Monday, January 27, 2014

Isu Kalimah Allah, Orang Asli dan ISA.

 sekira ISA masih ujud
mereka yang tak puasa hati isu kalimah Allah
boleh diamankan di kemunting.

Dah lama isu kalimah Allah diperdebatkan, sehingga melibatkan mahkamah dan sultan serta agong. Berapa ramai penganut ugama kristian di Malaysia kalau hendak dibanding dengan penganut ugama lain seperti Buddha dan Hindu, sekiranya mahu dibanding dengan penganut ugama Islam. Tentunya penganut ugama Islam lebih ramai dan lebih hebat.

Tindakan yang betul telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengajak kepada permuafakatan nasional terutamanya berkaitan ugama dinegara ini. Kerajaan hendaklah cepat-cepat menyambutnya tanpa mengambil kira fahaman politik kerana agak sukar sebelum daripada ini untuk duduk semeja dikalangan pemimpin politik.

Akhir-akhir ini nampaknya ada usaha oleh mereka-mereka yang ketandusan pemikiran yang cuba mahu mencari publisiti murahan dengan mengaitkan isu kalimah Allah dengan peristiwa 13 mei. sedangkan isu tersebut tidak ada kena mengena dengan perbalahan kaum. Kalau saya ada kuasa, orang yang mencetuskan isu 13 mei akan didakwa dan dihukum.

Sebelum terjadi perbalahan yang lebih besar dikalangan penyokong politik, apabila isu kalimah Allah sedang dijaja oleh ahli-ahli parti politik, kemunculan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, DAP & PKR mengajak pemimpin Kerajaan berusaha untuk melihat isu tersebut secara serius kerana bimbang ianya boleh menjejas perpaduan kaum. Perlu disambut baik dan disokong oleh semua golongan rakyat.

Ternyata disini Dato' Seri Anwar Ibrahim lebih memberi keutamaan kepada kedamaian dan ketenteraman kepada rakyat dan negara. Tawaran untuk  'pelan damai' dibuat diwaktu negara memerlukan seorang tokoh yang berani menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku ekoran ada pihak yang tidak mematuhi keputusan mahkamah dan tidak menjunjung titah sultan dan agong.
Pihak yang ada kuasa seperti Majlis Ugama Islam, sama ada diperingkat pusat atau negeri nampaknya telah gagal menjalankan tugas sehingga ada penganut agama lain dengan cara agrasifnya boleh melakukan apa saja sehingga seakan-akan boleh mencetuskan suasana yang tidak harmoniyang boleh mencetuskan kearah kehancuran perpaduan kaum disebabkan perbedazaan pendapat pengunaan nama Allah.

Sebenrnya penganut agama (rakyat) yang berada di Malaysia sebelum ini tidak ada masaalah diantara satu sama lain tetapi disebabkan akta ISA dimansuhkan ada suara-suara sumbang yang mempersendakan mahkamah, sultan dan agong yang dikesan dan dengan sendiri menampakkan mempersendakan undang-undang negara.

Sekiranya akta ISA masih ujud, saya yakin dan percaya isu kalimah Allah tidak akan berpanjangan seperti hari ini kerana mereka yang masih mempertikaikan arahan mahkamah dan tidak akur dengan titah sultan dan agong bolehlah direhat di kem kemunting buat sementara waktu untuk mereka MUHASABAH DIRI dengan aman.

Yang malangnya badan-badan ugama Islam sebelum daripada ini gagal menjalankan dakwah terhadap bangsa dan ugama lain. Contohnya bagaimana orang-orang asli di Malaysia ada yang tidak berugama Islam walhal orang asli adalah dalam kawalan kerajaan dan badan dakwah dibawah kerajaan pusat dan negeri mempunyai cukup kepakaran untuk berdakwah mengislamkan mereka itu.

Apabila ada ugama lain yang berjaya membawa orang asli menganut bukan ugama Islam kita orang Islam tidak sedikitpun merasa irihati, bahkan seperti tidak ada usaha dilakukan secara bersungguh-sungguh, kalau ada pun secara ala kadar. Betul dalam Islam tak ada paksaan, tapi sekira cara berdakwah dilakukan dengan bersunggug-sungguh tentunya boleh mendatangkan hasil yang baik.

Persoalannya, kenapa ugama lain disukai oleh orang asli?.

1 comment:

Muhamat Abd.Rahman said...

Mantap Tn MSS. Saya amat bersetuju dengan tulisan tuan. Sedih juga melihat perkembangan orang Asli yang mnenjauhkan diri dari orang-orang Melayu, malah lebih mesra dengan puak bukan bumiputra