Thursday, August 25, 2011

masjid haram mekkah waktu malam.

Jutaan umat Islam sedang sedia menunaikan solat 'tahjud'.
Published with Blogger-droid v1.6.8

Tuesday, August 16, 2011

Jauh dimata, dekat dihati.

Hari ini (16.8.2011, selasa) Saya akan berlepas ke Tanah Suci, Mekkah bersama Isteri tercinta Hajjah Mahani Abg.Ghani untuk menunaikan umrah dibulan Ramadhan yang mulia ini dan ke Madinah menzairahi Rasullulah.

Di Mekkah tahun ini kami berharap dapat menyambut AidilFitra disamping memperingati tarikh persandingan kami yang ke 36 pada 31hb. Ogos.

Kali terakhir saya di Mekkah pada tahun 2009 mengerjakan Haji, yang mana selesai mengerjakan Haji diwaktu menunggu tarikh untuk pulang ketanahair Malaysia, saya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital King Faisal di Mekkah. Alhamdullilah kesihatan saya terkawal sehingga sekarang, walau pun pada waktu itu saya terlantar di hospital selama 50hari.

Kepada para sahabat,teman dan sesiapa yang mengenali saya dan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penduduk didalam kawasan Parlimen KETEREH Khasnya dan Negeri Kelantan Amnya terlebih dahulu saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Semuga kita akan bertemu kembali pada tanggal 4.9.2011. Doakan saya suami isteri supaya selamat pergi & selamat kembali. Doakan juga semuga kami berada dalam keadaan sihat dan sejahtera bagi menunaikan ibadat. Sekiranya ada apa-apa yang hendak disampaikan kepada saya bolehlah hubungi dengan sms kepada saya 6012-6292250, Insya Allah saya akan hubungi kembali.

Sunday, August 14, 2011

Bersama Tok Guru.

YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, sedang asyik mendengar perkembangan politik tanahiar.


Selepas subah tadi, Saya berkesempatan berjumpa dengan YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan bersama Pak Da Kori dan Sdr Mattblack dikediaman Tok Guru di Pulau Melaka.

Diantara tajuk yang menarik, Tok Guru bertanya perkembangan politik Malaysia, saya memberi pandangan bahawa PRU13 ini, bila-bila masa sekali pun diadakan sama ada dalam masa terdekat atau pun tahun depan, sokongan rakyat terdapat PAS dan Pakatan Rakyat tidak akan berubah bahkan akan semakin kuat.

Insya Allah PRU 13 akan bertukar kerajaan daripada BN kepada PR.

Thursday, August 11, 2011

Program 6P. Kaut keuntungan untuk siapa?

Pesuruhanjaya SPRM dan Bekas Menteri KDN, Radzhi Sheikh Ahmad
sudah sampai masanya SPRM bertindak apabila musuh rasuah berada didepan mata.

pendatang haram masuk secara haram ke iran
pendatang haram ini dicap pengintip untuk isreal dan dibunuh

pendatang haram masuk ke afghanistan
akan di tembak mati

pendatang haram masuk ke saudi arabia
akan dipenjara seumur hidup

pendatang haram masuk ke negara china
selamat tinggal dunia

pendatang haram masuk ke venezuela
akan dituduh ajen amerika dan jamin masuk penjara

pendatang haram masuk ke cuba
akan di masukkan ke dalam penjara sampai tua

pendatang haram masuk ke britain
pendatang haram ditangkap, dibicara dan di hantar pulang

pendatang haram dari indonesia mencuri masuk ke malaysia
pendatang haram dari bangla mencuri masuk ke malaysia
pendatang haram dari burma mencuri masuk ke malaysia

mereka akan dapat:

- dapat jadi penduduk tetap
- dapat lesen memandu
- dapat kerja
- dapat jadi bumiputera
- dapat hospital percuma
- dapat belajar percum
- dapat menjadi warga negara


DAN

dapat mengundi

nota:
patutlah pendatang haram ini
berpusu pusu masuk ke dalam negara
kita ini


BEBASKAN MALAYSIA DARI PENDATANG HARAM

MULAKAN KEMPEN ANTI PENDATANG HARAM

PENDATANG HARAM PUNCA JENAYAH BERTAMBAH

PENDATANG HARAM PEMBAWA DADAH

JUMPA ULAR JUMPA PENDATANG HARAM
KETUK PENDATANG HARAM DULU

PENDATANG HARAM YANG BAIK
ADALAH PENDATANG HARAM YANG TELAH DI HALAU KELUAR
-sumber dari tukartiup.

komenlah.


Salam Abang.. UMNO tidak ada apa-apa lagi untuk dijadikan model politik untuk orang melayu. Kebanyakan mereka menyertai politik atas nama UMNO bukan untuk memajukan orang-orang melayu atau menaik taraf kedudukan bangsa tapi lebih mencari keuntungan material dan peribadi. Jika pimpinan atasan sentiasa menunjukkan harta dan pangkat adalah segala-galanya maka apa lagi pemimpin bawahan nescaya akan ikut jejak pemimpin atasan dengan mencari keuntungan maka masa depan politik UMNO juga akan malap dan terus menuju kehancuran. Begitupun kesedaran ini tidak akan wujud kepada ahli atau pemimpin UMNO kerana budayanya 'Jika nak kaya masuklah UMNO'. Secara ikhlas saya nampak kebanyakan yang memasuki UMNO sekarang semua dan matlamatnya nak kuasa kemudian buat harta dan pulus sebeberapa yang boleh, apa lagi dengan tender-tender yang tersedia ada. Memang yang dapat dan kaya ialah orang melayu tapi melayu mana ..? tentu melayu atasan. Melayu bawahan meskipun mereka dari ahli UMNO terus melukut ditepi gantang. Apa lagi melayu seperti saya terus kecundang di alam maya meskipun hasil bumi kita untuk di agih sama rata kepada yang daif. Contoh yang dapat dilihat ialah BiNiNajib yang sentiasa menjadi liabiliti kepada UMNO, mencampuri hal-hal urusan pentadbiran negara dengan kuasa yang ada pada Najib. Mengunakan dana negara dengan sesuka hati tanpa merujuk siapalah aku. Najib pula berdiam diri dengan tidak ambil apa-apa tindakan susulan maka keadaan ini akan menjadi bertambah rumit dan akan memusnahkan Najib sendiri. Mungkin sifat Najib 'takut bini' menyebabkan BiNiNajib akan terus menjadi liabiliti kepada pentadbiran Najib. Mungkin jika iannya masih tidak dikawal andaiannya Najib akan tersungkur di PRU akan datang. Saya sendiri doakan mudah-mudahan begitu. Jika ahli-ahli atau pemimpin UMNO sendiri yang jelek tentang tingkah laku BiNiNajib yang mengunakan berjuta-juta wang negara , apa lagi dengan rakyat yang bukan ahli UMNO tentu melihatnya lebih hina dari mangkuk tandas. Semoga perjuangan abang kini sentiasa diredai tuhan.. walaupun penuh rintangan.. teruskanlah..
By Martoiriat on tunai permintaan! on 8/11/11

Pendedahan jujur oleh Datuk Alwi Ibrahim.

Berita tersebar 'polis siasat syarikat pengurusan ubahsuai alat biometrik'. Percayakah dengan berita itu, tentu percaya bukan? kerana yang membuat kenyataan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha (kanan) KDN Bahagian Pendaftaran dan Imigresen. Datuk Alwi Ibrahim tidak ada kepentingan dalam projek 6P, beliau hanya menjalankan tugas dan tanggongjawab sebagai kakitangan kerajaan, beliau membuat kenyataan yang benar.

Beliau membuat kenyataan supaya rakyat tahu bahawa daripada 336 syarikat yang dipilih oleh 'orang kuat' KDN untuk mengurus biometrik telah mengunakan khidmat perunding teknologi muklumat IT secara tidak sah bagi mengubahsuai peralatan biometrik yang diguna oleh KDN.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kerosakan kepada sistem yang telah diselaraskan oleh KDN dan pada masa yang sama turut dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan.

Ertinya ada pihak yang tidak bertanggongjawab. Kalau dah tidak bertanggongjawab tunggu apa lagi. Orang ramai mahu melihat ada tindakan yang diambil, tak kiralah syarikat pengurusan itu kepunyaan ahli perniagaan biasakah, sahabat menterikah, sahabat setiausaha menterikah, bekas menterikah, bekas timbalan ketua poliskah atau siapa saja yang teribat dalam mengubahsuai peralatan biometrik, perlu diambil tindakan.

Ubah peralatan itu AKAN MEMBERI KESAN YANG BURUK KEPADA KDN DAN KERAJAAN kerana apa yang diubahkan itu membolehkan pihak-pihak yang tidak bertanggongjawab mengambil kesempatan terutamanya boleh membuat Kad Pengenalan tiruan. Sekiranya itu berlaku maka bertambahlah bilangan pendatang tanpa izin (PATI) menjadi pendatang dengan izin (PADI), apabila dah jadi (PADI) ianya boleh dijadikan beras dan beras boleh dibuat makanan untuk dijual. Apa erti untuk dijual?

Hasrat Kerajaan untuk buat pemutihan akan menjadi putih mata, kerana segala penjahat yang datang ke Malaysia akan mendapat Kad Pengenalan (yang boleh dijual/beli) dan boleh terus tinggal di Malaysia tanpa segan silu dan rasa takut kerana mereka ada dekumen yang menjadi layak seperti rakyat Malaysia dan boleh berurusan dalam semua urusan. Lagi bahaya.

Ketelusan Kerajaan akan dinilai apabila ada tindakan diambil. Kebimbangan yang diluahkan oleh TKSU (Kanan) KDN Datuk Alwi Ibrahim hendaklah diambil berat oleh pihak berkuasa, jangan lepas siasatan dibuat ianya hilang 'ruyup' tak ada apa-apa keputusan dan tindakan.

Tahniah Datuk Alwi Ibrahim kerana cepat sedar tentang berlakunya penipuan oleh mereka yang tidak bertanggongjawab itu. Juga perlu diberi perhatian kepada kumpulan 'lintah darat' yang mengambil kesempatan bagi memeras pendatang tanpa izin dengan bayaran melebihi daripada RM35.00 seorang seperti yang telah ditetapkan oleh KDN.

Syarikat pengurusan membuat janji dengan pendatang tanpa izin (PATI) sepertilah KDN itu dia yang punya yang boleh memastikan semua yang buat biometrik itu akan dapat kekal tinggal dan bekerja di Malaysia ini dengan bayaran yang melebihi RM350.00 seorang. Tak percaya cuba dapatkan senarai syarikat pengurus yang dipilih dan lihatlah di website syarikat tersebut atau dikain rentang yang menawarkan berbagai-bagai bayaran dengan bermacam tektik.

Wednesday, August 10, 2011

tunai permintaan!


Ada peminat kirim gambar ini untuk di post didalam blog newkk. Katanya sesuai dengan blog yang ku dengar dan ku lihat, gambar ini perlu dipamerkan untuk orangramai lihat sendiri gaya isteri Perdana Menteri, kerana banyak cerita yang didengar akhir-akhir ini dikaitkan dengan Rosmah Mansor.

Penghantar gambar ini memberitahu, kalau Rosmah Mansor tidak isteri kepada Mohd. Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia beliau tidak ambil kesah, kerana sayangkan Najiblah beliau minta gambar ini disiarkan kerana beliau sangat bersetuju dengan blog ini yang menyiarkan gambar Rosmah Mansor dengan tajuk 'Jual Cerita First Lady' kerana katanya sudah sampai masanya untuk pesan kepada Najib bahawa rakyat sudah 'benci' dengan isu yang dikaitkan dengan Rosmah.

Tambahnya lagi, Kawe orang UMNO dan sama jadi pemimpin Pemuda UMNO semasa Demo jadi Ketua Pemuda UMNO dulu, Demo kenal Najib, kawe pun kenal Najib. Demo dah masuk PAS, kawe belum lagi, tapi kalau Najib tak berubah, kawe pun akan ikut jejak Demo.

Buat apa sokong UMNO kerana pemimpin UMNO pun suka kalau UMNO Kalah.

Jual cerita First Lady?

PM Najib minta ahli-ahli UMNO kena pandai 'jual cerita' dan mesti tahu menguruskannya,kalau mahu UMNO menang PRU 13. Beliau berkata demikian semasa berucap dimajlis berbuka puasa di Sri Perdana petang semalam.

Apa cerita yang patut dijual dan kepada siapa yang hendak dijual kerana cerita cincin RM 24juta yang dikaitkan dengan Rosmah rakyat sudah tak mahu dengar penjelasan atau cerita kapal selam yang tak boleh menyelam yang dikaitkan dengan Razak Baginda atau cerita Najib sakit kepala lutut.

Cerita kepala lutut yang di jual oleh ahli-ahli UMNO yang paling laris sekang ini. Cakap pasal kepala lutut tapi tangan ditunjuk di kepala. Apa ertinya.




lihatlah dan pandanglah. jual ceritalah, biar rakyat semua tahu, najib tak marah. berkata benarlah walaupun pahit. syabas!!!

Tuesday, August 9, 2011

UMNO Kelantan selimut dengan 'kain sarung'.

majlis berbuka puasa dirumah setiausaha politik perdana menteri, utusan melaysia melapurkan dihadiri 2000 orang?

Dua peristiwa berlangsung yang dikejutkan dengan berita 'kehebatan UMNO Kelantan' dalam bulan Ramadhan ini. Pertama kenyataan Mustapha Mohamed bahawa UMNO Kelantan akan adakan simulasi Pilihanraya (pilihanraya olok-olok) pada bulan September ini dan yang Kedua ialah berita kehadiran seramai 2000 orang dimajlis berbuka puasa dirumah Fatmi Che Salleh, Setiausaha politik Perdana Menteri Malaysia.

Maksud dikejutkan ialah apabila UMNO Kelantan hanya baru bersungguh untuk mengetahui kelemahan partinya dan akan memperbaiki kelemahan. Pada hal sudah lama UMNO Kelantan lemah apabila rakyat telah menolak UMNO secara terbuka termasuk pemimpin UMNO diperingkat Bahagian.

Simulasi itu adalah salah satu cara bagi UMNO Kelantan untuk menghabiskan wang selain program Juara Rakyat yang sudah hilang serinya sejak Allahyarham Mat Yassin Saat, Bekas Setiausaha Kerja UMNO Negeri Kelantan meninggal dunia. Itulah peluang untuk para pemimpin mendapat peruntukan yang mana ahli-ahli yang bersungguh membuat kerja akan 'menjilat jari'.

Lebih parah lagi apabila majlis muzakarah persiapan menghadapi PRU 13 dihadiri oleh Alwi Che Mat, Setiausaha BN Negeri yang tidak ada langsung perancangan bagaimana untuk menyakinkan rakyat Kelantan supaya menyokong BN dalam PRU 13. Alwi dikatakan gagal menghidupkan program BN Kelantan kearah persiapan pilihanraya, tidak seperti dizaman Kamaruddin Abdullah (Abang Din) bertugas di pejabat BN pada tahun 2004 yang mana pada waktu itu Kerajaan PAS hampir tumbang.

Kata beberapa orang pemimpin UMNO Kelantan, kesilapan besar Tok Pa bagi persiapan pilihanraya umum ke 13 ini ialah kerana melantik Alwi Che Mat sebagai Setiausaha BN yang mana Alwi dilihat tidak mempunyai kemampuan untuk mengerakkan jentera BN diseluruh negeri Kelantan kerana salah satu sebabnya Alwi pun banyak masaalah di Bahagiannya di Ketereh apabila dikatakan sudah tidak sebulu dengan Anuar Musa, Ketua UMNO Bahagian.

Seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkata, sejak Alwi jadi Setiausaha BN, tidak ada apa pun yang dibuat bahkan seperti BN tidak ujud di Kelantan, apa yang ada hanya aktiviti yang dianjurkan oleh UMNO sahaja. Sedangkan dalam PRU lambang BN lah yang akan diguna, oleh itu bagi menyemarakkan BN Kelantan adalah elok Tok Pa memikirkan untuk mencari orang lain bagi mengganti Alwi Che Mat, ujar Ketua Pemuda tersebut.

Kejutan satu lagi pula ialah apabila Utusan Malaysia melapurkan 2000 orang hadir di majlis berbuka puasa Fatmi Che Salleh, itu adalah tidak patut kerana Fatmi Che Salleh adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Sepatutnya kehadiran lebih daripada itu kerana dikalangan ahli-ahli UMNO dan kakitangan kerajaan persekutuan dan JPP termasuk para guru-guru yang terdapat di Kota Bharu lebih daripada 5000. Adalah tidak masuk akal mereka itu tidak hadir berbuka puasa dirumah Ketua UMNO Bahagian yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Apakah dua peristiwa tersebut petanda awal UMNO Kelantan tidak mampu menolak PAS dalam PRU 13 nanti.

Monday, August 8, 2011

Iklan yang membinggungkan.


Program 6P. Biometrik yang dilancarkan minggu lepas untuk orang asing yang berada di Malaysia secara tidak sah supaya mendaftar dengan 336 syarikat yang dipilih oleh KDN telah dapat mengumpul berjuta-juta ringgit kerana apa yang didengar sudah 600 ribu manusia telah membuat 'thumbprint' dengan berbagai-bagai bayaran yang dikenakan.

Bayaran wajib RM35.00 seorang yang kurang mendapat liputan dan hebahan daripada media cetak ataupun tv menyebabkan manusia pendatang asing terpaksa membayar RM350.00 sehingga RM3,500.00 tiap satu kepala.

Oleh kerana tiap-tiap syarikat yang dipilih mempunyai tidak kurang 10 mesin 'thumbprint' jadi terdapat lebih kurang 5000 buah mesin disediakan untuk 'thumbprint' diseluruh negara. Minggu ini masuk minggu kedua dan masa diberi oleh KDN hanya selama sebulan bererti sampai akhir bulan ogos edah 'thumbprint; akan tamat.

Oleh kerana nak kejar masa dan nak kejar wang maka adalah kain rentang dipasang oleh syarikat yang dipilih itu dengan mengambil kesempatan supaya manusia pendatang asing membuat 'thumbpring' disyarikatnya dengan mengiklankan bahawa pendaftaran manusia warga asing adalah 'percuma'.

Apabila disiasat, pendaftaran percuma itu' adalah tektik supaya manusia asing datang ke syarikatnya dan apabila 'thumbprint' dibuat maka manusia asing itu kena membayar sehingga RM3,500 seorang termasuk bayaran lavi kepada kerajaan. Itu pun belum tentu manusia pendatang tanpa izin itu dapat terus tinggal di malaysia ataupun diusir pulang ke negara asal.

Tak tahulah sama ada pihak KDN sedar atau pun tidak sedar perkara begini berlaku, sekiranya sedar apakah memang dibiarkan kerana KDN atau Kerajaan hanya mahu kepada 'thumbprint' berlaku untuk memudahkan biometrik diambil. Biometrik itu diambil untuk memenohi dasar keselamatan negara mungkin juga ada kegunaan lain kerana cara dan keadehnya amat tergesa-gesa.

Walau bagaimana pun memang terdapat syarikat yang amanah dan mengikut peraturan punggutan wang hasil dari 'thumbprint' manusia warga asing tersebut iaitu dikenakan bayaran RM35.00 satu kepala dan akan disusuli memproses pemutihan dengan menentukan manusia asing itu akan mendapat pasport dan makluman untuk pulang atau pun boleh menetap bekerja disini.

Syarikat yang amanah itu tidak menjual mesin 'thumbprint' kepada agen-agen ataupun disewa dengan bilangan kepala iaitu RM180.00 yang paling mahal dan RM100.00 yang paling murah setiap satu kepala manusia pendatang tanpa izin sepertimana yang dibuat oleh kebanyakan syarikat yang mengumumkan pendaftaran 'thumbprint' percuma.. Kerana syarikat yang berbuat demikian tentunya tidak mampun untuk mengurus program yang 5P lagi itu kerana syarikat tersebut mendapat pendapatan yang sedikit sekiranya dibandingkan dengan agen ataupun broker yang dilantik.

Siapa yang dapat untung dalam perlaksaan program 6P tersebut, adakah Pembunuh, Perogol, Perompak, Penyamun, Peragut dan Pencuri (juga 6P) yang sedang berada di negara ini kerana mereka akan diberi kebebasan selama 6 bulan tanpa rasa takut dan bebas pula kemana-mana kerana PAS sementara telah dikeluarkan apabila selesai saja membuat 'thumbprint' disyarikat terpilih termasuk syarikat yang dimiliki oleh bekas menteri UMNO.

Sunday, August 7, 2011

Sindiket terancang di KLIA?

gambar perhiasan dari UM

Pegawai Imigresen yang dilepaskan dari tahanan ISA di Pusat perlindungan Kemunting, Perak (Kemta) melahirkan perasaan terima kasih kepada Kerajaan kerana telah menyelamatkannya dari terus melakukan perbuatan yang terkutuk dan melayannya dengan baik.

Di situ keadaannya sangat baik, tidak seperti yang didengarnya sebelum beliau dimasukkan dikem ISA tersebut. Beliau dilayan dengan baik dan dapat mengurangkan berat badan sebanyak 16 kilo selama berada didalam tahanan 10 bulan.

Beliau mengambarkan bahawa berada didalam tahan ISA diKem Tahanan Kemunting (Kemta) lebih baik dari berada diluar kem sekiranya mahu mendapat motivasi serta dapat membaca buku-buku dan boleh mengurangkan berat badan. Apakah cara beliau mengambarkan tentang kebaikan dan keselesaan semasa berada dalam tahanan ISA sebagai 'promosi' supaya mengalakan orang lain melakukan perbuatan yang tidak baik seperti beliau lakukan. Hanya berpisah dengan anak dan isteri selama sepuluh bulan dan dibebas bersama harta kekayaan.

Apa yang sepatutnya berlaku, setiap tahanan yang dilepas dari tahanan ISA dan Kem Tahanan Kemunting hendaklah mengambarkan satu keadaan yang merugikan untuk masa depan dan keluarga sekiranya seseorang itu melakukan kesalahan yang terkutuk dan menyalahi undang-undang negara serta dikena tahanan ISA.

Mereka sepatutnya mengambarkan rasa 'serik' dan tidak mahu melakukan lagi dan menasihati orang lain supaya tidak melakukan perbuatan yang salah seperti beliau lakukan kerana berada dalam tahanan adalah lebihlah baik mati dari hidup.

Supaya orang yang berada diluar dan mempunyai kuasa akan menjadi takut untuk melakukan kesalahan seperti yang dikaitkan kepada mereka terutamanya kepada penjawat yang melaksanakan tugas penguatkuasa disemua agensi kerajaan.

Cara surat kabar menghebahkan berita temu bual dengan pegawai Imigresen tersebut seakan-akan memberi galakan dan tidak mengambarkan keinsafan sebenar apabila temubual itu dilakukan dalam suasana suka helai, gelak ketawa yang mengambarkan tidak ada perasaan sedih dan malu kerana melakukan perbuatan yang boleh dikenakan ISA.

Persoalannya, adakah mereka yang dikenakan tahanan ISA hanya sebagai dijadikan kambing hitam bagi mengelakkan rakyat dbagi mempertikaikan kebocoran Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA dari perbuatan rasuah dan rakyat asing boleh masuk kedalam negara kita dengan senang dan bebas terutamanya mereka yang ada rekod jenayah.

Atau sebenarnya mereka itu hanya melakukan kesalahan kecil saja, tapi terpaksa diambil tindakan dan dikaitkan dengan ISA supaya tidak diadakan perbicaraan terbuka kerana mahu menundung atau menutup sindiket yang dilakukan oleh orang yang lebih besar dan berkuasa. Ertinya hendak menutup bahawa kebocoran dan ketirisan memang berlaku kerana ada sindiket terancang di KLIA.?

Saturday, August 6, 2011

Ibrahim Ali lebih hebat daripada Najib Tun Razak.

dalam gambar
YAB Tok Guru Nik Abdul Aziz, Ibrahim Ali dan Tun Mahathir Mohamed.
"catur politik malaysia hari ini"

Suasana baru politik Malaysia telah mulai jenak sekarang. Dalam diam ada usaha pihak-pihak tertentu sama ada dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat PR atau pun oleh mereka yang tidak berparti (atas pakar) sedang berusaha untuk mempercepatkan pertukaran Kerajaan.

Ini terjadi kerana dalam kerabat BN sudah mulai retak ekoran tidak ada kesepakatan terutamanya dalam menentukan calun-calun yang berwibawa untuk bertanding dalam PRU 13. UMNO sedang menghadapi krisis kepercayaan kepada Presiden yang dilihat terlalu tunduk kepada Isteri.

MIC mahu keseorangan dalam jemaah BN yang telah secara terang-terang memberi kata dua bahawa MIC akan keluar daripada BN sekiranya BN terima parti India lain menyertai BN dan MCA pula terus kecewa dalam batinnya kerana Presidennya tidak diberi jawatan Menteri dalam kebinat Malaysia.

Manakala rakyat terutamanya ahli-ahli UMNO sedang mempertikai kekuasaan yang berada dalam tangan Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang hanya sekadar dilantik sebagai Senator dan tidak dipilih oleh rakyat.

Manakala ahli Parlimen bebas tidak ada tempat dalam UMNO walaupun telah mengholorkan kepala tapi tidak dihidu oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk mempelawa mereka itu menyertai UMNO, maknanya ahli Parlimen bebas sepertilah 'anjing buruk kepala dan badannya berkerapu'.

Banyak ahli Perlimen, bekas wakil rakyat dari UMNO dan BN sedang berkira-kira untuk menentang UMNO dan BN secara terbuka kerana sudah tidak tahan melihat kerakusan pemimpin UMNO dan BN mengumpul harta didepan mata mereka dan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri berbelanja 'boros' dan membazir.

Tidak mustahil selepas bulan puasa ini, ada banyak lagi bekas pemimpin UMNO akan istihar keluar parti dan akan menyertai parti dari Pakatan Rakyat bagi menguakkan jentera pilihanraya PR untuk menumPASkan BN. Ertinya usaha pihak pihak tertentu dalam UMNO untuk menasihati Najib Tun Razak supaya berundur sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri sebelum pilihanraya umum tidak menjadi.

Rakyat sedang menunggu ulusan dari Tun Mahathir Mohamed berhubung dengan isu cincin Rosmah dan kegawatan ekonomi yang akan menjunam sekiranya suasana politik Malaysia tidak stabil dan diikuti oleh ramalan yang akan dibuat oleh Tun Daim zainuddin bahawa Najib dan Rosmah Mansor telah menjadi kerosakan kepada UMNO dan BN.

Sekiranya cepat mereka berdua itu membuat ulusan yang tidak berpihak kepada Najib dan Rosmah maka pilihanraya umum berkemungkinan akan menjadi lambat atau pun terus diumum sekiranya Najib tidak berhasrat meletak jawatan dengan kata lain Najib tidak berjiwa besar kerana sekiranya pilihanraya diadakan dalam keadaan rakyat tidak percaya tentunya BN akan menerima kekalahan yang teruk.

Pada pilihanraya umum 13 nanti. Saya mahu melihat dimana Presiden PERKASA Dato' Ibrahim Ali, bertanding atau pun tidak dan sekiranya bertanding atas lambang apa?, lambang UMNO tentu sekali tidak. Apakah pintu 'taubat' masih terbuka untuk beliau bertanding atas tiket Pakatan Rakyat (PR) sama ada PAS atau pun PKR.

Friday, August 5, 2011

SAH !. ada usaha jatuhkan Najib.


Pak Lah (Tun Abdullah) 'jatuh' semasa Alwi jadi setiausaha politik.

Alwi Che Mat

Semalam sempat berjumpa dengan 3 group ahli-ahli UMNO dan satu group penyokong setia Tun Abdullah Badawi selepas sembahyang Terawih sehinggalah selesai jam 3.00 pagi. Anak yang membawa motokar dah tarik muka kerana 'boring' disebabkan topik yang kami bincang tidak menepati selera Mohd Fais.

Semua group tidak lepas peluang membicarakan 'cincin' berharga rm24juta yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, walau pun ada penafian tapi mereka itu terus mahu menyelidik. Saya beberapa kali cuba menyakinkan group UMNO itu bahawa cincin itu telah dibawa keluar ke Singapura. Tapi mereka bukan pertikaikan dimana cincin tersebut sekarang berada, yang mereka mahu tahu kenapa nama Rosmah Mansor dilibatkan.

1. Kenapa cincin itu dibawa ke Malaysia atas nama Rosmah Mansor?.

2. Kenapa tidak diistiharkan siapa VVIP yang dikatakan ditunjukkan cincin tersebut.

3. Kenapa Rosmah Mansor tidak melenting apabila namanya 'tercatit' dalam borang Kastam?.

Itu adalah diantara pertanyaan 'bodoh' yang sengaja mahu melemparkan persoalan bagi menghangatkan lagi isu cincin yang berharga rm24juta yang boleh membuatkan mak cik dan pak cik ditanah rancangan FELDA terbeliak mati mendengarnya. 24juta bukan sedikit kepada mak cu dan pak cu, bukan sedikit kepada mutu dan mena, bukan sedikit kepada ah chong dan ah moi dan bukan sedikit kepada tok batin dan mak andek.

RM24juta boleh buat makan 100 tahun kepada mereka yang masih digelar miskin, tidak pernah terpikir oleh mereka yang hidup kais pagi makan pagi seperti petani, penternak dan nelayan untuk mengumpul wang sebegitu banyak apatah lagi untuk membeli sebentuk cincin. Begitu juga Ketua wanita UMNO dan Ketua Puteri UMNO dicawangan-cawangan dikampung-kampung yang berkhidmat kepada parti siang dan malam pun tidak mampu untuk memiliki cincin berharga 24juta seperti yang dikatakan ialah milik Rosmah Mansor.

Salah satu isu yang menyebabkan kedudukan UMNO dan BN akan tumPAS dalam PRU13 nanti yang bukan saja jadi modal politik Pakatan Rakyat tapi menjadi kegelisahan dikalangan penyokong UMNO dan menjadi kebencian dikalangan kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah terutamanya kerani am.

Sebut saja perempuan, mereka itu 'menjebehkan' bibir apabila bertanya pasal Rosmah Mansor, ertinya mereka itu memberi petunjuk bahawa mereka tidak suka cara Rosmah Mansor melayan suaminya iaitu seorang Perdana Menteri, terutamanya ahli-ahli BAKTI.

Kerana ada puak dalam UMNO tahu bahawa kedudukan UMNO sudah tidak selamat maka ada usaha untuk mendesak Najib Razak letak jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum PRU diadakan. Mereka berpendapat UMNO dan BN akan kalah sekiranya UMNO tidak tukar nahkoda kerana Najib sudah tidak mampu untuk melayari kapal kerana diatas kapal itu ada dua nahkoda.

Adakah Rosmah Mansor hanya dijadikan alasan untuk menghalalkan desakan supaya Najib letak jawatan seperti mana Khairy Jamaluddin (KJ) dijadikan alasan supaya Tun Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan PUTRAJAYA.

Apa pun peluang rakyat menikmati kerajaan baru dibawah pemerintahan PAS, PKR dan DAP dalam Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) sudah hampir tiba, cepat diadakan Pilihanraya umum cepatlah bertukar kerajaan. Insya Allah.

Thursday, August 4, 2011

Siapa ahli UMNO yang akan dipecat.


ekoran tulisan MSO, Penawar desak Najib?


Isu yang dibangkitkan oleh MSO itu adalah satu perkara yang bukan main-main, ianya satu pendedahan bahawa terdapat ahli-ahli UMNO yang tidak suka kepada pentadbiran Najib dan ini boleh menyedarkan Najib supaya berhati-hati kerana ada ahli dalam pertubuhan yang disertai oleh bekas pemimpim UMNO sedang berusaha untuk mendesak Najib.

Dan tidak mungkin ada isu yang begini serius sekiranya tidak ada perancangan yang rapi, sekiranya ditilik arus untuk membaham Najib supaya letak jawatan bukan baru dalam UMNO kerana terbentuknya PERKASA sudah dapat dilihat bahawa terdapat ahli-ahli UMNO yang sudah tidak yakin kepada perjuangan Najib yang mana 90% ahli PERKASA adalah ahli UMNO.

Walau pun pada asal penubuhan PERKASA bukan kearah itu dan Presidannya bukan ahli UMNO tapi disitulah ahli-ahli UMNO bertenggek untuk melahirkan perasaan tidak sebulu dengan kepimpinan Najib yang mana kalau diintai disitu terdapat orang yang rapat dengan Mahyuddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO.

Apatah diperhebatkan lagi dengan penubuhan NGO bernama AMANAH yang dipimpin oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan terbaru Kadir Shiekh Fadzhil telah mengecam bahawa dalam UMNO sekarang ini bukan tempat untuk bersuara yang boleh membaiki kelemahan pentadbiran UMNO.

Apa pun penafian yang dibuat, sama ada isu PENAWAR ataupun ulasan Kadir Shiekh Fadzil, semuannya itu untuk menyedap dada Najib dan Rosmah, pada hakikatnya ramai ahli-ahli UMNO sedang merunggut bahawa edah UMNO sudah hampir tiba sebagai sebuah Kerajaan, ini kerana 80% ahli UMNO telah menyampah kepada Rosmah Mansor termasuklah staf-staf di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Isu cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan pengelapan wang haram, Isu Maira Nazarbaye yang dikaitkan dengan Mafia Russia, Isu Azilah Hadri dan Sirul Umar yang dijatuhkan hukuman mati dan wajahnya belum boleh dilihat sehingga kini menjadi topik perbincangan telah menjalar dikampung kampung hatta telah sampai dirancangan rancangan FELDA. Ini semua memudahkan kejatuhan sebuah Kerajaan.

Keputusan keluar UMNO dan berjuang bersama Pakatan Rakyat PR bagi membetulkan landasan perjuangan untuk Ugama, Bangsa dan Negara adalah jalan yang paling tepat dari terus mendodoi PM Najib dari dalam tapi mengenakan tektik menipu untuk menjatuhkan beliau dan isterinya.

Saya adalah lebih baik sekiranya dibandingkan dengan anda yang telah terang memang tak suka Najib tapi hari hari mencium tangannya dan menulis menghentam PR hanya semata-mata hendak dilihat sebagai penyokong UMNO tegar sedangkan tak pernah pun tahu erti perjuangan sebenar.

UMNO pula tidak berani memecat mana-mana ahli yang dilihat boleh menyusahkan parti tapi bermegah mengantung dan memecat ahli parti dimusim persidangan perwakilan berlangsung yang menyebabkan Ali Rastam Ketua Menteri Melaka dan Isa Samat Pengerusi FELDA menjadi mangsa UMNO yang tidak demokrasi.

Edahnya 40hari.


Mereka itu bekas Menteri dan bekas MP UMNO. Jangan pandang ringan. Sekiranya betul apa yang ditulis oleh Mohd Sayuti Omar (MSO) dalam blognya yang bertajuk, 'PENAWAR Desak Najib Letak Jawatan?' memang ada yang tak kena berlaku dalam UMNO.

Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Mokhtar Hashim, Aziz Yassin dan Mohd Tamrin Ghafar adalah nama-nama yang sentiasa disebut dalam persada politik UMNO, mereka ada pengikut dan masih aktif secara diam diam bagi merenung nasib UMNO dibawah pimpinan PM Najib.

Mereka itu sayangkan UMNO dan boleh jadi mereka sudah tidak sanggup melihat kemungkaran berlaku didepan mata maka mereka terpanggil untuk berbincang mencari kata sepakat bagi menentukan UMNO tidak akan tumPAS dalam PRU 13 nanti.

Ramai ahli ahli UMNO sekarang tahu dan sedar bahawa nasib UMNO dalam PRU 13 akan kecundang dengan gelagat kepimpinan Najib bersama isterinya Rosmah, tapi mereka terpaksa membisu kerana takut tidak dipilih menjadi calun pilihanraya terutamanya Ketua Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Undangan Negeri.

Mereka bercakap dibelakang tapi didepan mereka mencium tangan dan membongkok seakan-akan Najib akan menjadi Perdana Menteri selama-lamanya, mereka lupa bahawa mahyuddin selaku Timbalan Perdana Menteri layak jadi Perdana Menteri diatas sifatnya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Yang berani adalah Presiden MIC Palanivel, dari seorang Senator kini telah dilantik sebagai Menteri oleh Najib kerana mengambarkan kaum India tidak akan menyokong BN dalam PRU 13 ini, walau pun partinya tidak menyumbangkan banyak kerusi tapi MIC dapat jawatan 2 Menteri dan 2 Timbalan Menteri.

Sebenarnya bukan PENAWAR saja yang tak suka Najib jadi Perdana Menteri, ramai lagi ahli-ahli UMNO sedang menanti perletakan jawatan oleh Najib yang sedang menunggu untuk berpesta terutamanya genarasi muda yang sedang merasa mereka disisihkan apabila mengenang nasib Ketua Pemudanya iaitu Khaity Jamaluddin tidak diberi penghormatan oleh Najib.

Ahli-ahli UMNO kini sedang menanggong malu terutamanya isu terbaru iaitu kegagalan SPR dan JPN memberi penjelasan yang memuaskan rakyat berhubung dengan pendatang mendapat Kad Pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Ini menunjukkan dakwaan pihak Pakatan Rakyat (PR) terdapat undi hantu adalah benar.

Hishamuddin pula terlalu gairah untuk mengambil Biometrik rakyat asing yang berada di Malaysia yang tentu akhirnya yang haram akan jadi halal, tak terkira nanti berapa ramai warga asing yang datang untuk merompak, merogol, mencuri, membunuh, meragut, menipu akan diberi visa untuk membolehkan mereka berada dinegara ini dengan selamat.

Kita bukan hendak mengata tapi lihat nanti.

Wednesday, August 3, 2011

Sebelum cabar TGNA, kencing dalam tempurung dulu wahai Zaharin MH.


Kalau hebat tu, kosongkan kerusi tunggu PRU13 bertandinglah atas tiket bebas, nak tengok lagu mana 'reyok' jadinya.


Kerana tidak ada jati diri dan peribadi yang cemar maka keluarlah dia dari PKR dan kini jadilah MP Bebas kerana nak masuk UMNO tak ada siapa berahi sebab perangainya huduh dan dikelilingi oleh 'a pek' untuk membuncitkan perut.

Lalu carilah cerita sensasi untuk promosi diri bersengkokol dengan surat kabar dan buatlah kenyataan bodoh bagi mencabar Tok Guru lalu surat kabar yang juga seperti hilang intigreti itu pun tulislah (seperti surat kabar utusan hari ini bertajuk 'buat kenyataan rasmi'). Jelas nampak kebodohan.

Apa yang tak kena dengan Tok Guru jumpa Ku Li, mereka adalah ahli politik daripada Kelantan dan ada perkara yang Ku Li boleh tolong Kerajaan Negeri Kelantan seperti isu royalti minyak. Jadi yang dia tu dok sibuk-sibuk tu dan dikaitkan dengan isu mempelawa Ku Li menganti Anwar Ibrahim tu nampaknya seperti orang sakit O.

Tok Guru tak akan tukar persetujuan yang telah dibuat, Tok Guru menghormati pada janji asalkan tidak berlaku pengkhianatan kepada PAS. Nampaknya ada orang panas punggung dengan ujudnya AMANAH kerana barangkali takut BN akan kalah dalam PRU13 maka riwayat ampu pemimpin UMNO akan berakhir dan harta haram yang dimilikinya akan dijadikan khazanah rakyat lantas mungkin juga penjara sungai buluh tempatnya.

Tidak ada rakyat yang percaya cakap orang yang tak ada prinsip seperti orang yang hisup cigar dalam gambar diatas. Glamour atas kasihan Anwar Ibrahim tapi dikencingnya Anwar Ibrahim, manusia jenis inilah yang akan menjadi bangkai politik selepas PRU13.

Reaksi daripada peminat Imigresen.

inilah akhirnya terjadi kepada rakyat malaysia, apabila sebuah kerajaan tidak prihatin kepada rakyatnya sendiri, asyik dok fikir bagaimana nak perkayakan diri dan kroni, seperti agihan program 6P hari ini dan perlantikan pembekal biometrik yang tidak berpengalaman yang hanya tahu mengutip wang pendahuluan berjuta-juta ringgit.

Salam Tuan Hj, Kenapa perlu pemutihan PATI secara pendaftaran Biometrik walhal kita mengetahui PATI adalah golongan yang perlu kita tangkap dan humban keluar negara dari Malaysia. Kita perlu bertegas dalam memerangi isu ini, jangan sampai satu masa nanti anak cucu kita berjirankan warganegara asing dalam satu kawasan taman perumahan. Kenapa perlu kita sewenang-wenangnya begitu bermurah hati memberikan kerakyatan kepada warganegara asing, MyPR kepada MyKAD dengan melambakkan lagi warganegara asing di tanahair Malaysia dan yang lebih parah mendaftar dan membenarkan mereka menjadi pengundi dalam sistem pilihanraya kita. Apakah ini jelas kezaliman menindakkan hak warganegara Malaysia kepada warganegara asing? Isu Mismah (640704715238) yang pada awal pagi pemegang MyPR, petangnya pemegang MyKAD dan seterusnya automatik termasuk dalam pemprosesan daftar pengundi dalam SPR menunjukkan betapa kezaliman telah menjalar dalam sistem pemerintahan negara kita. Silalah rujuk butiran tersebut sebagai penjelasan terperinci. http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4675-suruhanjaya-perlu-siasat-pagi-mypr-petang-mykad#.TjibciI2gfg.blogger Ya Allah, jauhkan negaraku, tanahairku tercinta dari anasir-anasir kezaliman. Wasalam.

Haha...masih tak faham lagi, isunya bukan sebab 6P..6P hanyalah umpan, yang sebenarnya 6P adalah modal permulaan melalui deposit dari syarikat agen pengurus untuk pembekal sistem biometrik (kroni peringkat tertinggi - ini cerita bilion-bilion punya bro) yang telah dipasang dipintu-pintu masuk tapi kerajaan masih belum membayarnya lagi. Itu saja. Nostradamus meramalkan: 1. Banyak syarikat akan gigit jari sbb tak dpt volume bagi balik modal apatah lagi Imigresen buka kaunter free. 2. Mungkin ada company pergi kutip jari PATI di Jakarta atau Citagong atau mana-mana sahaja untuk balik modal...hahaha (so angka 3 juta mungkin akan bertambah) 3. PATI apa guna pergi ke syarikat kerana lepas ni biometriknya akan hancus tak serasi dan gagal jadi macam kes biometrik sebelum ini Walau apa pun ini semua hanyalah untuk kutip duit sahaja ianya tak pernah diuji sebelum dilaksanakan itu pasal kelam kabut, Syarikat pembekal adalah syarikat cap ayam RM 2 yg baru tubuh tu...

Tuesday, August 2, 2011

Kakitangan Imigresen disarankan

Kenapa Pegawai Imigresen tidak dipertanggongjawab sepenuhnya bagi mengambil 'chop jari' (Biometrik) pendatang tanpa izin bagi menjayakan program 6P yang dikenali progrem PEMUTIHAN bermula sejak semalam.

Sedangkan Pegawai Imigresen diarah turun kepejabat-pejabat Syarikat yang dipilih untuk menguruskan membuka Biometrik pendatang tanpa izin dengan membenarkan kutipan sekitar RM335.00 setiap orang. Sedangkan kerja mudah itu boleh dilakukan oleh pegawai Imigrasen.

Sepatutnya inilah masanya KDN ataupun Jabatan Imigresen memberi peluang kepada kakitangan mendapat pendapatan tambahan dengan memberi elaun yang lumayan bagi menambah inisiatif kepada kakitangannya bagi mengelak jenayah rasuah berlaku.

Syarikat yang mendapat anugerah daripada KDN dengan hanya membentang kain rentang boleh memunggut wang daripada pendatang tanpa izin ialah sebanyak lebih daripada RM1 Billion sehingga habis mengambil Biometrik sekitar 3 juta orang.

Sekiranya kerajaan mengambil daya inisiatif mengambil sendiri Biometrik dengan melantik pegawai dan kakitangannya turun kebawah seperti yang dianugerahkan kepada Syarikat yang terpilih, alangkah gembiranya kakitangan Imigresen apabila ada elauan yang lumyan daripada hasil kerja dan tugasnya untuk memberishkan negara ini dari dilimpahai oleh pendatang tanpa izin.

Sekiranya Jabatan Imigresen tidak cukup kakitangan, jabatan itu boleh mengambil belia menggangur atau pun pelajar pengajian tinggi yang tidak mempunyai pekerja sebagai kakitangan sementara dengan memberi elaun yang lumayan. Maksud elaun yang lumayan ialah wang hasil daripada kutipan boleh diberi sebagai elaun 'harian' yang tentunya dapat melapangkan dada mereka daripada kesempitan hidup buat sementara waktu.

Cuba bayangkan sekiranya 10,000 orang kakitangan dikerah mendapatkan biometrik daripada pendatang tanpa izin ianya boleh dilaksanakan mencapai seramai paling kurang 100,000 orang sehari, dengan hanya mengambil masa 1bulan saja semua pendatang tanpa izin yang berada dinegara ini dapat diambil biometrik dan pegawai yang ditugaskan akan mendapat lebih kurang RM30 ribu sebulan sekiranya mereka itu dibayar elaun khas sebanyak 30% hasil daripada kutipan yang dikenakan sebanyakan RM335.00 tiap seorang seperti apa yang dikenakan pada hari ini.

Inilah yang dikatakan sebuah Kerajaan yang prihatin kepada kakitangan yang menjalankan tugas. Hari ini pegawai Imigresen diarah turun ke Syarikat yang dapat surat atau pun lesen bagi memunggut wang daripada pendatang tanpa izin tapi hasil daripada itu tidak dapat dinikmati ataupun dikecapi oleh pegawai yang diarah menjalankan tugas. Apa yang pegawai Imigresen itu dapat hanya melihat wang hasil daripada tugasnya lalu didepan mata dan masuk poket mereka yang goyang kaki kerana ada 'line' dengan menteri.

Disini adalah jelas kegagalan Hishamuddin menjaga kebajikan pegawai Imigresen kerana apa yang didapati kebanyakan Syarikat yang dapat lesen memunggut wang biometrik daripada pendatang tanpa izin itu ialah Syarikat yang permohonannya mendapat sokongan ataupun melalui pegawai di pejabat Hishamuddin dan kroni-kroninya.

Kerja yang tak ada hasil disuruh budak-budak Imigresen lakukan di pejabat-pejabat Imigrasen diseluruh negara tapi KDN tidak cuba memikirkan bagaimana boleh memberi inisiatif kepada anak buahnya supaya apabila ada peluang rezeki diberi untuk dapat dirasai bersama. Kerana syarikat yang dianugerah untuk mengutip wang daripada pendatang tanpa izin itu pun bukan mahir sangat untuk melaksanakan program 6P itu, ada juga syarikat yang dikepalai oleh warganegara Bangladesh dengan mengunakan kelulusan memunggut wang pendatang tanpa izin dari syarikat yang pengarahnya adalah seorang bekas menteri UMNO.

Malaysia Boleh, tapi kenapa tidak boleh untuk kakitanga Imigresan. Kerja bagai nak 'mamp' tapi
hasil dirantah oleh kroni kerajaan dan warga asing yang dibanggakan oleh bekas menteri UMNO dan ada juga bekas pegawai kerajaan.

Sudah sampai masanya Pegawai-Pegawai dan Kakitangan Imigresen memikirkan undi mereka pada PRU 13 nanti diberi kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana sudah jelas Kerajaan BN tidak sayangkan kepadanya dan lebih sayang kepada warga asing dan kroni.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Bermula puasa, bermula juga program pemutihan 6P oleh Kementerian Dalam Negeri KDN. Kutipan RM 335.00 satu kepala rakyat asing yang digelar pendatang tanpa izin juga bermula oleh 336 syarikat terpilih yang mana lebih 200 syarikat didalangi dan dimonopoli oleh warga Bangladesh.

Syarikat yang dapat nikmat dari Kerajaan BN dan KDN sejak seminggu lalu telah menjual 'kertas' kelulusan dengan harga Rm. 150.00 + 35.00 satu kepala termasuklah syarikat yang dipunyai oleh bekas menteri.

Esok akan didedahkan kenapa program 6P begitu terdesak hendak dilaksanakan. Apakah Boimetrik itu akan menyelesaikan masaalah pendatang tanpa izin atau ada udang disebalik batu.

Salam dan SELAMAT BERPUASA.