Tuesday, March 31, 2009

Mukhris, Setiausaha Agong UMNO yang baru?

Yang kalah tidak kalah semua, inilah yang akan terjadi kepada penyusunan semula UMNO setelah parti itu selesai mengadakan Persidangan Agong pada 24hb. hingga 28hb. Mac 2009 yang baru lalu. Nampaknya Dato' Najib betul betul mahu menyusun barisan kepimpinan dalam parti dan kerajaan mengikut acuan yang akan disokong oleh ahli ahli parti dan juga rakyat.

Yang ku dengar, Mengambil kira undi yang dapat seribu lebih oleh Khalid Nordin yang tewas dalam jawatan Naib Presiden UMNO, beliau akan dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi dan dengan sendirinya jawatan Menteri akan dikekalkan begitu juga dengan Mukhris Tun Mahathir walau pun beliau kalah dalam pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, beliau juga diberi peranan yang penting, dengar kabarnya beliau akan dilantik sebagai Setiausaha Agong UMNO yang baru, dan tidak diberi jawatan menteri kerana beliau pun pada kempen untuk jawatan ketua pemuda sekiranya beliau menang beliau tidak berminat untuk jadi menteri, beliau mahu berkhidmat kepada parti.

Sebenarnya pun, ahli ahli parti dan rakyat mahu melihat nasib dua orang tokoh muda ini dalam parti dan kerajaan, rakyat mahu melihat orang yang bersih ada tempat dalam parti dan kerajaan yang dipimpin oleh Dato' Najib dan memang pun patut Dato' Najib membersihkan saki baki perasuah yang berada dalam kabinet selain daripada mengarahkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendakwaraya mendakwa mereka meraka yang failnya sudah pun siap untuk pendakwaan, tak kira mereka itu masih lagi menjadi menteri ataupun bekas-bekas menteri.

Tugas utama Dato' Najib bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO ialah bertindak terhadap mereka yang berkuasa tapi mengumpulkan kekayaan dengan cara rasuah, mempastikan kes-kes rasuah di mahkamah hendaklah dipercepatkan perbicaraannya. Jangan melindungi mereka dan juga pecat mereka yang tidak amanah dalam kerajaan ataupun parti.

Siapa yang harus kita ludah?

Keputusan Pilihanraya kecil, Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau dan DUN Batang Ai, nanti tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Parti mana yang menang sama saja, kerana wakil rakyat yang menang dikawasan tersebut sama warna kulitnya, bangsanya dan ugamanya iaitu kalau di Parlimen Bukit Gantang yang menangnya Melayu, kalau di DUN Bukit Selambau yang menangnya pasti India dan kalau di DUN Batang Ai yang menangnya Iban. Jadi tak ada bezanya.

Kalau siapa menang pun tidak boleh menumbangkan kerajaan, sama ada kerajaan negeri Kedah atau Serawak pun Kerajaan Malaysia. Hanya adalah sedikit isu yang boleh dijaja oleh parti yang menang nanti, itu pun sementara saja lepas sebulan redalah, kerana dalam pilihanraya umum yang ke 13 nanti isu lain yang akan dijaja untuk memikat hati rakyat.

Pakatan Rakyat sudah tentu mahu mempertahankan lima negeri yang di tawan pada pilihanraya lalu disamping bercita-cita untuk memerintah Negara, manakala UMNO/BN akan berusaha habis habisan untuk merampas kembali negeri yang jatuh ke tangan pembangkang disamping memenangkan sebanyak mungkin kerusi parlimen bagi mengurang jumlah kerusi pembangkang di parlimen.

Semuanya akan berlaku dalam masa lebih kurang 40 bulan dari sekarang, masa terlalu pantas dan dalam jangka waktu inilah, masing masing parti akan mencari peluang untuk menyakinkan rakyat supaya menyokong parti masing-masing. Dan dalam jangka waktu inilah masa yang susah bagi kerajaan untuk mempertahankan dasar yang tidak popular yang boleh menghakiskan sokongan rakyat kepada kerajaan, seperti isu DEB, SPRM, ISA, CARBURETOR DUNG dan lain-lain lagi. Memang mempertahan lebih susah daripada menyerang.

Dalam hal ini, rakyat harus disedarkan sekarang betapa negara-negara didunia hari ini banyak hura hara, terutama negara yang penduduknya Islam, itu berlaku kerana negara tersebut politiknya tidak stabil, kerana pemimpin gila kuasa, kerana orang politik memperalatkan rakyat untuk memuaskan nafsu berkuasa dan apakah Malaysia nanti mahu menerima nasib seperti negara-negara tersebut. Tentunya tidak mahu.

Inilah tugas pemimpin Melayu dan Islam. Bukan hanya suka mencari kesalahan sesama sendiri tapi hendaklah memikirkan masa depan negara dan rakyat, bercakap untuk bersatu dan berusahalah kearah bersatu, sebenarnya bangsa lain hanya sekadar membantu dan mereka akan terjah apabila melihat bangsa Melayu dan Islam lemah.

Kita tidak mahu selepas 40 bulan nanti, banyak orang akan hilang anak dan isteri, menang sorok kampung tergadai, mengemis dibumi sendiri, nasi sudah menjadi bubur, bangsa Melayu akan dijadikan sejarah, dan kata-kata hikmat Hang Tuah akan menjadi sampah, hiduplah kita dibumi merkah dan menjadi peminta sedekah. Orang Cina, India dan Indo jadi pemerintah, siapa yang harus kita ludah?.

Walau bagaimana pun, keputusan pilihanraya kecil nanti hendaklah dijadikan iktibar oleh pemimpin Melayu, ketepilah seketika idealogi perjuangan, bersatu dan mufakatlah kerana ianya membawa berkat, sedarlah tuntutan-tuntutan bangsa lain untuk menghapuskan keistemewaan bangsa kita dengan berlapik erti demokerasi kononnya. Insaflah wahai pemimpin Melayu sementara masa masih ada.

Apa guna jadi Presiden Parti kalau kuasa sudah diambil orang, apa guna menjadi penasihat Pakatan kalau hanya sekadar mengampu sebuah kerajaan yang pemimpinnya nanti tidak Islam. Kerana perlembagaan itu adalah buatan manusia ia boleh diubah dan dipinda. Dimasa itu nanti bangsa lain lebih sombong dari kita. Sesal sudah tidak berguna.

Bersatulah, kerana bersatu kita teguh.

Monday, March 30, 2009

mssd15@gmail.com

PENGUMUMAN

Saudara/i yang dihormati,
Berbahagia saya kiranya kita dapat sama sama memberi pendapat,pandangan serta cadangan, bagaimana untuk menyakinkan rakyat negeri Kelantan menyokong UMNO dalam pilihanraya yang akan datang. Saya berjanji segala lapuran,pendapat dan cadangan daripada saudara/i sekalian akan saya susunkan untuk dijadikan sebuah cadangan bagi diangkat kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan melalui saluran yang sah dan sampai kepada YAB. Presiden Parti dan Perdana Menteri.

Tujuan saya mengumpul maklumat ini adalah semata-mata untuk mencari keadah bagaimana UMNO harus bertindak dan memulakah langkah untuk mendapat sokongan rakyat bagi menyokong UMNO, selagi saya diterima dan tidak disingkirkan oleh UMNO.

Untuk tujuan ini saudara/i bolehlah e-mail kepada saya pendapat , pandangan dan cadangan seperti berikut:- mssd15@gmail.com.

Dato' Najib diminta jangan tersalah pilih.

Daripada 25 orang yang dipilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, 11 orang daripadanya tidak berada dalam kerajaan, maksudnya Menteri ataupun Timbalan Menteri dan tentunya mereka itu bercita-cita untuk mendapat tempat dalam kerajaan. Lagi pun sudah ada kekosongan ekoran Dato' Shahril samad akan meletak jawatan sebagai menteri pada rabu ini.

Rakyat sedang menanti perubahan berlaku, dalam UMNO sudah dilaksanakan dan tentunya tidak cukup daripada itu, rakyat juga mahu melihat kerajaan dibawah pentadbiran Dato' Najib, menteri pun berubah, maksudnya ada yang digugurkan dan ada yang dilantik baru sesuai dengan kehendak rakyat supaya Dato' Najib memimpin sebuah kerajaan yang bersih.

Rakyat sudah tidak mahu dengar lagi ada menteri yang akan dikaitkan dengan isu rasuah, menteri yang boleh merusakkan imej kerajaan patut digugurkan dan juga menteri dari UMNO yang tidak di endorse dalam perhimpunan Agong UMNO harus digugurkan juga dan kalau sesuai bolehlah dilantik dijawatan lain.

Mereka yang menang dalam Majlis Tertinggi harus diberi tempat supaya berada dalam kabinet kalau tidak semua pun beberapa orang yang difikir layak dan berpengalaman. sebagai contoh Dato' Awang Adek Husein patut diketengahkah dan diberi tempat dalam barisan jemaah menteri diatas rekod perkhidmatan beliau. Begitu juga dengan Dato' Tajuddin Ab.Rahman yang mana begitu lama setia kepada UMNO dan berkhidmat kepada parti tak mengira penat lelah dan wang ringgit, maka adalah adil sekiranya beliau diberi penghormatan, lagi pun beliau ada ideal dan berani berkata benar.

Menyusun perlantikan adalah mudah tapi melantik orang yang betul betul berjiwa rakyat sekarang ini amatlah payah terutamanya genarasi muda, mereka tidak sampai kebawah terutamanya kepada mereka yang mendapat jawatan dengan muda. Lainlah dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO sekarang iaitu Khairy (KJ) betapa susahnya nak menang dan apabila menang masih ada lagu usaha untuk menjatuhkan beliau, KJ akan jadi pemimpin yang berjiwa rakyat sekiranya beliau diberi kesempatan untuk turun kebawah dengan jentera kerajaan sekira diberi amanah.

Sebenarnya ramai orang takut kepada KJ sekiranya beliau ada kedudukan dalam kerajaan terutamanya pihak pihak pembangkang, beliau tentunya tidak akan membiarkan UMNO diporak peranda oleh anasir yang ingin meruntuhkan parti keramat orang orang melayu, beliau adalah pejuang muda dalam UMNO, pantang mudah menyerah kalah.

Apabila UMNO sudah merapatkan barisan, gendang telah Dato' Najib palu untuk bangun berjuang dalam Dewan Merdeka PWTC hari sabtu lalu maka UMNO akan tegak kembali untuk merampas negeri negeri yang tumbang diatas kelekaan pemimpin lalu. Maka pemimpin baru hendaklah dinobatkan segera terutamanya di Negeri Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Kelantan. Jangan tersalah pilih akibatnya air liur melilih.

Sunday, March 29, 2009

Rekod SPR. 13 Calun Bebas di DUN Selambau.

Hari ini bermula gelanggang politik baru negara. Kalau 2 pilihanraya kecil yang lalu iaitu Permatang Pauh dan Kuala Trengganu dimenangi oleh parti pembangkang, pilihanraya kecil di 3 kawasan yang bermula hari ini akan menyaksikan kesudahan sebenar politik Malaysia. Sekiranya pakatan rakyat menang 2 daripada 3, itu adalah alamat UMNO/BN akan rebah dan sekiranya Pakatan Rakyat kecundang, maka tempoh untuk Pakatan Rakyat bermegah akan punah.

Mengikut lapuran awal yang saya terima pagi ini, disemua tempat penamaan calun diisi oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. ini terjadi kerana semasa UMNO sibuk mengadakan Persidangan Agong, parti-parti Pakatan Rakyat sibuk mengerah penyokong-penyokong supaya hadir seberapa ramai di pusat-pusat penamaan calun, sedangkan ahli-ahli UMNO pulang ke tempat masing-masing.

Satu sejarah pilihanraya dicipta di negara kita apabila 13 orang calun bebas bertanding di DUN Selambau. Rekod dunia barangkali. Siapakah mereka yang bertanding calun bebas itu, adakah ini startegi politik parti tertentu atau memang ada kesedaran dikalangan calun-calun untuk turut memberi khidmat di kawasan tersebut.

Buatlah apa yang patut, asal dapat kemenangan, kerana politik itu kadang-kadang boleh menghalalkan cara. Hanya Tuhan yang tak dapat dibeli. Tentunya berita pilihanraya di Parlimen Bukit Gantang, DUN Selambau dan DUN Batang Ai akan menjadi tumpuan rakyat sehingga 7hb. nanti.

Selepas itu kita akan melihat keguguran jawatan di Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Saturday, March 28, 2009

Episod Kedua akan bermula bila?

Episod permata dalam pemilihan UMNO berakhir dengan Tun Mahathir berpelukan dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) di pentas khas dalam Dewan Merdeka PWTC dengan disaksi oleh Presiden Baru UMNO, Dato' Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan UMNO yang baru dinobatkan.

Tun Mahathir datang juga akhirnya ke majlis UMNO dan naik kepentas utama sebagai bekas Presiden UMNO walau pun tidak menjadi ahli parti dan dalam satu pertemuan dengan pemberita Tun Mahathir mengaku akan menyertai UMNO semula sekira syarat-syaratnya dipenohi. Apakah syaratnya itu?.

Khairy (KJ) masih di "boo" setiap kali namanya disebut. nampaknya perwakilan kali ini ada lagi yang tidak matang, yang masih dungun yang otaknya masih dikepala lutut, kerana apabila pemimpin meminta ahli-ahli supaya bersikap terbuka dan patuh kepada keputusan yang telah dibuat oleh perwakilan, buangkan yang keruh ambilkan yang jernih, masih ada lagi perangai orang yang tidak berakal didalam dewan.

Saya nampak ada muka muka yang "boo" KJ itu, perangainya lebih teruk dari anjing yang buruk kepala, apakah mereka itu dipilih sebagai perwakilan oleh ahli-ahlinya untuk datang kepersidangan supaya tidak menghormati pemimpin sehingga gairah dan tersengeh-sengeh apabila dapat 'mengeboo' Sdr KJ. Inilah budaya yang boleh merosakkan parti, mereka itu bukannya pejuang parti tapi tahi dan hampas kepada perjuangan sebenar yang dituntun oleh parti UMNO.

Keikhlasan budak KJ itu jelas, apabila beliau secara terbuka meminta supaya Mukhris dan Khir Toyo bersama-sama beliau untuk memperkasakan parti melalui pemuda, perwakilan sepatutnya memberi tepukan dan semanagat kepada KJ kerana beliau telah menampakkan kesungguhannya untuk berbaik sangka dengan calun yang tewas dalam pemilihan.

Kalau pun KJ ada melakukan kesalahan, tidak semestinya beliau tidak boleh dihormati sebagai pemimpin kerana beliau telah menang dalam pertandingan yang halal dan sah, maafkanlah beliau, lagikan Allah mengampuni umatnya.

KJ tentunya banyak bersabar, kerana beliau tahu, sabar itu separuh daripada iman dan orang yang sabar selalu disertai oleh Allah swt. Selepas ini kita akan dapat melihat episod yang lebih suspen dalam UMNO. Siapa yang akan dilantik sebagai memenohi kouta Ahli Majlis Tertinggi dan Pegawai-Pegawai Parti.

Saya teramat gembira sekiranya, Pentadbiran Parti diperingkat Ibu Pejabat UMNO disusun semula, kerana disinilah nadi pergerakan UMNO keseluruhannya, UMNO tidak akan kuat kerana Presiden dan Barisan Kepimpinannya kuat selagi urusan pentadbirannya berkecamuk dan tidak ikhlas dalam menjalankan tugas.

UMNO akan hancur sekiranya pentadbiran tidak diasaskan oleh orang yang betul betul jujur serta amanah dan dalam hal ini Setiausaha Agong dan Setiausaha Kerja hendaklah diganti dengan orang baru yang lebih jujur dan amanah. Urus tadbir yang baik akan menentukan kejayaan setiap organisasi itu. Disini Dato' Najib perlu berhati-hati, jangan UMNO dihancurkan dari dalam kerana tersalah pilih orang untuk mentadbirkannya.

Ramai lagi orang yang pandai dan amanah untuk menjawat jawatan Setiausaha Agong UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO, jangan pisang berbuah dua kali.


Mengapa Tun Mahathir benci kepada KJ ?

Tun Mahathir kata dalam blognya dia tak hadir dihari perasmian Persidangan UMNO pada 26hb. Mac, kerana beliau rasa tercemar sekiranya hadir, disebabkan pemuda UMNO memilih Khairy Jamaluddin sebagai Ketua yang dianggapnya sebagai pemimpin rasuah. Sombongnya. Beliau yang dianggap sebagai negarawan begitu teruk membelasah seorang Ketua Pemuda UMNO yang dipilih secara sah, sehingga meletakkan maruah seorang Ketua Pemuda UMNO begitu rendah.

Bencinya Tun Mahathir kepada perasuah. Betul ke?

Semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tidak adakah orang yang terlibat dalam rasuah dilindungi?. Tidak cemarkah beliau berkawan dengan orang yang melakukan rasuah?. Rasuah tetap rasuah walaupun tidak didapati bersalah oleh undang-undang dunia. Orang yang melakukan rasuah dan pelindung kepada pelaku rasuah sama saja, mereka itu akan dihisap diakhirat nanti, walaupun terlepas didunia.

Apakah Pemuda UMNO akan terus diasak oleh Tun Mahathir selagi anaknya tidak ,menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tak payah nak cari alasan untuk berdendam, cakap saja tak suka kepada khairy (KJ) kerana KJ adalah budak yang cerdik.

Berilah peluang kepada KJ mencorakkan Pemuda UMNO, kalau beliau gagal, dipemilihan yang akan datang gugurkan beliau dan tukarkan dengan wajah yang lain. Inilah amalan dalam UMNO, seperti gagalnya Tun memilih melantik seorang senator dan diberi jawatan Menteri, akhirnya membelasahkan Tun.

Tun tidak menulis pasal Shahril Samad dan Johari Baharom, kerana mereka berdua kalah sebagai Ahli Majlis Tertinggi, kalau mereka ini menang tentu ada komen daripada Tun.


kalau UMNO tidak mahu rebah, pentadbiran parti mesti diubah !.

Keputusan yang menentukan siapa yang layak menduduki Ahli Majlis Tertinggi UMNO ada sedikit mengejutkan, ini ekoran beberapa orang Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri tidak dipilih oleh perwakilan. Sedangkan mereka itu ada beratus orang anak buah yang boleh menjadi tukang kempen yang terdiri sebagai perwakilan yang mewakili negeri masing-masing.

Sah, anak buah kepada Menteri Besar yang kalah dalam pertandingan Ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak bekerja untuk 'bos' nya, mana boleh Menteri Besar tak menang untuk merebut satu daripada 25 jawatan sekiranya kempen dijalankan dengan penoh ikhlas dan aggrasif. Kerana saya yakin sekiranya Tan Sri Annuar Musa bertanding Ahli MT beliau akan menang atas sifatnya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri. (beliau layak untuk dipertimbangkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia) Yang kalah itu pun bukan calang-calang orang, dimana silapnya?.

Ekoran keputusan MT itu, Negeri Perak mendapat 4 orang ahli MT iaitu Azlan Othman, Tajuddin Rahman, Ahmad Husni dan Hamzah Zainuddin. Sabah mendapat 3 orang iaitu Musa Aman, Lajim Ukin dan Bung Mokhtar. Pahang mendapat 3 orang iaitu Ismail Sabri Yaakub, Jamaluddin Jarjis dan Saifudin Abdullah. Kelantan 2 orang iaitu Mustapha Mohamed dan Awang Adek Husein. Selangor 2 orang iaitu Noh Omar dan Mohd Zin Mohamed. Pulau Pinang 2 orang iaitu Zainal Abidin Othman dan Norraesah Mohamad. Johor 2 orang iaitu Mohd Puad Zarkashi dan Dr.Latiff Ahmad. Kedah 2 orang iaitu Mahdzir Khalid dan Abdul Azeez Abdul Rahim. Trengganu 2 orang iaitu Ahmad Shabery Cheek dan Idris Jusoh. manakala Negeri Sembilan 1 orang iaitu Shaziman Abu Mansor. Melaka 1 orang Idris Harun dan Wilayah 1 orang iaitu Zulhasnan Rafique.

Yang ditunggu-tunggu nanti ialah Pegawai dan Ahli MT yang akan dilantik oleh Dato' Najib sebagai Presiden. Adakah muka lama atau muka baru, adakah orang yang kalah dalam pertandingan akan terus dilantik dan diberi kepercayaan lagi oleh Presiden parti. Adakah Dato' Najib akan mengekalkan Setiausah Agong, Bandahari dan Ketua Penerangan orang yang lama yang membawa erti tidak ada perubahan dalam pentadbiran parti dan kalau ini terjadi maka UMNO masih berada ditahap lama, kerana wajah saja berubah tapi pentadbiarannya 'Out Side".

Dalam erti kata, sekiranya UMNO tidak mahu direbah, maka pentadbiran parti perlu diubah, orang yang memegang jawatan Setiausaha Agong hendaklah dilantik dikalangan orang yang beramanah dan bertanggongjawab, jangan lari dari prinsip kerana mementingkan diri dan puak, kena adil, setiau dan usaha, begitu juga dengan Bendahari mesti amanah dan jujur, juga Ketua Penerangan mesti dilantik orang yang ada power untuk berucap dan stategi. (maknanya kena lantik orang baru). Begitu juga Pengerusi-Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

SAYA YAKIN DATO' NAJIB ADA JAWAPANNYA.

Friday, March 27, 2009

Zaid,Hisham, Shafie - Selamat Bertugas.

Tugas berat sedang menanti kepada Naib-Naib Presiden UMNO yang baru dipilih, yang ku dengar malam tadi selepas pengumuman di PWTC, Presiden UMNO telah memanggil ketiga-tiga orang Naib Naib Presiden dan memberi tanggongjawab supaya bertugas dikawasan pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7hb. April nanti.

Dato' Seri Zaid Hamidi ditugas dikawasan pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Hishamuddin Tun Husein ditugas di kawasan pilihanraya DUN Bukit Selambau dan Dato' Seri Shafie Afdal ditugas dikawasan DUN Batang Ai, Serawak.

Ketiga tiga Naib Presiden ini, tentunya akan bekerja keras bagi mempastikan ketiga tiga kerusi pilihanraya kecil ini di menangi oleh Barisan Nasional. Kerja dan tugas ini bukannya mudah kerana kekuatan parti pembangkan sudah menunjukkan kehebatan di dua kawasan pilihanraya kecil lalu iaitu di Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Trengganu.

Ujian ini tentunya mencabar, mereka perlu mengunakan kebijksanaan bagi menumpaskan parti pembangkang, dan sekiranya ada kejayaan, maka UMNO dan Barisan Nasional akan diberi kepercayaan sekali lagi oleh rakyat untuk memerintah negara tapi sekiranya kalah, senario politik tanahair dalam pilihanraya ke 13 nanti mungkin berubah dan UMNO boleh jadi akan rebah.

Yang kalah perlu bersara secara sukarela.

Perwakilan UMNO kali ini telah menolak dua orang Menteri dari menduduki kerusi Majlis Tertinggi berserta dengan tiga orang Timbalan Menteri dan empat orang Menteri Besar, yang dengan jelas memberi isyarat kepada Presiden baru supaya mereka ini tidak dinamakan untuk dilantik sebagai Menteri dalam barisan kabinet nanti.

Sekiranya mereka ini berkerja untuk parti sudah tentu mereka dipilih, kerana jawatan sebagai Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri Besar agak mudah untuk menang sekiranya mereka itu selalu mendamping ahli ahli UMNO dan tidak sombong.

  1. Azlina Othman Said (Menteri Pelancongan)
  2. Shahril Samad (Menteri hal Ehwal Pengguna)
  3. Noraini Ahmad (Timbalan Menteri Sumber Manusia)
  4. Johari Baharum (Timbalan Menteri JPM)
  5. Hasan Malek ((Timbalan Menteri JPM)
  6. Ghani Othman (Menteri Besar Johor)
  7. Adnan Yaakob (Menteri Besar Pahang)
  8. Mat Isa Sabu (Menteri Besar Perlis)
  9. Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan)
Mereka ini perlu secara sukarela bersara bagi memudahkan Dato' Najib sebagai Presiden Parti dan bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 pada awal April nanti menyusun barisan kabinet baru sebagai satu pasukan untuk mempastikan kerajaan Malaysia akan terus makmur.

TAHNIAH PEMIMPIN NEGARA


Thursday, March 26, 2009

Perwakilan & Rezeki terakhir.

Hari ini (26hb. Mac 2009) bermulalah sejarah baru dalam barisan kepimpinan UMNO, Para perwakilan diberi mandat oleh lebih 3 juta ahli-ahli UMNO diseluruh negara bagi memilih pemimpin untuk menjamin UMNO terus diterima oleh rakyat bagi menerajui negara. Semuga dengan barisan kepimpinan baru yang diterajui oleh Dato' Najib dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO terutamanya pada pilihanraya yang ke 13 nanti.

Semalam pergerakan wanita telah menukarkan ketuanya, Pergerakan Pemuda dan Puteri telah menaikkan pangkat pemimpin mereka dari Naib Ketua ke jawatan Ketua, proses biasa dalam haraki kepimpinan dalam parti UMNO. Walau pun kedua dua tokoh pemuda dan wanita itu tidak disokong oleh bekas presiden UMNO yang sekarang tidak lagi menjadi ahli UMNO. Khairy Jamaluddin dan Sharizat Jalil telah menjadi orang penting dalam UMNO.

Dan yang akan dipertikaikan nanti diatas kemenangan Khairy Jamaluddin (KJ) kerana ada orang yang cemburu dan tak senang hati kepada menantu Pak Lah ini, malam tadi pun sudah ada cerita bahawa pada awalnya Mukhris menang 12 undi, tapi apabila dikira semula sebanyak 2 kali maka kemenangan telah bertukar kepada KJ. Inilah cerita fitnah dalam UMNO apabila orang yang mereka tidak suka itu menang. Kemenangan KJ itu mutlak dan tak usahlah hendak dipertikaikan lagi, akurlah kepada keputusan, tak usahlah buat cerita dan tuduh itu dan ini.

Yang ditunggu tunggu sekarang ini, siapakah yang akan menjadi Timbalan Presidan dan Naib-Naib Presiden, adakah Mahyuddin akan diangkat sebagai Timbalan Presiden kerana beliau dilihat sebagai pemimpin negara setelah pemimpin rakyat kalah sebelum bertanding (Ali Rustam) atau Muhammad Mat Taib sebagai calun terpaksa kerana protes diatas musibah yang ditanggong oleh Ali Rustam. Atau wang yang akan menentukan siapakah nanti yang akan diangkat sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Untuk Naib Presiden pula ,nama seperti Hisahamuddin Tun Husein, Zaid Hamidi, Khalid Nordin dan Shafie Afdal adalah antara nama tersohor untuk jawatan ini, tapi malangnya jawatan Naib Presiden diperuntukkan 3 orang saja, maka salah satu nama yang disebut disini akan terkeluar dari senarai top, siapakah diantara mereka yang akan dikeluarkan oleh perwakilan, sama sama lah kita tunggu malam nanti.

Bagi Majlis Tertinggi pula agak senang kepada mereka yang sudah ada jawatan dalam kabinet untuk menang, sama ada Menteri atau Timbalan Menteri, kalau ada Menteri dan Timbalan Menteri yang kalah sebagai ahli Majlis Tertinggi, eloklah terus letak jawatan sebelum Perdana Menteri berhentikan secara paksa, kerana kekalahan itu adalah satu kebaculan. Dan selain Menteri dan Timbalan Menteri yang harus menang, Ada dua orang tokoh lagi yang patut dipilih menduduki ahli Majlis Tertinggi, mereka itu ialah Datuk Tajuddin Rahman, Pengerusi FELCRA (No.10) dan Dato' Awang Adik Husein, Pengerusi PNS. Bekas Timbalan Menteri Kewangan (No. 04). mereka ini boleh membantu parti terutamanya dinegeri yang dikuasai oleh pembangkan yang mana Datuk Tajuddin Rahman dari PERAK dan Dato' Awang Adik Husein dari KELANTAN.

Yang pastinya para perwakilan sedang menunggu rezeki terakhir sebelum masuk dewan persidangan pagi ini.

Wednesday, March 25, 2009

TAHNIAH!!!


Najib, tukarlah SETIAUSAHA AGONG UMNO tu.

Wang banyak mengalir dihotel hotel di Kuala Lumpur, buka saja mengalir untuk bayar sewa bilik hotel untuk penginapan para perwakilan dan pemerhati Persidangan Agong UMNO malaysia yang berlangsung hari ini hingga 28hb. Mac nanti, atau bayaran bil bil coffe haoue untuk makan minum, tapi yang banyak mengalir ialah untuk diagih-agihkan kepada perwakilan yang akan mengundi calun-calun tertentu sama ada diperingkat pemuda,wanita,puteri atau peringkat Majlis Tertinggi. Berapa jumlah kalau dicampurkan semua jawatannya tentulah banyak. (juta-jutaan).

Semalam semasa merasmikan persidangan perwakilan Wanita, Pemuda, dan Puteri UMNO. YAB Dato' Seri Najib Tun Ab.Razak, Timbalan Presiden UMNO Malaysia dengan bersemangat mengatakan bahawa beliau akan mempastikan orang yang mengamalkan politik wang tidak akan ada tempat didalam UMNO, beliau akan berjuang untuk menghapuskan politik wang sehingga ke akar umbi. (maka bertepuklah semua perwakilan yang hadir) menunjukkan mereka bersetuju dengan saranan Dato' Najib itu.

Tapi yang malangnya, yang bertepuk itulah orang-orangnya yang kebanyakkan menerima wang untuk menyokong calun-calun tertentu, mereka itulah yang telah meletak harga, minta itu minta ini, semua ini berlaku kerana ada tawaran dan permintaan. Sesungguhnya sekiranya perwakilan itu jujur dan amanah, saya yakin semua calun yang nak bertanding itu tidak dapat bertanding kerana telah menyalahi Tataetika UMNO.

Malam ini, tentu banyak lagi wang akan mengalir, kerana jawatan yang dipertandingkan, adalah jawatan yang besar-besar dan mahal mahal. harganya tentu tinggi, mungkin mencapai kepada angka ribuan ringgit setiap satu undi. Wah! makan besarlah perwakilan malam ini dan tentunya ada perwakilan yang tidak tidur sampai ke pagi menunggu panggilan untuk mendapat bagian.

Politik dan Wang tak akan dapat dipisahkan, kalau sistem tidak diubah, kalau tindakan hanya dikenakan kepada orang yang dipilih, kalau lapuran kepada jawatankuasa displin tidak diambil tindakan secara serius, kalau ada pilih kasih, kalau amanah hanya digunakan untuk kepentingan puak-puak. maka politik wang akan terus bermaharajalela, tidak akan terhapus bahkan dimasa akan datang lebih teruk lagi, sekiranya tidak ada tindakan pembersihan dalam kepimpinan UMNO Bahagian, yang mana secara jelas ada Ketua Bahagian yang merencanakan supaya jawatan Ketua Bahagian menjadi hak miliknya sampai ke mati.

Diharapkan, Esok UMNO akan dapat pemimpim yang betul betul mengidamkan sebuah Parti yang akan terus membela rakyat, tidak dijadikan parti sebagai alat untuk memperkayakan diri sendiri dan terlepas dari amalan rasuah, Dato' Najib tentu sudah kenal pasti siapa yang harus dilantik menjadi Setiausaha Agong UMNO dan Setiausaha Kerja UMNO yang akan berkhidmat dengan jujur dan amanah, serta Setia dan Usaha tidak seperti yang ada hari ini. Begitu juga dengan perlantikan yang lain-lain termasuk menteri kabinet.

Yang jelas dan pasti Dato' Najib tentunya akan bertindak sebagai Presiden UMNO pada 29hb. Mac 2009, kita lihatlah kemampuan sebenar anak negarawan yang luas pengalaman, Insya Allah Parti dan Negara dibawah kepimpiannya akan terus utuh dan berkuasa.

Tuesday, March 24, 2009

WASPADA LAH !!!

Persidangan Perhimpunan Agong UMNO akan bermula beberapa detik lagi, Semua perwakilan UMNO baik daripada Pemuda, Wanita, Puteri dan Dewasa telah memenohi Bandaraya Kuala Lumpur. juga termasuk para pemerhati yang dibawa khas dari setiap Bahagian bagi membalas budi kerana memilih mereka yang menang sebagai pemimpin UMNO Bahagian dan juga G7.

Lembaga Displin Parti bersidang setiap hari bagi menghalang mereka yang telah melakukan kesalahan TateEtika UMNO, dari menjadi perwakilan,calun dan Pemimpin supaya mereka yang didapati bersalah mendapat hukuman. Salah tetap salah tapi hukuman belum tentu kena. Sehingga kini ada yang kena hukuman dan ada yang bersalah tapi tidak dihukum. Kewibawaan Lembaga Displin sudah dipertikaikan.

Ada berita mengatakan, ada pihak pihak dalam UMNO akan berjumpa dengan ROS, pendaftar pertubuhan supaya mempastikan persidangan UMNO tidak boleh diadakan selagi kes-kes kesalahan Tataetika Parti UMNO tidak diselesaikan, kerana pihak pihak ini tidak mahu parti UMNO sekali lagi diharamkan kerana perjalanan Persidangan Agong akan terbatal kerana tidak mematuhi Akta Pertubuhan, terutamanya didakwa ada terdapat 42 orang perwakilan yang muflis. (mereka yang muflis tidak layak dipilih dan memilih).

Sebut pasal muflis, saya teringat cerita yang kawan saya dari UMNO Bahagian Ketereh iaitu Sdr Zuhaimi Ab.Kadir (Zuha) mengatakan bahawa dalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian baru baru ini terdapat perwakilan cawangan yang muflis ( dianggarkan seramai 11 orang). Disini timbul persoalan, apakah persidangan UMNO Bahagian itu sah ataupun tidak, dan adakah wakil bahagian yang dipilih dalam mesyuarat itu sah dan dapat memilih ahli ahli Majlis Tertinggi?. dan kalau tidak sah, apa akan jadi, sedangkan mereka dibenarkan hadir dipersidangan Agong UMNO serta boleh memilih, apakah persidangan Agong UMNO Malaysia itu sah dan kalau tidak sah apakah kesannya kepada UMNO keseluruhannya.

Jangan untuk mencapai matlamat peribadi maka pemimpin UMNO menghalakan cara.


Sunday, March 22, 2009

MISTERI RASUAH, siapa pelaku utama?

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menyerah dekuman kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuduhan penyalahgunaan kuasa oleh seorang bekas Menteri. Siapakah bekas Menteri tersebut? dan kenapa diwaktu ini baru GERAK bersungguh hantar lapuran atau sebelum daripada ini sudah pun dihantar tapi tidak ada tindakan oleh SPRM.

Walau bagaimana pun syabas diucapkan kepada GERAK yang sudah mula aktif semula sejak bekas pengerusinya Sdr Ezam berhijrah kedalam UMNO. Sesuai dengan tanggongjawab dan peranan GERAK adalah diharap tidak hanya seorang saja bekas Menteri dilapurkan kepada SPRM kerana banyak lagi kes-kes berprofail tinggi dengan rekod telah muktamat untuk pendakwaan berada dalam simpanan SPRM semasa dizaman Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bukan saja bekas bekas Menteri yang boleh dikaitkan, tapi ada juga yang sekarang masih berjawatan Menteri boleh di usul supaya dibuat penyiasatan dan diambil tindakan kerana kekayaan mereka itu terlampau sekiranya dikira dengan pendapatan sebagai pekerja kerajaan yang berjawatan Menteri.

Begitu juga kekayaan terlampau dikalangan Setiausaha Setiausaha Politik, perkara ini mesti dipandang serius oleh SPRM. Tugas SPRM bukan saja perlu mendapat lapuran ataupun report daripada orang awam, SPRM juga hendaklah mengunakan inisiatif untuk mencegah supaya amalan korupsi tidak bermaharajalela dikalangan orang orang yang berkuasa.

SPRM hendaklah mempunyai azam yang kuat supaya kes-kes yang tertangguh semasa dizaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri dapat diselesaikan dan di buat pendakwaan, begitu juga bekas Menteri dan Menteri di zaman Pak Lah, jangan dilepas dan dibebaskan tanpa membuat pendakwaan, biar mahkamah memutuskan sama ada mereka itu perlu dihukum ataupun dibebaskan. Kerana bukan sedikit wang rasuah digasak olehnya, terutama kes-kes yang ada hubungan dengan kelulusan khas kemasukan pekerja asing warga Bangladesh. Yang telah didakwa itu adalah serpihan daripada cerita asalnya. Pelaku utamanya bagaimana?

Begitu juga kes-kes misteri, SPRM kena kerja kuat untuk mendapat maklumat kerana rakyat masih menunggu hasil siasatan, kerana orang yang dituduh telah pun dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah, jadi siapa sebenarnya yang melakukan kesalahan?.

Tugas SPRM akan terus mencabar, kerana rakyat menaruh harapan tinggi supaya semua kes-kes yang ada dalam simpanan dapat diselesaikan dengan cepat, kerana setelah Dato' Najib ambil alih pucuk pimpinan kerajaan, gejala rasuah sudah pun berkurangan kerana Dato' Najib ada agenda baru untuk memperkasakan bangsa dan negara dan tentunya sesiapa yang melakukan rasuah sebelum daripada ini beliau akan sumbatkan kedalam penjara.


Saturday, March 21, 2009

BERITA HANGAT,HANGAT !
BEKAS BEKAS MENTERI TERLIBAT DENGAN RASUAH?, SIAPA-SIAPA?
BUKAN SEORANG TAPI BANYAK ORANG.
BAGAIMANA DENGAN YANG MASIH JADI MENTERI?
DAN YANG TERBARU
SEORANG MENTERI (UMNO) DIKATAKAN TERLIBAT DALAM "PEMBERSIH WANG HARAM"
DARI BANGLADESH
BETULKAH?
tunggu berita selanjutnya
panas semakin panas
menjelang perhimpunan Agong UMNO.

KADOK mesti dijunjung !

Jumaat 20hb. Mac, 2009. Saya berada dikampung kadok, tanah tumpah darah ku. Kebetulan di masjid ada jamuan maulud, dalam tahun 2009 inilah hari pertama saya pulang kampung setelah berada diluar negara urusan hidup dan ke tanah suci mengerjakan umrah.

Sebelum menunaikan solat jumaat, Pak hak mengumumkan bahawa ada kutipan derma bagi memperbesarkan masjid, dari satu tingkat akan dijadikan 2 tingkat dan saya difahamkan perbelanjaan yang dipetrlukan sebanyak RM600,000.00 (Enam Ratus Ribu).

Melalui blog ini saya menyeru kepada sesiapa yang ingin memberi derma bolehlah menghulurkan derma kepada Masjid Kadok ini, semuga cita cita anak mukim Kadok untuk mendapat masjid yang berwajah baru akan menjadi kenyataan, Insya Allah.

Dalam masa Tiga bulan ini, ramai sudah kenalan saya di kampung telah meninggal dunia, yang mana kematian adalah satu kemastian, yang hidup tetap mati, tak kira orang itu kaya atau miskin, yang berkuasa ataupun yang tak ada kuasa, satu hari kita akan pergi untuk mati.

Dalam kematian itu datangnya dengan berbagai bagai cara dan peristiwa, ada yang mati kerana sakit tua, ada yang mati kerana sakit jatung, ada yang mati kerana kencing manis, ada yang mati kerana jatuh pokok, ada yang mati kerana kemalangan jalan raya, hancur dan berkecai dan berbagai bagai kejadian yang mengakibatkan kematian.

Ada orang yang sangat takut untuk mati dan ada orang yang tak takut mati, yang pastinya kita akan mati dan bagaimanakah apabila orang mati itu dirinya berada dalam keadaan munafik?, jasteru itu marilah kita sama sama berdoa semuga kematian kita tidak dikalangan orang orang yang munafik, seperti beberapa orang yang sudah dikenal pasti.

Saya melihat kampung saya tidak berubah, tidak ada pembangunan baru, masih seperti dulu, walau pun wakil rakyat silih berganti orangnya, tidak ada siapa yang mahu peduli untuk mengasak pihak berwajib untuk membangunkan "KADOK", wal hal penduduknya terdiri dari orang yang boleh dikatakan cerdik dan berpendidikan, tak tahulah salah dimana, Kadok belum membangun.

Annuar Musa, Alwi Che Mat, Aziz Kadir, Ust. Shukri dan Hazami adalah bekas dan wakil rakyat untuk penduduk Kadok, tak ada apa pun yang boleh mereka lakukan untuk membangun Kadok, nampaknya mereka ini semua tidak begitu perihatin kepada kampung Kadok, maka orang orang kadok tunggu apa lagi, bermula dari sekarang carilah satu formula untuk pembangunan KADOK semuga tahun 2020 nanti Kadok sudah naik junjung.

Friday, March 20, 2009

Pemimpin Melayu dengan " Madah Berhelah".

Semua Parti orang orang melayu berkucah sekarang, UMNO dengan stail tindakan terhadap orang yang tidak disukai, yang terpaksa dikorban untuk dilihat kesungguhan bagi membersihkan parti dilanda dengan masaalah tataetika dan politik wang, terbaru Ali Rastam dikorbankan, lepas ini mungkin ada lagi ataupun tak ada langsong yang akan dikorbankan menandakan UMNO telah bersih, maka persidangan Agong akan berjalan lancar walaupun Setiausaha Agong dan Setiausaha Kerja sudah jelas gagal melaksanakan tanggongjawab sebenar.

Parti Keadilan berkecamuk dengan isu Timbalan Ketua Menteri 1, Kerajaan Pulau Pinang, ada yang dikatakan berlaku krisis kepimpinan dalam PKR Pulau Pinang, mungkin seorang lagi ADUN PKR akan keluar parti dan mengosongkan kerusi dan pilihanraya kecil akan diadakan. Begitu juga dengan isu terbaru tentang calun PKR untuk ADUN selamba, kecoh ada yang akan tutup pos pilihanraya kerana kurang bersetuju dengan calun yang diumumkan oleh Anwar Ibrahim.

Dalam Parti PAS pula, sedang bertikam lidah diantara dua orang Tok Guru, khabar nya Tok Guru Nik Aziz tak setuju dengan Haji Hadi berhubung dengan cadangan penubuhan kerajaan campuran diantara PAS dengan BN. Haji Hadi nampaknya berminat tapi Tok Guru Nik Aziz tidak mahu, katanya beliau masih serik dengan peristiwa lampau yang mana PAS ditendang keluar oleh BN dalam pakatan kerajaan campuran dulu. Siapa sebenarnya lebih besar antara Tok Guru Nik Aziz dengan Haji Hadi?.

Semua suasana ini akan terus reda menjelang pilihanraya ke 13 nanti, sekarang masing-masing sedang menguji ideal, mana tahu kalau ada yang latah, boleh dilihat kebodohan mereka bermain politik. Inilah lumrah ahli politik, sebenarnya mereka senang melihat rakyat mengupas ideal mereka, mereka suka lihat rakyat berkekah kerana mereka akan menjadi pendamainya.

Sebut saja orang politik, tentu ada sepak terajangnya, pemimpin sebenarnya lena tidur apabila sampai waktunya, tapi rakyat dibawah bersekang mata untuk jaga pemimpin, kadang kadang ada upah tapi yang banyaknya tidak berupah.

Ingatan kepada pemimpin melayu, jangan cuba bermain "madah berhelah" nanti melayu hilang segalanya.


Thursday, March 19, 2009

Tun M, Ku Li, Dato' Najib dan KJ ada ceritanya.

Membaca komen Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah, sudah jelas UMNO sekarang berada dalam becelaru. Komen keputusan Lembaga Displin agak keras dan semakin berserabut. Maka eloklah Majlis Tertinggi UMNO bersidang segera, cari formula yang terbaik supaya orang ramai terutama ahli ahli parti tidak berpindah kepada parti lain dalam pilihanraya ke 13 nanti.

Kita tidak mahu Dato' Najib menjadi pemimpin parti yang tidak dapat membentuk kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang, kita tidak mahu Dato' Najib hanya menjadi perdana menteri selama 30 bulan saja. Kita mahu di zaman Dato' Najib negara kita dan rakyat terlepas dari cekaman kemiskinan, kita mahu semua rakyat hidup aman bahagia, mewah dan bergaya.

Hari ini di Kelantan, Khairy Jamaluddin masih menjadi juara kepada Pemuda UMNO, graf sokongan tidak menurun, walau pun ada usaha untuk menerjah beliau supaya terkeluar dari senarai calun Ketua Pemuda UMNO Malaysia. rata rata perwakilan pemuda bersemangat untuk terus berada bersama beliau, memang tepat ramalan, KJ tetap dihati pemuda UMNO walau pun ada sembilu yang ditoreh dikulitnya.

Dan bagaimana UMNO esok dan lusa.

Wednesday, March 18, 2009

Bubar Lembaga Displin "SEGERA"

Kepada saya, siapa saja jadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia saya sokong, kerana mereka yang menawarkan diri ada kebolehan sebagai pemimpin, lagi pun saya kenal mereka dari dekat sama ada Ali Rastam, Mahyuddin Yassin atau pun Muhammad Mat Taib. Semuanya ada pengikut setia yang tak perlu dibayar ataupun diupah. Mereka telah lama memperhambakan diri kepada parti dan mereka telah mendapat nikmatnya. Oleh kerana mereka telah kaya raya maka mereka ingin menjadi pemimpin No.2 dalam UMNO, mereka mahu mencari kuasa dan berkuasa.

Semalam (17hb. Mac 2009) Lembaga Displin Parti UMNO telah membuat keputusan dengan tidak membenarkan Ali Rastam bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 26hb. Mac nanti kerana telah melanggar tataetika UMNO perkara 10.1 yang didapati bersalah dan disingkirkan dari bertanding. Bagi orang yang membuat keputusan meraka rasa bangga kerana dapat menjalankan amanah (belum tentu jujur) tapi kepada Ali Rastam hukuman yang diterima tentunya terasa pedih dan terseksa kerana Ali Rastam juga tahu budaya UMNO, semua orang keluarkan belanja untuk mendapat pencalunan terutamanya jawatan penting dalam parti, Begitu juga kepada mereka yang hendak mempertahankan jawatan di peringkat Bahagian. Tapi semuanya lolos. Kenapa?.

Saya bukannya nak menuduh, tapi kalau tanya semua penduduk Malaysia, tak kira mereka itu Melayu, Cina atau India, mereka tahu budaya dalam merebut jawatan dalam parti UMNO, tanpa wang, tak ada jawatan, tanpa wang tak akan ada sokongan, tanpa wang tak ada siapa yang pandang. Itulah budaya pemilihan dalam Parti UMNO, kecil jawatan kecil umpan, besar jawatan besarlah habuan. Dah tak jadi rahsia lagi.

Oleh itu saya syorkan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, inilah cara dan masanya untuk memperbetulkan UMNO supaya akan terus disokong, iaitu benarkan semua yang telah mendapat cukup pencalunan bertanding, biar para perwakilan menentukan keputusannya, carilah keadilan dengan cara demokerasi, jangan main silap mata. Jangan menyusahkan ahli-ahli parti, buatlah keputusan supaya rakyat suka kepada UMNO, jangan yang dikendong keciciran, akibatnya parah nanti.

Bubarkan saja LEMBAGA DISPLIN PARTI, kerana keputusan yang dibuat selalunya tidak menguntungkan parti, Majlis Tertinggi kena mengambil tanggongjawab untuk membela ahli parti yang dikambing hitamkan oleh orang orang tertentu, kerana kepada saya kalau hendak diambil kira kesalahan tatatetika UMNO, semua yang nak bertanding tak layak, kerana semuanya melakukan kesalahan tataetika, kenapa ada yang terlepas dan dibebaskan.

Sebagai contoh, UMNO Bahagian KETEREH perlu digantung kerana kesalahan tataetika berlaku diperingkat atas sampai kebawah, tapi kenapa tidak diambil tindakan, Jawabnya kerana LEMBAGA DISPLIN PARTI UMNO tidak berfungsi, hanya mencari mangsa yang terpilih untuk dijatuhkan hukuman.

BUBAR LEMBAGA DISPLIN "SEGERA".

Tuesday, March 17, 2009

GUGURNYA SEORANG PEMIMPIN RAKYAT


Hujan



Dengar.. Dengar.. Kalian dengar bunyi rintik hujan itu? Aneh. Mengapa kalian tidak mengerti petanda seperti ini?
Tak perlu Sang Pencipta sendiri yang datang ke kubu kita. Hujan tu telah datang, dan beritakan kepada kita semua tentang
keberadaan dan kebesaran-Nya.

Kalian memang tidak pernah mengerti apa isihati dunia, bila kalian tidak mengerti hubungan antara hujan dengan penciptanya.
Renungkan petikan dari filem Tjoet Nja` Dhien

Saturday, March 14, 2009

Pilihlah yang berkenan

ALI RASTAM - "PEMIMPIN RAKYAT"
MAHYUDDIN YASSIN - "PEMIMPIN NEGARA"

Dalam Parti UMNO, siapa nanti yang akan dinaikkan pangkat oleh para perwakilan, selain daripada Dato' Najib yang akan disahkan ke jawatan Presiden pada 29hb. Mac nanti setelah beliau diumumkan menang tanpa bertanding kerana YBM Tengku Razaleigh Hamzah tidak cukup pencalunan.

Jawatan Timbalan Presiden menjadi tumpuan, kerana timbalan boleh mengganti Presiden sekiranya 'ketiadaan presiden', lantas orang yang hendak dipilih oleh para perwakilan mestilah bersedia untuk memikul tanggongjawab sebagai presiden, bukan untuk suka suka, tapi untuk membawa parti bagi mempertahankan membentuk kerajaan dalam pilihanraya yang akan datang.

Siapa kah diantara tiga calun Timbalan Presiden yang betul betul mampu menerajui UMNO untuk terus kuat dan utuh tanpa dapat diganggu gugat oleh musuh politik dalam tanahair ini, dari segi fizikal,mental,vision dan kepercayaan rakyat.

Yang saya dengar, dari tiga orang calun itu, hanya dua saja yang mampu memikul tanggongjawab, iaitu kedua duanya adalah Naib-Naib Presiden, Ali Rastam dan Mahyuddin Yassin. Mereka berdualah menjadi idola kepada para perwakilan dan keputusannya akan dapat di ketahui pada 26hb. Mac nanti.

Dua orang ini boleh digelarkan sebagai pemimpin untuk masa depan genarasi bangsa kita, bagi membantu Presiden UMNO yang dengan tradisi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan kalau kecelakaan menimpa parti, maka salah satu daripada dua orang ini iaitu Ali Rastam dan mahyuddin Yassin akan dinobat sebagai pemimpin. Yang jelasnya Ali Rastam boleh dianggap sebagai pemimpin rakyat dan Mahyuddin Yassin boleh dianggap pemimpin negara.

Dalam menentukan nasib mereka berdua dalam barisan kepimpinan UMNO maka para perwakilan hendaklah memikirkan semasak-masaknya, pemimpin apa yang harus mereka pilih pada persidangan Agong UMNO nanti, apakah perwakilan mahu kepada pemimpin rakyat atau mahu kepada pemimpin negara.

Kalau perwakilan mahu memilih pemimpin yang mesra dengan rakyat, pilihlah Ali Rastam dan kalau perwakilan mahu pemimpin kerja untuk negara pilihlah Mahyuddin Yassin, kerana kedua dua mereka adalah pemimpin dizaman ini dalam parti UMNO.

Friday, March 13, 2009

What Shoud I Say.

Nampaknya Lembaga Displin Parti UMNO terus berusaha untuk menyelesaikan semua kes-kes yang melibatkan politik wang dan tataetika dalam masa terdekat ini. Mereka yang dituduh melakukan kesalahan telah dipanggil untuk membela diri, tak kira mereka itu pemimpin kecil ataupun pemimpin besar, Sekarang keadilan sedang menanti.

Dalam minggu ini sebelum menjelang perhimpunan Agong pada 26hb. Mac nanti, UMNO dikira bersih kerana orang yang melakukan kesalahan tidak boleh terlibat dalam pemilihan Kepimpinan nanti sama ada mereka itu sebagai perwakilan ataupun sebagai calun. Pemilihan tahun ini dikira betul betul bersih, siapa yang menang tidak lagu perlu takut untuk digugurkan kerana edah pendakwaan telah pun berakhir sebelum pemilihan. Kalau ada juga pendakwaan dan tindakan seperti apa yang berlaku terhadap Tan Sri Isa Samad, maka sampai bila pun UMNO akan mendapat pemimpin yang tidak bersih, kerana mereka lolos dari tindakan oleh lembaga Displin diperingkat awal.

Persoalannya sekarang, berapa ramaikah yang akan dikenakan tindakan, kerana sudah menjadi rahsia umum wang mengalir disana sini dan ada orang orang tertentu telah didakwa sama ada oleh PSRM atau Lembaga Displin Parti. Tentunya yang dipanggil atau yang dituduh itu ada asas mereka melakukan kesalahan, yang tinggal lagi hukuman bagaimana yang hendak dikenakan, adakah hukuman terpilih atau hukuman belas kasihan, sekiranya dalam menjatuhkan hukuman tidak ada ketegasan, maka ternyatalah UMNO akan menuju ke penghujungnya.

Tidak ada siapa lagi mahu percaya kepada UMNO kecuali mereka yang hidupnya tidak peduli kepada perjuangan tapi sekadar menumpang untuk mencari makan selagi UMNO berkuasa dan apabila UMNO hilang kuasa mereka akan terus lari kepada parti mana yang akan berkuasa dan mereka itu akan terus menjadi penjilat.

Untuk mengelakkan UMNO menjadi hancur, maka perwakilan hendaklah tidak memilih mereka yang menpunyai sifat tersebut dibawah ini untuk dijadikan pemimpin:-
  1. Penguasa zalim
  2. Orang kaya takabur
  3. Pedagang (Peniaga) Khianat
  4. Peminum Khamar
  5. Pengadu domba
  6. Orang yang Riya'
  7. Pemakan Riba
  8. Pemakan harta anak yatim
  9. Orang yang enggang berzakat
  10. Orang yang panjang angan-angan.
Kerana orang sebegini adalah musuh musuh Allah.

Thursday, March 12, 2009

terlepas atau dibebas

Jam 12.15 tengahari. (11hb. Mac, 2009) tepat, saya menjejak kaki dirumah kembalinya dari menunaikan sunat umrah ditanah suci mekkah. Dari Jeddah singgah di Kota Bharu untuk dua malam bertemu dengan sahabat sabahat dan keluarga terdekat. Dan tentunya berita politik tidak sunyi dilapurkan kepada saya.

Beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian Keterah telah dijemput ke Ibu Pejabat UMNO Malaysia bagi mengesahkan lapuran berlakunya pelanggaran Etika semasa pemilihan peringat pegawai di dalam Bahagian Ketereh.

Kesalahan tersebut tidak menjadi rahsia lagi, perjumpaan dan acara kempen memang berlaku, hanya apakah kesalahan itu perlu mendapat hukuman ataupun tidak terserahlah kepada Badan Lembaga Displin Parti, disinilah terletaknya nasib kepada mereka yang curang kepada parti, mereka itu seperti ketam dan adakah ketam mampu dipanggil pemimpin.

Wajah -wajah pemimpin yang dipanggil oleh Lembaga Displin adalah orang lama dalam politik Ketereh, orang yang beria-ia untuk menjatuhkan saya dalam arena politik Ketereh, orang yang tentunya mengharapkan tempat untuk diangkat sebagai pewaris kepada UMNO Ketereh, orang idealnya sudah beku.

Kenapa saya katakan idealnya sudah beku, kerana mereka bukan memikirkan tentang untuk penyatuan ahli parti, tapi mereka gunakan ahli parti untuk menyingkirkan orang yang nampak berpontisi untuk diberi tempat, baguslah kiranya mereka itu dapat hukuman dan sekiranya mereka terlepas, mereka hendaklah melipatgandakan usaha bagi memperkuatkan parti dan berazam untuk memenangkan parti dalam pilihanraya yang yang datang kesemua kerusi tidak kira siapa yang dipilih jadi calun.

Begitu juga dengan pembahagian projek, kenapa ada dengki, biarlah orang yang mahir tentang projek diberi keutamaan, yang nak cari makan tu bolehlah tumpang sekaki jangan dok berdengki, G7 dah nampak tidak sehaluan, masing masing mencari celah kalau boleh ngap!.

Aduhai.......politik UMNO semakin pelek, banyak orang nak cari makan dengan cara nak berjuang.

Monday, March 9, 2009

dari jeddah.

Assalaimualaikum, Semua sahabat yang dihurmati.

Saya dan Isteri berada dalam keadaan sihat sejahtera diatas berkat doa para sahabat sekalaian semasa menunaikan Umrah dan Zairah. Dan hari ini saya berada di Jeddah untuk menuju ketanahair yang tercinta negaraku Malaysia.

Banyak cerita yang ku dengar tentang peristiwa berlaku di negara, ada berita jenayah, politik, mahkamah dan sebagainya. Wal hal didunia ini negera kitalah yang terbaik dari segi keamanan dan kedamian. Tapi ada juga gejala yang kurang meyenagkan rakyat yang disusun oleh pihak pihak tertentu untuk menampakkan keadaan negara kita tidak lagi aman.

Pemimpin Politik dan Pemimpin Masyarakat nampaknya sedang berusaha mencari populariti. Ingatlah salah langkah negara akan menerima kecelakaan dan rakyat jadi mangsanya.

Salam dari jeddah.