Tuesday, May 25, 2010

Sidang tergempar DUN Kelantan?

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
&
Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN).

Satu tahun telah berlalu, KDYMM Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Tuanku Yahya Petra, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Kelantan Darul Naim menjalani liku-liku hidup dengan berbagai-bagai kekalutan telah berlaku, tapi KDYMM Tuanku Sultan dapat menghadapi dengan tenang dan aman walaupun kadang-kadang perkara yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya seperti dikepung oleh Unit Tindakan Khas (UTK) telah berlaku dan telah menjadi sejarah hitam kepada Tuanku Sultan dan dalam likungan kerabat Istana Mahkota, Kelantan.

Dengan izin Allah swt, Kegeringan yang menimpa KDYMM Tuanku Sultan yang pada mulanya ramai dikalangan Pegawai-Pegawai Kerajaan dan Rakyat jelata tidak terfikir bahawa KEAJIBAN boleh berlaku terhadap KDYMM Tuanku Sultan kerana dilihat pada mata kasar tidak mungkin kesihatan KDYMM Tuanku akan berada dalam keadaan hampir sihat seperti hari ini kalau dibandingkan dengan awal serangan penyakit yang ditanggong oleh KDYMM Tuanku Sultan.

Itu semua adalah berkat sokongan sembahyang hajat dan doa oleh seluruh rakyat jelata tidak kira dimana mereka berada dari Malaysia sampailah ke Tanah Suci Mekkah Mukarammah, Kesihatan KDYMM Tuanku Sultan telah kembali semboh walaupun tidak 100% seperti sediakala dan mengikut Dactor yang merawat KDYMM Tuanku Sultan adalah proses kesembuhan telah memberi kesan yang baik pada tiap-tiap hari.

Rakyat jelata masih menunggu kabar gembira dari Majlis Perajaan Negeri (MPN) berhubung dengan status kedudukan KDYMM Tunaku Sultan hari ini kerana banyak cerita-cerita dari mulut ke mulut disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggongjawab bersabit TAHTA D'Raja Kelantan ekoran setelah KDYMM Tuanku Sultan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) secara paksa baru-baru ini dan ditemuduga oleh 10 orang dactor.

Begitu juga dengan kenyataan Prof. dan penulis blog yang mencadangkan supaya ditabalkan Sultan baru ekoran kegeringan yang dihadapi oleh KDYMM Tuanku Sultan yang sudah satu tahun berlalu. Walaupun tidak disebut dalam perlembagaan Negeri Kelantan, apabila seseorang Sultan itu gering sehingga satu tahun maka Sultan baru hendaklah ditabalkan. Dalam hal ini hanya Dewan UndanganNegeri Kelantan saja yang boleh memimdakan undang-undang dan dijadikan sebahagian perlembagaan negeri. Orang-orang itu memberi pandangan dan bercakap tidak mengikut Perlembagaan kerana sebenarnya mereka itu tahu tapi terus berusaha secara jahil dan bersuara kerana ikut perasaan hati dan melakukan kerja bodoh.

Tahukah kita, dalam isu pertabalan Sultan, akibat tindakan yang tidak mengikut perlembagaan dan melanggar undang-undang tubuh maka hukuman yang akan dikenakan kepada orang yang merancang adalah teramat berat. Mereka yang merancang merampas tahta sama ada secara keras ataupun secara kempen senyap setelah didakwa dan didapati bersalah boleh dihukum 'BUNUH' kerana menghuruharakan sebuah Institusi yang dilindungi oleh Perlembagaan Negeri dan Negara.

Alhamdulillah, sehingga hari ini tidak ada perkara buruk yang menimpa Institusi D' Raja Kelantan, desas desus yang bertiup akan ada Upacara Pertabalan Sultan Baru di Kelantan hanyalah khayalan Khoja Hassan dan mereka yang bercita-cita untuk menguasai Istana Kelantan. Lapuran polis yang telah dibuat oleh kerabat dan rakyat tentang usaha hendak memalukan Institusi D'Raja Kelantan mungkin masih diteruskan oleh pihak berkuasa.

Boleh jadi juga nasihat secara senyap oleh Tok Guru Nik Aziz memberi kesan yang mendalam sehingga tidak berlaku desas desus yang ditimbulkan oleh orang ramai berhubung isu Pertabalan tersebut.

Setiausaha Majlis Perajaan Negeri hendaklah tampil memberi kenyataan berhubung isu tersebut kerana ianya boleh mengelirukan rakyat, jangan hanya sekadar nasihat secara senyap seperti Ton Guru Nik Aziz tapi hendaklah muncul dengan kenyataan yang boleh melegakan rakyat jelata. Itulah tugas dan tanggongjawab sebagai Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang telibat secara langsung dalam haraki Kesultanan Negeri Kelantan.

Lada itu pedas, walaupun pedas ada juga orang makan kerana ego ikut perasaan sedangkan buiserlah yang akan ditanggongnya nanti.

No comments: