Friday, June 20, 2008

KEGELISAHAN PENEROKA

Pengakutan utama peneroka didalam rancangan rancangan tanah ialah motorsikal, sama ada untuk menghantar anak anak ke sekolah atau ke ladang ladang untuk bekerja menoreh atau pun memunggut hasil buah kelapa sawit.

Baru baru ini Tan Sri Yusof Noor, Pengerusi FELDA ada mengatakan kenaikan harga minyak petrol tidak menjejaskan sara hidup peneroka kerana pendapatan peneroka sekarang dianggarkan dari RM3,000 hingga RM6,000 sebulan. Tapi apabila saya tinjau digagasan Tanah Rancangan FELDA pendapatan sebenarnya peneroka apabila ditolak itu dan ini tinggal lebih kurang RM800 hingga RM1,000 sebulan. Dengan keadaan kenaikan harga keperluan harian, pendapatan sebanyak itu tidak memewahkan kehidupan mereka.

Maka dengan kenaikan harga petrol, ekonomi mereka juga turut terjejas, kerana kebanyakan mereka tidak dapat nikmat 'rebet minyak' sebanyak RM150.00 seperti yang dinikmati oleh pemilik motorsikal lain. Ini kerana kepada peneroka yang motosikalnya telah lama, mereka sudah tidak ada geran motorsikal dan dinafikan haknya untuk mendapat rebet tersebut.

Kegelisahan rakyat sudah dirasai sekarang, terutamanya rakyat yang berpendapatan rendah, bukan saja kerana kenaikan harga petrol, bahkan bahan bahan keperluan harian juga sudah meningkat naik, maka betullah cadangan Dato' Mustpaha Mohamed, Menteri Asas Tani supaya rakyat mula makan ubi mengantikan beras bagi mengurangkan kos pembelian beras yang mahal.

Persidangan Parlimen pada Isnin ini diharap dapat membuahkan hasil, supaya kegelisahan rakyat berhubung dengan kenaikan harga minyak dan barang barang keperluan lain dapat ditangani dengan mengurungkan beban kehidupan rakyat jelata daripada berkelahi untuk mempromosikan diri ahli ahli Yang Berhormat yang tidak menguntungkan Bangsa dan Negara.

Kurang ajar seorang YB. daripada parti DAP johor harus diambil perhatian oleh seluruh rakyat jelata yang keturunan melayu, bahawa perbuatan sedemikian oleh mereka yang tidak setia kepada keharmonian kaum akan mengaibkan melayu dimasa yang akan datang sekiranya pemimpin melayu asyik bercakaran sesama sendiri tanpa menanamkan perasaan CINTA diantara satu sama lain.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "ingat sebelum terlambat".


No comments: