Saturday, August 7, 2010

Imej baru Polis D'Raja Malaysia.

KDYMM Sultan Ismail Petra bersama Raja Perempuan Kelantan dan Anaknda baginda YAM Tengku Temenggong Kelantan.

Ketua Polis Malaysia, Musa Hassan dijangka tamat tempoh sambung perkhidmatan pada september 2010 nanti maka adalah peluang untuk orang lain menjawat jawatan Ketua Polis Negara, satu pembaharuan adalah diharap kepada peneraju baru Polis D'Raja Malaysia supaya imej polis yang tercemar teruk dapat dipulihkan.

Terbaru pendedahan melalui CD bagaimana polis UTK megacukan mucung senapang keatas muka KDYMM Sultan Kelantan satu peristiwa yang amat malang, bagaimana pasukan polis yang dikenali sebagai D'RAJA tergamak melakukan tindakan yang begitu keras terhadap seorang Sultan.

Ura-ura untuk menyambungkan khidmat Ketua Polis Negara sepatutnya tidak kedengaran dan dibincangkan kerana untuk berapa lama Musa Hassan akan diberi keistimewaan sedangkan sudah 2 kali beliau disambung perkhidmatannya.

Orang lain yang dibawah sepatutnya diberi peluang bagi memantapkan perkhidmatan Polis D'Raja yang sekarang ini menampakkan negara Malaysia ini adalah sebagai sebuah negara polis. Sekiranya anggapan pelabur luar bahawa Kerajaan sudah tidak mampu menyekat tindakan polis yang keterlaluan, siapa yang mahu datang untuk melabur dinegara Malaysia ini.

Pelabur luar juga manusia yang takut kepada tindakan kekerasan, untuk apa datang ke Malaysia sekiranya keselamatan tidak terjamin, kalau terhadap Sultan pun polis bertindak dengan keras apatah lagi mereka orang asing. FDI akan terus merudum.

Ramai lagi pegawai polis yang mampu dan berkelibar yang boleh menerajui pasukan polis D'Raja negara, yang bersih, rajin dan telus yang agaknya boleh membersihkan imej polis dimasa yang akan datang apabila diberi peluang. Timbalan Ketua Polis Negara sekarang pun boleh.

Begitu juga dengan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Dato' Bakri Jihin, walaupun beliau orang sabah, beliau juga rakyat Malaysia dan rekod perkhidmatan beliau bagi mengurangkan jenayah dinegara ini telah terbukti berjaya. Orang-orang yang ada wawasan, cekap dan rajin perlu diberi tempat untuk menrealisasikan matlamat kerajaan.

Menyambung dan terus menyambung Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara akan menjejaskan peluang orang lain naik pangkat. Sudah sampai masanya kerajaan telus dalam memberi peluang kepada pegawai lain naik pangkat. Dato' Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia tentunya tidak mahu negara Malaysia dicopkan sebagai 'Negara Polis' yang tentunya imej negara dipandang tidak baik.

Polis Malaysia yang dianggap 'cekap' akan hilang keyakinan oleh rakyat sekiranya isu-isu yang tersebar tidak dibendung dari sekarang, sudah sampai masanya Ketua Polis Negara yang baru dilantik dan diberi tanggongjawab bagi membersihkan imej pasukan 'Polis D'Raja Malaysia' dan sepatutnya Musa Hassan mengambil cuti bagi persediaan untuk menjadi rakyat biasa.

No comments: