Bertiup kencang berita susunan baru menteri kabinet akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak berapa lama lagi. Tak ada angin pokok tidak bergoyang dan perlantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri, bila-bila masa boleh dilakukan.
Apabila ada berita maka adalah ramalan-ramalan, ada yang dikatakan akan digugurkan dan ada yang akan dinaikkan pangkat dari Timbalan Menteri jadi Menteri penoh dan ada perlantikan menteri baru. Beberapa nama disebut-sebut akan dilantik termasuklah nama YB. Khairy Jamaluddin (KJ), Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
Apa pun yang bakal disusun oleh Perdana Menteri tentunya bagi menguatkan barisan kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat dan membantu Perdana Menteri melaksanakan dasar-dasar yang telah diputus oleh kebinet.
Rakyat juga sedang memerhati, apakah menteri yang dikatakan sudah tidak relevan lagi mengikut peredaran zaman masih dikekalkan, apakah menteri yang dicop sebagai pengamal rasuah masih dikekalkan, apakah menteri yang hanya berlagak masih dikekalkan. Ini semua jadi perhatian rakyat yang mahu melihat menteri yang disusun oleh Perdana Menteri nanti adalah mereka yang benar-benar berjiwa rakyat, terutamanya menteri dari UMNO.
Rakyat berharap perlantikan menteri tidak dibuat seperti perlantikan senator oleh Perdana Menteri. Lantik Senator kerana nak lantik jadi menteri, kesilapan perlantikan dulu diharap tidak berulang lagi kerana masih ramai Yang Berhormat dari UMNO sedang menanti giliran untuk menjadi menteri.
Saya hanya berminat nak tahu siapa yang digugurkan.
No comments:
Post a Comment