Sunday, May 23, 2010

INGAT BERINGATLAH !

"satu pandangan yang mencurigakan, apa sebenarnya yang tersirat. kupaslah semuga mendapat isinya, jangan biarkan ianya terlalu masak nanti busuk hasilnya. rakyat seharusnya didamaikan bukan digertak dengan sentimen kedaerahan. jujurlah dalam menrialisasikan 1Malaysia." (mohd soberi shafii)

Dompok: Status Sabah, Sarawak tak sama

Mei 23, 10 7:54am
Sabah dan Sarawak tidak boleh dilihat dalam konteks yang sama dengan negeri-negeri di Semenanjung kerana kedua-dua negeri itu bergabung dengan Malaya untuk membentuk Malaysia, kata Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok.

"Berasaskan tujuan tertentu, bapa-bapa pengasas pada ketika itu telah membayangkan satu situasi untuk Sabah dan Sarawak serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara bernama Malaysia."Saya rasa semangat perjanjian itu dicerminkan hari ini menerusi pentadbiran kerajaan Sabah dan Sarawak yang mempunyai kabinet masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pesta Kaamatan Kampung Madsiang, di Penampang semalam.

Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi diminta mengulas isu yang dibangkitkan pensyarah Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ranjit Singh semasa seminar mengenai polisi awam di sini pada Khamis lalu.Pensyarah di Kolej Perundangan, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa itu dalam kertas kerjanya bertajuk "Politik dan Polisi Sabah dan Hubungan Persekutuan-Negeri 1963-1995", berkata Sabah dan Sarawak tidak boleh mendakwa Malaysia adalah perkongsian sama rata di antara tiga anggota.

Dompok berkata apabila Sabah dan Sarawak menyertai pembentukan Malaysia, peruntukan tertentu telah dibuat bagi memastikan hak kedua-dua negeri Borneo itu terpelihara dan terjaga, termasuk sistem pentadbiran dan kuasa ke atas isu-isu berkaitan imigresen.Sementara itu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata faktor sejarah telah memberi asas kepada Sabah untuk menikmati kuasa autonomi tertentu berbanding negeri-negeri di Semenanjung."Dr Ranjit mengeluarkan pandangan daripada segi akademik," katanya.

"Cabaran di sini bukan saja untuk memahami keunikan di Semenanjung Malaysia tetapi juga untuk masyarakat Semenanjung termasuk pembuat-pembuat keputusan memahami sistem kita (Sabah dan Sarawak)," katanya.Dengan kata lain kata Masidi, tidak wujud satu polisi yang boleh digunapakai oleh semua."Polisi mesti dibuat mengikut keperluan di Sabah dan Sarawak," katanya.- Bernama.

Nota; Saya mengalu-alukan sekiranya anda ada pandangan dan pendapat berhubung isu ini dan e-maikan kepada saya untuk saya postingkan. salam.

1 comment:

Qurban Bayram said...

Sesuatu yang aneh di Malaysia....
negeri2 pengeluar minyak seperti Sabah, Sarawak, Terengganu (termasuk Kelantan) saling berlumba-lumba saban tahun untuk menduduki carta negeri termiskin di Malaysia.
Selain petroleum, hasil balak yang teramat banyak dari negeri2 ini juga tidak menjadikan negeri2 ini semakin kaya. Selain daripada itu, Terengganu dan Borneo adalah lokasi pelancongan paling hot di Malaysia.
Di Terengganu misalnya, meskipun dianugerahi royalti minyak sepanjang tahun, keadaannya masih tidak berubah. Taraf hidup rakyatnya juga di takuk yang sama.
Sewaktu zaman Wan Mokhtar memerintah, telah lama diminta daripada kerajaan pusat untuk diadakan universiti di Terengganu. Bahkan Universiti Teknologi Petronas yang selayaknya dibina di Terengganu (kerana pelajarnya perlu melakukan latihan di terengganu) dibina di Perak.
Hanya selepas UMNO tumbang di trengganu, barulah UMNO sedar terhadap pengabaian mereka kepada rakyat Terengganu, lalu dibina universiti, menaik taraf lapangan terbang, masjid2 yang banyak serta stadium (yang runtuh).

Apakah perubahan di Borneo akan hanya berlaku apabila BN tumbang di sana?