Malaputaka apa agaknya sedang berlaku dinegeri Kelantan sekarang ini, cuacanya teramat panas memedihkan kulit dibakar matahari, didalam aircond pun panas masih bergelegak, Tok Guru disiasat oleh SPRM, kumpulan yang memburuk-burukkan Tun Abdullah Badawi melalui blog telah didedahkan oleh kicdefella termasuk dirinya sendiri, pistol mudah didapati untuk menembak dan agensi kerajaan sudah tidak menghormati Sultan.
Hari ini berita yang amat sedih dirasai oleh sebilangan besar rakyat negeri kelantan yang mana KDYMM yang dijadual berangkat bagi menerima rawatan susulan di Singapura dengan pesawat khas tidak dapat meneruskan hasratnya kerana pesawat tidak dibenarkan mendarat di lapangan terbang Sultan Ismail Petra, Pengakalan Chepa.
KDYMM Sultan Ismail Petra tidak dapat ke Singapura hari ini, sedangkan jadual keberangkatan Tuanku sudah diatur begitu lama dan keberangkatan Tuanku bukan untuk pergi main-main, pergi untuk meneruskan mendapat rawatan susulan bagi mempercepatkan kesembuhan penyakit yang dialami Tuanku kini. Kenapa dan apa sebenarnya berlaku?.
Isteri mana yang boleh menahan sebak apabila hasrat untuk melihat suaminya akan pulih seperti sediakala dihalang, anak mana yang tidak kecewa apabila dapat tahu ada usaha untuk mencegah ayahndanya mendapat rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit tapi dihalang dan rakyat mana boleh menahankan emosi apabila dapat tahu bahawa agensi kerajaan sengaja menghalang keberangkatan Tuanku untuk meneruskan mendapat rawatan susulan.
Kerajaan adalah hak rakyat, gaji kakitangan agensi kerajaan adalah hasil daripada bayaran cukai oleh rakyat, KDYMM Tuanku Sultan adalah payung rakyat, maka rakyat akan menuntut keadilan terhadap kerajaan supaya KDYMM Tuanku dilayan dengan sopan. Menghalang KDYMM Tunaku dari terus mendapat rawatan susulan bererti melahirkan golongan yang tidak menghormati institusi D'Raja, kerajaan 1Malaysia hendaklah adil melayani Al-Sultan. Pecat kakitangan p;erkhidmatan awan yang menerajui agensi kerajaan yang sabotaj keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan ke Singapura hari ini.
Walau pun KDYMM masih gering, kerajaan dan agensi kerajaan hendaklah menghormati hak dan kehendak KDYMM, turutilah kemahuan Tuanku dan jangan layan Tuanku Sultan seperti rakyat kampung. Kerajaan mesti tegas bagi mengambil tindakan kepada agensi kerajaan yang tidak menghormati titah Tuanku Sultan.
DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU.
No comments:
Post a Comment