Apabila sudah 'benci' dan 'patah hati' maka berpatah arang berkerat rotanlah kesudahannya. Itulah sindrom yang akan BN hadapi pada tiap-tiap detik sehinggalah kehari mengundi pada PRU ke 13 nanti sekiranya tidak ditandangi secara berhemah dan berhati hati.
Kisah Rasuah dan Skandal dikalangan pemimpin kerajaan dan pemimpin parti kemponan BN adalah diantara isu-isu yang boleh membuat rakyat mengubah arah untuk menyokong kerajaan yang ada hari ini, ditambah pula dengan isu kenaikan harga barang keperluan harian dan minyak petrol.
Menyambung Perkhidmatan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Polis Negara (KPN) adalah diantara isu yang dijaja oleh pihak pembangkang dengan mengatakan telah menyekat peluang kepada pejawat yang lain dari naik pangkat. Ertinya kerajaan bertindak zalim terhadap masa depan penjawat yang lain.
Inilah yang dikatakan Sindrom 'benci' dan 'patah hati' dikalangan rakyat terhadap kerajaan BN hari ini. Semua isu yang dibangkitkan ini telah menjadi perbincangan UTAMA diseluruh tempat ditanah air hari ini. Dan rakyat boleh terima sebagai satu sebab mengapa kerajaan BN patut ditukarkan apabila tibanya pilihanraya umum nanti.
Mungkin pandangan saya ini tidak tepat, kerana saya hanya mendengar pandangan dari rakyat yang berbual di warung-warung dan kedai kedai kopi yang tidak berbintang. Kalau dikalangan pegawai kerajaan saya hanya bergaul dengan budak pejabat dan kerani cabut saja dan juga guru-guru bukan lepasan ijazah yang mengajar disekolah luar bandar. Mengapa mereka ini berminat untuk menukar kerajaan?
Tak tahulah diperingkat KSU/TKSU/KP/SUB/KPSU dan Pegawai tinggi yang lain, boleh jadi mereka itu sependapat dengan Ketua Bahagian UMNO bahawa pembangkang sudah tidak ada tempat dihati rakyat, kerana rakyat malaysia keseluruhan masih mengenang budi kepada UMNO kerana UMNO telah memerdekakan Tanah Melayu dari penjajah Inggeris pada tahun 1957 dulu.
Kempen pemimpin UMNO supaya ahli-ahli UMNO mengenang budi kepada kerajaan boleh dipakai ataupun tidak belum teruji sejak YAB Dato' Sri Mohd Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana kerajaan hari ini adalah peninggalan dibawah teraju Tun Abdullah Ahmad Badawi. Apakah ahli-ahli UMNO akan terus mengenang budi kepada parti sedangkan pemimpim UMNO tidak tahu mengenang budi kepada ahli yang telah berbudi kepada parti UMNO.
Saya ada terdengar, ada ahli-ahli UMNO berselora, walaupun saya UMNO tapi undi saya belum tentu pangkah BN, apakah ertinya itu, berguraukah?, apa akan jadi sekiranya suara itu adalah 'guraauan biawak'.
Peneroka Felda dapat habuan untuk hariraya sebanyak RM350.00 seorang, kakitangan Kerajaan gred 1 hingga 54 dapat RM500.00 seorang, Inilah kemurahan dan ihsan Kerajaan 1Malaysia yang prihatin terhadap rakyat dan lebih prihatin lagi apabila ada dikalangan usahawan dapat tambahan AP dan kontrek tender pilihan dikalangan orang yang dekat dengan Menteri.
Mudah-mudahan mereka ini akan menjadi benteng kekuatan kerajaan BN dan mereka ini akan kekal memangkah BN dalam piliharaya umum ke 13 nanti. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment