Thursday, May 23, 2013

Tamrin 'menghasut'? tuduhan yang daif.

Abang Zainal telepon, Tamrin Ghafar telah ditangkap, mahu kepastian, tengok fb Sayuti Omar MSO, sah Tamrin ditangkap, Telepon Polis minta pengesahan, sah dan berada di balai polis Jinjang, sebelah rumah sahabat ambo. Bukan saja saya yang mencari 'kaki' tapi Dato' Ibrahim Ali juga turut mencari kaki, Itulah erti persahabatan. yang  betul harus dipertahankan.

Ramai rakan-rakan dalam UMNO dan ahli Parlimen sahabat saya  terkejut dengan pengangkap Tamrin kerana mereka tidak terfikir Tamrin manghasut. Saya sendiri yang dikira rapat dengan beliau tidak pernah mendengar bahasa hasutan dari mulutnya. Apa sebenarnya erti menghasut?

Ucapan dipentas politik, tidak boleh dikira menghasut sekiranya tidak ada ayat mengajak orangramai menghancurkan kerajaan secara haram, ujudkan pasukan untuk menentang kerajaan, Tamrin tidak mampu untuk melakukan demikian, Tamrin bukan 'crowd puller', Tamrin bukan Najib atau Tun Mahathir, Tamrin tidak berpengaruh seperti Tok Guru Nik Aziz, ucapan beliau tidak boleh menaikkan semangat orangramai untuk meruntuhkan kerajaan.

Ucapan Tamrin sanggup membongkar kepalsuan dan ketidakadilan dalam kerajaan BN, bagaimana salah laku para pemimpin UMNO, sekiranya ucapan Tamrin itu salah dan berniat jahat, pihak yang dituduh oleh beliau buatlah pendakwaan.

Jangan kerana Tamrin adalah anak kepada pengasas negara kita Allahyarham Tun Ghafar Baba, kita jadikan beliau sebagai mangsa 'kerakusan' untuk ditunjukkan kepada dunia bahawa keraajaan tak kira siapa, yang perlu ditangkap akan ditangkap, sekiranya lepas ini mahkamah mendapati beliau tidak bersalah dimana muka kerajaan hendak letak. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya tidak sanggup berada dibawah pentadbiran kerajaan yang rakus dan bacul.

Saya sebagai rakyat mahu melihat, ketua-ketua di surat kabar dan televison ditangkap dan didakwa dibawah akta hasutan, kerana disitulah bertapaknya sarang 'menghasut' terutamanya menghasut melalui iklan2 sehingga suami tak boleh tidur malam. Hasut membeli.

Monday, May 20, 2013

Najib dan Anwar memiliki perangai yang sama?

Jangan pertikai berhubung perlantikan 7 orang menteri dari ugama krestian kerana masih ramai lagi menteri yang berugama Islam dan ada juga menteri yang berugama lain. Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya boleh mengamalkan ugama berbagai-bagai. Tak salah.

Lagi pun Yang DiPertuan Agong dah setuju, rakyat mesti menghormati sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem berpelembagaan. Mempertikaikan menteri yang dilantik berada dalam kabinet bererti tidak setuju dengan apa Yang DiPertuan Agong setuju, itu tidak molek, sebagai rakyat yang diasuh supaya bertatasusila.

Apa yang boleh dipertikai ialah kenapa Bung Mokhtar yang dah lama menjadi ahli Perlimen tidak dilantik sebagai Menteri, Beliau juga berasal dari Sabah, kenapa wakil daripada PRS hanya ditawar sebagai Timbalan Menteri sedangkan beliau juga dah lama jadi Timbalan Menteri kenapa tak dinaikkan pangkat jadi Menteri, beliau juga berasal dari Serawak.Itulah kuasa namanya

Apa yang terjadi adalah kerana kuasa. Sesiapa yang berkuasa dan jadi ketua akan mengunakan kuasanya ikut citarasanya, itulah terjadi dalam pembentukkan kerajaan hari ini, oleh kerana Najib sebagai ketua dan berkuasa, beliau lakukan atas pertimbangannya, sama ada orang suka atau tidak suka, beliau peduli apa kerana dia sebagai ketua dan berkuasa.

Begitu juga semasa hendak memberi watikah kepada mereka yang dicalunkan semasa PRU13 lalu, sama ada BN atau PR sama saja, cakap saja akan meletakkan calun yang berwibawa tapi apabila sampai masa semuanya lantik keluarga dan temna rapat sebagai calun, cakap lain buat lain, kerana dialah ketua dan dialah berkuasa.

Sebab itu dalam PRU13 lalu, BN hilang 7 kerusi dan PR hilang 15 kerusi, semua itu kerana ketua tidak tunai janji, tidak meletakkan calun yang disukai oleh pengundi ertinya antara PM Najib dan Anwar Ibrahim sama saja 'gila guna kuasa'. oleh itu PRU 14 kelak selagi ketua tidak berubah, keputusan PRU pun tidak akan berubah.

Saturday, May 18, 2013

Serawak 'the hero'.



Negeri yang banyak rakyatnya dilantik sebagai Menteri


Parlimen Malaysia kali ini akan dikuasai oleh pihak pembangkang setelah beberapa orang yang tidak disenangi telah dilantik sebagai Menteri dan seorang menteri yang racist terutamanya yang tidak mewakili parti politik. Siapa dari kalangan ahli parlimen yang akan mempertahankan menteri atau timbalan menteri sekiranya dibelasah oleh ahli parlimen pembangkang dalam persidangan parlimen nanti. Kerana ianya tidak ada parti yang boleh membantu.

Tentunya dewan akan hangat apabila seorang menteri atau timbalan menteri di 'boo' dalam perlimen, tambahan pula menteri atau timbalan menteri yang tidak mesra dengan ahli parlimen yang rata-rata tidak akan senang hati dengan menteri yang tak payah bersusah payah tapi terus dilantik kedalam kabinet.

88 orang ahli Parlimen UMNO yang dipilih oleh rakyat hanya beberapa kerat saja dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dan yang malangnya mereka tidak diiktirah oleh PM Najib setelah sekian lama berkhidmat untuk mempertahankan BN tapi tidak diberi peluang untuk dilantik sebagai Menteri, contohnya Bung Mokhtar dan yang sudah jadi menteri pun digugurkan seperti Shaziman Mansor dan Noh Omar.

Menteri baru yang dilantik tidaklah nampak hebat benar. Tunggu persidangan dewan rakyat nanti, mampukah menteri yang diluar parti dapat menghayati nadi kerajaan atau hanya sekadar pak pacak yang dapat keistimewaan atas anugerah PM Najib.

Berita terbaru, BN akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen setelah parlimen bermula, sama ada menjadi ahli parlimen bebas atau join PR belum dapat pengesahan, sekiranya ia bermula dari serawak tentunya akan mengubah percaturan politik tanahair. Ertinya 133 - 6 -4 untuk parlimen dan bagaimana pula di Negeri Trengganu, Kedah dan Perak yang menang tipis.

Mungkin 3 negeri iaitu Kedah, Perak dan Trengganu akan bergelora sekiranya angin perubahan datang dari negeri Serawak dan negeri dibawah bayu. Sama-sama kita tunggu perkembangannya.

Wednesday, May 15, 2013

Menterikah KJ.

Hari ini PM Najib  akan umumkan barisan Kabinet baru  (15 mei) untuk tempuh lima tahun sehingga PRU14. Mereka itu akan menentukan Kerajaan BN akan terus diterima oleh rakyat. Ramai anak-anak muda sedang menanti nama YB Khairy Jamaluddin berada sebagai menteri terutamanya pemuda UMNO yang mahu melihat kekuatan parti, tapi tidak kepada pemuda yang berkepenting diri.

Apa yang penting diberi perhatian, siapakah yang akan menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, adakah YB,Dato' Hishamuddin Tun Husein akan kekal, sekiranya beliau masih kekal adakah ada rombakan dalam Kementerian KDN kerana banyak perkara yang berlaku dalam KDN tidak menempati kehendak rakyat.

Sebagai contoh, masih berlaku dengan terang lambakan pendatang asing di Malaysia. Rakyat asing yang tak ada kerakyatan berlambak ditepi jalan, ditempat maksiat dan sebagainya, tambahan lagi ada warga asing yang diberi PR berlagak sombong lebih daripada rakyat Malaysia. Dah lah perempuan melayu dibalun kerana dijadikan isteri tapi tidak menghormati perlembagaan negara ini.

Sekiranya KDN masih terus membiarkan kedatangan pendatang asing, menjelang tahun 2014 nanti negara akan menampung warga asing dengan angka mencecah 5 juta orang, jalan jalan dan lorong dibandar-bandar besar akan dipenohi oleh pendatang asing begitu juga dipusat-pusat rumah urut dan karaaoke,

Yang anihnya, pusat-pusat hiburan, rumah urut dan karaoke tiap-tiap bulan ada yang baru dibuka sedangkan tangkapan sentiasa dibuat. boleh dikatakan tiap-tiap malam TV tayangkan berita tangkapan ada yang berpuloh kali ditangkap tapi masih bergiat aktih. kenapa berlaku demikian.

Dengan adanya Ketua Polis baru dan Timbalan baru adalah diharapkan tidak ada lagi berita tangkapan dibuat ditempat yang sama. maksudnya tempat yang telah dibuat tangkapan yang menjalankan perniagaan maksiat dan menggunkana pendatang asing yang menyalahan visa hendaklah ditutup terus dan tak akan ada lagi lesen dikeluarkan dipremis tersebut.

Kerjasama Polis, Imigresen, dan PBT hendaklah dipereratkan dengan menghantar pegawai-pegawai jang jujur. Jangaan hantar pegawai yang lapar wang kerana sekiranya wang mengatasi bidang tugas maka hasrat Kerajaan untuk menghapus perbuatan mungkar tidak akan berjaya.

Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan Tahniah kepada idola saya, Dato Bakri diatas perlantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Selamat Maju Jaya.


Tuesday, May 7, 2013

Demi Ugama Bangsa dan Negara. 133 + 21 = 154.

Selesai sudah PRU 13 dengan keputusan BN mendapat 133 kerusi dan PAS mendapat 21 Kerusi, rata-rata orang mempertikaikan kerana tidak ada kesepakatan Melayu, maka DAP agak menang besar dikalangan PR.

Jika betullah BN dan pemimpin Melayu mahukan sebuah kerajaan yang membela kepentingan bangsa, maka inilah masanya, yang jauh didekatkan yang rapat dierat-eratkan, ahlu UMNO yang meninggalkan UMNO hendaklah meminangkan semula dengan memberi tugas dan tanggongjawab untuk mendekati masyarakat melayu untuk mewujudkan kesepakatan bagi memperkuatkan kuasa melayu dalam parlimen.

Saya tidak bercadang menulis banyak, cukup dengan sifir 133 campur 21, itu sudah memadai bagi menguasai Parlimen Malaysia lebih daripada 2/3 demi Ugama, Bangsa dab Negara. 

Monday, April 29, 2013