Monday, April 29, 2013

Friday, April 26, 2013

Cuba kerajaan PR pula. Inikali lah.

Apakah rakyat Malaysia bersetuju sekiranya PR memerintah Malaysia. Sekiranya bersetuju PR menawarkan berbagai-bagai kemudahan untuk rakyat seperti yang diumumkan pemimpin PR sekiranya menang PRU 13 ini, hari ini menang besok harga minyak turun.

Bukan itu saja rakyat juga akan dapat menikmati rumah mampu milik, saman AES akan dibatalkan dan hapus cctv AES, caj eletrik murah manakala pendidikan percuma itu akan menghapuskan pinjaman PTPTN, begitu juga dengan kemudahan asas kesihatan percuma, air juga akan di caj rendah.

Bantuan kebajikan masyarakt akan dinaikan kepada RM500 seorang, Lynas akan ditutup, kepada rakyat yang mengunakan lebuhraya Tol akan dihapuskan, inilah yang dinamakan kerajaan rakyat, dari rakyat kepada rakyat yang tentunya rasuah dan penyalahan kuasa akan terhapuds dengan sendirinya.

Kepada golongan muda yang berhasrat untuk memiliki kenderaanm janji PR apabila diberi mandat nanti ialah harga kereta akan diturunkan dan tidak membebankan rakyat dari dihambat oleh bank-bank yang memberi pinjaman. Tentunya akan memberi kepuasan kepada seluruh rakyat.

Dengan jelas telah dinyatakan akan perkara yang akan berlaku setelah PR diberi mandat, yang peliknya Kerajaan BN sekarang baru mahu buat akujanji, tahukah kita bahawa kerajaan BN telah 56 tahun memerintah malaysia, kenapa perlu ada akujanji, laksanakanlah apa yang hendak dibuat, kenapa mahu tunggu selepas PRU sedangkan kuasa sudah berada ditangan.

Nampak benar satu lagi corak hendak menipu rakyat, rakyat malaysia sudah matang dan cerdik, ini malaysia bukannya negeri afrika yang masih dicekam kemiskinan. Oleh itu inikalilah.
jawapan sebenar.

Thursday, April 25, 2013

PAS Style.

Berhiburlah dulu hari ini.

PKR Style

Berhiburlah hari ini.

DAP Style.

berhiburlah dulu hari ini.

Wednesday, April 24, 2013

Tsunami melanda BN.

Husam Musa, Salahuddin Ayub, Rafizi Ramli dan Lim Kit Siang akan menentukan sama ada PUTRAJAYA akan dimiliki oleh PR pada 6hb. Mei 2013. Inilah kawasan yang menjadi senjata kepada PR bagi menentukan harapan rakyat kerajaan Malaysia akan berubah dari BN kepada PR.

Kerusi inilah akan menjadi sifir terujudnya sebuah kerajaan baru selepas PRU, calun-calun PR dilihat berkerja keras bagi menghadiahkan harapan rakyat Malaysia setelah kerusi-kerusi lain yang ditandingi PAS, PKR dan DAP sudah pasti akan mendapat kemenangan cemerlang.

Kebangkitan rakyat untuk Ubah PUTRAJAYA sudah meningkat dengan jayanya, pemimpin UMNO yang disisihkan oleh Najib secara terbuka menjadi kempen kepada PR manakala ahli-ahli UMNO dicawangan menghadiahkan wang dan tenaga kepada pejuang PR, satu kejadian yang tak pernah berlaku secara hebat sebelum daripada ini.

Tawaran wang, jawatan, elaun dan kenaikan gaji tidak melemahkan semangat rakyat untuk menukar kerajaan, rakyat mahu bernaung dibawah sebuah kerajaan yang baru. Rakyat mahu membandingkan apakah kerajaan baru akan lebih baik daripada BN.

Insya Allah, tunggulah dah tak lama, sama ada tiang seri BN masih kukuh atau dihanyut oleh badai semalam.



Monday, April 22, 2013

Hanya Syaitan yang dikenali boleh menyelamatkan BN.

Diantara peristiwa yang nakal dalam PRU 13 ini adalah Negeri Melaka iaitu peristiwa di Parlimen Kota Melaka, yang mana calun DAP Sim Tong Him, yang bertanding sebagai calun DAP di Perlimen Koya Melaka dia juga bertanding sebagai calun bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Laksemana dalam Parlimen yang sama.

Di Kelantan BN menyerah kalah sehingga Allah membekukan otak Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas yang diberi surat watikah untuk di calunkan sebagai calun Parlimen Pasir Mas tidak mampu menyerahkan borang pencalunan walau pun sudah berada didewan penamaan calun.

Manakala di Trengganu, Pulau Pinang dan Sabah PAS dan PKR meletakan calun masing-masing untuk bertanding dan menyerahkan borang penamaan calun. Entah apakah malaputaka akan menimpa pada politik Malaysia ke 13 ini.

Kejadian ini tak boleh diangap suka-suka mungkin ada perkara yang akan berlaku elepas PRU 13 nanti kerana semua parti politik yang besar tak dapat mengawal ahli masing-masing sehingga UMNO parti yang tersebar melahirkan beberapa tokoh bertanding atas tiket bebas termasuklah Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Lagi pelik selepas penamaan calun ada lagi tokoh UMNO menyertai kempen PR dan menyertai PAS termasuklah Tan Sri  Mahuhammad Taib bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia dan bekas Menteri Besar Selangor. Nampaknya BN sudah sampai ketahap teramat tenat sekiranya pada PRU nanti tidak dibantu oleh syaitan yang dikenali.

Sunday, April 21, 2013

Malu dan memalukan.

Seperti yang dijanjikan. dilabuhkan serba sedikit catitan peristiwa PRU ke 13. Ada dua perkara yang hendak saya catitkan hari ini. Pertama cerita yang memalukan Dato' Mustapha Mohamed selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dimana watikah yang diberi kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas disia-siakan oleh Johan Che Pa, Tak pernah berlaku dalam sejarah UMNO ahlinya sanggup memalukan sebuah parti yang terbesar di Malaysia. Dimana Tok Pa nak letak muka.

Tak perlu beralasan itu adalah sebagai tektik, buat apa tektik kalau budak sekolah pun boleh suka, alangkah eloknya dari awal lagi UMNO beri laluan kepada Dato' Ibrahim Ali untuk bertanding atas tiket Dacing, kan lagi memantapkan sokongan rakyat kepada UMNO kerana membalas jasa Dato' Ibrahim mempertahankan seluruh ahli BN.

Cara yang Johan Che Pa buat itu merosakkan nama Tok Pa dan PM Najib dan juga mengalakkan tuduhan bahawa Johan Vhe Pa dibayar dan boleh dibeli. Fikirlah sendiri yang cerdik tj, jangan ikut apa yang di cakap oleh balaci UMNO yang tidak bermaruah dan bacul.

Perkara kedua pula pri hal Parlimen Ketereh. Saya sempat singgah di Ketereh petang tadi dan didatangi oleh beberapa orang yang anti BN, terutamanya Tan Sri Anuar Musa. Mereka membisiki kepada saya bahawa Anuar Musa akan kalah lebih kurang 3000 undi, saya terdiam dan kelu seketika diantara percaya dengan tidak kerana melalui telepon pagi tadi sahabat saya yang terdiri daripada kakitangan KEMAS memberi tahu Anuar Musa akan menang 3000 undi.

Yang mana satu hendak saya percaya. Adakah benar apa yang diberitahu itu, tunggulah sedikit masa lagi kerana kepada saya bukan angka kemenangan yang saya ingin tahu tapi yang paling pentingnya, berjayakah PR ke PUTRAJAYA. kerana saya pun dapat menghidu bau siapa yang akan dinobatkan sebagai ahli Parlimen Ketereh pada 5hb. Mei 2013 nanti.

Sunday, April 14, 2013

Nanti jumpa lagi

Salam.

Blog ini akan diaktifkan semula pada 20hb. April 2013 bersama hari penamaan calun bagi pilihanraya yang ke 13. Insya Allah saya akan menterjemahkan kedudukan sebenar kerusi-kerusi Parlimen kesemua 222 tampat yang boleh menentukan parti politik mana yang akan memerintah Malaysia nanti.

Siapa agaknya yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7 nanti. Adakah Dato' Seri Najib Tun Razak akan dapat mengekalkan jawatan PM atau pun Tan Sri Mahyuddin Yassin sekiranya BN Menang tipis atau BN akan kalah dan peluang Dato' Seri Anwar Ibrahim jad Perdana Menteri atau ada nama lain yang tiba-tiba mencul. Entahlah.