Saya setuju dengan kenyataan Dato' Rais Yatim, dalam Utusan Malaysia hari ini, bahawa tugas jawatankuasa Lembaga Disiplin UMNO adalah untuk mengambil tindakan terhadap ahli ahli yang ingin merosakkan parti, seperti kesalahan rasuah politik, mendustakan Perlembagaan serta menjatuhkan maruah orang melayu.
Di samping itu juga ramai rakan rakan peminat politik UMNO tanahair melalui sms kepada saya ingin mengesyurkan kepada jawatankuasa Lembaga Disiplin parti supaya mengambil tindakan kepada ahli ahli parti yang telah menyalahgunakan peruntukan pilihanraya musim lalu. terutama pada calun calun, pengarah pilihanraya peringkat Perliman dan DUN dan juga Ketua Peti Undi, yang dapat peruntukan tapi tidak berbelanja dengan cara berhemah. Inilah diantara pemimpin apa yang dikatakan oleh Dato' Rais Yatim, terlalu ramai pemimpin "musang berbulu ayam".
Yang peliknya mereka yang bercakap supaya parti mengambil tidakan kepada si polan itu dan si polan ini, mereka itu adalah terdiri daripada Ketua UMNO Bahgian, maka eloklah sempena mesyuarat Agong UMNO Bahagian dia, bawa usul supaya Lembaga Disiplin Parti menyiasat kesalahan sesorang itu dengan adil dan seksama.
Lembaga Disiplin hendaklah bertindak dengan "Adil, Berani dan Tegas" jangan mengamalkan 'SAYANG BERTOPOK BENCI MERATA' seperti nasib yang menimpa kepada Tan Sri Isa Samad. Sehingga menampakkan dalam pemilihan UMNO itu, Tan Sri Isa adalah orang yang jahat kerana ingkar kepada peraturan "musang berbulu ayam". Betul betul berbulu dengan pemimpin bikin tak serupa cakap.
Bak kata Ayat Ayat CINTA, "memang nasib celaka badan".
No comments:
Post a Comment