"jangan belaga sama sendiri"
Saya setuju dengan pendapat Dato' Abdul Rahman Bakar, Timbalan Presiden PERKASA dan Sdr Yusof Daud, Pengkritik bebas politik Malaysia yang mengulas senario politik UMNO Negeri Kelantan pada hari ini, selepas majlis berbuka puasa dirumah Dato' Pa.
Mereka berdua berpendapat untuk memantapkan gerak kerja UMNO Kelantan adalah mustahak semua pemimpin UMNO diperingkat Bahagian dan ahli ahli UMNO keseluruahan memberi pengiktirafan dengan apa yang telah dibuat oleh Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila melantik Dato' Sri Mustapah Mohamed sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.
Dalam hal mengurus dan merancang supaya UMNO Kelantan menjadi kuat adalah perlu kecerdikan Dato' Pa diguna pakai oleh semua ahli parti, biarlah Dato' Pa melaksanakan tanggongjawab itu secara bijaksana, orang lain tak usahlah mahu menunjukkan dirinya cerdik dengan memutarkan stering bertentangan dengan stering yang dipandu oleh Dato' Pa.
Ertinya orang lain hanya perlu menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan dan bekerja kearah kemenangan parti dalam pilihanraya umum ke 13 nanti. Jangan pula orang lain mahu menonjolkan dirinya cerdik dan tidak menganggap dirnya sebagai pekerja kepada parti. Semuanya nak jadi bos dan tuan.
Dato' Pa dianggap layak dan cerdik lah maka pucuk pimpinan parti melantik beliau menjadi Pengerusi Perhubungan dan orang lain walaupun cerdik kenalah menjadi pekerja kepada Dato' Pa, barulah stering tidak dipulas ikut suka dan kereta tidak berlanggar. Sekira nya kereta berlanggar dengan kereta musuh tak mengapa, tapi yang takutnya kereta berlanggar sama sendiri, nak saman pun tak boleh, jadi sama-sama sakit saja.
Begitulah dalam penyusunan pentadbiran UMNO Kelantan yang baru setelah Sdr Mohd. Yassin sudah tidak lagi menjawat jawatan sebagai setiausaha Kerja UMNO Negeri Kelantan. Dato' Rahman dan Sdr Yusof berpendapat perlantikan Setiauasah Kerja UMNO Kelantan nanti hendaklah dilantik orang yang walaupun tidak terlalu cerdik tapi biarlah orang yang rajin bekerja dan tidak menunjukkan pandai dan cerdik, walau pun orang itu sebenarnya pandai dan cerdik.
Barulah tidak menimbulkan salah faham dan hasad dengki dikalangan pemimpin UMNO Bahagian dengan penjawat parti yang dibayar gaji, baru lah ada retak yang tidak sumban dalam pentadbiran UMNO negeri dan boleh mengelak daripada tomohan dan was-was.
Dato' Pa dan Ketua-Ketua Bahagian masih ada masa untuk memperbetulkan keadaan, mereka boleh berpakat menyokong sesiapa saja yang dilantik oleh Dato' Pa dengan tidak meletakkan agenda peribadi dalam menyusun gerak kerja di Bahagian masing-masing. Banyak ahli-ahli UMNO di Kelantan yang mempu menjawat jawatan Setiausaha Kerja dengan pengalaman dan kemahiran yang ada.
Carilah dan lantiklah orang yang mahu bekerja walau pun tidak bersekolah tinggi daripada melantik orang yang ada Ijazah berjela-jela atau pun ada Phd tapi kerjanya kurang dan asyik bermegah dengan kelulusan yang tinggi. Maknanya orang itu mahu tunjuk pandai lebih daripada Dato' Pa. Nanti UMNO akan berselerak tak pula.
Ezam Md.Noor tidak layak jadi Setiausaha Kerja UMNO Kelantan, kerana orang kelantan tidak gemar cara beliau berpolitik.
No comments:
Post a Comment