Thursday, January 31, 2013

Negara Selamat, Rakyat Makmur dibawah PR.

UMNO baru selesai berkampung diPWTC menilai kemampuan bagi mempertahankan kerajaan BN dalam PRU 13. PAS pula sedang memperkemaskan jentera diperingkat akar umbi bagi mempastikan kerusi yang ditandingi menang dengan sempurna manakala PKR dan DAP sedang menilai calun-calun yang setia pada perjuangan.

Semua bergerak kearah pilihanraya. terbaru kejutan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang mana Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibuburkan selepas tahun baru cina. Ertinya pilihanraya akan berlaku selepas sambutan tahun baru cina, kalau pun Parlimen tidak dibubarkan tapi Dewan Undangan Negeri Selangor akan dibubarkan, ertinya SPR terpaksa mengumumkan tarikh pilihanraya dan pembuangan undi pasti berlaku.

Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor tentunya ada perhitungan yang menyakinkan bahawa PR akan terus memerintah negeri Selangor lagi pun sekarang ini UMNO dan BN Selangor masih gagal untuk menonjolkan calun menteri besar sekiranya BN menang di Selangor. Rakyat Selangor tentunya bijak apabila terus mengekalkan PR memerintah untuk tempuh lima tahun lagi.

Rezeki rakyat Selangor akan terus melimpah ruah kerana PRU13 nanti kerajaan Malaysia pun akan diperintah oleh PR, ,ini diakui sendiri oleh beberapa tokoh UMNO yang secara tidak sengaja telah mendedahkan rahsia bahawa kerajaan BN dibawah pimpinan PM Najib adalah tersangat lemah.

Apabila bekas-bekas Perdana Menteri dan bekas menteri terpaksa bercakap untuk tolong berkempen dalam pilihanraya nanti itu bermakna UMNO dan BN sedang berada dalam kesakitan seolah-oleh berada dalam nazak antara hidup dan mati. Orang yang paling takut apabila BN kalah dan PR dapat membentuk kerajaan ialah Tun Mahathir dan Ibrahim Ali. Mereka berdua nampak sangat takut kepada PR.

Walau bagaimana pun peluang untuk BN terus berkuasa masih dapat diselamatkan, apabila UMNO dan BN berjaya memecahkan perpaduan yang disepakati oleh PR diantara parti PAS, PKR dan DAP. memecahkan kesepakatan diantara PAS dan DAP hanyalah satu-satu peluang yang ada pada UMNO dan BN.

Maka tidak hairanlah UMNO begitu beria-ia benar menjadi jurucakap kepada Nasaruddin Mat Isa apabila Nasa dilucutkan sebagai ahli Majlis Syura PAS, sedangkan pemimpin UMNO tidak ambil kisah langsung terhadap ahlinya yang dibuli oleh pemimpin UMNO di peringkat Bahagian seperti apa yang berlaku di Bahagian Tanah Merah dan Ketereh.

UMNO lebih rela mempertahankan 'ahli politik yang jahat' dari  bertindak adil terhadap ahli yang dibuli oleh pemimpin diperingkat Bahagian, jasteru itu UMNO hanya mengharapkan kepada isu yang cuba dicetuskan supaya pakatan rakyat berpecah belah. Dan separuh daripada gerakan UMNO dan BN itu telah berjaya hari ini setelah Nasaruddin dan Hassan Ali diperkudakan oleh UMNO.


Tapi isu Nasaruddin dan Hassan Ali tidak merosakkan kesepakatan PR, bahkan semua isu yang cuba dibangkitkan oleh UMNO dan BN telah dipadamkan dengan sekelip mata oleh kebijaksaan Tok Guru Nik Aziz apabila Tok Guru membuat lawatan ke kediaman Menteri Besar Kedah, Dato' Azizan dan kerumah Karpal Singh.

Isu hudud dan isu pengunaan nama Allah terus terpadam. Kebijaksaan Tok Guru itu apabila beliau secara simbolik mengajar rakyat iaitu bukan payah untuk berbaik-baik dengan musuh dan terlalu mudah untuk bermusuh dengan kawan baik. PR tidak mungkin akan berpecah dan akan tetap utuh kerana PAS, PKR dan DAP melayari satu matlamat iaitu kalahkan UMNO dan BN dalam Pilihanraya umum nanti.

Apabila UMNO dan BN kalah, negara akan selamat danrakyat akan makmur.

Tuesday, January 29, 2013

Jentera PDM UMNO kuat.

Pemimpin UMNO sedang giat turun ke PDM (Pusat Daerah Mengundi) dan mengarahkan semua bilik gerakan dibuka. Tanda-tanda awal Pilihanraya umum sudah dekat. Semua masaalah awal di PDM diselesaikan teruatamanya bahan-bahan logistik PRU.

Banyak aktibiti yang melibatkan kewangan dirancang, terbaru pengagihan wang untuk pelajar yang dibuat dikawasan sekolah, itu pun dijadikan sebagai aktibiti PDM dan tentunya sebelum PRU nanti pembahagian BR1M akan dianjurkan secara besar-besaran bagi memikat rakyat supaya terus menyokong BN.

Sebelum wang BR1M dibagi-bagi kepada rakyat, pihak pemimpin UMNO akan mengambil kesempatan untuk memberi ucapan kepada yang hadir, sekurang-kurang 2 jam masa diambil untuk menjaja BN kepada rakyat, beri ucapan bagai-bagai pemalsuan akan direka untuk menfitnahkan PR kerana sekarang ini teramat susah rakyat untuk mempercayai kepada BN.

Tentunya isu rakyat akan berdepan dengan masalah sekiranya PR memerintah Malaysia akan dicetuskan, isu yang sering diwar-warkan oleh pemimpin UMNO dan BN ialah Kerajaan PR iaitu PAS dan PKR akan jadi kuda tunganggang oleh DAP dan DAP pula dikaitkan dengan bangsa cina.

Isu DAP memperalatkan PAS seakan-akan boleh dipercayai, kerana banyak sangat percangghan kenyataan oleh pemimpin DAP dan PAS berlaku, yang mana isu yang tak patut dibincang secara terbuka dibincang dengan lajak sehingga membuat orang atas pagar yang ingin menyokong PAS terkedu.

Isu nama Allah, Isu Hudud adalah hak mutlak bagi orang Islam dan hanya PAS yang layak menterbiahkan rakyat, kenapa DAP beria-ia sangat nak campur dan memberi kenyataan yang kadang-kadang boleh mengusarkan rakyat yang berugama Islam, tak bolehkah DAP mengambil sikap tunggu dan lihat, biar PAS yang berhadapan dengan UMNO dan BN dalam isu ini.

DAP sepatutnya mengajak rakyat keturunan cina meninggalkan MCA yang terang-terang sudah tidak dapat memberi khidmat kepada masyarakat cina, yang hanya menjadi pak turut kepada pemimpin tertinggi MCA sahaja yang telah muflis ideal.

Pihak PR jangan mengambil mudah untuk menghadapi BN dalam pilihanraya nanti, jangan hanya mengharapkan gelombang yang datang kerana UMNO sedang kuat mempersiapkan bentang bagi menghalang gelombang besar yang datang. Perlu diingat genarasi muda tidak terikat dengan sistem kepatian, genarasi muda kini bebas untuk memilih siapa yang  mereka suka dan percaya, hari ini orang muda boleh suka kepada PM Najib dan esok orang muda boleh maki Najib.

Hari ini orang muda tak mengambil berat soal pakaian Rosmah tapi esok orang muda boleh puji Wan Azizah cara berpakaian yang islamic dan bersopan yang tak mampu dipakai oleh Rosmah secara konsisten. Isu-isu begini akan mempengaruhi kepada keputusan pilihanraya umum ke 13. Parti belum tentu memberi jaminan untuk menang tapi calun adalah menjadi faktor besar satu-satu parti itu boleh memberi kemanangan.

Peristiwa 2004 yang dialami oleh PAS Kelantan hendaknya jangan berulang, pucuk pimpinan PAS tahu akan kebenarannya. Rakyat sedang memerhati, bukan saja di Kelantgan tapi berlaku juga di Kedah,Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Yang retak hendaklah ditapung, jangan retak terbelah. sayang.

Sunday, January 27, 2013

PR. langkah jangan sumbang.

Di Pasir Gudang Johor ada ahli-ahli UMNO tutup bilik gerakan tanda protes kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Johor iaitu Ghani Othman, di Pengakalan Chepa, Kelantan ada ahli UMNO menganjurkan tunjuk perasaan menolak Dali Husein, Ketua UMNO Bahagian daripada di calunkan pada pilihanraya umum nanti.

Di Melaka bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri keluar UMNO menyertai PAS, di Kedah seorang bekas menteri keluar UMNO dan menubuh parti baru, di Sabah Timbalan Menteri letak jawatan dan keluar UMNO menyertai Pakatan Rakyat PR. Dan ramai lagi sedang menanti untuk keluar UMNO.

Pilihanraya semakin hampir, UMNO semakin nazak, kuasa seakan-akan terlepas, kerakusan akan terbongkar, nasib tidak menentu, kerajaan separuh tumbang, apa agaknya akan berlaku selepas pilahanraya umum ke 13 ini. Apakah malaysia akan menerima sebuah kerajaan baru yang adil dan telus yang meletakkan keutamaan membela rakyat sebagai asas mentadbir secara sama rata.

Menolak dan menghukum mereka yang lakukan rasuah dan menzalami rakyat, membahagikan harta khazanah negara kepada yang berhak, tidak membazir, membangun negara yang seimbang serta ,membela nasib rakyat yang terhimpit dengan kemiskinan, meagihkan kekayaan negera dengan sempurna dan memerintah dengan amanah.

Tidak ada sebuah kerajaan boleh bertahan tanpa sokongan rakyat terbanyak dan sebuah kerajaan itu akan jatuh dengan cepatnya apabila rakyat bangkit menentang, begitulah nampaknya bakal dihadapi oleh kerajaan BN kini, rakyat sudah tidak berpihak kepada BN lagi, rakyat sedang bangkit untuk merubah kerajaan hanya masa yang menentukan.

Yang bagusnya rakyat Malaysia ada tatasusila, tahu adab dan bersopan santun, sabar dan bersedia menunggu. Rakyat sedang menunggu pembubaran parlimen, rakyat sedang menunggu tarikh mengundi dan rakyat sedang menunggu hari menyambut ketibaan kerajaan baru, kerajaan PR. Bila?

Rakyat tahu, peralihan kuasa akan berlaku dengan aman dan tenang, rakyat tahu kuasa melayu tidak terhakis, rakyat tahu bangsa lain akan menghormati bangsa melayu dan rakyat tahun Islam adalah ugama rasmi negara Malaysia. Dan rakyat sedang menunggu janji.

Janji kerajaan PR untuk menurunkan harga minyak serta merta, janji menghapuskan pinjaman PTPTN, janji gaji guru dinaikkan, janji bekas tentera akan dapat tanah, janji peneroka FELDA tak payah bayar pinjaman pembelaian saham, janji pinjaman tekun tidak dikenakan kadar feadeh, janji kereta tak ada duti import, janji keadilan untuk semua dan banyak lagi janji untuk kesejahteraan rakyat.

Dalam masa lima tahun rakyat akan dapat menilai, sekiranya janji tinggal janji, rakyat akan terus bangkit dan bangkit diwaktu itu adalah bangkit dengan kemarahan, tentu kita tahu, apa akan terjadi apabila rakyat bangkit dengan kemarahan. bangkit menuntut janji.

Oleh itu janji PR bukan janji main-main, janji pakatan rakyat bukan janji yang tidak akan ditepati, janji PR adalah janji yang akan dikotakan, kerana PR tahu akan kemampuan untuk menyediakan keadilan kepada rakyat, harta negara adalah harta rakyat, harta negara adalah untuk dinikmati oleh rakyat, sebab itu kerajaan PR akan menjadi sebuah kerajaan rakyat yang menegakkan keadilan dan menentang kemungkaran.
Negeri Kelantan, Kedah, Selangor, Wilayah adalah paksi pemerinatah PR, disusuli oleh Sabah, Perak, Negeri Sembilan dan akan didokong oleh Pahang,Trengganu dan Johor. Biarlah Melaka dan Serawak untuk sementara waktu tidak bersama PR. Natijahnya BN tumbang secara sedar. walaupun dalam politik angin perubahan boleh bertukar bila-bila masa.

PR diingatkan jangan melangkah sumbang.


Friday, January 25, 2013

Polis sahabat kita,. bukan musuh kita.

Kematian adalah satu kemestian.

Semua manusia mesti berhadapan dengan kematian pada satu hari nanti, hari-hari kita menerima berita kematian kadang-kadang yang mati itu berlaku berdekatan dengan kita, orang yang kita kenali, orang yang kita sayangi dan juga  orang yang kita paling benci.

Kematian berlaku dengan bermacam-macam suasana, ada yang mati secara biasa, ada yang mati kerana sakit, ada yang mati kerana kemalangan, ada yang mati kerana dibunuh, ada yang mati kerana mempertahankan negara dan bermacam-macam sebab lagi berlaku kematian.

Yang paling sedih apabila orang tersayang tiba-tiba mati, selapas 'beselora' dengan gelak ketawa tak berapa lama kemudian terima berita kematian. Antara percaya atau tidak, kematian terpaksa diterima kerana kematian tetap akan terjadi tak kira kepada siapa.

Dimusim deman pilihanraya ini, kematian telah menjadi tumpuan terutamanya oleh pemimpin poilitik tanahair, tak kiralah pemimpin parti mana terutamanya orang yang selalu pasang body, bercita-cita nak bertanding dalam pilihanraya umum ke 13. Pantang dengar kematian pasti muncul dikhalayak ramai, ejen-ejen diberi tugas khas untuk memaklumkan kematian. Hipokret politik.

Zairah kematian (melawat) sudah menjadi budaya kepada pemimpin PAS, orang PAS sentiasa sibuk mengurus jenazah apabila ada kematian, mengurus sejak mula jenayah hendak dimandi, hinggalah kedalam kubur, dalam bab itu orang-orang PAS adalah juara dalam pengurusan jenazah dikampung kampung sehinggalah menjadi 'shikh' waktu majlis tahlil. Hebatnya orang PAS.

Perkara ini jarang jarang menjadi kebiasaan kepada orang-orang UMNO, para pemimpin UMNO hanya mampu menzairahi ketika diminta menzairahi oleh orang-orangnya saja dan bermusim, seperti sekarang ini apabila ada berita kematian dikawasannya baru nampak wajah kerana pilihanraya dah hampir tiba, musim deman pilihanraya, katakan.

Yang tidak patut berlaku juga sedang berlaku, yang mana ada wakil rakyat cuba mengambil kesempatan diatas penderitaan kematian. contoh, oleh kerana mahu terus populor dan mahu bertanding dalam pilihanraya umum ke 13 ada wakil rakyat sanggup bersama menyokong mendesak supaya mayat-mayat dibedah untuk kali kedua. Bukan apa sebenarnya, itu hanya kerana nak berlakun menunjukan bahawa dia prihatin kepada rakyat.

Sedangkan wakil rakyat tersebut tahu yang simati itu terlibat dalam banyak kes jenayah yang menyusahkan orangramai, disini kita harus bertanya, apakah orang ini patut dipilih lagi sebagai wakil rakyat kerana sudah jelas mengambil kesempatan diatas kematian dan snggup membela sipenjenayah melawan polis  serta menyusahkan rakyat.

Jangan kerana mahu memikat undi, ada bakal-bakal calun atau wakil rakyat sanggup mengambil kesempatan memperlekehkan kerja polis, Polis bertugas menjaga kepentingan awam dan orangramai, menjaga rakyat yang tidak melakukan kesalahgan, Polis wajib bertindak terhadap pengacau ataupun mereka yang boleh mengakibatkan harta dan nyawa orang awam dan dalam menjalankan tugas ada kadang-kala berlaku peristiwa diluar jangka.

Tidak ada seorang polis pun yang sengaja mahu bertindak hendak membunah orang semasa menjalankan tugas kecuali orang itu penjenayah merbahaya. Polis sekadar menjalankan tugas untuk menghalang berlakunya perkara yang boleh menjejaskan keharmonian orangramai, apabila berlaku pergelutan dan kejar mengejar serta tembak menembak maka tentulah ada perkara accident yang berlaku.

Janganlah kerana kesalahan yang tidak ada niat dan tidak diduga berlaku itu dijadikan alasan untuk menghina pasukan polis dan bertindak bagi mempertahankan mangsa yang terang melakukan kesalahan semata-mata mahu memikat undi. Ingat polis pun ada undi, keluarga polis pun ada undi.

Kebiasaannya wakil rakyat dari PR selalu mengambil kesempatan untuk menjadi hero dalam kes kematian yang melibatkan pasukan polis, wakil rakyat seperti ini sepatutnya tidak diberi peluang untuk bertanding sekali lagi dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, kerana wakil rakyat seperti ini bukan sebenarnya pejuang untuk keadilan, keamanan dan membela rakyat, orang seperti ini adalah seorang yang hipokret politik hanya sengaja mencari kesempatan diatas kematian orang.

Harus diingat selepas pilihanraya umum ke 13 nanti, pasukan polis diraja Malaysia adalah pasukan polis kerajaan PR.


Thursday, January 24, 2013

Ubah Sekarang, cuba yang baru.

Sejak hidup ini hanya kerajaan yang diterajui oleh UMNO yang dapat dirasa memerintah Malaysia, tidak dinafi negara berada dalam  keadaan aman dan tidak ada berlaku rusuhan kaum yang besar yang boleh menghancurkan negara hanya peristiwa 13 mei tercetus selapas pengumuman pilihanraya pada tahun 1969.

Kini pilihanraya umum ke 13 hampir tiba, Kerajaan BN akan ditentang secara satu lawan satu oleh gabungan parti pembangkang yang dikenali dengan pakatan rakyat (PR) yang dianggotai oleh parti PKR, PAS dan DAP, yang mana semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.

Bagi mengelak kejatuhan kerajaan BN, parti-parti kompenannya yang diterajui oleh UMNO sedang giat mengatur kempen bagi menghalang pengundi dari memberi sokongan kepada PR dan beberapa isu dilontarkan bagi menyekat kemaraan PR. Diantara isu yang hangat ialah sekiranya PR dapat memerintah Malaysia maka DAP lah yang akan berkuasa.

DAP berkuasa bererti orang cina yang berkuasa kerana sejak dulu lagi rakyat Malaysia diwar-warkan bahawa parti DAP adalah parti yang dikuasai oleh kaum cina. yang disamakan dengan kerajaan Singapore iaitu parti PAP memerintah Singapura. Apakah BN lupa siapa yang keluarkan Singapora daripada gagasan Tanah Melayu, bukankah pemimpin UMNO.

Rata-rata diberitahu oleh penceramah BN terutamanya UMNO bahawa sekiranya PR boleh memerintah Malaysia maka terhapuslah kuasa melayu, maka DAP lah yang akan banyak kuasa, maka jatuhlah maruah orang melayu, maka akan terjadilah seperti negara Singapora yang mana orang cina akan jadi Perdana Menteri.

Tapi pada masa yang sama penceramah UMNO menyokong kepimpinan MCA yang mana cina adalah orangnya, Ketuanya cina dan ahli pun cina, begitu juga penceramah UMNO menyokong MIC iaitu parti perkauman India ertinya penceramah UMNO secara terang ingin menipu pengundi supaya BN akan kekal memerintah. UMNO sokong cina tak apa, tapi PR sokong DAP tak boleh, apakah pada orang UMNO, CSL Presiden MCA itu bukan orang cina?.

Jelas, UMNO sekarang mengunakan isu-isu yang boleh memudaratkan percambahan minda rakyat supaya tidak terbuka dan tidak mengambil keputusan yang bijak, sepatutnya UMNO dan BN berkempen untuk meningkatkan ekonomi rakyat dan negara lebih tersusun yang tidak memperkayakan kenalan dan orang yang rapat saja, sepatutnya kerajaan melebarkan dasar kesihatan yang lebih baik, dasar pendidikan yang lebih telus dan dasar yang berterusan bukan dasar BR1M dan lain-lain berupa taburan wang untuk memikat undi.

Setelah sekian lama rakyat didodoi dibawah kerajaan BN, maka sudah sampai masanya rakyat yang hidup hanya dibawah pentadbiran kerajaan yang satu-satunya ini diberi ruang untuk memilih dengan secara teratur dan bijaksana, Rakyat perlu mengambil kesempatan dalam pilihanraya umum ke 13 nanti untuk mengubah cara hidup dengan corak yang lain pula.

kalu sekarang rakyat hidup dibawah kerajaan yang dinamakan kerajaan BN yang rakyat dah tahu kemampuan dan keberkesanan serta mengalami taraf hidup seperti hari ini, maka tidak menjadi kesalahan bagi rakyat untuk bernaung dibawah kerajaan baru iaitu dibawah PR, mahu melihat janji-janji yang dibuat oleh  PR adakah mampu dan lebih baik daripada yang dinikmati oleh keseluruhan rakyat seperti hari ini.

Sekiranya tidak banyak berlaku perubahan dan nasib rakyat seperti apa yang terdapat sekarang tidak juga berubah maka lima tahun lagi rakyat berpeluang memberi sokongan kepada parti dimasa itu yang difikirkan lebih baik dan mampu memperkasakan rakyat dan negara.

Ertinya pertukaran kerajaan tidak memberi kesan kepada pertukaran kepimpinan negara daripada orang melayu kepada bangsa lain kerana telah termaktub dalam perlembagaan negara bahawa Yang DiPertuan Agong hendaklah berkenan perlantikan Perdana Menteri dan tentunya mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen.

Dalam PRU13 adalah dipercayai ahli parlimen melayu akan menguasai parlimen malaysia. jadi tak ada sebab rakyat perlu takut untuk memberi sokongan kepada PR. Rakyat yang tahu akan kerakusan pemimpin BN dan sudah puas berada dibawah kerajaan BN maka bolehlah cuba untuk berada dibawah kerajaan PR.

Monday, January 21, 2013

Ustaz Mat Harun dan Lembu UMNO

Minggu mezairahi sahabat-sahabat yang cedera dan sakit serta pembedahan di Kota Bharu. Berbagai-bagai cerita menarik boleh didengar disebalik duka kesakitan yang sedang dihadapi oleh mereka-mereka yang sedang dirawat. Yang mati pun ramai sejak tahun 2013 bermula.

Saya sempat menzairahi sahabat lama dalam UMNO iaitu Ustaz Mat Harun Ab.Rahman, di kampung Tegayung, Aril, Melor. Ustaz Mat Harun adalah Jawatankuasa UMNO Bahagian Ketereh yang mana Tan Sri Anuar Musa adalah Ketua UMNO Bahagian manakala YB. Haji Alwi adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian.

Kedua-dua orang pemimpin UMNO Bahagian Ketereh ini sedang giat menampilkan diri untuk dicalun sebagai calun  Parlimen Ketereh. Perlu diingat Parlimen Ketereh buat masa ini dipunyai oleh YB.Aziz Kadir dari parti Parti Keadilan Rakyat PKR yang mana pada pilihanraya umum ke 12 tahun 2008 Tan Sri Anuar Musa di kalahkan.

Tahun 2004 kerusi Parlimen Ketereh adalah milik UMNO apabila Haji Alwi mengalahkan Ustaz Mohamed Mustapha penyandang pada tahun 1999. Ustaz Mohamed Mustapha berjaya mengalahkan Tan Sri Anuar Musa yang mana pada waktu itu Anuar Musa adalah seorang menteri. 

Rakyat Ketereh masih menunggu berita, siapakah UMNO akan memberi tanggongjawab bagi mengalahkan YB.Aziz Kadir pada pilihanraya yang ke 13 nanti kerana UMNO sedang membuat ramalan bahawa salah satu kerusi yang mereka akan menang adalah kerusi Parlimen Ketereh. Dan apabila saya turun kebawah minggu lalu adalah didapati UMNO masih mengigau di Ketereh.

Cita-cita dan kerja keras UMNO untuk merampas kerusi Parlimen Ketereh hanya sebagai 'gembar gembur' sahaja kerana rakyat Ketereh sudah tahu akan berlaku permainan wayang oleh tokoh-tokoh UMNO di Ketereh apabila bermulanya penamaan calun pilihanraya. Kedudukan YB.Aziz Kadir tidak tergugat.

Kedudukan politik Ketereh seperti 'paund sembeleh lembu' apabila sampai masanya ahli-ahli UMNO yang berpihak kepada calun yang diangan-angan untuk bertanding tapi tidak dicalunkan oleh UMNO mereka akan bersedia untuk mengalahkan calun yang tidak disukainya ibarat lembu disembelah diatas paund.

Kisah lembu juga terjadi terhadap Ustaz Mat Harun yang mana beliau telah ditimpa 'kecelakaan' sebulan lalu apabila lembu yang dipelihiranya telah menjadi ganas dengan tiba-tiba dan 'merembah' beliau sehingga luka parah dipaha dan terpaksa dimasukkan ke wad di hospital HUSM.

Oleh kerana berita itu saya baru tahu, maka saya telah menzairahi beliau, walaupun kini kami berlainan parti tapi tidak menjejaskan persahabat kami yang begitu lama, beliau faham dan menerima kedatangan kami dengan sambutan yang mesra. Tapi saya boleh agak dalam banyak cerita kisah silam dan masa terkini ada kekecewaan terbayang diwajahnya apabila saya bertanya adakah Anuar Musa dan Haji Alwi hadir menzairahi beliau. Jawabnya ringkas, tak mari pun.

Sebelum balik saya bersama beliau dan rakan2 saya yang lain dibawa kekandang lembu untuk melihat dari dekat lembu yang ganas itu yang mana lembu itu saya namakan lembu UMNO kerana mangsanya adalah ahli jawatankuasa UMNO., dan saya sempat berselora, lembu yang tak kenal orang ini patut disembeleh sepertilah pemimpin yang tak peduli kepada anak buahnya patut disembeleh dalam pilihanraya ini. Kami ketawa beramai-ramai.

Thursday, January 17, 2013

Nikmati 2 zaman kerajaan.


Langkah demi langkah, detik perdetik.
 Setelah pusingan pertama ceramah diseluruh negeri Kelantan, kini akan bermula pusingan demam pilihanraya. Bermula awal Februari 2013, jadual ceramah dipadatkan dengan turun ke upu diseluruh negeri Kelantan.

Tumpuan menjurus ke kawasan yang dimiliki oleh UMNO, iaitu Parlimen Jeli dan Gua Musang yang dikatakan kawasan kebal buat UMNO seperti mencurah air didaun keladi. Tapi dalam politik semua boleh terjadi, hari ini biru, besuk kelabu dan akhirnya bertukar menjadi hijau.

Genarsi orang muda yang mempunyai semangat untuk merasai hidup dalam dua zaman kerajaan sudah tidak boleh disekat lagi, semangat yang berkobar-kobar untuk melihat sebuah kerajaan yang boleh menjamin masa depan mereka bagi membalas budi kedua orang tua sedang resah bertanya, adakah pilihanraya ke 13 nanti kerana angka 13 dikatakan membawa sial.

Niat anak muda untuk mendapat sebuah kerajaan yang boleh membela nasib mereka sedang direncanakan oleh PR yang mana terbentuknya sebuah kerajaan baru yang dipimpin oleh PKR. PAS dan DAP. Mereka yang sebenarnya sudah merasai kehidupan dibawah kerajaan sekarang telah buat keputusan untuk mencuba sebuah kerajaan yang berlainan resepinya.

Mereka telah merasai janji-janji UMNO dan BN, kini mereka mahu pula merasai janji-janji yang ditaburkan oleh PR iaitu PKR, PAS dan DAP. Sesungguhnya pru13 adalah masa yang sesuai untuk anak-anak muda dan rakyat malaysia seluruhnya merasai nikmat yang akan disediakan oleh kerajaan baru. 

Melalui UMNO dan BN selama 55 tahun mereka telah merasai dan akan memberi peluang kepada sebuah kerajaan baru selama sekurang-kurangnya 55 tahun juga.

Bahagia rakyat Malaysia kerana dapat menikmati hidup didalam dua buah kerajaan dimasa usianya masih hidup.


Wednesday, January 16, 2013

KS Biwani lebih hebat daripada Nala & Gobala.

Rakyat keturunan India dikatakan tidak ramai menyertai perhimpunan kebangkitan rakyat pada 12hb. Januari 2013 di Stadium Merdeka lalu, hanya masyarakat Melayu dan Cina membanjiri Stadium Merdeka dengan melaunkan 'Merdeka Rakyat' sebanyak 7 kali yang dketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Nampaknya pemain keturunan India menjadi fokas kepada isu nasional sehari dua ini dalam membidas isu politik tanahait. Isu Gobalakrisna keluar PKR menjadi ahli Parlimen bebas dan Isu Nalakurupan keluar PKR dan menubuh parti politik baru untuk kaum India serta menyerang peribadi Anwar Ibrahim telah menjadi sokongan kaum India terhadap PR menjadi 'senget' seketika.

Kini rakyat sedang menunggu pendedahan yang akan dibuat oleh seorang lelaki keturunan India iatu Deepak Jaikaishan terhadap keluarga Dato' Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan berbagai-bagai isu termasuk isu pembunuhan dan rasuah yang sentiasa hangat dibicarakan oleh seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kebenaran.

Terbaru muncul pula seorang srikandi keturunan India yang bernama KS Bawani yang mencetuskan satu rekod baru dikalangan peminat facebook dan youtube setelah beliau dilihat boleh mencabar kewibawaan pengajur yang dibayar untuk mempertahanakan kerajaan BN.

Apakah dengan tersebarnya berita-berita yang dibawa oleh Deepak Jaikishan dan KS Bawani ini sokongan masyarakat kepada PR akan kembali pulih setelah terdingin seketika apabila masyarakat India dicurahkan dengan berbagai-bagai janji manis oleh kerajaan BN termasuklah mewarganegarakan kaum India yang tidak ada kad pengenalan.

Kehebatan KS Bawani bercakap benar dalam majlis yang dipenohi oleh pelajar yang diwartakan sebagai penyokong pertubohan  yang pro BN tersebut patut diberi sokongan yang padu oleh seluruh genarasi muda dan mahasiswa dinegara ini kerana keberanian seorang perempuan yang bercakap atas dasar kebenaran dan hak keadilan.

Apakah dengan adanya peristiwa yang terbatu ini, masyarakat India akan beralih pula memberi sokongan dan kembali bersama PR dalam PRU13, apakah masyakarat India melihat kepada janji yang belum tentu ditepati atau masyakarat India di Malaysia hari ini tidak seperti lembu yang boleh dicucuk hidung.


Apakah masyarakat India mempunyai moral yang rendah seperti yang ditunjukan oleh Nalakurupan dan N.Gobala atau mempunyai jiwa yang hebat seperti yang ditunjukan oleh KS Bawani.

Tuesday, January 15, 2013

Najib ajar Muhyuddin.

TURN. Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak secara tidak langsung mengajar Tan Sri Muhyuddin Yassin supaya cakap beradap dan bersopan santum sesama melayu dan Islam apabila PM Najib melahirkan rasa hormat kepada Pakatan Rakyat diatas kejayaan mengadakan perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 dengan jayanya tanpa berlaku perkara yang tidak diingini.

Sebelum daripada ini, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyuddin Yassin dengan menzahirkan moral beliau yang rendah telah melebalkan perhimpunan kebangkitan rakyat KL112 sebagai Perhimpunan Shamsidar' kenyataan kebudak-budakan.

Beza diantara pemimpin UMNO itu sangat ketara dari segi sikap dan budi bahasa menjelang pilihanraya umum ke 13. Kenyataan yang dibuat oleh Muhyuddin agak merapu dan tidak senonoh manakala kenyataan PM Najib seperti persiapan bagi mengiktiraf PR akan dapat membentuk kerajaan selepas PRU nanti.

Serangan pihak pemimpin kerajaan terhadap PR telah berbeza oleh kerana edah pilihganraya semakin hampir, ada pemimpin yang sedang membeli insuran dan ada pemimpin persiapkan 'tali gantung politik' sedang mencanang berita-berita palsu dan fitnah bagi mengekalkan kuasa.

Tiap-tiap hari sokongan rakyat terhadap PR bertambah dan tiap-tiap detik pula kerajaan dihujani dengan berbagai bagai masaalah dan isu. Pemerhati politik sedang memerhati perkembangan yang sedang berlaku di 3buah negeri iaitu Sabah, Serawak dan Johor. Yang ketara sekali sedang berlaku di Sabah, setiap kali Dato' Seri Anwar Ibrahim turun disetiap program dibanjiri oleh rakyat yang mana tidak pernah berlaku sebelum daripada ini.

Keghirahan rakyat Sabah untuk meruntuhkan kerajaan BN yang dipimpin oleh UMNO nampak jelas sekarang ini apabila setiap minggu ada saja tokoh-tokoh politik Sabah yang dulunya menyokong UMNO telah secara terbuka menentang UMNO dan menyokong PR.

Begitu juga berlaku di Johor sekarang ini sehingga MCA sanggup menyerahkan kerusi yang diperuntukkan kepadanya rela diserah kepada parti lain sekiranya parti tersebut boleh memberi jaminan kemenangan. Kerosakan sokongan rakyat Johor terhadap BN menyerlah apabila ramai tokoh-tokoh politik keturunan cina di Johor meninggalkan MCA dan menyertai PR. Manakala peneroka FELDA sedang berkira-kira untuk menjual saham yang semakin hari semakin susut dan boleh merugikan dan menjadi beban kepada generasi FELDA yang akan datang.


Riak-riak air yang kelihatan berkocak sudah mula membadai, hanya tunggu bila parlimen dibubar. kerana diwaktu itu, Tanah, Air, Api, Angin akan beradu dipersimpangan empat bercabang tiga. yang pasti tarikh lahir UMNO semua rakyat ketahui tapi tarikh mati saja yang belum pasti. Bilakah tarikh mati UMNO yang dilahirkan pada 11hb. Mei 1946.

Sunday, January 13, 2013

Rakyat bangkit menolak UMNO.

Berjaya dan Tahniah, itulah bahasa yang boleh rakamkan setelah selesainya perhimpunan kebangkitan rakyat yang telah berlangsung di Stadium Merdeka petang semalam.(12.1.2013) yang boleh jadi merupakan perhimpunan rakyat yang terbesar dalam sejarah PR sebelum berlangsungnya PRU ke 13.

Perhimpunan semalam disokong oleh jutaan rakyat Malaysia, berlangsung dalam suasana meriah, bersemangat dan aman. tidak berlaku rusuhan, tidak berlaku terjahan, tidak berlaku provokasi dan tidak berlaku remepuhan serta pancaran air beracun dan pukulan balatan, semuanya aman.

Penyokong PR harus dipuji, penyokong PR sedia mematuhi arahan, itu tandanya penyokong PR bertatasusila, tapi perhimpunan yang tercatat dalam sejarah yang dihadiri oleh ratusan ribu manusia dan berlangsung dalam suasana meriah dan aman tiba-tiba dikejutkan dengan kenyataan yang membosankan.

Pihak polis bersunggut bahawa perhimpunan kebangkitan rakyat telah menlanggar syarat peruntukan seksyen  15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.yang mana  3 kesalahan utama dikenal pasti iaitu pertama kerana membawa kanak-kanak, kedua kerana membawa sepanduk atau kain rentang yang dikatakan menghasut dan boleh membawa permusuhan dan perpecahan dan yang ketiga kerana yang hadir didalam stadium itu melebihi daripada 35,000 orang.

Daifnya kesalahan yang terdapat semasa perhimpunan berlangsung petang semalam. tak adakah alasan lain yang boleh direka bagi mengambil tindakan kepada rakyat yang keluar untuk memberi sokongan kepada PR kepada pemimpin mereka, bukankah perhimpunan yang dianjurkan oleh UMNO juga kadang-kadang terdapat mereka yang membawa anak-anak kecil.

Apabila sudah terang PR disokong dan didokong oleh semua lapisan masyarakat, maka pihak kerajaan cuba mencari jalan untuk menghukum pula, kenapa angka kehadiran yang melebihi daripada 30,000 orang hendak dijadikan alasan untuk pihak berkuasa bertindak kepada penganjur. Sekiranya tak mahu rakyat keluar melebihi 30,000 orang sepastutnya pihak berkuasa mengelurkan tiket untuk orangramai memasuki stadium barulah kehadiran boleh dikawal.

Tunggulah apa akan terjadi dan tindakan yang akan diambil oleh pihak ;polis terhadap ibubapa yang membawa anak-anak keperhimpunan tersebut, apa nasib yang akan menimpa kepada pembawa sepanduk dan apa hukuman yang akan diterima oleh penganjur kerana rakyat yang hadir melebihi had yang telah ditetapkan sehingga melimpah ruah keluar stadium merdeka.

Begitulah apabila jadi pembangkang, aman pun susah tak aman lagi susah. Benar kata anak-anak muda, sekarang adalah waktu terbaik untuk menukarkan kerajaan supaya rakyat boleh hidup tanpa diugut dan aman dibawah kerajaan yang adil. Ingat pesanan 'Berilah peluang kepada PR untuk memerintah Malaysia' supaya negara tidak menjadi kucar kacir dalam isu rasuah dan kronisme supaya harta negara tidak dirompak sewenang-wenangnya.

Kebangiktan rakyat semalam adalah kebangkitan yang akan diterjemahkan oleh pengundi-prngundi diseluruh negara, seorang rakyat yang hadir semalam mewakili tiga orang pengundi yang tidak sempat hadir (pinjam ulasan Mohd Sayuti Omar. MSO). undi-undi itu nanti tentunya undi untuk PR undi yang akan mejatuhkan kerajaan BN, undi yang akan menolak kerajaan yang tidak adil, undi yang akan menolak kerajaan yang zalim, undi dari petani, nelayan, peneroka, penarik beca, pemandu teksi, pesara tentera dan polis, pesara kerajaan, penganggur yang dinafikan, pegawai penjawat awam yang melihat kertas rasuah berlalu didepan mata, guru-guru yang dipaksa dan dianayai serta pelajar yang pintar semuanya tidak akan mengundi parti-parti yang mengunakan lambang dacing . Kerajaan BN sudah pun dipenghujung.

Saturday, January 12, 2013

Merdeka Rakyat. Kejayaan PR.

Selesai sudah himpunan rakyat di Stadium Merdeka. Beberapa peristiwa penting disejarahkan pada perhimpunan hari ini (12.1.2013). Pertamanya laungan Merdeka Rakyat yang diketuai oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim sebanyak 7 kali dan diikuti dengan ikrar yang dibaca oleh Saifuddin Nasution dengan diakhiri bacaan doa oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan..

Kebijaksaan orang ramai menjayakan perhimpunan hari ini adalah jelas, rakyat memang mahu keamanan dan kedamaian berlaku dan mengambarkan kejayaan PR mendisplinkan pengikutnya serta sebagai latihan supaya keamanan dan kedamaian yang berlaku hari ini dapat diterjemahkan apabila berlakunya pertukaran kerajaan selepas PRU13 ini.

Terbukti kekecohan yang berlaku semasa peristiwa dalam perhimpunan yang lalu bukan dimulakan oleh rakyat tapi ada provokasi dari pihak-pihak tertentu, dan terbukti pihak PR sentiasa memathui dan berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam menjayakan satu satu perhimpunan, hari ini telah terbukti kebenaran dipihak PR.
Lokasi gambar yang dupaparkan ini menunjukkan disekitar Stadium Merdeka. Tepuk dada tanya selera.


Thursday, January 10, 2013

Agenda menghasut.


KL112 pada 12hb. Januari 2012 adalah hari sebenar gerakan rakyat Malaysia mengubah senario politik negara. Himpunan kebangkitan satu juta umat yang akan berlangsung di Stadium Merdeka akan memberi gambaran sebenar kekuatan pihak pembangkang sama ada akan terus bermaya atau pun terus malap.

Kerahan yang bersungguh-sungguh oleh pemimpin pembangkang supaya rakyat menyertai secara terang bagi melahirkan sokongan kepada PR menjelang pilihanraya umum ke 13 akan menguatkan semangat perjalanan PR ke PUTRAJAYA dan seterusnya menjatuhkan kerajaan BN.

Sekiranya seramai 300,000 orang keluar dan memenohi Stadium Merdeka pada hari tersebut, sudah cukup untuk dibuat andaian bahawa kerajaan BN sudah tidak selamat lagi pada PRU13, tanda-tanda kejatuhan telah bermula dan kerajaan baru akan menguasai PUTRAJAYA. tapi sekiranya seramai 80ribu orang saja yang hadir dan hanya didalam Stadium saja dipenohi itu bermakna kerajaan BN akan terus boleh mengekalkan kuasa.

Perlu diingat, perhimpunan kali ini adalah gabungan sokongan diantara parti-parti dalam PR iaitu PKR, PAS dan DAP, sudah tentu penyokong-penyokong parti tersebut akan keluar seramai mungkin, perhimpunan itu adalah tanda keberkesanan kempen PR diseluruh negara dan boleh dikatakan majlis 'letak kerja' PR bagi menghadapi PRU13 yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi.

Risiko kepada BN dan PR akan dapat dilihat pada perhimpunan di Stadium Merdeka pada 12.1.2013 nanti kerana disitulah boleh diukur kekuatan sebenar kerana PR akan mengerahkan seberapa ramai yang keluar manakala BN akan cuba menyekat dan sabotaj supaya perhimpunan tersebut gagal, kerana apabila perhimpunan tersebut gagal bererti memberi kemenangan kepada BN dan sekiranya perhimpunan tersebut berjaya bererti memberi kemenangan kepada RR.

PR dalam menjayakan perhimpunan tersebut telah pun merangka gerakkerja bagi mengumpulkan orang ramai ditempat-tempat yang startegik bagi untuk digerak dan berarak ke Stadium Merdeka pada hari tersebut diantaranya ialah:-

Masjid Universiti Malaya
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Ng Suee Lim (DAP)
Adam Adli (Solidariti Mahasiswa Malaysia)

Brickfields
Maria Chin Abdullah (BERSIH 2.0)
S Arutchelvan (PSM)
Zulkiflee Anwar Ulhaque @ Zunar

KLCC
Datuk Husam Musa (PAS)
Datuk Teng Chang Kim (DAP)
Mazlan Aliman (ANAK, PAS)

Jalan Sultan
Ishak Surin (Muafakat)
Tan Kok Wai (DAP)

Pasar Seni
Dr Siti Mariah Mahmud (PAS)
Teresa Kok (DAP)
Elizabeth Wong (PKR)

Dataran Merdeka
Wong Tack (Himpunan Hijau)
Ronnie Liu (DAP)

Kelab Sultan Sulaiman, Kpg Baru
Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard (Solidariti Anak Muda Malaysia)

Masjid Negara
Azmin Ali (PKR)
Muhajid Yusof Rawa (PAS)
Khalid Samad (PAS)

Sama-samalah kita melihat drama 'hasutan' yang akan diadakan pada hari sabtu iaitu 12hb. Januari 2013 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur iaitu Stadium yang menjadi sejarah pertama apabila pengistiharan kemerdekaan negara.



Tuesday, January 8, 2013

Fitnah terhadap Tok Guru.

Isu air di Kelantan telah pun reda setelah ada pihak sedang 'ketar'' apabila Exco Kerajaan Kerajaan Negeri Kelantan mengambil tindakan mahkamah terhadap pembuat fitnah, kini timbul pula isu kerajaan Kelantan memberi tanah kepada pemimpin DAP kerana untuk mendapat jawatan Menteri Besar Perak dulu kepada PAS.

Ekoran fitnah tersebut YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan telah mengambil tindakan mahkamah kepada pembuat fitnah tersebut. Apa yang difahamkan , tindakan tersebut terpaksa diambil kerana pembuat fitnah tidak 'serik-serik' walaupun berbagai-bagai hukuman telah dijatuhkan tapi tindakan terpaksa diambil bagi direkodkan bahawa ada pembuat fitnah terhadap TGNA.

Semua fitnah yang dibuat akan dapat pengadilan yang secukupnya setelah kerajaan Malaysia bertukar selepas PRU13 ini iaitu apabila BN jatuh dan PR menjadi Kerajaan. Semua fail-fail mahkamah akan diadili dengan segera supaya isu fitnah tidak bermaharajalela.

Fitnah semakin menjadi-jadi kini, apabila deman pilihanraya bermula terutamanya fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz, fitnah dijadikan bahan kempen melalui ucapan, tv atau pun penulisan melalui blog dan FB, kini isu fitnah mendapat liputan dimedia yang dikuasai oleh UMNO ini kerana UMNO cukup takut akan berlaku hakisan sokongan dalam pilihanraya umum kelak.takut hilang kuasa.

Dunia akui, bangsa Cina, India dan lain-lain bangsa juga akui, penganut ugama bukan Islam pun akui, YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat adalah seorang tokoh ugama dan ulama yang dihormati yang mempunyai sifat-sifat yang mulia dan bermaruah yang dikagumi oleh umat Islam yang tahu hukum hakam, kecuali orang melayu yang keimananya yang kurang jelas tidak mengakui bahawa TGNA adalah seorang ulama yang tersohor.
Isu-isu yang dibawa oleh penyokong Kerajaan BN seperti pengunaan nama Allah dan Amanat Haji Hadi kini diperbesar-besarkan, itu sengaja ditimbulkan untuk memesongkan fikiran rakyat supaya tidak membincang isu yang lebih besar yang boleh menumbangkan kerajaan BN iaitu isu 'DEEPAK' yang dikaitkan derngan kes pembunahan Altantuya dan pembeliaan kapal selam Scopene dan rasuah.

 Rakyat Malaysia tahu yang mana patut disokong dan yang mana patut dipercayaai. Semuanya akan terjawan setelah PM Najib membubarkan parlimen dan pilihanraya umum akan diadakan. Ingat angka 13 adalah angka yang tidak digemari khasnya pengundi bukan melayu.

Thursday, January 3, 2013

Cari tempat untuk membawa Ustaz Azhar Idrus di Gua Musang.

Esok akan ke Kelantan melalui Gua Musang, ada jemputan disana sebilangan orang-orang asli ingin berjumpa bagi menyambungkan cerita semasa YBM Tengku Razaleigh Hamzah (Calun Semangat 46) lawan Tan Sri Husein Ahmad (Calun BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Gua Musang dulu.

Tahun itu jugalah helikopter yang membawa Tan Sri Anuar Musa untuk pulang ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik dan membuat pendaratan cemas kerana enjinnya rosak, maka tumpanglah Tan Sri Anuar Musa menaiki kereta saya untuk dihantar ke Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang mana Abang Zainal Abidin Abdul Rahman (Abe Zaar) jadi pemandu.

Banyak perjanjian antara Abe Zainal dengan Tan Sri Anuar Musa dimeterikan semasa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Pengakalan Chepa. Tapi satu pun tidak berlaku, janji tinggal janji bahkan dikhianati oleh Tan Sri Anuar Musa.

Di Gua Musang nanti selain perjumpaan dengan bekas-bekas tokoh orang asli yang bekerja kepada UMNO semasa pilihanraya kecil dulu yang saya membawanya round diseluruh peti undi dengan menaiki helikopter akan saya ambil kesempatan untuk bertemu mata dengan pegawai pegawai KESEDAR yang dulunya berkerja rapat dengan saya semasa saya ditugaskan oleh Kementerian Kemajuan Tanah bagi mengawasi agensi dibawahnya iaitu KESEDAR, RISDA dan FELDA dengan menempatkan saya di Ibu Pejabat KESEDAR Gua Musang.

Semuga perjalanan saya besok akan membuahkan hasil untuk pejuangan bagi menegakan keadilan dan menentang kemungkaran dan rasuah. Marilah kita mendengar penjelasan Ustaz Azhar Idrus sebagai sebuah ilmu bagi menghadapi mereka yang menjadi ahli UMNO dan menyokong UMNO semata-mata untuk kepentingan diri.


Amanat Tok Guru Haji Hadi, kenapa Kerajaan takut.

Macam-macam fitnah dilemparkan kepada Tok Guru Haji Hadi Awang Presiden PAS berhubung dengan ucapan beliau di Kampung Banggol Peradong, Kuala Trengganu pada 7hb. April 1981. Antara isi sedutan ucapan TGHH ialah,

"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka".Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Ucapan oleh seorang penceramah politik yang masih muda dan bersemangat, pada waktu itu, berapa umur TGHH, jadi biasalah ucapan yang bersemangat dan berapi-api apabila berada dipentas politik, kenapa sampai begitu sekali ditakuti oleh UMNO sehingga 24 jam tiap2 hari di fitnah terhadap TGHH berhubung dengan ucapan itu.
Sekiranya berminat untuk mengatahui kenapa TGHH berkata demikian, eloklah kerajaan menunaikan permintaan TGHH untuk diberi masa selama satu jam siaran langsung dalam TV1, TV2 dan TV3 bagi membolehkan TGHH berkata benar untuk dinilai oleh seluruh rakyat terhadap isi pati ucapan beliau itu, adakah bertentangan dengan hukum Allah.
Kenapa kerajaan takut untuk memberi peluang kepada TGHH selama satu jam untuk TGHH berpeluang mempertahankan ucapan beliau sedangkan pihak Kerajaan mempunyai masa selama 23 jam lagi untuk mengupas kembali ucapan yang disampaiukan oleh TGHH. Sekiranya kerajaan dan UMNO jujur inilah masanya untuk dinilai oleh rakyat siapa benar dan siapa berbohong.
Kenapa kerajaan masih berdolak dalih diatas permintaan TGHH, kenapa peluang yang diberi oleh TGHH tidak disambut oleh Kerajaan, nampak benar tidak ada keikhlasan dalam isu amanat TGHH kerana pihak kerajaan hanya pandai menuduh tapi tidak sanggup memberi peluang untuk dijawab.
Kegagalan pihak kerajaan membenarkan TGHH mengadakan siaran langsung didalam TV milik kerajaan itu menandakan kekalahan awal kerajaan BN dalam menghadapi PAS menjelang PRU 13. Dengan ini teramat jelas isu amanat TGHH sengaja dicetuskan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar yang boleh menjatuhkan kerajaan BN regim Dato' Najib apabila isu Altantuya dihidupkan kembali.
Nampak sangat BN telah ketandusan isu, cerita 32 tahun dulu dicungkil untuk sengaja di jadikan isu, wal hal dimasa itu Khairy Jamaludin entah berada dikubang 'selut' mana. Jadi kesimpulannya isu amanat TGHH tidak menjejaskan sokongan rakyat kepada PR kerana apa yang rakyat sedang tunggu ialah bolehkah TGHH diberi peluang oleh kerajaan supaya siaran langsung selama 1 jam dapat diadakan seperti mana yang dicadangkan oleh TGHH.
Kesanggupan TGHH mengambil bahagian mengadakan siaran langsung dalam televisin menunjukkan TGHH bersedia berhadapan dengan sesiapa saja kerana TGHH berpegan kepada prinsip berani kerana benar.Bukan seperti kerajaan dan UMNO hanya berani mencabar tapi takut memberi lapangan untuk TGHH bertemu rakyat secara siaran langsung.

Wednesday, January 2, 2013

Nasib Najib dan Mahathir apabila PR tubuh Kerajaan.

Pilihanraya ke 13 terpaksa diadakan kerana tuntutan perlembagaan negara, Kerajaan tahu keputusan PRU13 tidak berpihak kepada BN tapi terpaksa diadakan juga. Bagi mengatasi supaya tidak terlepas kuasa selepas pilihanraya umum nanti pihak BN akan berbuat berbagai-bagai cara.

Terutamanya menawarkan wang kepada rakyat, terbaru pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kewangan ll iaitu pengagihan wang BR1M 2.0 akan mula dibagi bulan Februari 2013, jelas nampak pemberian RM500.00 itu akan diminta tukar dengan undi. Wang menjadi senjata terakhir bagi BN mendapat undi daripada rakyat.

Ukuran kematangan rakyat Malaysia boleh dinilai selepas pilihanraya umum, apakah rakyat membentuk kerajaan kerana wang atau atas kesedaran mahu melihat sebuah kerajaan yang benar-benar adil dan bebas daripada gejala rasuah. Apakah golongan muda sudah pintar secukupnya.

Tanda-tanda awal boleh dilihat, wang bukan segala-galanya, lihat apa yang berlaku kepada pemandu-pemandu teksi, mereka melahirkan kekecewaan terhadap kerajaan kerana mereka minta untuk dapat memiliki permit sendiri tapi tayar 2 biji diberi, mereka tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan maka mereka turut berkempen kepada penumpang supaya jatuhkan kerajaan BN pada PRU13 nanti.

Para guru pula melahirkan perasaan kurang senang kerana setiap kali kehadiran pemimpin UMNO mereka dipaksa keluar untuk memberi sambutan dan menghadirkan diri sebagai peserta sedangkan majlis yang dipaksa guru-guru hadir itu bukanlah program kementerian Pendidikan tapi program parti UMNO dan BN. Tentunya guru-guru bersunggut kepada ibu bapa dan sekali gus melahirkan kekesalan. Suara guru boleh mempengaruhi ibubapa supaya tidak mengundi BN.

Sokongan rakyat kepada BN semakin tipis apabila banyak isu secara terang telah diterjah kepada Perdana Menteri dan keluarganya. Isu yang didedahkan oleh Rafizi Ramli, Pengarah Startegi PKR dan Deepak Jaikishan seorang penjual permaidani yang mendakwa rakan rapat Rosmah Mansor telah memuramkan UMNO, hanya menanti retak menunggu belah.

Melihat kepada kecelaruan ini, berbagai-bagai andain telah dibuat. Sejarah hitam akan dibukukan dalam negara apabila pilihanraya ke 13 nanti berakhirnya sebuah kerajaan yang didokong oleh parti yang memerdekakan negara ini iaitu UMNO tewas. Dan Dato' Najib adalah Perdana Menteri yang pendek memerintah.

Kalau pun UMNO dan BN masih kekal tapi pertukaran Perdana Menteri besar kemungkinan berlaku, ini kerana isu-isu yang diserang terhadap Dato' Najib begitu terburai sehingga ramai rakyat mempercayainya, seperti mana rakyat percaya bahawa Khairy Jamaluddin lah Perdana Menteri semasa kerajaan diperintah dibawah Tun Abdullah Badawi.

Begitu juga kini, ramai orang percaya bahawa Dato' Najib di kontrol oleh Rosmah Mansor sehingga sekarang ini memaksa Tun Mahathir sendiri pun kena berjinak-jinak dengan Rosmah untuk membeli insuran kepada anaknya Mukhris supaya boleh menjadi Menteri Besar Kedah. Manakala 'geng-geng' Tan Sri Muhyidden Yassin tidak begitu ghairah mempertahankan Dato' Najib dari diserang oleh Deepak Jaikishan.

Kini Dato' Najib dihimpit, diluar oleh Deepak Jaikishan dan Rafizi Ramli manakala dari dalam oleh grombalan Tan Sri Muhyuddin yang tentunya mahu melihat Tan Sri Muhyuddin sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Dato' Najib, manakala Tun Mahathir akan ambil peluang diatas keresahan Dato' Najib dengan memajukan agenda keluarga beliau dalam politik tanahair.

Tidak mustahil bubar saja Parlimen akan ada penghijrahan tokoh-tokoh UMNO menyertai PAS kerana sekiranya mereka masih berada dalam UMNO kedudukan hariannya tidak selamat, hendak menyertai PKR malu mata kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Alasannya hanya PAS saja boleh menyatukan perpaduan umah.

Lagi menyakinkan bahawa PR akan dapat menumbangkan BN kerana rakyat mahu tahu cerita sebenar dalam banyak isu yang didedahkan oleh PR, apakah betul berlaku sebagaimana pendedahan yang dibuat atau hanya persepsi sebagai modal kempen pilihanraya, sebagai contoh komisen pembelian kapal selam 

Kemana Dato' Najib akan pergi, kemana Tun Mahathir akan pindah apabila PUTRAJAYA jadi milik kerajaan PR. Dan bagaimana nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap dipejabat SPRM.

Tuesday, January 1, 2013

Zayadi Awang Noh akan berceramah dipentas PAS.

Dr.Zaiyadi Awang Noh adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan dan pernah bertanding di Parlimen Bachok atas tiket BN tapi kalah kepada PAS, kini dilantik oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi AMANAH Negeri Kelantan dalam satu majlis anjuran UTTV Cakna UT di Kelantan Trade Center KTC pada tahun 10 April 2012 lalu.

Seorang yang masih berpengaruh di Bachok yang mana ibu beliau adalah bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Bachok. Zaiyadi telah di 'tohok' atau dibuang dari berperanan oleh UMNO Negeri Kelantan dan UMNO Bachok kerana bimbang ketokohan beliau akan terserlah dari pemimpin UMNO Negeri Kelantan yang lain sekiranya Zaiyadi diberi tempat dan peranan yang berguna dalam UMNO.

Baru-baru ini Zaiyadi telah mengadakan program ceramah atas pentas AMANAH di Bachok yang mana lebih 5000 orang hadir mendengarnya, sambutan yang mengalakkan itu telah memberi semangat kepada Zaiyadi untuk terus turun ke gelanggan bagi menyebarkan isu-siu yang mesti diketahui oleh rakyat khasnya rakyat Bachok kenapa UMNO tidak boleh disokong lagi.

Zaiyadi masih lagi ahli UMNO walaupun beliau dilihat telah secara terbuka mengutuk kepimpinan PM Dato' Najib Tun Razak dan Dato' Awang Adik Husein, Ketua UMNO Bahagian Bachok. Apa masaalah sebenar yang membuat beliau begitu berani menghentam UMNO dan Dato' Awang Adik Husein belum dijelaskan oleh beliau.

Maka PAS Bachok akan memberi pentas kepada Zaiyadi Awang Noh pada 10hb. Januari 2013 ini iaitu hari khamis malam jumaat bertempat dikampung halaman Zaiyadi sendiri untuk memberi peluang kepada Zaiyadi memberi tahu orang Bachok khasnya kepada keluarga besar beliau yang masih menyokong UMNO kenapa beliau benar-benar benci kepada UMNO.

Adalah satu keputusan yang tepat sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi akan terus mengulangi kata-kata beliau bahawa dalam UMNO sekarang ini banyak perkara yang busuk sedang  berlaku dan menjawab apa yang Dato' Zahid Hamidi memberi tahu orang UMNO Bachok dulu.

Yang paling dinanti-nanti oleh rakyat Bachok sekarang ini tak kira orang PAS, UMNO atau pun PKR serta atas pagar mereka semuanya mahu mendenagr dari mulut Zaiyadi sendiri tentang prinsip kepartian beliau, adakah beliau masih mahu 'bertawakuf' atau bersama dengan rakyat untuk menentang kerajaan yang zalim dan mungkar,.

Rakyat Bachok tidak mahu Zaiyadi berselindung disebalik 'Tawakuf" dan berharap pada malam tersebut rakyat mahu lihat 'kejantan' Zaiyadi berpolitik. Rakyat Bachok kini mahu melihat perkara yang tersurat kerana rakyat Bachok dah bosan dengan yang tersirat. Percayalah Zaiyadi mampu melakukannya sekiranya beliau masih ada darah perjuangan daripada Mak Su Limah.

Sekiranya pada malam tersebut Zaiyadi berani istihar keluar UMNO maka bertambahlah bekas pemimpin UMNO Kelantan keluar UMNO untuk bersama-sama PR bagi menentukan Kelantan terus dibawah kerajaan pimpinan ulama yang diketuai oleh YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat. dan Malaysia dibawah kerajaan PR