yang ku dengar
Selain Pak Lah yang akan dicabar sebagai Presiden Parti UMNO oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada Persidangan Agong UMNO disember ini, dan kedudukan Dato' Najib semakin kukuh selaku Timbalan Presiden, ada pula kedudukan Ketua UMNO Bahagian yang bertaraf menteri akan dicabar.
Setakat hari ini, Menteri Luar Dato' Seri Rais Yatim ura ura akan dicabar oleh Timbalan Ketua Bahagian beliau iaitu Yb. Sdr Yunus Rahmat, Bekas Setiausaha Politik beliau sendiri, apa malaputaka kita tak tahu, tapi tentunya Yunus ada alasan untuk mencabar beliau. Begitu juga dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (bekas menteri luar) Dato' Seri Syed Hamid Albar yang mungkin akan ditentang oleh Sdr Daeang Malik, Naib Ketua UMNO Bahagian pun tentunya ada sebab tersendiri.
Sebab sebab mahu bertanding itu mungkin tak puas hati cara kepimpinan Ketua Bahagian, sama ada tak berbagi rezeki sepencarian kah, Tak barbagi kuasa kah, atau memimpin dengan cara diktator. Tentu orang Bahagian masing masing tahu sebab dan musebabnya.
Hal Menteri yang akan dicabar ini sudah lama dihebohkan, sama ada dalam blog ataupun surat kabar arus perdana, tapi tak dengar pun dikalangan pemimpin hipokrit bersuara memberi nasihat supaya orang yang nak cabar menteri itu fikirkan tentang perpecahan dalam parti sekiranya berlaku pertandingan. Tidak seperti ulasan soal Tengku Razaleigh nak lawan Pak Lah yang mana sesetangah pemimpin diperingkat ahli Majlis Tertinggi berkata pertandingan akan memecah belah kan ahli ahli parti.
Adakah sebab menteri yang akan ditentang, mereka berdiam diri, kalau kalau menteri itu kalah dan dah tak jadi Ketua Bahagian tentunya susah nak menang ahli Majlis Tertinggi, apatah lagi Dato' Seri Rais Yatim dan Dato' Seri Syed Hamid adalah berhasrat nak bertanding Naib Presiden UMNO lagi susah. Dan apabila mereka kalah peluang jadi menteri akan terhakis dan bolehlah kekosongan itu diisi oleh mereka yang mengidam nak jadi menteri.
Inilah politk UMNO, apabila kuat kedudukan mereka disokong dan didokung, apabila nampak cula nak jatuh dan dah tak dapat nak tumpang mereka dibiarkan tumbang, tambah tambah lagi semasa mereka ada kuasa tak pernah berbudi dengan orang kalau berbudi pun bukan dengan harta sendiri tapi dengan wang rakyat peruntukan kerajaan. kedekut mampus kata orang.
Dan siapa lagi agaknya ketua ketua UMNO Bahagian yang akan ditentang diperingkat Bahagian, kalau di Johor dan Negeri Sembilan sudah terdengar ura uranya, di Kelantan juga tidak kurang hebatnya, setakat ini di Bahagian Pasir Putih pasti akan berlaku pertandingan, Dato' kamaruddin Md. Nor dah tak boleh duduk diam, Sdr Zawawi Ketua Pemuda akan menentang.
Bak kata Ayat Ayat CINTA, "biar perpatah arang".
No comments:
Post a Comment