pencalunan jawatan Presiden diantara Pak Lah dan Tengku Razaleigh. Bak Dato' Najib belum lagi diputuskan tapi sekiranya Pak Lah buat pengumuman tidak akan menawarkan diri untuk calun Presiden hanya 2 Bahagian saja yang akan berpihak pada Tengku Razaiegh.
Dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu melalui Jabor, saya singgah di Kuala Berang, Hulu Trengganu, terbaca satu kain rentang yang menjemput orangramai supaya keluar pada malam ini untuk mendengar ucapan Tengku Razaleigh Hamzah. Dan di Kota Bharu malam ini Pak Lah akan berucap di YKK.
Nampaknya dua tokoh ini telah turun untuk berjumpa akar umbi bagi mendapat sokongan dan menjelaskan visi masing masing bagi memperkasakan kembali UMNO yang seakan akan telah terhakis sokongan akar umbi dalam pilihanraya lalu.
Kedatangan Pak Lah di Kelantan adalah untuk memberi semangat kepada Katua Ketua UMNO Bahagian untuk terus berjuang bersama beliau bagi mendapat sokongan rakyat untuk meletakkan UMNO sebagai parti yang akan membela Bangsa dan Negara dan akan kekal memerintah Malaysia. Pak Lah tidak keseorangan dalam usaha membangun semula semangat ahli ahli UMNO Kelantan, beliau ada ramai penyokong yang bergaji di Kelantan, diantaranya:-
1. Tan Sri Annuar Haji Musa, Pengerusi KADA
2. Dato' Awang Adek Husein, Pengerusi PNS
3. Dato' Mustapha Mohammad, Menteri Pertanian dan Asas Tani
4. Datuk Zahid Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
5. Datuk Alwi Che Mat, Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri
6. Dato' Fatmi Haji Salleh, Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri
7. Sdr Imran Mohd Noor, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan
8. Dr. Azmi Setapa, Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Asas Tani.
9. Datuk Md. Zain Rantau Panjang , Pengerusi LTN.
Mereka mereka ini lah yang akan memberi lapuran dan cadangan kepada Pak Lah, bagi menentukan Pak Lah dapat bertindak untuk mempastikan UMNO Kelantan dapat menumbangkan Kerajaan PAS dalam pilihanraya yang akan datang. Inilah harapan seorang Perdana Menteri dan Presiden Parti, kalau betul lapuran yang mereka ini beri, maka betullah tindakan Pak Lah, kalau sombongnya mereka ini maka Pak Lah juga akan kelihatan sombong.
Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kerana nila"
No comments:
Post a Comment