Sempena dengan cuti sekolah di Kelantan terutamanya majlis kenduri kahwin, bergulai dan baca doa selamat berlaku hari-hari sehingga nak makan gulai pun dah naik muak apatah lagi di Kelantan ini sambil makan gulai sambil bercerita politik. Cerita politik di Kelantan ini macam makan gulai.
Kadang-kadang perjumpaan politik diadakan untuk pemimpin cerita pasal diri masing-masing yang kadanag-kadang orang mendengar akan naik muak macam makan gulai kenduri hingga geleng-geleng kepala mujur tak jeluak (muntah).
Sehari dua ini, sudah 9 bahagian UMNO di kelantan diterokai oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk perjumpaan dengan akar umbi bagi menjelaskan pendirian beliau untuk bertanding sebagai Presiden Parti UMNO pada Disember ini. Dengar khabar sambutan amat menggalakkan. Kempen pertandingan di peringkat bahagian pun sudah mula terasa. Calon-calon yang hendak bertanding, peringkat pegawai di bahagian sudah pun menayang body untuk menunjukkan kehebatan masing-masing.
Ada ketua-ketua bahagian yang sudah tak senang duduk dan mula memaksa ketua-ketua cawangan supaya hanya menyokong puaknya sahaja. Budaya ugut mengugut sudah pun bermula dan demokrasi dalam parti makin terhakis. Inilah budaya UMNO, budaya ugut & budaya takut.
Bak Kata Ayat-ayat CINTA " Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai "
No comments:
Post a Comment