Sayuti Omar mengelarkannya "Senator Boy" dan saya hendak mengatakan bahawa YB. Senator Ezam Md.Noor adalah 'Budak Suruhan' yang mengambil upah untuk menyerang peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim bekas bossnya yang dulu dipuja-puja seakan-akan kalah para-para melaikat.
Saya bimbang UMNO akan terus dijauhi oleh rakyat jelata sekiranya Ezam Md.Noor terus menerus diberi pentas untuk menyerang peribadi Anwar Ibrahim dan Wan Azizah Ismail. Perlu diingat Wan Azizah tidak pernah berdosa dengan rakyat jelata, beliau dilihat sebagai seorang wanita dan seorang ibu yang gigih, yang sanggup menanggong malu kerana taat kepada suami yang dikhianati sesama manusia.
Wan Azizah banyak dapat simpati dari kaum wanita, sama ada wanita muda, wanita dewasa, wanita yang miskin mahu pun wanita yang cerdik pandai, menyerang peribadi Wan Azizah bererti memberi simpati kepada beliau dan parti PKR yang dipimpinnya. Ini semua merugikan UMNO sebagai sebuah parti orang-orang melayu.
Perlu diingat bahawa Ezam Md. Noor dari dulu lagi mahu menghancurkan parti keramat orang-orang melayu ini, dari dulu lagi UMNO jadi musuh utama Ezam Md.Noor. Sebenarnya Ezam Md.Noor bukan orang perjuangan, beliau dilihat berjuang kerana berkepentingan.
Sekiranya Ezam Md.Noor jujur dalam perjuangan, beliau tidak patut cepat menerima jawatan sebagai senator, beliau sepatutnya mendahulukan rakan-rakannya dari Keadilan yang keluar menyertai UMNO yang telah lama meninggalkan parti Keadilan Rakyat, mereka itulah sepatutnya mendapat nikmat dulu daripada Ezam Md.Noor, itulah sebabnya saya mengatakan bahawa Ezam Md.Noor adalah 'budak suruhan', yang dibayar ataupun diupah dengan jawatan senator.
Orang-orang seperti Ruslan Kassim, Hanafiah Man, Hamdan Taha, Zaid Mat Arip dan Lokman Adam inilah sepatutnya diperjuangkan oleh Ezam Md. Noor supaya UMNO memberi tempat dan melantik mereka itu sebagai SENATOR bagi memberi ganajaran kerana mereka telah meninggalkan Anwar Ibrahim dan parti Keadilan Rakyat.
Kalau nak kira sedar, mereka itu lebih dahulu sedar daripada Ezam Md.Noor, tapi mereka itu tidak menuntut apa-apa, tidak diberi jawatan apa-apa, tapi mereka berjuang bersama UMNO kerana mereka mahu melihat Anwar Ibrahim terus dipenjara dan sekiranya Ezam Md.Noor jujur, jawatan senator itu sepatutnya diberi kepada Zaid Mat Arip terlebih dahulu.
Saya orang UMNO, saya orang Melayu, saya tahu detik hati orang UMNO dan orang MELAYU bahawa perasaan benci mulai dirasai sekiranya satu-satu parti itu terus menerus menghina, mengeji dan mengata huduh sesama MELAYU dan ISLAM dan akhirnya mereka itu lari dari terus mengundi UMNO.
UMNO kena menyekat ketololan yang dilakukan oleh Ezam Md.Noor dengan mencabar Wan Azizah, UMNO kena menyekat Ezam Md.Noor dari terus menyerang peribadi Wan Azizah hatta menyerang peribadi Anwar Ibrahim, semangkin banyak Ezam Md.Noor menyerang mereka berdua secara peribadi semaking banyak pula UMNO akan hilang undi.
Ezam Md.Noor boleh berucap dipentas UMNO dengan memberi hujjah bahawa UMNO masih lagi diperlukan dinegara Malaysia ini untuk kepentingan rakyat, bukan kepentingan diri sendiri seperti yang beliau amalkan hari ini.
Ingatlah UMNO, sepatah ucapan keluar dari mulut Ezam Md.Noor bererti satu undi melayu akan hilang untuk UMNO.
No comments:
Post a Comment