Tindakan saudara cuba untuk menghalalkan perbuatan saudara melalui kaedah ‘cina buta’ juga tidak betul.
Berdasarkan hukum, apabila seseorang itu menceraikan isterinya dengan talak tiga jika dia hendak mengahwini bekas isterinya, isterinya mesti berkahwin dengan orang lain dulu. Selepas dia diceraikan suami keduanya barulah bekas isteri saudara boleh mengahwini saudara semula. Syarat untuk perbuatan ini diterima ialah perkahwinan itu berlaku tanpa ‘diatur’, bererti ia berlaku dengan kehendak hati tanpa diupah atau dipaksa. Sebab itu, timbulnya istilah ‘cina buta’.
Masyarakat Melayu dulu mengambil jalan mudah iaitu ‘menggunakan’ muallaf (orang yang baru masuk Islam – biasanya orang Cina) untuk berkahwin dengan isteri diceraikan dengan talak tiga. Selepas bercerai dengan muallaf itu dia pun mengahwini bekas isterinya. Perbuatan ini menurut agama adalah terkutuk dan orang yang sanggup dipergunakan tujuan ‘cina buta’ ini sebenarnya tak ubah seperti kambing jantan yang dipinjamkan untuk membuntingkan kambing betina orang kampung.
Maka, anak yang lahir dari hubungan saudara dengan isteri ini adalah anak yang tidak sah tarafnya. Menurut hukum muamalat dari apa yang saya pelajari dari kitab Muta’albadrin pula ialah perkahwinan saudara dengan bekas isteri saudara hanya sah jika isteri saudara diceraikan selepas disetubuhi suami keduanya. Bererti ‘the marriage is consumed’.
No comments:
Post a Comment