pada pekerja asing yang lari dari majikan
"jangan ampunkan mereka dengan memberi pilihan istimewa"
Makmal Pengurusan Pekerja Asing akan mengemukakan 50 cadangan kepada Jawatankuasa Kebinet Pekerja Asing dan Pekerja Tanpa Izin yang dipengerusikan oleh YAB Tan Sri Muhyidden Yassin, Timbalan Perdana Menteri pada Khamis ini.
Cadangan itu melibatkan aspek utama iaitu penawaran dan permintaan, perundangan dan penguatkuasaan serta sistem dan proses yang mana semuanya adalah untuk menyelesaikan masaalah lambakan pekerja asing di negara ini yang kadang-kadang dianjurkan oleh orang yang berkuasa meluluskannya.
Sepertimana dalam hal pembantu rumah yang mana kerajaan akan membenarkan pasport dipegang oleh pembantu rumah. Ini memudahkan pembantu rumah itu lari dari majikan untuk mencari kerja lain termasuk menjadi pelacur dan majikan akan mengalami kerugian kerana wang telah dibelanjakan untuk pengurusan kemasukan pembantu rumah tersebut.
Apakah memberi pembantu rumah memegang pasport itu termasuk dalam 50 cadangan yang akan dikemukan esok. sekiranya termasuk dalam cadangan itu adalah sia-sia makmal pengurusan pekerja asing diujudkan kerana ianya lebih banyak memberi kesan buruk kepada negara dan majikan.
Begitu juga dengan ura-ura bahawa makmal pengurusan pekerja asing akan mencadangkan supaya pekerja asing yang didapati bekerja tanpa izin akan diberi keistimewaan iaitu usaha untuk pemutihan bagi memudahkan mereka akan menjadi pekerja yang diizinkan sedangkan mereka itu lari dari majikan dulu dengan tidak membawa dekuman yang sah.
Kerugian majikan dulu tidak diambil kira oleh kerajaan kerana pihak yang berkuasa akan mengambil kesempatan meluluskan permohonan kelulusan majikan baru yang dulunya melindungi pekerja tanpa izin. Dengan cara demikian maka syarikat 'Out Sourcing' akan mengalami kerugian teruk dan terpaksa menutup perniagaan. Apakah itu sebenarnya yang mahu dilakukan oleh ahli-ahli makmal untuk pekerja asing yang diizin dan tidak diizin.
Banyak lagi persoalan yang akan menyusahkan majikan sekiranya pengurusan hanya memikirkan cara saja tapi tidak menyentuh soal kepayahan untuk melayan kerenah pekerja dan penguatkuasa yang berterusan. Perlu diingat bahawa kerajaan tidak cukup kakitangan penguatkuasaan bagi membendung supaya pendatang tanpa izin tidak bermaharaja lela, oleh itu kerajaan perlu kepada pihak ketiga supaya bertanggongjawab kepada setiap orang pekerja yang datang kesini dari terus hilang dan menjadi pendatang tanpa izin.
walaupun sudah ada tanggongjawab kepada majikan tapi ianya masih tidak dapat dipertanggongjawab sepenuh kerana peraturan masih lagi longgar dan tidak ada perantaraan yang menasabah bagi menguruskan penempatan pekerja secara bersistem.
Walau bagimana pun usaha bersungguh-sungguh kerajaan bagi menyelesaikan masaalah pekerja asing dan pendatang tanpa asing ini yang sudah begitu lama kemelutnya adalah sangat-sangat dialu-alukan. Hanya yang tinggal lagi mungkin makmal pengurusan pekerja asing mengambil pendapat dan pandangan sebelah pihak dan tidak menyeluruh.
Apa kata sebelum diumumkan langkah-langkah yang akan diambil oleh makmal pengurusan itu terlebih dahulu dipamerkan untuk mendapat teguran, pandangan dan pendapat daripada majikan dan orangramai supaya ianya menjadi lebih telus dan berkesan.
Saya 100% TIDAK BERSETUJU sekiranya diberi pemutihan dan pengampunan kepada pekerja asing yang lari daripada majikan kerana amalan begitu seperti kita mengampunkan rakyat asing datang membuat jenayah dalam negara kita. Bagi mengelakkan supaya pekerja asing tidak lari dari majikan saya cadangkan hukuman sebat dikenakan kepada mereka sebelum dihantar pulang ke negara asalnya.
No comments:
Post a Comment