Kekalahan Malaysia dalam kejohanan Piala Thomas memaksa Presidennya membuat pertemuan dengan pemain dan jurulatih dan mengumumkan hasil daripada perjumpaan tersebut dengan mengatakan kerana medialah punca kekalahan tersebut dan jurulatih pula menyalahkan pemain-pemain.
Biasalah apabila kalah ada saja alasannya tapi kalau menang tentunya diucapkan tahniah kepada pemain, pengurusan dan tak ketinggalan kepada media, kerana medialah membuat penyokong-penyokong membanjiri stadium, kerana medialah rakyat dapat mengikuti perkembangan kemajuan sukan badmintan, kerana medialah rakyat dapat mengenali pemain dan presidennya dan kerana medialah peminat badminton tanahira dapat mengetahui perbalahan Mohd. Nazmi Salleh dengan Bekas Setiausaha Agong BAM dan tahu puncanya.
Kekalahan Pasukan Badminton dalam merebut Piala Thomas bukan kerana media. Yang jelas kekalahan itu kerana pemian kita tidak dapat menandingi pemain negara lain, pemain kita kuat sebagai individu dan tidak menyengat dalam berpasukan. Akurlah sejauh mana sebenarnya kekuatan kita, kalau kita tidak kuat jangan salahkan pihak lain terutamanya media yang telah banyak membantu BAM dan pemain-pemainnya sekali.
Kalau tak pandai menari jangan salahkan tanah yang tidak rata, salahkan tuan yang ampunya tanah itu kerana tidak dapat mengurus tanahnya dengan bijak supaya menjadi rata, Pokoknya kerana Presidenlah yang membuat pasukan tidak kuat, gagal dalam memberi khidmat yang cemerlang kepada persatuan dan pasukan, asyik berkelahi kerana nak cari sponsor/penajaan tidak asyik untuk memberi tumpuan dan pemilihan pemain untuk memperkuatkan pasukan.
Akuilah kekalahan kita kerana pemain kita tidak sehebat seperti pemian cina, bukan kerana media ataupun jurulatih, kerana media dan jurulatih tidak masuk gelanggang yang masuk gelanggang ialah pemian. Jadi pemainlah yang patut disalahkan kerana tidak mampu mengatasi pemain negara lain. Oleh itu adalah disarankan supaya BAM mencari pemain pelapis yang boleh mengatasi kehebatan pemain cina dan Presidennya iaitu Mohd. Nazmi Salleh sepatutnya mengambil tanggongjawab besar dengan melepaskan jawatan Presiden kerana telah mengecewa harapan peminat Badminton negara.
Berundurlah secara terhormat sebelum banyak lagi orang bercakap pasal kita yang 'bukan melihat pasukan sebagai keutamaan tapi melihat siapa sponser yang akan memberi pulangan yang lumayan". Akuilah.
No comments:
Post a Comment