Wednesday, August 25, 2010

Bangunan UMNO hampir runtuh?

Pemimpin UMNO di Ibu Pejabat dan Bangunan Pusat Dagangan Putra PWTC masih bergayut kaki dengan kesejukan aircon dan keselesaan hidup yang mewah dan lumayan sedangkan "bangunan hampir runtuh" masih lagi leka dan tidak jengok keluar.

Itulah topik perbincangan oleh rakyat marhaen di warung tomyam dibelakang gedung bremall malam tadi sehingga saya berpeluh dan kelu tidak dapat berkata apa-apa. Masa dua tahun tidak lama dan dalam masa itulah UMNO akan runtuh, tegas seorang peniaga pakaian lama yang kecewa kerana MARA tidak meluluskan pinjaman beliau.

Sudah berbelas tahun saya berniaga dan menyewa dibangunan MARA dan rekod saya tidak pernah curang dalam membayar sewa kepada MARA, tapi malangnya saya, kerana berniaga menjual pakaiaan terpakai, MARA tidak mahu membantu dan tidak meluluskan permohonan saya, tegas Din dengan nada kesal.

Sama ada cerita Din itu betul ataupun tidak pasal pinjaman MARA, bukan persoalannya tapi intinya adalah sudah ternyata dikalangan peniaga pakaian terpakai tidak akan menyokong BN ataupun UMNO dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.

Bukan dikalangan peniaga yang dianggap berniaga dikaki lima saja yang begitu optimis bahawa UMNO akan runtuh tapi terdapat juga dikalangan penjawat awam yang beruniform dan tokoh usahawan yang bergelar 'Dato'. rata-rata sudah tidak sedap hati sekiranya pemimpin UMNO masih berkubu didalam bangunan dan masih tidak mahu jengok keluar.

UMNO tidak boleh mengharapkan kepada YAB Dato' Sri Mohd Najib seorang saja menjenguk keluar dan turun kebawah, Pengerusi Perhubungan dan Ketua Bahagian juga hendaklah jangan leka daripada menunaikan tanggongjawab untuk rakyat, jangan asyik mengumpul kekayaan kerana mengambil peluang takut-takut selepas PRU ke 13 nanti UMNO sudah tidak dapat membentuk kerajaan.

Paling menyedihkan apabila ada dikalangan bangsawan menyuarakan "biarlah dapat Menteri Besar bodoh asalkan dengar cakap daripada mendapat Menteri Besar cerdik tapi bodoh". kata-kata itu agaknya akan meruntuhkan satu lagi kerajaan negeri yang dikuasai oleh BN.

Tapi kerajaan BN masih ada waktu untuk memperbetulkan sikap rakyat yang belum 100% membuat keputusan untuk menolak BN dalam PRU ke 13 nanti, rakyat masih meletakkan harapan yang tinggi supaya kerajaan hari ini betul-betul dapat menyentuh gerak nadi rakyat dengan mendampingi dan menunjukkan sikap yang betul-betul boleh memberi keyakinan yang rakyat tidak akan rugi apabila masih menyokong kerajaan BN.

Gejala rasuah dan riak dikalangan Menteri dan pemimpin parti kompenan BN hendaklah dibendung secara serius, gugurkan mereka yang masih menghabiskan masa di karaoke dan di club-club, gugurkan mereka yang didapati mempunyai harta yang melimpah ruah yang hasilnya mencurigakan. Tamatkan khidmat Ketua UMNO Bahagian yang ada skandal dan fail rasuah masih ditangan SPRM, tunjukkan bahawa kerajaan betul-betul bersih dan slogan 1Malaysia rakyat didahulukan hendaklah dapat dilihat dan dibuktikan dengan nyata.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, kepada Timbalan Perdana Menteri dan kepada Menteri-Menteri kena tahu buat kerja, layanlah rakyat secara sama rata, jawab surat menyurat dan angkatlah telepon tanpa memilih. Bertindaklah mewakili taukeh jangan kita nak jadi taukeh.

Kepanasan dan berpeluh saya terasa lega apabila rakyat marhaen di warung tomyam tersebut sebelum bersurai mengatakan bahawa UMNO masih relevan untuk orang melayu dan UMNO tidak akan runtuh sekiranya orang-orang di Ibu Pejabat UMNO tidak duduk hanya dengan bergoyang kaki.

UMNO akan terus relevan sekiranya Ezam Md.Noor tidak bersuara lagi.

1 comment:

Rush IswaraKu said...

slm,
Nampaknya pandangan serta cerita Tuan ini juga menerjah benak fikiran saya.Hasil pengalaman bagi mendapatkan dana untuk anak belajar dengan MARA amat mengecewakan.Untuk meminjam bukanya dapat percuma pun tidak dilayan,Surat rayuan kepada bukan sahaja Pengarah,Pengerusi malah Menteri bertalu-talu,bangunan MARA dipanjat berkali-kali namun hampa..Nampaknya slogan 1malaysia itu hanya penyedap telinga sahaja dan saya percaya sindrom "benci" ini bukan sahaja kepada beberapa individu malah ramai lagi dan mungkin juga termasuk saya