Saturday, June 21, 2008

suhu bertambah panas

Dhaka, Jakarta, Manila dan lain-lain Negara yang ibu kotanya kejam, hari ini sudah tidak sehebat kekejaman Ibu Kota Kuala Lumpur. Penat badan dan otak bukan kerana kerja diladang, bukan kerana mendaki bukit dan gunong pun bukan menuai padi dibendang, tapi letih memikirkan bagaimana akan terjadi bumi Malaysia ini dalam sebulan dua lagi.

Berbagai bagai peristiwa politik berlaku sejak seluruh rakyat malaysia yang cukup umur 21 tahun membuang undi bagi memilih parti politik untuk mewakili tempat masing masing. keputusan yang tidak memberangsankan bagi parti BN mencetuskan sedikit kemelut dalam parti UMNO sebagai parti yang menerajui BN.

Ada suara yang meminta supaya Pak Lah menyerahkan kepimpinan parti dan kerajaan kepada timbalannya Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak secara peralihan kuasa yang bersopan, ada yang meminta YBM Tengku Razaleigh Hamzah menawarkan diri untuk jadi Presiden UMNO dengan bertanding dalam pemilihan parti dan ada suara yang hendak supaya Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan ahli ahli Parlimen BN melompat menyertai Parti Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datin Seri Wan Azizah Ismail. Mujurlah tidak ada suara yang mahu tentera menjadi kerajaan dengan cara rampasan kuasa.

Apabila bekas bekas hakim mengatakan Tun Mahathir diktator, setelah diberi wang saguhati dengan nilainya dirahsiakan memanaskan lagi suhu politik negara, tambah memanaskan lagi apabila Raja Petra Kamarudin mengatakan Datin Rosmah Mansor dan dua orang lagi tahu Antatuya dibunoh. Kepanasan ini tidak mudah sejuk, kerana tentu ada tindakbalas bagi pihak pihak yang dituduh membela diri.

Semua hal ini tentunya ada kaitan dengan politik dan kuasa, tak kan saja saja ada orang nak jual cerita, seperti juga tindakan SAPP, untuk apa hari ini baru mengatakan sudah tidak percaya kepada Perdana Menteri, mesti ada startegi politik. Inilah hukum hakam permainan merebut kuasa, yang perlu didedah didedahkan, yang harus dipersalah dipersalahkan sehingga kadang kadang orang yang tak bersalah masuk penjara, yang rompak harta rakyat kaya raya, tak salah pun kerana starteginya betul.

Kejam sungguh kejam, yang alim pun tak dapat tidur lena kerana politik, kerana kuasa yang akan menentukan segala galanya, yang paling menyakitkan apabila orang yang berkuasa memerintah dengan cara Nafsu menguasai Akal, Pilih Kasih dan Berdendam. Maka hancurlah harapan rakyat sebuah negara yang aman apabila pemimpin tidak bijaksana menentukan kesetabilan keselamatan dan ekonomi negara.

Keselamatan dan Ekonomi punca keamanan negara. Negara yang keselamatannya terjamin tanpa digangu gugat oleh dengki dan fitnah dan poket berisi dengan kekayaan ekonomi sumber pemberian Allah swt akan mengamankan Negara dan Rakyat Malaysia yang kita CINTAI ini.


Dan Kuala Lumpur tidak akan menjadi Ibu Kota yang kejam,
seperti kejamnya ibu tiri yang hanya gilakan harta benda suami yang bergelar ayah. Suami pula usianya muda baru berumur sekitar 30an telah mengumpul harta kekayaan berjuta juta ringgit hasil daripada rompakan melalui minda dan kuasa politik tanpa mengira kepentingan Bangsa dan Negara jauh sekali takut kepada Allah yang akan melaknatkan mereka. Apabila semua orang takut masuk kedalam NERAKA.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"panas membara".


No comments: