Monday, August 30, 2010

"Say No". Pemutihan Pendatang Tanpa Izin.


Isu anggota dan Pegawai Imigresen membiarkan pendatang tanpa izin membolosi memasuki Malaysia dengan menerima wang sogokan ataupun rasuah yang dianggar sebanyak RM60,000 sebulan mendapat perhatian YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri mengarahkan SPRM menyiasat dan sekiranya didapati benar, mereka yang terlibat hendaklah didakwa dan biarlah mahkamah menjatuhkan hukumannya.

RM60,000 sebulan bererti RM2,000 sehari. Perlu diingat sekiranya betul dan sungguh pembongkaran yang disiarkan dalam surat kabar berita harian itu ada pegawai dan anggota Imigresen terlibat, saya kira bukan hanya RM60,000 sebulan mereka dapat, bahkan lebih daripada itu.

Terfikir oleh saya yang tidak bersekolah tinggi ini, sekiranya berlaku rasuah begitu, pendatang tanpa izin bersedia membayar RM300.00 seorang untuk masuk ke Malaysia ini, jadi sekiranya seramai 200 orang satu hari yang masuk tanpa izin tapi diizinkan dengan rasuah maka kutipannya adalah sebanyak RM60,000 satu hari bukannya RM60,000 satu bulan.

Pekerja kerajaan mana yang dapat gaji RM60,000 satu hari dan adalah mustahil pendapatan RM60,000 itu hanya diambil oleh satu orang saja. Ini bererti sekiranya berlaku rasuah bermakna rasuah berpakat. Jadi mungkin yang terlibat itu adalah satu puak yang sudah pun menjadi amalan dikalangan mereka yang berkuasa.

SPRM nak cari bukti macam mana dalam kes ini, kerana yang memberi dan menerima sama-sama dapat untung dan anggotanya selalu bertukar ganti. Bukan senang kerja SPRM hendak menangkap mereka yang terlibat itu kerana pembayarannya tidak mungkin berlaku didepan mata.

Kemasukan pendatang tanpa izin sebenarnya boleh mengacam keselamaan negara, kerana yang masuk itu pihak kerajaan tidak tahu identiti diri mereka, ada yang masuk kerana lari dari negeri asalnya disebabkan kes jenayah dan ada juga mungkin pengganas upahan yang datang mahu bersembunyi disini, atau mereka itu pencuri dan perompak yang suka membunuh mangsa.

Jadi selain daripada YAB Perdana Menteri mengarahkan SPRM membuat siasatan, eloklah juga Dato' Sri Mohd Najib mengarahkan Menteri Keselematan Dalam Negeri pergiatkan pasukan Polis Di Raja Malaysia dengan merisik anggota dan pegawai Imigresen dan mengarahkan Bahagian Keselamatan KDN supaya mengenakan ISA terhadap anggota dan pegawai yang terlibat.

Tangkap dan tunggu perbicaraan tidak memerikkan anggota dan pegawai yang rangah duit melalui rasuah dengan membocorkan pintu masuk dikawasan sempadan. ISA tanpa had tempoh kurungan adalah diharapkan supaya anggota dan pegawai merasa berdiri bulu roma untuk melakukan kerja yang tidak amanah itu.

Menerima rasuah berlaku bukan hanya di Jeti pulau Ketam saja, mungkin juga berlaku dibangunan dimana terdapat pejabat Ketua Pengarah Imigresen.

Ezam Md.Noor selaku bekas Pengerusi GERAK, boleh menceritakannya.


No comments: