Monday, December 31, 2012

Perdana Menteri. 'sempatkah' Mahyuddin Yassin.

Hari ini Isnin 31hb. Disembar hari terakhir tahun 2012. Esok hari selasa 1hb. Januari 2013 merupakan tahun tahun  terakhir pemerintahan kerajaan BN kerana pada bulan April 2013 adalah genap 5 tahun edah parlimen Malaysia sejak Pulihanraya umum ke 12 iaitu tahun 2008.

Masuk tahun 2013 mana-mana parti politik dan orang perseorangan yang mahu melibatkan diri dalam pilihanraya umum akan mula membilang detik perdetik hari akan berlakunya pilihanraya umum ke 13. Yang pasti hebat apabila bertembung diantara BN dengan PR.

BN akan mempertahankan PUTRAJAYA sehingga ketitisan darah yang terakhir, begitu perlu bagi pihak BN untuk mempertahankan kuasa kerana kuasa akan boleh membuat segala-galanya bagi mana-mana pihak yang meletakkan kepentingan diri melebihi dari kepentingan Ugama, Bangsa dan Negara.

PR pula akan terus mendampingi rakyat untuk mendapat mandat dan sokongan bagi menruntuhkan BN dan dapat menawan PUTRAJAYA bagi membaiki kerosakan dan memberi berkhidmat untuk kepentingan kebajikan rakyat dan berjuang untuk Ugama dan Negara.

Yang pasti berbagai-bagai keadah telah dilakukan oleh BN untuk mempastikan kuasa tidak terhakis tapi malangnya lepas satu-satu isu membayangi BN apabila ramai dikalangan bekas2 pegawai Kerajaan, bekas-bekas pemimpin UMNO menyertai PR tapi tidak berlaku kepada BN atau UMNO.

Rakyat sedang menanti tarikh pembubaran Parlimen, sudah letih menunggu untuk membuang undi, yang tua lepas seorang-seorang meninggal dunia tidak sempat melihat siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 manakala yang baru pertama kali dapat mengundi mereka itu tak sabar sabar untuk mengundi. Tentunya mereka semua mahu melihat sebuah kerajaan baru kerana dibawah kerajaan BN mereka telah merasai, suka duka, pahit maung kehidupan.

Ramalan demi ramalan telah dibuat, oleh kumpulan penganalisa politik, masing-masing nampaknya berpihak ada yang mengatakan BN akan terus menang tapi tak dapat mejoriti 2/3 dan berkuasa dan ada pula berkata PR akan dapat menawan PUTRAJAYA tapi dengan kemenangan yang tipis. Sebetulnya mood pilihanraya yang akan menentukan siapa yang berkuasa nanti.

Masa sudah hampir tiba, isu telah tumbuh berlambak-lambak, isu amanat Tok Guru Haji Hadi diputarkan semula oleh UMNO dan BN begitu juga dengan isu Tanah dan Air di Kelantan yang dicerca oleh kumpulan yang tidak gemar kepada ulama. Manakala isu pembunohan Altantuya hidup kembali, seram sejuk dibuat oleh Deepak Jaikishan.

Kita rakyat Malaysia menanggong malu apabila Perdana Menteri diaibkan oleh seorang peniaga permaidani keturunan india, Macam macam cerita ngeri dilemparkan, soal paksaan penjualan syarikat, soalan akuan bersumpah kes Altantuya dan soal nyawa dua orang bekas polis yang sedang menanti rayuan diman nyawa jadi pertaruhan. Ngeri.

PRU13 akan menentukan, dapat keadilankah rakyat, dapat pembelaan secukupkah atau masih menagih ditanah air sendiri. Itulah rakyat sedang nanti, begitu juga saya dan keluarga yang terus menanti KEADILAN sejak 20 tahun lalu.

Kes saya dimahkamah dah masuk ke tahun ke 20 tapi masih terus menanti, rakan-rakan yang terlibat dalam kes ini sudah lama meninggal dunia. Sedekah Al Fatihah untuk Allahyarham Dato' Omar Johar, Bekas Pengurus Besar MARA Holdings Sdn. Bhd dan Allahyarham Hanafi Majid bekas Pengurus Besar Dasar Profil Sdn. Bhd semuga rohnya aman sentiasa. Amin.

 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.

Sunday, December 30, 2012

Nasihat kepada bakal isteri.

Hari minggu yang damai, Bolehlah ruangkan masa untuk mendapat sedikit ilmu melalui celoteh daripada Ustaz Azhar Idrus. Bakal isteri jangan terperangkap dengan soalan bakal suami manakala suami jangan bertanya berlebih-lebih.

Saturday, December 29, 2012

Shafie Afdal mangsa Pemuda UMNO?.

Semalam ditunjukkan oleh seorang kawan sebuah majallah keluaran unit media UMNO yang dipengerusikan oleh Tun Faisal yang dalam blognya ada cerita berkenaan Dato' Fauzi Saari bekas Pengarah CID Polis DiRaja Malaysia yang telah menjadi ahli Pas.

Begitu gairah dalam tulisan tersebut dengan menceritakan isu ba'aih talak 3 yang dikaitkan dengan Dato' Fauzi Shaari, nampak benar sudah hilang pedoman juak-juak UMNO dalam menaburkan isu-isu untuk mendapat perhatian walaupun isu tersebut adalah rekaan kerana tidak keluar dari kenyataan Dato' Fauzi Saari sendiri.

Sedangkan Tun Faisal sebagai pengerak media baru UMNO berdiam dan kelu terhadap isu yang dibangkitkan oleh seorang penjual karpet iaitu Deepak Jaikishan berhubung dengan aduan P. Balasurbaniam dalam proses akuan bersumpah kedua yang dilibatkan nama-nama keluarga Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak termasuk dalam isu kes pembunuhan kejam terhadap model. Mongolia iaitu Altantuya Saribunn.

Dalam majalah yang ditunjukkan itu terdapat muka-muka pemimpin UMNO yang memuji penerbitan majalah tersebut, muka Tun Faisal paling banyak dipaparkan dalam majallah tersebut. Tentulah kerana majalah tersebut dipengerusikan oleh Tun Faisal. Tapi yang paling jelas Gambar Naib Presiden UMNO dari Sabah iaitu Dato' Shafie Afdal tidak dimuatkan. Kenapa?

Sedangkan gambar Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden yang lain iaitu Dato' Hishamuddin dan Dato' Zahid Hamidi dimuatkan, nampak semacam ada permainan yang ketara dalam media baru pemuda UMNO. Apakah agenda disebalik pengeluran majalah media baru tersebut.

Selidik punya selidik ada hubung kait dengan percaturan politik Sabah dan UMNO. Di Sabah nama Dato' Shafie disebut-sebut akan bertanding di Dewan Undangan Negeri pada PRU13 nanti dan tentunya sekira Sabah masih dikuasai oleh UMNO nama Dato' Shafie Afdal akan diangkat sebagai Ketua Menteri, pertanyaan yang ada dikepala kita sekarang,apakah kecantikan majalah yang dipengerusikan oleh Tun Faisal itu dibaiyai oleh Ketua Menteri Sabah sekarang?.

Manakala dalam UMNO pula semua maklum selepas PRU13 nanti UMNO akan mengadakan pemilihan pucuk ;pimpinan, perlu diingat tentunya Khairy Jamaluddin akan menawarkan diri sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO, tentulah salah seorang Naib Presiden UMNO Sekarang mesti dikalahkan untuk memberi peluang menang kepada Khairy Jamaluddin. Apakah Tun Faisal diberi mandat melalui media dan  penulisan untuk memadamkan Dato' Shafie Afdal dari terus menjadi Naib Presiden UMNO.


 Tinggi permainan Media Baru Pemuda UMNO Malaysia. Sambil menyelam sambil minum air, harap-harap perut tidak akan kembung.

Friday, December 28, 2012

DAP harus diingatkan.

Rakyat sedang menghadapi musibah banjir terutamanya di Negeri Kelantan, Trengganu, Pahang dan sedikit di Negeri Sembilan. Semua negeri tersebut dijangka akan diperintah oleh PR apabila selesai pilihanraya umum ke 13, hakikat ini akan menjadi kenyataan sekiranya pemimpim PR tidak membangkitkan isu-siu yang boleh merosakkan kesepakatan sebelum pilihanraya umum.

Impian rakyat Malaysia akan menjadi debu ditiup angin sekiranya pemimpin DAP terus mahu menguji 'setia kawan' dikalangan rakan-rakan parti lain dalam PR semata-mata mahu menonjolkan kehebatan untuk memperjuangkan hak-hak ugama lain. Bimbang nanti rakyat akan merasa muak terhadap PR kerana masih bercakaran dalam isu yang tidak mustahak.

Isu mengunakan tulisan perkataan Allah dalam bibble kristian tidak sepatutnya dibinacang, kerana sejak zaman berzaman rakyat berbilang ugama di Malaysia hidup aman damai dan tidak pernah berlaku pemusuhan. Untuk apa perkataan Allah hendak dimasukkan dalam bibble, Betul seperti kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, God diganti dengan Tuhan.

DAP seharusnya menghindirkan isu-isu yang boleh dirosakkan oleh sokongan rakyat Islam terhadap PR, tak kiralah perkataan itu sesuai atau pun tidak kerana saat ini rakyat bukan mahu membincang bersabit isu perkataan Allah tapi lebih daripada itu, termasuklah bagaimana nasib rakyat yang miskin yang masih bergantung harap nasib mereka kepada kerajaan bagi mengubah taraf kehidupan mereka dimasa depan.

DAP harus membantu PAS diwaktu parti itu diserang secara fitnah terutamanya terhadap Tuan Guru YAB Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dalam banyak hal termasuk masaalah air, projek ladang rakyat, lebuhraya rakyat, stadium bukit merbau. Walaupun isu tersebut adalah rekaan 'menghasut' oleh UMNO tapi ianya dijadikan isu untuk mereka pada pilihanraya umum ke 13.

Adalah tidak cerdik kepada DAP diwaktu Kerajaan BN sedang mengumumkan pemberian 'bantuan memikat undi' sebanyak RM500.00 setiap keluarga yang berpindah kerana banjir, DAP pula lontarkan isu yang tidak boleh PAS tumpu kepada khidmat bagi menyelamat mangsa banjir. Kini PAS terpaksa menjelajah untuk medamaikan pengikutnya supaya tidak bertindak balas terhadap kenyataan DAP itu.

Kecekapan Dato Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil mesyuarat dikalangan pemimpin tertinggi PR bagi membincang isu yang telah dianggap selesai dulu tapi dibangkitkan semula oleh DAP adalah diharap dapat membuahkan hasil sepertimana cita-cita rakyat Malaysia hari ini iaitu mahu melihat sebuah kerajaan PR akan ujud selepas pilihanraya.

Semuga selepas itu tidak ada pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan yang boleh menghilangkan fokas dikalangan pekerja parti PR untuk memstikan PRU13 akan menjadi milik PR.. Isu yang patut disentoh berpanjangan bukan isu perkataan Allah dalam Biblle tapi isu Deepak, P. Balaisudram, kapal selam Scopene, Rasuah, Kronisme, AG, Musa Hassan, Ramli Yusof dan lain-lain yang rakyat sedang menanti kemana kesudahanya.

DAP, PAS dan PKR seharusnya bercakap dan terus bercakap secara senada dalam apa isu yang menyentuh kemungkaran UMNO/BN supaya rakyat yang sudah lama memberi sokongan kepada PR untuk menjadi Kerajaan tidak akan merasa muak dan duga dengan perilaku yang kadang-kadang tidak senonah dari kalangan pemimpin PR.

Mujurlah pemimpin PAS berjiwa besar dalam menghadapi isu yang kadang-kadang pedih seperti luka dihiris semilu.

Thursday, December 27, 2012

BN & cita-cita 2/3.

Pilihanraya ke 13 akan menyaksikan pertembungan agenda yang memikat diantara kerajaan BN dan parti pembangkang iaitu PR. Ini dapat dilihat dalam percaturan startegi parti-parti politik yang akan mengambil bahagian dalam pilihanraya umum kelak.

Pihak BN akan mengerakkan jentera partinya dengan berlandaskan kepada empat perkara penting yang menjadi idaman. iaitu menang 2/3 mejoriti kerusi parlimen, menawan kembali empat negeri yang diperintah parti PR dan menambah undi mejoriti.

Manakala PR berminat untuk menawan PUTRAJAYA. menambahkan bilangan ahli perlimen  dan menambah bilangan negeri untuk dimiliki oleh PR seperti Negeri Sembilan dan Sabah disamping mengekalkan negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Hasrat kedua-dua pihak BN dan PR ada alasan yang menasabah dan masih menjadi perhitungan dikalangan pengundi yang tidak tegar. Adalah didapati kedua-dua pihak telah dapat meyakini 80% pengundi bagi memberi sokongan kepada parti masing-masing, sebagaimana didapati 40% akan memberi sokongan kepada BN dan 40% akan memberi sokongan .kepada PR

Rata-rata rakyat Malaysia hari ini memberi pendapat, bahawa keputusan PRU13 nanti adalah sangat sengit dan tidak akan berlaku kemenangan yang totol akan diperolehi oleh BN atau pun PR walaupun BN dan PR mengatur startegi yang lebih lasak untuk mencapai kemenagan yang mutlak.

BN merancang untuk tambah   25 kerusi lagi iaitu untuk menang dan ambil kembali yang telah ditawan oleh PR pada pilihanraya 2008 lalu untuk mencapai impian mendapat 2/3 mejoriti sedangkan gerakan yang dilakukan oleh PR kini untuk ke PUTRAJAYA hampir tercapai.

Idamana BN untuk menambah kerusi Parlimen juga ada resionalnya sekira BN dapat pertahankan kerusi yang telah dimenangi kini dengan menukar calun-calun yang dilihat sudah tidak relevan dan menjadi penyakit kepada BN, begitu juga dengan PR.

Persoalannya mampukah PR mempertahankan kerusi Perlimen yang sedia ada, kerana sebelum ini pun PR tidak mampu untuk menghalang ahli Perlimen yang menang atas tiket PR terus kekal menyokng PR tapi apa yang terjadi beberapa orang yang dulunya menang atas tiket PR tapi lari meninggalkan PR dengan wajah yang dayus. Sedangkan dalam BN tidak berlaku.

Tambahan pula kini nampak jelas, PR masih tebal memegang prinsip setiakawan untuk pembahagian kerusi yang mana tidak akan ada pertukaran kerusi walaupun kerusi itu dilihat akan kalah. Bagaimana akan ke PUTRAJAYA apabila kerusi yang telah dimenangi pada tahun 2008 tapi akan menerima kekalahan pada PRU 13 sedangkan untuk menambah 32 kerusi bukan kerja yang mudah bagi PR ke PUTRAJAYA.

Disinilah kelebihan yang ada pada BN untuk percaturan politik terkini walaupun nampak jelas rakyat sedang menolak kerajaan BN tapi kepimpinan BN masih berusaha dan mahu mendengar rintihan rakyat dan sanggup korbankan keputusan yang dicapai terdahulu demi menentukan semua kerusi dapat dimenanginya. lain pula dengan PR.

PR masih buntu bagi mempastikan supaya kerusi yang telah dimenangi akan terus kekal menang, masing-masing parti dalam PR bermegah untuk bertanding banyak kerusi dan mengekalkan pengagihan dulu walaupun sudah jelas kerusi tersebut susah untuk menang sekiranya tidak berlaku pertukaran parti yang bertanding.

Kekalahan BN dalam PRU 13 nanti bukan kerana salah startegi tapi kerana rakyat sudah muak dan mahu mencuba kerajaan baru  dibawah PR sebab perlembagaan Malaysia membenarkan rakyat memilih pembentukan kerajaan selama 5 tahun sekali, sekiranya janji-janji kerajaan PR tidak ditepati rakyat tentunya akan menukar kerajaan pada pilihanraya yang ke 14 dijangka tahun 2018 iaitu dua tahun sebelum berakhirnya wawasan 2020.

Skiranya PR gagal menang bagi membentuk kerajaan pada pilihanraya nanti, itu tandanya bukan rakyat tidak mahu pada PR tapi rakyat menolak PR kerana kedegilan para pemimpin PR dan tidak mampu mengantur startegi kerana lebih kepada menjaga diri sendiri dari mengambil risiko untuk mencapai kemenangan.

PR sepatutnya memikirkan cita-cita ke PUTRAJAYA kerana masanya dah hampir tiba. Biar bertanding sedikit kerusi tapi menang semua daripada bertanding banyak kerusi tapi banyak yang kalah. Dalam arus perjuangan yang maha getir ini adalah diingatkan kepada mereka-mereka yang berminat jadi jaguh jangan amalkan keputusan yang berlandaskan mahu popular tapi buatlah keputusan yang tidak populor tapi mencapai kejayaan. Ertinya jangan 'agah dan jangan kedekut'.

Tentunya menjelang PRU13, apabila parlimen dibubarkan watak-watak syaitan akan memenohi pentas-pentas ceramah BN bagi menghalang PR dari terus mara ke PUTRAJAYA. Gambar-gambar yang diposting ini adalah diantara mereka yang akan diperalatkan untuk mematah kemaraan PR.


Wednesday, December 26, 2012

Mangsa Banjir jadi Mangsa Politik di Kelantan.

Banjir sudah bermula di Negeri Kelantan.



Inilah masanya bagi mereka yang telah diberi tugas sebagai Pengarah Pilihanraya DUN atau pun Parlimen turun padang dengan berbekalkan gula, beras dan biskut untuk diagih-agihkan kepada mangsa banjir.

Yang pastinya, mangsa banjir di Kelantan tahun ini akan mendapat lambakan bantuan dan bekalan kerana bukan saja kerajaan akan menyediakan bantuan tapi mereka-mereka yang bersiap menunjukkan keprihantinan kepada mangsa juga akan membawa bekalan bantuan untuk menunjukkan simpati kepada mangsa banjir.

Perlumbaan memberi khidmat dan bantuan kepada mangsa banjir akan dapat diperhatikan apabila banjir sampai keparas bahaya. Tentunya mereka yang berminat untuk dicalunkan oleh parti masing-masing akan bersekang mata untuk terjun kedalam air bagi cepat sampai ketempat banjir.

Di Kelantan musim ini bukan saja hujan dan air banjir menjadi tempat tumpuan pesta air, tapi ianya akan di penohi dengan mereka-mereka yang ingin memasang 'body' supaya dianggap sebagai jaguh masyarakat semuga parti memilihnya sebagai calun pilihanraya.

Sebenarnya ada orang yang suka apabila banjir melanda Kelantan, mereka bukan kira pun masaalah yang akan dihadapi oleh mangsa banjir, tapi mereka mahu banjir berlaku kerana mereka akan mengambil kesempatan untuk mendampingi dengan rakyat sebelum menjelang pilihanraya.

Friday, December 21, 2012

YAB Tok Guru ku.

Kesanggupan YAB Tak Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan untuk terus bertanding di DUN Cempaka pada pilihanraya umum ke 13 melegakan saya. Sinar-sinar kegemilangan PAS Kelantan terpancar indah, pintu pintu impian UMNO Kelantan telah pudar dan kelam. 100% PAS akan terus menjadi Kerajaan di Negeri Kelantan selepas pilihanraya umum nanti.

Berkat Tok Guru, Kelantan akan terus membangun bersama Islam, semuga tidak akan ada suara-suara sumbang untuk mempertikai kesihatan Tok Guru untuk terus bertanding dalam PRU 13 kerana bab kata Tok Guru 'Saya masih mampu melawan pihak menentang Islam' kerana kata Tok Guru isu kesihatan tubuh badan bukan menjadi faktor utama untuk bertanding pilihanraya melawan UMNO hanya cukup dengan pemikiran yang baik.

Jelas semangat untuk terus melawan golongan yang suka menabur fitnah, Rasuah dan Kezaliman menjadi agenda utama PR dalam PRU 13 ini, Kejayaan pasti tercapai kerana rakyat menyukai membentuk sebuah kerajaan yang betul-betul bersih dan menentang kemungkaran. Tok Guru adalah lambang kesucian dalam perjuangan untuk menegakkan Islam.

Walaupun sejak akhir-akhir ini bertali arus fitnah dihala kepada Tok Guru Nik Aziz tapi Tok Guru mampu menghadapi dengan tenang yang melambangkan seorang ulama yang sanggup menempuh arus fitnah yang maha hebat. Terbukti Tok Guru berjaya menghadapinya.dengan tabah.

Semakin banyak fitnah dilemparkan kepada Tok Guru, semakin hampir PAS dan PR ke PUTRAJAYA  kerana rakyat akan membalas fitnah itu dengan memberi undi kepada PAS dan PR, Protes rakyat secara senyap akan membuat UMNO dan BN hilang arah apabila Parlimen dibubarkan nanti. Rakyat sedang menanti waktu pembubaran perlimen dalam keadaan resah kerana semangat berkobar-kobar untuk menukar kerajaan yang Rasuah dan Zalim.

Tok Guru Nik Aziz mengaku, beliau tidak mampu untuk lawan bertumbuk, tapi beliau masih bersemangat waja untuk melawan UMNO dan melawan pihak menentang Islam. Semangat ini lah yang ditanam dalam setiap hati remaja Islam bagi diguna untuk menyangah fitnah terhadap Tok Guru dan PAS.

Yang tua sudah sebati dengan Tok Guru, yang muda mulai merindui Tok Guru. Yang dulu UMNO telah beriman bersama Tok Guru kerana sebagai orang Islam semuanya mahu jadi manusia mulia dan bermaruah. Mati beriman.


Rasuah dan UMNO.

Menarik juga apabila mendengar pemberitahuan oleh Dato' Johan Jaafar berhubung dengan niat Penal Perunding dan Pencegah Rasuah PPPR yang mahu semua parti politik menghantar nama-nama calun untuk bertanding dalam pilihanraya ke 13 kepada SPRM untuk ditapis.

Tujuan untuk menentukan calun-calun yang bakal bertanding 'bersih' daripada rasuah dan bagi mengelakkan tomahan tidak berasas terhadap individu atau pun parti calun tersebut. Disamping itu juga semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri hendaklah mengistiharkan harta kepada SPRM bagi menunjukkan komitmen mereka melawan rasuah.Termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri serta Menteri Besar & Ketua Menteri.

Molek dan elok nampak dan bunyinya. Gambaran yang dapat disebalik ukiran yang disarankan oleh PPPR itu jelas menunjukkan isu rasuah adalah menjadi penentu untuk rakyat membuat pilihan siapa yang layak jadi wakil rakyat pada PRU 13 akan datang. Sekiranya cadangan itu dapat dilaksanakan sudah boleh diagak kemenangan pertama berpihak kepada PR.

Saranan dan cadangan PPPR itu telah menjadi agenda utama dalam kempen dan ceramah PR. Hapuskan rasuah dan istiharkan harta para pemimpin memang dialu-alukan oleh PR sekiranya pihak Kerajaan benar-benar berhasrat melaksanakannya. Apa yang bimbang seruan PPPR itu tidak mendapat sambutan dipihak parti-parti yang mewakili Kerajaan BN kerana cadangan PPPR itu seperti membenarkan laungan PR.

Rasuah selalu dikaitkan dengan pemimpin UMNO, beberapa orang dari UMNO telah didapati bersalah dan dihukum oleh mahkamah kerana melakukan rasuah. Rasuah cuba hendak dikaitkan dengan pemimpin PR tapi gagal kerana tak ada seorang pun pemimpin PR dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana melakukan rasuah.

Dalam niat yang baik disarankan oleh PPPR itu ada perkara yang tak masuk akal, iaitu saranan bagi mencadangkan dilarang pemberian hamper atau pun cenderahati patut dihentikan. Cuba kita renong. pemberian selalunya berlaku dimusim perayaan yang mana ada pemimpin memberi kain pelekat, kek dan wang kepada ahli partinya supaya sambutan perayaan dikalangan mereka akan meriah. Apakah budaya memeriahkan mereka yang berjasa kepada parti patut diberhentikan. Tak masuk akalkan.

Jangan kerana mahu dilihat bersih tapi cadangannya tidak bersih, saranan yang boleh menjauhkan para pemimpin dengan pengikut, ingat sekiranya pemberian yang ikhlas disekat ianya akan memudarat kepada pemberian secara tersembunyi dan pemberian secara tersembunyi akan menimbulkan wasangka dan  fitnah.

Perkara pertama yang patut ahli PPPR mengambil langkah ialah semuanya ahli PPPR patut mengistihar harta masing-masing kepada SPRM sebagai contoh dan tauladan kepada bakal-bakal calun piliharaya umum ke 13 untuk memberi semangat kepada mereka yang akan menjadi calun supaya berlapang dada apabila mahu turun ke gelanggang rakyat bersesuai dengan slogan ' berjuang untuk keadilan dan menentang kemungkaran'.

Thursday, December 20, 2012

AES sistem untuk memerangkap wang rakyat.

Mengikut Prof Dr.Radin, setiap hari dikira 2 orang maut kerana kemalangan dijalanraya. Itu mungkin kecuaian yang lakukan oleh manusia dan tentunya berpuloh-puloh kemalangan berlaku setiap hari dan berpoluh orang juga cedera dan dimasukkan ke hospital. Apakah ini semua kerana di Malaysia hari ini terdapat jalanraya yang baik dan lebuhraya yang bagus sehingga menyebabkan berlaku kemalangan yang boleh mengerbonkan nyawa manusia.

Jawabnya ya dan tidak.

Ya, kemalangan berlaku kerana kecuaian manusia yang banyaknya, cuai kerana jalan raya yang elok dan memuaskan menyebabkan pemandu kadang-kadang lalai dengan kelajuan kenderaan walaupun banyak papan tanda disediakan bagi mengingatkan had laju dan kawasan yang berbahaya. tapi cuai tetap berlaku.

Tidak. kerana tidak mungkin pemandu berhasrat memusnahkan hidupnya dengan membiarkan nyawa dipertaruhkan diatas jalanraya, kecualilah pemandu tersebut dipengaruhi dengan unsur hayal seperti dadah dan arak. Kemalangan berlaku kerana kecuaian dan kecelakaan. Tidak ada sesiapapun minta kemalangan berlaku kecuali orang itu gila (hilang akal).

Hasrat Kerajaan untuk mengurangkan kecelakaan jalanraya telah dilakukan sejak lama dan berbagai-bagai cara, papan tanda ada dimerata-rata tempat sebagai petunjuk kepada pengguna jalanraya, tapi kemalangan tetap juga berlaku, kadang-kadang kemalangan yang ringin dan ada yang menerima kecelakaan kemalangan yang mengerikan, mengorbankan nyawa.

Baru-baru ini kerajaan memperkenalkan satu alat bagi mencari kesalahan pengguna jalanraya. Satu sistem dipasang bagi memerangkap pemandu dan tuan punya kenderaan untuk memunggut hasil kepada syarikat dan kerajaan. Kecoh seluruh negara sehinggalan pihak Peguam Negara mengeluarkan satu arahan supaya sistem yang memerangkap untuk menunggah wang secara mudah dihentikan.

Automated Enforcement Syastem (AES) diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sebagai satu keadah memeras wang pemandu dan pemilik kenderaan dengan mudah yang mana sekiranya camera sistem AES tersebut mengambil gambar mana-mana kenderaan secara automatik dikenakan denda tanpa belas kasihan. Satu sistem yang dianggap zalim.

Tahukah kerajaan, bahawa tidak semua pemandu dan pemilik kenderaan tak ada 'otak', hanya yang tak ada otak saja yang sanggup memandu untuk membunuh diri, yang waras akan memandu secekapnya, kelajuan juga di pecut ditempat yang kira selamat, melebihi had laju tidak semestinya menempah maut kerana dijalan yang lurus tidak ada perbedzaan ketara mamandu dengan kelajuan 90 km dengan 110 km sejam, tapi menjadi satu kesalahan dan diwajibkan bayar apabila AES memerangkap had laju tersebut.

Kerajaan akan dilihat cerdik sekiranya denda yang di anjurkan oleh AES dibayar balik kepada tuannya wang denda yang dikenakan terdahulu daripada ini akibat sistem memerangkap itu dan terus membatalkan perangkap membebankan rakyat yang dinamakan AES itu kerana rakyat diberitahu sistem AES itu tidak boleh mengurangkan kemalangan jalanraya, tidak boleh menyelamatkan kematian, kerana sebenarnya  kerajaan secara sukarela membiarkan perangkap dipasang untuk membebankan pemandu jalanraya dan pemilik kenderaan.

Banyak lagi cara untuk memberi kefahaman kepada pemandu dan pemilik kenderaan supaya berhati-hati dijalan raya, mengajar adalah lebih baik dari memerangkap dan denda, undang-undang yang ada sudah mencukupi bagi mengajar pesalah jalanraya hanya yang perlu tindakan hendaklah dilaksanakan secukupnya.

Persoalan yang dibanghkitkan, apa perlunya AES sedangkan dah banyak peraturan dan undang-undang jalanraya dinegera ini, laksanakan dengan jujur kerana rakyat Malaysia masih menghormati undang-undang. Buat apa ujudkan sistem yang membebankan yang banyak menimbulkan persoalan. Apakah AES itu diadakan kerana untuk mencegah atau untuk memerangkap wang rakyat.

 AES tidak boleh menghalang kematian.


Wednesday, December 19, 2012

KDN diminta bertindak.


Berapa ratus orang agaknya anak-anak muda Malaysia terutamanya anak-anak melayu yang meninggal dunia akibat 'makan dadah'. Kempen anti dadah nampaknya semakin dingin melalui media cetak dan media eletronik yang dikuasai oleh kerajaan.
Apakah pihak KDN sudah hilang punca untuk kempen bagi mengurangkan penglibatan anak-anak melayu dari terjebat dalam pengaruh dadah. Sedangkan kita sering dilapurkan banyak juta ringgit harga dadah ditangkap oleh pihak polis dan kastam tapi kita tidak diberitahu kesudahannya.
Adalah lebih elok pihak KDN memperkasakan AADK supaya lebih hebat bergerak untuk memerangi pengaruh dadah dikalangan anak-anak muda Malaysia dan pihak kerajaan hendaklah memberi peruntukan yang besar kepada agensi terlibat bagi digunakan untuk menyekat kerosakan yang semakin parah dikalangan anak-anak bangsa Malaysia.
Kerajaan perlu ingat dadah adakah musuh numbor satu negara, bukan parti politik, oleh itu gunakanlah media massa surat kabar atau tv  bagi memerangi dadah daripada memerangi musuh politik.

Apakah itu Dadah?
Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi.
Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita.
Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan.
Dadah dan Anda!
Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan akan terus bergantung hidup kepadanya. Tanpa disedari, anda sendiri mungkin telah menggunakan beberapa jenis dadah dalam hidup anda.
Ubat-ubatan seperti “paracetamol” dan “antibiotic” membantu menyembuhkan anda sekiranya anda tidak sihat.
Teh, kopi dan coklat juga mengandungi sejenis dadah rangsangan yang dikenali sebagai “caffeine”. Akan tetapi, dadah rangsangan seperti ini tidak mengakibatkan ketagihan yang bermasalah kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, penggunaan bahan minuman dan makanan ini tidak salah di sisi undang-undang.
Namun demikian, beberapa jenis dadah adalah dadah yang dilarang pengambilannya kerana dadah ini mengakibatkan ketagihan dan masalah-masalah kesihatan, sosial, ekonomi dan sebagainya. Oleh itu, Kerajaan Malaysia telah menyenaraikan dadah ini di dalam Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk mengharamkan penanaman, pengeluaran, pengedaran, import, eksport, pemilikan dan penyalahgunaan dadah seumpana ini.
Jenis dadah seperti seperti kokain, ganja, heroin, syabu dan “ecstasy” diambil untuk mengubah perasaan fikiran anda. Dadah-dadah ini juga dikenali sebagai
“dadah yang disalahguna”.
Dadah dan Ciri-cirinya
Dadah merujuk kepada sejenis bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
  • Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (Otak dan saraf tunjang)
  • Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang
  • Diperoleh secara haram
  • Membawa kepada pergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah
  • Mendatangkan kesan-kesan buruk dan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
Usaha hendaklah berterusan. AADK mesti diperkasakan supaya lebih berkesan, sekiranya perlu rombakan besar-besaran perlu dilakukan untuk mencapai tujuan iaitu 'Dadah adalah musuh No.1 Negara'..

Tuesday, December 18, 2012

UMNO diambang krisis?

Dunia politik Malaysia makin 'gelisah' ekoran banyak benda-benda yang tidak disangka berlaku. Kedua-dua pihak sama ada BN atau PR, kedua--duanya diterjah dalam isu kesempitan diantara benar atau pun tidak, hanya cerita atau pun kenyataan. Rakyat sedang memerhati.

PR didapati tidak sepakat atau belum bersedia untuk bersatu dalam isu siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7 sekiranya BN kalah dalam PRU nanti. PAS belum muktamad untuk menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim. manakala DAP secara terang mengistiharkan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim lah yang akan menjadi Perdana Menteri sekiranya PR menang dalam PRU kelak.

Inilah isu yang dipalu oleh UMNO dan BN terhadap PR. kerana walaupun nama PR tapi belum ada kesepakatan untuk menamakan bakal Perdana Menteri sekiranya PR memerintah Malaysia. Pelik juga apabila dikaji, kenapa PAS tidak lagi memgambil kata putus siapakah yang patut diangkat sebagai Perdana Menteri disebelah PR. Alasan yang diberi oleh Setiausaha Agong PAS bahawa calun Perdana Menteri mestilah menang dalam Pilihanraya baru boleh dinamakan adalah tidak berapa kemas walaupun ada kebenarannya tapi nampak longgar dalam istilah PR. Kerana pihak BN telahpun bersetuju bahawa Dato' Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri sekiranya BN menang.

Walaupun isu dipihak PR sedikit hanya berkisar diatas perlantikan Perdana Menteri tapi ianya boleh menjadi 'ugah' kepada penyokong Parti Keadilan Rakyat PKR. Sedangkan PR bercita-cita besar untuk ke PUTRAJAYA, kenapa PAS masih lagi tidak dapat mengiktiraf calun yang paling layak adalah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Walau bagaimana pun adalah dipercayai isu Perdana Menteri tidak menghalang cita-cita PR untuk memacu kejayaan yang besar dalam PRU 13 nanti kerana semangat setia kawan adalah begitu 'kejap' diantara parti-parti dalam PR.

Lainlah pula dipihak BN sekarang kerana parti tunjangnya iaitu UMNO sedang sakit, sakit kerana isu terhadap pemimpinnya dibongkar satu demi satu yang paling terbaru yang  akan boleh melemahkan sokongan rakyat kepada UMNO apabila pemimpinnya dikaitkan dengan kes berprofail tinggi yang menakutkan.

Tambahan pula ada dikalangan pembesar UMNO sedang menanti untuk meneguk diair keruh supaya berlaku sesautu terhadap Presiden UMNO sebelum PRU. Mengambil kesempatan diatas kejatuhan kawan dalam politik UMNO adalah amalan biasa.

Sejak Tengku Ab.Rahman Putra Al-Haj lagi sudah berlaku 'cah keting' didalam UMNO. Tengku dipaksa berhenti secara terhormat oleh orang dikelilingnya, begitu juga dengan Tun Husein Onn sehinggalah ke zaman Tun Abdullah Badawi yang secara halus dipaksa berhenti walaupun untuk berhenti sebagai Perdana Menteri itu bukan kehendak hati Tun Abdullah sendiri.

Tidak mustahil isu yang didedahkan oleh Deepak Jaikishan yang terbaru ada hubung kait dengan perang dingin dalam UMNO kini, walaupun dalam UMNO sekarang nampak seperti air tasik yang tenang tapi jangan disangka tak ada buaya yang liar yang hanya mengunggu masa dan waktu yang sesuai untuk mengganas.

Apa pun penafian yang dibuat terhadap isu yang dibangkitkan oleh Deepak Jaikishan, ianya tidak mudah dipadam kerana setiap hari rakyat menunggu untuk mengetahui kisah sebenar, siapa peguam yang sedaikan akuan bersumpah kedua P. Balaisurbamaniam, siapa orang yang ingin mendedahkan cerita sebenar dan siapa sebenarnya pembunuh.

Percayalah, ramai dikalangan pemimpin UMNO sekarang becita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Terbukti apabila tak ada seorang pun yang bangkit untuk mengheret Deepak Jaikishan kemuka pengadilan sekiranya cerita yang didedahkan itu tidak benar dan fitnah. Kenapa UMNO berdiam diri apabila Presidennya di 'ejek' oleh seorang penjual karpek.

Apakah dalam UMNO kini ada 'gunting' dalam lipatan.

Monday, December 17, 2012

Isu Pilihanraya ke 13.

Yang masih jadi tanda tanya. Bila agaknya tarikh PRU 13 apabila semua parti-parti politik di Malaysia telah selesai mengadakan perhimpunan Agong. Tahun 2012 sudah hampir menjadi sejarah. banyak sejarah duka dan luka telah berlaku terutamanya apabila Dato' Seri Mohd Ali Rastam tak sempat menjadi Timbalan Presiden UMNO Malaysia.

Jawapan kepada isu Cincin yang bernilai berjuta-juta ringgit yang dihebohkan dalam media massa satu ketika dulu belum ada penghujungnya. Kegunaan jet peribadi oleh Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia belum dijawab, Lembu yang dibela oleh suami Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil belum berkesudahan.

Komesin kapal selam scorpene masih jadi tandatanya, kehilangan wang negara berbillion ringgit tak ada jawapan dan siapakah peguam yang menyediakan akuan bersumpah kedua oleh P. Balasurbaniam belum didedah lagi terbaru penglibatan Ketua Wanita UMNO Selangor dalam urusan tanah dengan Deepak Jaikishan masih di mahkamah.

Yang masih terbaru pendedahan berani seorang ahli perniagaan karpet iaitu Deepak Jaikishan berhubung isu penglibatan keluarga Perdana Menteri Malaysia dalam penyediaan SD kedua yang ditandatangani oleh P. Balasurbamanium yang ada kaitan dengan kes model Monggolia yang mati dibunuh secara kejam.

Mahkamah pula telah menetapkan pendengaran rayuan oleh Azilah dan Sairul yang dijatuh hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah, pada 11hb. June 2013 iaitu selepas PRU ke 13. Semuanya akan berkemundang dalam kempen Pilihanraya nanti.

Banyak lagi isu-isu yang akan dibangkitkan apabila bubarnya Parlimen nanti. Isu Felda, Isu Royalti. Isu Pendidikan, Isu Ketirisan dan Rasuah, isu penyalahangunaan kuasa, isu keborosan dan lain-lain pastinya mengambil tempat dipenats-pentas ceramah PR.

Kebanyakan negara yang telah lama dikuasai oleh pemerintah telah jatuh dan bertukar tangan, manakala negara Amerika dan Jepun selalu bertukar kerajaan. Kesedaran rakyat untuk melihat sebuah negara yang tidak jumud sekarang ini memucak. Malaysia juga tidak akan terlepas daripada senario rakyat mahu melihat perubahan.

Parti mana yang menang dalam PRU 13 nanti yang pastinya Perdana Menteri adalah orang melayu dan Islam, ini telah dinyata dengan terang oleh parti-parti politik yang mahu bertanding dalam PRU nanti yang mana BN akan mengekalkan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri manakala DAP dan PKR telah menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 7.

Disini jelas rakyat telah dijanjikan bahawa parti mana yang akan menang dalam PRU nanti, Perdana Menteri adalah orang melayu dan Islam. jadi kempen yang mengatakan bahawa sekiranya rakyat memilih PR untuk merintah Malaysia kuasa akan jatuh kepada bangsa asing adalah kempen yang tidak berharga.

Pilihanraya umum ke 13 ini rakyat diberi peluang secukupnya untuk memikir dan memilih parti mana yang lebih utamakan membela rakyat kerana perlembagaan Malaysia telah memberi ruang kepada rakyat selama lima tahun sekali untuk memilih parti yang akan membentuk kerajaan.

Kerajaan BN telah lama diberi peluang untuk mentadbir negara, rakyat tahu dan rasa akan kebolehan, kelebihan dan kekurangannya. tapi rakyat Malaysia belum pernah berada dibawah kerajaan baru. Apakah PRU13 ini, rakyat akan mengubah rasa kerana perlembagaan Malaysia membenarkanya.

Sunday, December 16, 2012

UMNO terkena jerat DAP

Apabila tidak ada Melayu yang dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat dalam Kongres DAP Kebangsaan ke 16, maka ada pihak menuduh bahawa DAP menampakkan parti Cauvinis dengan memberi contoh calun melayu yang bertanding tidak seorang pun menang.

Kepada siapa yang hendak disalahkan apabila calun melayu tidak dipilih dalam Kongres DAP semalam. Kita kena salahkan kepada mereka yang menawarkan diri untuk bertanding, mereka yang bertanding itu adakah untuk menang atau saja-saja bertanding sebagai melayan permintaan beberapa orang kawan didalam DAP.

Sekiranya calun melayu itu bertanding untuk mahu menang, maka adalah teramat malang kerana calun itu tidak menilik dicermin akan kemampuan diri sendiri apabila menyerahkan diri kepada lebih 2000 orang perwakilan yang tentunya ramai kawan cina daripada kawan melayu dalam DAP.

Tidak pelik sekiranya perwakilan tidak pilih calun melayu dalam Kongres DAP tahun ini kerana ahli-ahli DAP mahu seberapa ramai pemimpin cina DAP turun meraih undi dari pengundi  bagi memastikan pengundi keturunan cina memilih PR, kerana untuk meraih undi melayu PR sudah ada parti PAS yang dikenali Parti Islam SeMalaysia bagi meraih undi orang-orang melayu dan Islam

Keputusan Kongres DAP adalah jelas tahun ini apabila perwakilan memilih mereka-mereka yang akan mendekati pengundi cina bagi mempastikan pengundi cina akan terus memberi sokongan kepada DAP yang dengan sendirinya akan membantu PR. lihatlah dikalangan bekas anggota jawatankuasa pusat sendiri pun ada yang tidak dipilih itu menunjukkan kematangan perwakilan memilih tenaga kerja untuk DAP menghadapi PRU13 kelak.

Kepintaran PR mengatur parti-parti dalam pakatan bagi menawan kelopok pengundi yang berbagai adalah jelas boleh melemahkan BN ini kerana PR telah memberi perhatian yang khusus bagi menarik pengundi supaya menyokong PR seperti DAP akan memberi tumpuan kepada pengundi cina, PAS akan memberi tumpuan kepada pengundi Melayu dan Islam manakala PKR akan memberi tumpuan kepada pengundi berbagai-bagai bangsa dan ugama.

Kerana merasai akan kehilangan kuasa, mahu tidak mahu pihak UMNO telah mencanangkan melalui berbagai-bagai cara sama ada melalui media cetak dan eletronik, blog, twitter dan Fb yang pro kerajaan dan UMNO supaya mencetuskan kebencian orang melayu kepada DAP dengan melebalkan bahawa DAP adalah cauvinis apabila tidak seorang pun orang melayu dipilih menduduki Anggota Jawatankuasa Pusat dalam Kongres DAP. Yang sebenarnya keputusan yang dibuat oleh perwakilan itu adalah sebahagian startegi DAP untuk meraih undi orang-orang cina bagi mengalahkan BN dalam PRU 13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sekarang ini.

Dalam politik, untuk menang bukan perkara yang boleh dilihat ditekankan tapi startegi yang tersirat akan diterjemahkan kepada yang tersurat. Di Kelantan sejak dari dulu lagi UMNO dilihat kuat diluar tapi selalu menerima kekalahan apabila peti undi dibuka dan kini bukan saja di Kelantan ianya akan melimpah ke seluruh Malaysia. Kini UMNO dan BN hanya dilihat kuat diluar tapi kosong dalam penghayatan ummah.

Saturday, December 15, 2012

Kebalkah Deepak.

Sejak berlangsungnya Persidangan Agong UMNO  ke 66 di PWTC Kuala Lumpur. Isu Pembunuhan model Monggolia Altantuya Saribanu masih lagi dibicara oleh seorang peniaga karpet iaitu Deepak Jaikishan, banyak cerita yang disebarkan yang mengaitkan nama Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor hatta nama adik Najib iaitu Mohd Nassim pun dikaitkan.

Apakah kerana kebebasan bersuara, maka Deepak telah mengambil kesempatan untuk menghina PM Najib dan isteri tersayang Rosmah Mansor. Cerita P. Balasurbamaniam mengubah Akuan Bersumpah diolah dengan baik sehingga seakan-akan boleh mengubah retak keputusan Mahkamah yang menjatuh hukuman kepada Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 selepas didapati bersalah membunuh Altantuya, 28.

Bukan soal Deepak diupah atau diminta berpihak kepada Pembangkang yang harus dibincangkan, apa yang patut berlaku, apakah pihak berwajib Polis Malaysia dan SPRM hanya berdiam diri apabila satu satu perkara yang boleh mencemarkan nama negara dibiarkan begitu saja.

Boleh dikatakan tiap-tiap hari Deepak memanggil sidang vedio bagi mendedahkan keterlibatan beliau dalam urusan menyediakan SD kedua yang dilakukan oleh P.Balasurbamaniam yang jelas menimbulkan seribu persoalan dan tandatanya.

 Kebebasan dan kekebalan yang didapati oleh Deepak tentunya ada sebab mengapa pihak PDRM dan SPRM tidak mengambil tindakan walaupun dicabar oleh Deepak. Persoalannya sekarang apakah cerita yang dikatakan oleh Deepak itu betul? sehingga pihak berkuasa dan Najib tidak mengambil tindakan untuk mendakwa Deepak.

Perlu diingat dalam semua apa yang diluahkan oleh Deepak itu adalah menjurus untok mengaitkan kepada kes Altantuya yang dibunoh secara kejam dan melibatkan dua orang anggota polis dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Walaupun Azilah dan Sairul belum mati tapi mahkamah telah memutuskan rayuan mereka berduia itu akan didengar pada 11 hb. June 2013.

http://www.malaysiakini.com/news/216686



Tentunya Pilihanraya Umum yang ke 13 akan diadakan sebulum june 2013. Apakah nasib Azilah dan Sairul akan berubah dengan berubahnya sokongan rakyat kepada kerajaan BN pada PRU13 nanti. Atau mahkmamah akan memutuskan hukuman kekal seperti apa yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.

Thursday, December 13, 2012

Wajah politik baru.

Ubah, tukar, ganti diantara bahasa politik yang bergema sekarang, sama ada di Kelantan, Sabah dan Malaysia. Di Kelantan UMNO jadikan perkataan TUKAR sebagai agenda untuk merampas Kelantan dari PAS. Sabah pula mengunakan perkataan UBAH untuk menjatuhkan Kerajaan UMNO Sabah, manakala rakyat Malaysia beria-ia benar untuk GANTI kerajaan BN kepada PR.

Ramalan demi ramalan dikeluarkan oleh pihak-pihak yang ingin menjadi jaguh kepada andaian keputusan PRU13. ada yang mengatakan BN akan kekal memerintah tapi menang tipis, ada yang mengatakan BN menang tapi tidak cukup korum 2/3 manakala ada yang memberi angka bahawa BN akan menang dengan 125 kerusi Parlimen.

Pihak yang menyokong PR mengatakan tidak sukar untuk PR menang mejoriti sekiranya dilihat keatas kebanjiran rakyat berhimpun semasa memberi sokongan kepada majlis PR. Disetiap program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara, pulohan ribu rakyat hadir disetiap program untuk melahirkan sokongan kepada PR, rakyat tidak peduli dengan ancaman dan sabotaj yang dialami oleh PR.

Rakyat teringin benar untuk melihat kerajaan berubah, mahu merasai janji-janji yang diedarkan oleh PR melalui buku jingga. Banyak keistimewaan sedang menanti dan akan dinikmati oleh rakyat sekiranya PR dapat memerintah Malaysia, Siapakah muka-muka baru akan mengangkat sumpah sebagai Menteri, itu juga jadi penantian oleh rakyat.

Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat' bagaimanakah nasib mereka yang melakukah rasuah, menyalah guna kuasa semasa menjadi kerajaan dan nasib 19 orang yang fail pendakwaan sudah siap tapi tertangguh kerana campur tangan orang besar negara kini.

Bagaimana nasib Dato' Seri Najib dan Menteri-Menteri apabila kerajaan berubah, bagaimana keadaan UMNO dan masa depan parti tersebut, Siapa yang akan mengepalai Petronas dan GLC lainnya dan berapa ramai yang terpaksa dipenjara kerana semasa memerintah sekarang telah berlaku zalim dan tidak adil kepada rakyat dan negara.

Semua maklum bahawa sekarang ini PR ada 82 kerusi, bererti PR memerlukan hanya 31 kerusi lagi untuk menjatuhkan kerajaan BN, angka tersebut bukan payah bagi PR untuk mendapatnya kerana rata-rata sekarang ini rakyat dengan senang hati untuk memberi sokongan kepada PR bermula dari Johor hinggalah ke Sabah, 31 kerusi bukan lagi sebagai angka yang susah untuk didapati.

Setelah penamaan calun bermula nanti, maka bermulalah kejatuhan BN, 'pemecaman' yang boleh dilihat siapakah yang akan dicalun oleh BN di Negeri Sabah dan Serawak, kerana negeri2 tersebut sekarang ini bukan lagi kerusi jaminan untuk BN. Ramai yang telah berpaling tadah.


Wednesday, December 12, 2012

Cina Gerakan dah melampau.

Dah melampau.  
Apabila masyarakat keturunan cina dari parti Gerakan Negeri Sembilan sengaja datang ke Kota Bharu s mahu mencabar MPKB BRI dengan niat untuk menghina rakyat negeri Kelantan.

Lelaki cina itu datang untuk mendandan rambut di premis gunting rambut wanita. Cina tersebut sengaja nak mencabar orang Islam Kelantan. Lelaki cina tersebut dikatakan dari parti Gerakan iaitu salah satu parti yang bersama dengan UMNO memerintah Malaysia.

Apakah UMNO Kelantan menyokong tindakan lelaki cina dari parti Gerakan itu yang secara terang-terang untuk menunjukkan mereka boleh buat apa saja di Negeri Kelantan. Betul undang-undang tidak menyekat mereka itu untuk datang ke Kelantan mendendan rambut tapi kedatangan mereka dengan niat untuk mencabar rakyat negeri Kelantan dengan bermegah apabila mendandan rambut dengan wanita dalam suasana isu mendendan rambut belum selesai.

Nampaknya lelaki cina tersebut dah naik toncang.

Kini sudah sampai masanya MPKB BRI menutup semua premis yang tidak berlesen, penguatkuasa mesti bertindak tegas, jangan ada ketirisan dalam MPKB BRI,  rumah karaoke, disko dan pub yang tidak berlesen hendaklah ditutup segera walaupun tempat tersebut tidak dikunjungi oleh orang Islam.

Orang cina Kelantan diminta jangan terikut-ikut dengan cina Gerakan daripada Negeri Sembilan itu, Masyarakat cina Kelantan sudah masak dengan budaya orang Kelantan, dalam apa keadaan sekali pun orang melayu Kelantan tidak suka apabila mereka dicabar. Jangan kerana politik, orang UMNO Kelantan tidak sansitif dengan tindakan lelaki cina dari parti Gerakan itu.

Sudah sampai masanya orang Melayu Kelantan bersatu untuk menghalang mana-mana orang atau kumpulan orang yang cuba mencabar pihak penguatkuasa untuk mengambil tindakan kepada mereka yang tidak bermoral dan menyalahi undang-undang, khasnya mencabar kesucian Islam.

Selain dari isu kedai gunting rambut yang cuba disansitifkan oleh lelaki Gerakan tersebut kini terdapat isu baru yang dibangkit oleh masyarakat cina berhubung tangkapan yang dibuat oleh MPKB BRI terhadap pasangan cina yang telah melakukan mukadimah zina. Satu perbuatan yang mengaibkan, Sepatutnya masyarakat cina berterima kasih kepada MPKB BRI yang berjaya mencegah perbuatan yang tidak bermoral itu seperti yang dilakukan oleh bintang.

Lebih menyedihkan lagi apabila ada orang UMNO sengaja mencari helah untuk menyokong tindakan cina Gerakan itu dengan mengaikkan persoalan hudud, sedangkan perkara sebenar yang ada didepan kita sekarang ialah Islam sedang dicabar.

Kini rakyat sedang menunggu tindakan tegas diambil oleh MPKB BRI seperti penutupan tempat tempat hiburan yang tidak berlesen. Sekiranya Kerajaan Kelantan tegas dalam isu tersebut sudah pasti rakyat Kelantan akan bersama Kerajaan PAS pada PRU13 nanti.

Tuesday, December 11, 2012

Golf Cakna UT 2012.

 Golf Cakna UT telah pun berlangsung pada 8hb. Disembar 2012 di Kelab Golf Kota Bharu yang mana seramai 116 orang mengambil bahagian. Pada malamnya diadakan Majlis Makan Malam Golf Cakna UT bertempat di Perdana Resorat Kota Bharu, seramai 160 tetamu yang hadir termasuk YB. Amran Ab.Ghani, Ahli Parlimen Pasir Mas.

YB. Dato' Wan Rahim Wan Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kota Bharu adalah penaung kejohanan Golf Cakna UT  antara Parlimen Negeri Kelantan. Dalam ucapan beliau menyeru supaya aktibiti kemasyarakat melalui sukan akan dapat dianjurkan oleh Cakna UT sebagai sebahagian  program tahunan Cakna UT.

Disamping itu Presiden Cakna UT merakamkan ucapan terima kasih kepada pemberi sumbangan kepada CAKNA UT sebagai sokongan diatas kesanggupan Cakna UT menganjurkan Golf diantara Parlimen yang pertama kali dianjurkan oleh Cakna UT. Diantara pemberi sumbangan ialah'

YB. Dato' Mustapha Mohamed, Ahli Parlimen Jeli.
YB. Dato' Wan Rahim Wan Abdul Rahman. Ahli Parlimen Kota Bharu
YB. Amran Ab.Ghani, Ahli Parlimen Tanah Merah
YB. Abdul Aziz Ab.Kadir, Ahli Parlimen Ketereh
Dato' Mohammad Zaidi Sidek,
Dato' Dr Wan Suhaimi.
Encik Rasdi Mustapha
Encik Mohd Noor Yusof
Encik Rozaimi dan rakan-rakan.

Manakala pihak Cakna UT masih lagi menunggu, kalau-kalau ada Ahli Parlimen lain yang sudi memberi sumbangan. Insya Allah tahun depan pihak Cakna UT akan menganjurkan Golf Cakna UT dengan lebih meriah lagi disamping meningkatkan bilangan peserta-peserta disetiap Parlimen.

Teraju utama yang menjayakan Golf Cakna UT adalah Saudara Ahmad Mazahar Abdul Aziz dan kerabat-kerabat UT daripada Timbalan Pengerusi Sdr. Basher Zaen, Setiausaha Sdr Mat Black dan ahli-ahli yang budiman.




Thursday, December 6, 2012

Masih ada yang sayang.

Dulu mereka ini adalah pejuang pemuda yang perkasa, kebukit mereka daki, kelembah mereka turuni dan kelaut mereka renangi, kini mereka tidak dipeduli.

 Dato' Haji Khalid Yunus


 Dato' Drs Sulaiman Mohamed


    Dato' Zainal Abidin Zain
                                                                                 
Diantara bekas pemimpin Pemuda UMNO yang ditenggelamkan oleh kepimpinan sekarang. Orang politik tidak diperlukan lagi dalam perjuangan sekiranya tidak ada jawatan dalam parti. Walaupun Dato' Khalid Yunus, Dato' Drs Sulaimana Mohamed dan Dato' Zainal Abidin Zain adalah bekas-bekas Timbalan Menteri dan bekas Ketua Permuda UMNO Negeri tapi kini tenaganya tidak diperlukan lagi bahkan mereka disisihkan dalam arus perdana. Apakah mereka ini akan muncul bersama Tun Mahathir dalam PRU 13 nanti kerana hakikatnya mereka bukanlah pengikut Tun Mahathir.




Wednesday, December 5, 2012

Pendedahan Deepak." fitnah atau realiti"

Bukan saja ahli UMNO Sabah yang tak senang dengan kenyataan PM Najib berhubung isu 3 orang Naib Presiden UMNO dipanggil 3 ekor oleh Presiden pada penggulungan Persidangan Agong UMNO baru-baru ini.

Ramai Ahli merasakan adalah tidak kena apabila perbandingan Naib Presiden parti terbesar itu dengan diberi gelaran 3 ekor kerana ekor itu ada kaitan dengan binatang sama ada binatang dihutan atau binatang peliharaan.

Ahli-ahli UMNO Johor dan Perak pun memprotes dalam senyap terhadap ucapan tersebut. Yang tentunya mereka amat tersinggong, ada dikalangan pemimpin UMNO dari negeri tersebut menaruh kebimbangan, takut nanti ahli UMNO menzahirkan kemarahan dengan menolak BN dalam PRU13 nanti.

Kerana sudah menjadi rahsia umum ahli UMNO di Perak pernah menolak UMNO kerana tidak puas hati dengan pentadbiran Tun  Abdullah yang dianggap terlalu ikut dengar cakap menantunya Khairy Jamaluddin. Yang mengakibatkan negeri Perak hanyut kepada PR.

Begitu juga ahli UMNO Johor, yang mana pengaruh Ghani sudah tidak kuat dan sedikit tercalar apabila ada puak yang tidak begitu senang dengan cara pentadbiran Ghani kini, manakala Faktor Hishamuddin pula diremehkan oleh sepupunya sendiri yang menyebabkan ahli UMNO tawar hati.

Apabila Sabah, Johor dan Perak diletak dalam keadaan berjaga-jaga, suasana politik Malaysia tentunya akan berada dalam mood berjaga-jaga. Kebiasaannya dalam sesebuah negara demokrasi apabila tempat tradisi sesautu pihak itu tergugat maka keadaan keseluruhannya tidak akan selamat.

Begitulah yang nampak akan berlaku, semuanya ditambah dengan ucapan Presiden parti UMNO yang meletakkan Naib-Naib presiden dalam delima kerana dimalukan didepan ribuan perwakilan dari seluruh negara.

Apakah motif Presiden UMNO sanggup mengeluarkan perkataan sedemikian kepada anak buahnya. Adakah disebabkan dalam ucapan penggulungan Naib-Naib Presiden tidak cuba mempertahankan tuduhan yang dilapurkan oleh media yang pro PR yang boleh membaculkan keluarga Presiden.

Contohnya, bagaimana tak ada suara yang keras dalam Perhimpunan Agong UMNO untuk melanyak isu yang dibawa oleh Deepak yang mengaitkan keluarga PM Najib terlibat dalam urusan tanah dan pembelian kapal selam serta akuan bersumpah P. Balasurbamaniam berhubung kes Altatunya,

Rakyat kini masih tertanya-tanya apakah benar pendedahan yang dibuat oleh peniaga karpet itu atau satu fitnah. Sekiranya fitnah kenapa PM Najib dan keluarganya tidak mengambil tindakan bagi membersih namanya yang telah dicemarkan itu.

Monday, December 3, 2012

3 ekor.


UMNO arah supaya semua bilik gerakan petiundi dibuka mulai sekarang sehingga PRU13. Itu tanda-tanda pembubaran Perlimen akan berlaku pada bila-bila masa dan paling akhirnya bulan April 2013. Iatu tarikh yang sedang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat di Malaysia. Tarikh bagi menentukan parti mana yang akan menguasai pemerintahan kerajaan. Mungkinkah berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).
Banyak tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan kejatuhan BN pada PRU kali ini, yang terbaru apa yang berlaku semasa Persidangan Agong UMNO Malaysia ke 66 baru-baru ini. Ketiga-tiga sayap UMNO iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri telah gagal menarik minat pengundi-pengundi supaya ghairah menyokong UMNO pada PRU nanti kerana tidak ada perkara yang boleh mencetuskan kebencian rakyat kepada pembangkang. Isu-isu hambar dan ejakan yang kurang memberi semangat juang kepada ahli saja kedengaran.

Kenyataan sokongan untuk kebajikan rakyat tidak memberi impak yang besar bagi mengalihkan sokongan rakyat yang sekarang begitu bersemangat menyokong pembangkang kepada UMNO dan BN. Hanya dua perkara yang tidak akan dinikmati keseluruhan kepada pengundi iaitu tambahan pinjaman wang TEKUT dan kaji semula akta kebengkrapan.

Apa yang ditonjol disepanjang persidangan berlangsung tidak banyak yang boleh dibawa pulang oleh perwakilan untuk dihayati apabila sampai dikampung-kampung. Isu-isu lapuk masih dicanang oleh para pembahas. Tidak ada teguran yang meresahkan para pemimpin kerana budaya bodek masih tebal dikalangan UMNO.

Semua juru cakap terarah untuk memuja dan memuji Presiden Parti. Isu-isu terkini yang akan menjahnamkan UMNO tidak dibincang untuk diambil perhatian oleh pucuk pimpinan bagi membaiki akan kelemahan. Kesilapan demi kesilapan berlaku dalam pentadbiran kerajaan dan hala tuju UMNO sudah tentu akan mengurangkan sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

Dengan selesainya persidangan UMNO yang kosong itu, berlampang dadalah pihak PR. Tanda-tanda kemenangan yang besar PR dalam PRU kelak telah terpancar seperti terbitnya matahari diwaktu pagi yang indah dan damai. PR tak payah bersusah-susah lagi kerana UMNO sendiri mengalak ahli-ahli dan penyokong 'mengajar' keegoaan pemimpinnya.

Ahli-ahli UMNO telah melahirkan perasaan kecil hati dan sakit hati kepada Presiden mereka Dato' Seri Najib Tun Razak secarap senyap setelah kegagalan beliau untuk mengawal diri dengan secara ego melahirkan rasa tidak puas hati kepada Naib-Naib Presiden iaitu Shafie Afdal, Hishamuddin Tun Husein dan Zaid Hamidi dengan memanggil mereka itu '3 ekor'. Tiga ekor apa itu?.

Saya sebagai kawan kepada ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu, Shafie, Hisham dan Zaid cukup terasa hati dengan ungkapan Dato' Najib itu, mana boleh didalam satu perhimpunan yang besar itu yang dihadiri oleh semua lapisan masyarakat, Presiden tidak menunjukkan rasa hormat kepada anak buahnya, sedangkan diwaktu ini ketiga-tiga yang disebut 3 ekor itu adalah pemimpin rakyat.

Presiden sendiri tidak menunjukkan hormat kepada anak buahnya, bagaimana rakyat keseluruhan mahu menghormati mereka. Yang tinggal menghormati kepada 3 ekor itu nanti ialah ahli-ahli UMNO yang tidak memikirkan soal maruah yang sanggup menerima apa saja trade mark yang boleh mengaibkan kerana mahu mendampingi bagi tujuan peribadi.

Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri, walaupun mereka datangnya dari negeri dibawah bayu tapi mereka ada pemimpin dalam UMNO. Mereka dulunya menghormati kepada Shafie Afdal dan UMNO sebab itu UMNO boleh menang di Sabah dan Shafie boleh menang Naib Presiden UMNO.

Kini Shafie Afdal adalah salah seekor dari 3 ekor yang disebut oleh Dato' Najib dalam Persidangan Agong UMNO lalu, Penghinaan UMNO terhadap rakyat Sabah itu tentunya tak boleh diterima oleh arang-orang Sabah yang bermaruah dan apakah Shafie Afdal ada maruah, atau hanya membiarkan dirinya dihina semata-mata mahu mengekal jawatan Menteri.

Apabila UMNO sudah tidak menghormati rakyat Sabah, apakah rakyat Sabah mahu berdiam diri, sedangkan sudah menjadi rahsia umum, rakyat Sabah tidak murah dan boleh dicucuk hidung. Rakyat Sabah ada maruah dan harga diri dan bagi mengiakan bahawa rakyat Sabah ada harga diri tentunya akan diterjemah dalam PRU 13 nanti.

Dan bagaimana pula penerimaan  rakyat Johor dan Perak terhadap penghinaan UMNO kepada pemimpin dari negeri mereka ia-itu Hishamuddin Tun Husein Onn dan Zaid Hamidi. Akan bersambung.






Saturday, December 1, 2012

PRU13. UMNO tanpa sokong Pemuda dan Puteri.

Selesailah sudah Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, setelah 5 hari dilangsungkan di PWTC Kuala Lumpur, Wanita, Pemuda dan Puteri telah menyanyi dengan nada yang sumbang disepanjang perhimpunan tersebut kerana tidak ada apa yang boleh dihayati oleh perwakilan sebagai ilmu bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

Wanita hanya sempat mengaitkan peristiwa 13 Mei akan berulang sekiranya PR menang PRU13 nanti, satu andaian yang sengaja dibuat untuk menarik perhatian dan mengalehkan isu daripada ahli-ahli persoalkan trajedi NFL yang melibatkan pinjaman mudah dari kerajaan sebanyak RM250 juta yang telah memaksa PM Najib tidak terus melantik Ketua Wanita UMNO, Sharizat Jalil sebagai menteri.

Sekiranya kerajaan betul2 tidak mahu rakyat negara ini terlibat dalam suasana yang tidak harmoni, sepatutnya Sharizat Jalil tidak perlu mengeluarkan isu yang sensiti diantara kaum itu sebagai perbandingan dengan keputusan PRU kerana isu tersebut seakan-akan sudah dilupakan oleh genarasi baru rakyat Malaysia. Tujuan apa isu tersebut diangkat oleh Sharizat Jalil dalam Perhimpunan UMNO sekiranya tidak ada niat menghasut.

Menghasut untuk rakyat bertempur tentulah salah dari segi undang-undang, oleh itu pihak Kerajaan hendaklah mendakwa Sharizat Jalil dalam akta hasutan supaya menjadi pengajaran kepada orang lain yang cuba bangkitkan cerita supaya 'luka lama berdarah kembali' kerana ianya tidak memberi kebaikan kepada kestabilan negara.

Lain pula dengan Pemuda, Khairy, oleh kerana mahu menutup kelemahan Pemuda UMNO dalam memikat genarsi muda supaya menyokong UMNO, beliau telah memanjat tangga universiti dengan membuat perbandingan keputusan pemilihan pemimpin pelajar. Yang nampak berpihak kepada pro Kerajaan.

Sedangkan hakikatnya banyak eleman yang boleh dipertikaikan dalam pemilihan pemimpin pelajar baru-baru ini terutamanya para pelajar tidak penting sangat kepada siapa yang patut menerajui tapi mereka lebih kepada memberi tumpuan kepada pelajaran kerana pelajar2 tahu bahawa PRU13 ini rakyat sudah berpihak kepada PR.

Manakala Ketua Puteri UMNO pula, entah apa-apa yang diperjuangkan, hanya suara meninggi Rosnah saja yang dapat didengar tapi isinya kosong, sebab itulah dalam ucapan penutup Presiden UMNO, Dato' Najib tidak memberi apa-apa respon kepada Puteri UMNO. Tidak seperti Wanita dan Pemuda yang mana Najib meluluskan pinjaman TEKUN daripada 50,000 kepada 100,000 dan suara pemuda pula didengar iaitu untuk mengkaji semula akta bangkrap supaya tidak membebankan kepada orang yang tidak meminjam seperti pejamin dan sebagainya.

Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri semuanya pulang ke Bahagian masing-masing dengan tidak berbekal, tidak ada apa-apa yang istimewa yang boleh \dibawa pulang sebagai bekal yang berguna untuk diterima pakai bagi dilaksanakan semasa PRU nanti.

Malang bagi Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, berkampung diladang yang tak berbuah.