Berita MP Barisan Nasional akan lompat parti telah reda, timbul pula kemponan Barisan Nasional akan keluar dari BN yang disebut bukan dari semenanjung. Dan terbaru ada ura ura MP daripada Pakatan Rakyat akan menyertai BN menjelang sidang Parlimen yang akan datang. Ini semua isu politik Malaysia, bercakap sambil duduk bersahaja, buat cerita untuk menarik perhatian dan hanya untuk menjadi model berbual. Betul atau tidak masa yang akan menentukan. Kalau cerita yang dibawa itu betul berlaku, maka bertepuk lah orang yang memulakan cerita itu dengan megahnya berkata 'memang aku tahu, first hand news' megah. nak kata dia lah orang yang hebat.
Kalau apa yang di cerita tak menjadi kenyataan, tak rugi apa pun, boleh adakan cerita baru, seperti saya cerita ini, "10 orang ahli Parlimen dari Parti Pakatan Rakyat akan menyertai Barisan nasional (BN) pada persidangan parlimen akan datang dan sekiranya berita ini menjadi kenyataan maka Kerajaan BN akan melebihi 2/3 penyokong di Parlimen. Mustahil atau tidak berita ini sama sama lah kita tunggu, kalau tak berlaku jangan marah kan saya, marah lah kepada Ahli Perlimen yang tak menyertai BN.
Yang hebatnya berita hari ini ialah ketegasan Dato' Syed Hamid Albar, Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) yang serta merta membekukan kelulusan kemasukan pekerja asing sektor urut urutan dan akan mengkaji beberapa sektor lain bersama dengan Kementerian Sumber Manusia. Katanya, kenapa peluang pekerja tersebut tidak diserahkan kepada rakyat Malaysia.
Kerja urut urutan cara tradisional memang dah dikerjakan oleh rakyat tempatan, tapi kerja urut urutan yang terdapat di SPA dan Rumah Rumah Urut yang diusahakan oleh taukeh taukeh keturunan Cina tidak sesuai dikerjakan oleh rakyat tempatan terutamanya pekerja itu terdiri dari perempuan, kalau tak percaya cubalah Dato' Menteri pergi berurut di SPA ataupun rumah urut yang kelulusan kemasukan pekerja asing wanita diluluskan begitu banyak oleh bekas Menteri dulu. Apa dan cara bagaimana urut urutan dilakukan.
Dengan pengumuman Dato' Seri Syed Hamid Albar itu, maka kuranglah perniagaan perdagangan 'DAGING MANUSIA' dipusat pusat ilmu kesihatan (SPA & Rumah Urut) yang beribu ribu tempat terdapat di Malaysia ini. Maka satu lagi barang keperluan manusia akan naik harga, mungkin juga harganya akan meningkat 40% sama dengan kenaikan harga minyak.
Soal nak kaji sektor lain, saya syorkan pada Dato' Menteri KDN, perkara yang disebutkan itu tak payah nak kaji, pegawai pegawai Dato' di Kementerian KDN dah tahu apa yang patut dilaksanakan, yang tinggal lagi berilah mereka tugas dan kuasa untuk melaksanakan dasar yang terbaik bagi mempastikan sektor mana yang harus dikurangkan dan sektor mana yang harus diperbanyakkan. mereka akan pening sekiranya setiap Menteri bertukar, maka ada ada saja perkara baru hendak dikaji. sedangkan tindakan tak dapat dilaksanakan kerana Dato' Menteri dan Pegawai Dato' Menteri dan Sahabat Dato' Menteri campurtangan banyak sangat.
Yang saya kaji ialah bagaimana calling visa pekerja bagi negara Bangledash lambat keluar walaupun masa nak dapat kelulusan khas Menteri dulu wang berjuta ringgit telah dibayar melalui agen agen haram yang tedapat disekeliling pejabat Imigresan Putrajaya.
Siasat siapa dalang, tak payah kaji kaji.
Bak kata Ayat Ayat CINTA,"hendak seribu daya".
(Nota: kepada pegawai YB. Menteri KDN atau kakitangan KDN yang baca blog ini diharap persampaikanlah cerita ini kepada beliau. TK).
No comments:
Post a Comment