Kata-Kata itulah yang ada pada sepanduk yang digantung ditempat awam di Negeri Kelantan sehari dua ini. Semalam samasa saya sembahyang jumaat di Masjid Langgar,Kota Bharu terdapat sebidang sepanduk digantung dipaggar kubur Langgar dan orangramai mengerumuninya sebelum waktu jumaat.
Jelas ditulis dalam sepanduk itu memburuk-burukkan nama Dato' Awang Aderk Husein, Timbalan Menteri Kewangan berhubung kelulusan lesen judi 'Bolasepak Piala Dunia' yang sedang dipertikaikan oleh parti pembangkang. Terjejas atau tidak imej UMNO Kelantan akan dapat diukur dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Dan sepanduk itu sudah pasti digantung oleh orang yang sokong parti pembangkang atau memang digantung oleh jentera parti pembangkang. Inilah saja satu isu yang dapat dipergunakan oleh PAS dan PKR di Kelantan bagi mencemuhkan UMNO dan Kerajaan Malaysia kerana judi dikaitkan dengan hukum haram kepada orang Islam.
Kerajaan pula nampaknya tidak sensitif soal judi kerana hasil pendapatan negara agak lumayan barangkali atau terpaksa akur dengan kehendak pihak-pihak yang memerlukan lesen judi bagi mendapat keuntungan jutaan ringgit. Entah apa masaalahnya sehingga UMNO terpaksa akur dengan pemberian lesen judi itu.
Nampaknya ada dua persoalan disini terutamanya untuk negara dan untuk ugama. Untuk negara lesen judi dibolehkan manakala untuk ugama judi diharamkan. Mengambil kira keperluan barangkali maka kerajaan meluluskan lesen judi yang terang bertentangan dengan hukum ugama dan ahli UMNO dikampung akan bermasaalah untuk berdebat dengan penyokong parti pembangkang dikedai-kedai kopi dimasjid dan dimadrasah.
Adalah belum terlambat bagi kerajaan membatalkan lesen judi 'Bolasepak Piala Dunia' walaupun perjudian secara haram akan terus berlaku. Tugas polis dan penguatkuasa lain untuk membenteraskan judi haram, jadi tak usahalah kerajaan beralasan "kalau tak beri lesen pun mereka akan berjudi juga".
Kelulusan lesan judi itu bukan dibuat oleh Dato' Awang Adek secara berkebetulan kerana Dato' Awang Adek adalah Timbalan Menteri Kewangan yang meluluskan lesen itu maka Dato' Awang Adek bercakap jadi tidak adillah Dato' Awang Adek dipersalahkan kerana sebenarnya beliau tidak ada kuasa untuk meluluskannya.
Dan ahli UMNO seluruh negara yang berugama Islam masih ada masa untuk mendesak kerajaan supaya membatalkan lesen judi tersebut, masa masih ada dan belum terlambat, bersuaralah pemimpin UMNO diperingkat Bahagian dan Cawangan kerana inilah masanya untuk menyelamat maruah UMN O dari dicaci dan dihamun oleh bangsa sendiri dan bangsa lain yang bencikan judi.
kalau itulah alasannya, bagaimana pula dengan lesen pelacuran dan tak usah adalah pendakwaan terhadap mereka yang main belakang. Ini adalah sekadar pandangan dan pendapat kerana suara ini didengar dari akar umbi.
Mana pemuda UMNO Kelantan, sekatlah sepanduk yang menghina pemimpin UMNO Kelantan, ingatlah bahawa Dato' Awang Adek adalah Timbalan Pengerusi badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pemuda UMNO ada tugas untuk membuang sepanduk tersebut dari digantung dimerata tempat.
Semasa Dato' Fatmi Haji Che Salleh jadi Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan saya adalah ahli Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri, sepanduk seperti itu tidak akan dibiarkan berkibar lama sekelip mata sudah hilang dari pandangan.
4 comments:
Mungkin dato'awang tak de kuasa macam datuk zaid suatu ketika dahulu. tapi bila bertentangan dengan prinsip perjuangan yang di dokong, datuk zaid mengambil langkah bermaruah. sekadar pendapat peribadi
"Mana pemuda UMNO Kelantan, sekatlah sepanduk yang menghina pemimpin UMNO Kelantan"
Yang menghina HUKUM ALLAH macam mana pula? Nak sekat jugak kah?
yang haram tetap haram. tak salah pbangkang wat sepanduk tu. Bkn sbb nak buruk UMno tp dah memang judi tu haram. Alahai...salah ker sepanduk yg menentang benda yg haram. yang penting, orang yg wat benda haram leh dosa , orang yg wat benda halal leh pahala :)
Sesiapa yg ingin terlibat dalam pim
pinan politik seharus nya peka terhadap hukum hakam terutama nya
di kelantan.manusia yg berperinsip sekurang2 nya akan mengilak dari menjadi juara kpd sesuatu yg terang2 mungkar,maka rasa nya adik awang
perlu melangkap diri dgn dialiktika
dan romantika politik,ini menunjuk
an beliau tidak bijak berpolitik beza diantara nya dgn ibrahim ali. ibrahim walaupon nampak gedebi tapi dia pandai dlm benda2 ni.
Post a Comment