Semasa kita diatas, dengan mempunyai kuasa, dengan kekayaan dan kemewahan yang dianugerahkan kepada kita, kadang-kadang kita lupa, dari mana asal usul kita dan kemana akhirnya kita.
Kita memilih orang untuk kita tolong, orang yang tidak menguntungkan kita, kita tidak terniat untuk tolong. Itulah kejadian kepada orang yang berkuasa, yang kaya dan yang mewah yang tidak pernah mengenali dirinya yang sebenar.
Kita yang saya maksudkan diatas adalah mereka-mereka yang mendapat kuasa dari titik peluh rakyat jelata tapi tidak membalas budi rakyat dengan stampilnya. Rakyat masih lagi dihimpit kedukaan dan kemiskinan walaupun pada pilihanraya mereka itu diusung untuk keluar mengundi,
Tapi apabila menang pilihanraya, YB disitu tidak pernah menjengoknya apatah lagi membalas budi rakyat tersebut dengan memberi keselesaan untuk mereka itu lari dari himpitan kemiskinan, projek kecil kelas C pun tidak dapat dirasai, apatah lagi projek kelas B ataupun kelas A.
Ada orang mengatakan, mana mungkin orang miskin akan dapat projek kerana lesen pun dia tidak ada, saya katakan, orang miskin pun boleh dapat projek kalau pembesar yang ada kuasa hendak tolong kerana untuk mendapat projek tidak semestinya orang itu ada lesen, kerana sekarang ini lesen pun boleh pinjam dengan membayar harga lesennya.
Ini berlaku di malaysia, berapa ramai orang ada lesen kelas 'C' tapi tak pernah buat projek sedangkan dia dapat projek, ini kerana mereka yang ada lesen telah memajakkan lesen tersebut kepada orang yang ada hubungan rapat dengan pembesar yang ada kuasa.
Untuk projek kecil rancangan malaysia ke 10 nanti adalah dicadangkan supaya pihak pembesar yang ada kuasa meluluskan projek kecil hendaklah mengagihkan projek tersebut kepada orang yang diketegorikan miskin dengan memajak lesen kelas 'C' dikawasan tersebut, yang sebelum ini diberi pajak kepada orang terdekat dengan pembesar yang ada kuasa.
Inilah salah satu cara hendak menolong rakyat miskin dikampung-kampung yang kebanyakannya terdiri dari orang melayu dan islam, sudah sampai masanya pengagihan rezeki melalui projek kecil kepada kroni masing-masing dihentikan, mereka itu sudah kaya raya, sudah ada rumah besar, kereta besar dan isteri pun sudah lebih dari satu.
Ingatlah, Kuasa, Kekayaan dan Kemewahan tidak kekal, besuk mungkin hilang. Kuasa politik dapat dengan undi rakyat yang mana kerajaan boleh ditukarkan dan perlu diingat Kekayaan dan Kemewahan yang dapat tidak dengan cara halal akan dibalas didunia dengan penjara dan diakhirat dengan neraka.
No comments:
Post a Comment