Sunday, February 28, 2010

mano oh mano.

happy birthday '18'
insaflah sebelum terlambat,kembali kepada ajaran Islam.

Realiti atau Fitnah?

layak jadi menteri besar kelantan, ganti nik aziz.

YB.Takiyuddin, Exco Kerajaan Kelantan.

dibawah ini adalah sedutan daripada tulisan blog kickdefella. Sekiranya betul cerita ini, siapa 'dalangnya'?.

Bagaimanapun, mungkin bagi sesetengah fraksi dendam lama masih belum padam.

Apabila ada usul oleh beberapa pihak yang mahu menurunkan KDYMM Al Sultan Kelantan dari tahta dalam tempoh beberapa bulan ini, terdapat beberapa pimpinan PAS Negeri yang berada di dalam Kerajaan telah menyambut cadangan tersebut.

Usul juga dibawa kepada Peguam Negara untuk mencari jalan melucutkan Tuanku dari tahta.

Beberapa usul dibawa ke dalam Mesyuarat Exco dan dibentangkan dengan panjang lebar. Ada juga usaha untuk meminda undang-undang tubuh Negeri Kelantan supaya Tuanku Ismail Petra boleh dilucutkan dari tahta di atas sebab berterusan berada di luar negeri.

Akhir sekali sebuah ‘Medical Board’ ditubuhkan dengan tergesa-gesa kononnya untuk memberi laporan kepada Kerajaan Negeri berhubung keadaan kesihatan Tuanku yang tidak lagi menginzinkan baginda meneruskan tugasnya sebagai Al Sultan Kelantan. Tujuan utamanya ialah untuk mengesyorkan baginda di turunkan tahta.

‘Medical Board’ membuat laporan tanpa memeriksa Tuanku secara fizikal dan hanya berdasarkan fail-fail perubatan sebelumnya. Menteri Besar Kelantan kemudiannya membuat sidang media dan memberi kenyataan yang tidak tepat sehingga menghina dan memalukan Al Sultan Kelantan dan institusi Raja Berpelembagaan. Lebih dari itu, kenyataan Nik Aziz berhubung keadaan fizikal Tuanku adalam satu penipuan.

Ulasan saya.

Sekiranya tulisan dan cerita yang ditulis oleh blogger tersebut palsu dan fitnah pihak kerajaan negeri kelantan hendaklah mengambil tindakan undang-undang.

Stadium, Politik Ketereh !

Tok Guru Nik Aziz ikut arahan Anuar Musa.

Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu telah usang, sudah tidak tertanggong untuk menampung peminat bolasepak yang terlalu ramai menyaksikan perlawanan setiap kali berlangsungnya di Kelantan, ini kerana pasukan kelantan sejak diterajui oleh Tan Sri Anuar Musa telah melonjak nama kelantan dalam kelendar bolasepak tanahair.

Anuar Musa dengan dibantu rakan-rakan dalam KAFA seperti Dato' Affandi, Rosmadi Ismail (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kota Bharu), Nik Ismail (Pengarah Belia Perak) dan para pegawai yang lain telah berusaha dengan gigih bagi memertabatkan pasukan kelantan sehingga berjaya keperingkat akhir pada musim lalu.

Sepatutnya Kelantan sudahpun ada Stadium baru yang kapasitinya boleh memuatkan lebih daripada 50,000 orang peminat bola sepak di Kelantan, Ini telah dijanjikan dalam manifesto pilihanraya 2008 lalu oleh parti UMNO yang ketika itu dipimpin oleh Anuar musa, tapi rakyat kelantan telah menolak apabila parti PAS masih menjadi idaman rakyat kelantan.

Kini Anuar Musa memanjangkan hasratnya untuk mewujudkan Stadium Bolasepak yang baru di kelantan, dicadangkan kepada EPU supaya sebuah stadium didirikan di kelantan bertempat di Gading Galoh, Machang yang bernilai rm500 juta. Manakala PAS pula memohon peruntukan daripada kerajaan pusat supaya Stadium didirikan di tapak bandar baru Tunjung dan tidak akan berlaku pembinaan stadium di Tunjung seperti diminta oleh kerajaan PAS itu selagi PAS tidak ujudkan kerajaan campuran dengan UBN.

Gading Galoh itu adalah pada satu ketika dulu tempat projek pemeliharaan ayam yang dikenali projek 'Telor Emas' yang mana salah satu projek untuk membela rakyat terutama rakyat yang miskin yang terdiri daripada Ibu Tunggal, Ideal yang cukup disenangi oleh seluruh rakyat terutamanya rakyat dalam Parlimen Ketereh yang mana Tan Sri Anuar Musa adalah Ketua Bahagian. Sudah ramai Ibu Tunggal mendapat nikmati dari usaha projek tersebut, nikmat kewangan bulanan dan tahunan, tapi kini projek itu sudah tidak ada lagi, sudah hanyut bersama hilangnya parlimen Ketereh dari gegaman UMNO dan ADUN Melor serta ADUN Kadok, hanya yang tinggal ADUN Kok Lanas itu pun kerana Dato' Haji Alwi Che Mat jadi calun dengan menang tipis tapi kalau beri kepada Ustaz K, boleh jadi hilang deposit.

Rakyat Kelantan sememangnya amat beruntung kerana kita ada Menteri dan Timbalan Menteri, walaupun UMNO Kalah teruk di Kelantan tapi aliran projek pembangunan tidak terjejas, projek mewah dan prasaran untuk kepentingan rakyat jelata dibuat mengikut keperluan, wang peruntukan melalui JPP yang dikuasai oleh Ketua Bahagian datang mencurah-curah sehingga ada wakil bahagian memonopoli lesen kontraktor kelas "F" sampai berpuluh-puluh.

Seperti di Kok Lanas, orang yang gila nak jadi calun dan sudah dijanjikan tapi apabila tak lekat (dipilih) jadi calun ditukar dengan projek sehingga telah menjadi kaya raya, rumah yang dibuat mengalahkan rumah jawatankuasa UMNO bahagian yang lain. Itulah nikmat berpolitik dalam UMNO Ketereh.

Dan orang Ketereh tentunya merasa megah, sekiranya sebuah Stadium ujud dalam Bahagiannya nanti dan itulah kehebatan Tan Sri Anuar Musa, banyak sentuhannya menjadi, tak kira yang baik ataupun yang kurang menyenangkan, contohnya seperti saya.

Saturday, February 27, 2010

Royalti Minyak, rakyat tertipu?

'politik keldai'

nasib kaulah keldai, sampai ketepi mujur.

Rakyat Kelantan belum memutuskan sebarang bentuk tindakan bagaimana untuk menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak, tapi rakyat kelantan sedang memerhati detik perdetik apakah kesudahannya kerana kepada rakyat kelantan negerinya harus terus membangun bersesuaian dengan kepesatan pembangunan dunia hari ini.

Apa saja nama tak kira royalti kah atau wang ihsan kah asalkan wang itu mengalir di Kelantan ianya telah menjadi kesyukuran kepada rakyat kelantan tapi dengan syarat jangan ada pihak yang mengunakkan wang tersebut dengan cara mencurigakan.

Tapi pemberian sebanyak rm 20 juta itu dikira teramat sedikit kalau dibandingkan dengan hasil yang dipunggut oleh Petronas, sepatutnya rakyat kelantan boleh mengecap nikmat yang lebih banyak lagi. Ini berlaku kerana kuasa politik di kelantan dikuasai oleh PAS dan untuk rakyat kelantan mahu melihat bahawa kelantan akan mendapat hasil minyak yang banyak adalah disarankan pada PRU ke 13 nanti rakyat kelantan cuba mengalih sokongan kepada BN pula dan saya yakin hasil minyak kelantan akan datang mencurah-curah ke negeri cik siti wan kembang itu.

Pokok perbalahan isu royalti minyak sekarang bukan kerana minyak terdapat diluar pesisir pantai kelantan, bukan kerana petronas tak ada wang untuk diagihkan kepada kelantan, tapi kepada saya isunya kerana politik, sebab negeri kelantan diperintah oleh PAS, diperintah oleh pembangkang, maka cekemanan terpaksa dilakukan untuk mengelak wang itu digunakan oleh Kerajaan PAS bagi kepentingan politik partinya.

Walau bagimanapun isu royalti minyak tidak akan selesai dengan mudah, PAS akan terus mendesak dan akan jadikan modal politik bagi mendapat simpati rakyat supaya terus menyokong PAS dan mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan. Isu kezaliman akan terus berkumandang kerana wang rakyat kelantan melalui rezeki minyak disekat oleh kerajaan pusat. Manakala UMNO akan terus melaburkan wang minyak untuk menarik minat rakyat supaya beralih angin untuk mencuba supaya kerajaan baru akan ujud di kelantan yang diteraju oleh UBN.

Yang menjadi topik sekarang, dalam pilihanraya umum ke 13 nanti, siapa yang akan jadi Menteri Besar sekiranya PAS masih lagi terus berkuasa kerana dalam PAS sekarang ini telah ujud puak-puak dan siapa agaknya yang layak jadi Menteri Besar sekiranya UMNO diberi mandat untuk berkuasa di Kelantan memandangkan pemimpin UMNO Kelantan tidak begitu mesra dengan Istana Kelantan sejak akhir-akhir ini.

Rakyat kelantan yang bijak akan sokong orang pada piliharaya akan datang, rakyat kelantan tidak lagi akan menyokong parti, maka parti mana yang dapat meletak calun yang disukai oleh rakyat maka parti itulah yang akan menang, ertinya faktor calun jadi penentu menang ataupun kalah.

Friday, February 26, 2010

PAS diminta ganti Menteri Besar Kelantan.

KDYMM Tuanku Sultan akan berangkat pulang ke kelantan dalam masa terdekat ini.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

Nampaknya Tuan Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan yang sudah lama memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang itu sekarang ini bermasaalah dengan Istana Kelantan kata seorang blogger dalam tulisan blognya dengan tajuk ' Menteri Besar Derhaka kepada Tuanku?'.

Sejak Sultan Kelantan, KDYMM Tuanku Ismail Petra menerima rawatan di Singapore sudah 7 bulan Nik Aziz tidak menzairahi Tuanku dengan alasan tidak berapa segar (sihat) tapi dapat pula Nik Aziz menampilkan diri di Mahkamah jalan duta bagi memberi sokongan terhadap kes Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Khabar terbaru bahawa kesihatan KDYMM Tuanku telah beransur semboh dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk keberangkatan pulang ke Kelantan, apakah Menteri Besar akan keluar negara apabila mendapat tahu tarikh kepulangan KDYMM Tuanku nanti. kalau dilihat apa yang berlaku dan dilakukan oleh Nik Aziz sebelum daripada ini adalah berkemungkinan besar pihak Kerajaan negeri tidak akan mengadakan sambutan besar besaran bagi menyambut kepulangan KDYMM Tuanku Al-Sultan.

Kecuali terdapat para ahli Exco yang bijak pandai yang tahu protokal sebenar bagaimana peranan Kerajaan bagi merainkan Sultan yang menjadi payung kepada rakyat negeri Kelantan dan Ketua Agama. Nik Aziz akan menikus apabila KDYMM Tuanku sudah pulang nanti dan sebagai orang politik sepatutnya Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai menteri besar apabila kenyataannya berhubung dengan kesihatan KDYMM Tuanku tidak tepat dan bercanggah dengan lapuran doktor yang merawat KDYMM Tuanku di Singapore.

Sesungguhnya rakyat Kelantan tertunggu tunggu rindu untuk melihat KDYMM Tuanku pulang ke Kelantan kerana dalam masa KDYMM Tuanku tiada dalam negeri macam-macam gossip liar diedarkan kepada seluruh rakyat jelata terutamanya berhubung dengan kesihatan KDYMM Tuanku yang tidak akan pulih. Dan apabila KDYMM Tuanku berangkat pulang nanti semua gossip dan berita palsu akan mati dengan sendirinya dan suasana pentadbiran kerajaan negeri akan tenteram sebagaimana semasa KDYMM Tuanku sihat seperti dahulu.

Apabila KDYMM Tuanku sudah berada dalam negeri Kelantan Darul Naim, maka sudah sampai masanya Parti PAS kena memikirkan pengantian Menteri Besar, kerana Nik Aziz sudah tidak releven berkhidmat dibawah pemerintahan KDYMM Tuanku Ismail Petra apabila semasa KDYMM Tuanku tidak sihat dan mendapat rawatan diluar negara Nik Aziz tidak menzairahi KDYMM Tuanku secara sukarela dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggong keluarga D'raja Kelantan.

Nik Aziz, sudah sampai masanya untuk 'anta' berihat menjadi Menteri Besar Kelantan.

Thursday, February 25, 2010

'Peneroka FELDA', BN dalam bahaya?

peneroka dan pemimpin pembangkang jumpa suhakam. (gambar malaysiakini)

Kedudukan Kerajaan BN akan tergugat dalam pilihanraya umum ke 13 nanti sekiranya 55 kawasan parlimen pengundinya yang dikuasai oleh peneroka FELDA mengundi parti pembangkang. Ini tidak mustahil akan berlaku sekiranya pihak tertinggi FELDA tidak memandang serius apa yang tidak puas hati oleh peneroka FELDA.

Wujudnya FELDA kerana kerajaan prihatin terhadap rakyat melayu luar bandar yang miskin yang harus dibela dan diberi rezeki untuk membesar anak-anak yang memerlukan kehidupan sempurna dan pelajaran yang selesa. Dan hasrat kerajaan telah berjaya kerana sekarang ini ramai generasi kedua dalam tanah rancangan FELDA telah menjadi manusia yang cerdik pandai.

Tapi malangnya ada anak-anak peneroka dan penoraka sendiri salah diasuh, sehingga lupa kepada jasa dan budi kerajaan yang telah memberi peluang kepada mereka sehingga hari ini mereka dapat hidup senang. Kenapa ini terjadi?

Kegagalan Ahli Lembaga Pengarah FELDA meletakkan agensi itu kearah peneroka yang mengenag budi adalah gagal kerana mereka tidak mengambil serius bagi menjaga kebajikan peneroka tapi lebih kepada mahu melihat FELDA dapat untung dalam bidang perniagaan sehingga pembelian buah kelapa sawit selalu menjadi perdebatan diantara peneroka dan pengurusan kilang.

Ahli Lembaga Pengarah FELDA sekarang sudah menjadi 'Mark Time' dan sudah sampai masanya pihak kerajaan menukar mereka itu dengan tenaga baru yang boleh meredakan kemarahan peneroka kepada kerajaan dan dapat menyelesaikan masaalah yang berlaku dalam rancangan FELDA. Pemimpin FELDA juga wajib turun padang sepertimana yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Yusof Noor sudah tidak mampu untuk mengajak peneroka FELDA supaya meninggalkan parti pembangkang dan menyokong BN 100% kerana pendekatannya tidak lagi mesra dan segala tindakannya boleh dikatakan ikut nasihat pegawai. Sedangkan sudah menjadi rahsia umum ada pegawai FELDA yang miripnya menyokong parti pembangkang.

Tahukah Yusof Noor dan ALP FELDA bahawa pada pilihanraya yang lalu BN hanya mendapat undi peneroka sebanyak 75% sahaja dan bagaimana sekiranya pada PRU 13 nanti sebanyak 21% undi lagi akan berpihak kepada pembangkang, dan tidak mustahil kalau dilihat pada gelora yang melanda FELDA sekarang. Bagaimana pemimpin parti pembangkang boleh bersama-sama dengan peneroka dan anak muda peneroka duduk bersama dan mengadakan perhimpunan bagi menghentam pengurusan FELDA secara terbuka sedangkan disitulah tempat periuk nasi mereka.

Peneroka sudah tidak malu kepada kepimpinan FELDA dan tentunya undi mereka nanti akan berpihak kepada pembangkang. Oleh itu FELDA hendaklah secara serius mengadakan tidakbalas bagi mempastikan undi peneroka pada PRU ke 13 nanti tidak kurang supaya sebanyak 55 kerusi Parlimen yang penentunya adalah peneroka akan berpihak kepada BN.

Semaasa saya berkhidmat di Kementerian Kemjuan Tanah dan Wilayah dulu bersama Dato' Romzi, Ismail Awang, Dato' Shokur dan ramai lagi, Peneroka FELDA tidaklah berpolitik menyokong pembangkang seperti hari ini. Dan hari ini dimana silapnya?.

Wednesday, February 24, 2010

e-mail pedas tapi bernas.

Dato' Pa


Sdra newkk
Program 2B @ 'Berkawan & Berkhidmat' diatas adalah hasil ilham Datok Pa dlm usaha menawan kelantan dri PAS dlm PRU13 nanti.Saya merasa skeptikal dgn program ini kerana:-

1. Tok Pa bukannya jenis insan yang suka bersaing @ berkawan. seumur hidupnya, dari zaman budak2 sampai ke Universiti dan sampai ke tua, bukannya jenis duduk kedai kopi, restoran atau karaoke. Bukan juga kaki balai sah @ masjid.

2. Segala peers @ rakan2 sebaya dia juga adalah dari jenis yang sama. Burung yang bulunya serupa, terbang bersama-sama (birds of same feather flock together);

3. Pegawai-Pegawainya, dari Pejabat bahagian di Jeli sampailah ke MITI, kelihatan juga dari species yang sama. TIDAK ada seni bersahabat (NO friendship skill). Contoh, SetPol beliau, Dato Azmi Stapa adalah dilihat sebagain seorang yang angkuh, bongkak dan sombong. TIDAK mesra rakyat (NOT people friendly). Terkenal dengan 'mesra bertompok'. Hanya intim dengan golongan kontraktor2 sahaja. TIDAK dengan rakyat sakan.

SetPol ini juga terkenal dengan TIDAK suka menjawab telefon.Pernah berpengalaman untuk menghubungi beliau dengan membuat tidak kurang dari 13 panggilan dan satu SMS. Langsung TIDAK di respon.(Sedangkan dalam fonbimbitnya ada tercatit 'missed call'. Susah sangat ke nak call balik ?

Pengalaman ke2: SetPol ini tiba di Pengkalan Chepa dari KL. KeretauJPP menjemput beliau. Tanpa senyum & berpaling kiri kanan (apa lagi nak menyapa segala rakyat sakan yang tercegat di pintu arrival), langsung terus ke kereta JPP tadi.Kesimpulannya, saya berpendapat portal@facebook 2B yang dilancarkan beberapa malam dulu PASTI mengalami kegagalan kiranya Tok Pa dan seluruh anggota & kakitangan beliau tidak terlebih dahulu m3emperlengkapkan diri masing2 dengan 'SENI BERSAHABAT' terlebih dahulu.

Tok Pa, terutamanya mesti belajar 'mendengar & menggunapakai' nasihat2 yang dikemukakan kepada beliau. Jangan hanya nampak 'attentive' mendengar ketika saranan & cadangan disampaikan, tapi menolak bulat2 selepas itu.Orang ke2 penting ialah SetPolnya. Wajib tukar fe'el dan sikap. jangan anggap setiap individu tidak berguna. Ada sesetengah kita diluar sini adalah jenis 'suka mailto:bersaing@berkawan hasrat nak tolong parti. jangan ada rasa serabut dan fedup terhadap mereka ini.Atau kalau rasa jawatan SetPol ni terlalu berat untuk dipikul, resign saja dan baliklah semula ke universiti mengajar semula.

Mungkin ilmu beliau lebih dimanfaatkan di menara gading.ATAU maksud Tok Pa, siapa yang 'Berkawan" & siapa yang Berkhidmat ? Kita rakyat di bawah ? Hanya ketua yang patut 'lead by example'. Agar apa yang kita nak buat di redhai dan di berkati Allah, Tok Pa dan seluruh jentera sekeliling, WAJIB terlebih dahulu berubah. Kita sedang mendepani satu jihad untuk 'memenangi hati & minda rakyat'.Kita patut memperlihatkan sesuatu yang lebih baik dari PAS/PR. Kita orang2 UMNO kena memperagakan sesuatu yang lebih indah dan murni dari PAS/PR. Baru orang2 tertarik dan akan 'menggilai' kita.

Umpama nak 'tackle' perempuan. Kalau kita masih 'cepuah' ala mat rempit @ mat feed, baunya hapak macam kepala bapak ayam, pakaian compang camping, rakyat geli melihat kita.Usahkan nak tawan hati dan minda mereka, kita menjauhkan mereka dari kita.Untuk merealisasikan program 2B ini, Dato Azmi SetPol tahu siapa diluar sana yang dapat membantu. Tapi Dato Azmi telah menjauhkan dirinya dari golongan ini. Usah di harap kepada golongan karyawan dan korporat di KL ni yang memenuhi laman kediaman Tok Pa di pelancaran portal malam tu. Mereka adalah opportunis yang tidak tahu apa tentang 'seni bersahabat' .

(e-mail ini saya kira ada keikhlasannya, tapi ada sedikit persenol agaknya. saya paparkan ini bukan untuk menghina tapi untuk dijadikan asas bagi menjayakan slogan ' berkawan dan berkhidmat' sesuai dengan kehendak YAB Perdana Menteri, 'rakyat didahulukan'.)

Dukacita dimaklumkan, saya teramat sedih!

Apakah Allah telah menutup pintu PINTU HATI MEREKA BERDUA. Apakah sudah tidak akan wujud perkataan bermaaf-maafan sebagai orang ISLAM. Sebesar mana agaknya dosa sehingga menampakkan sampai mati pun mereka tidak akan berbaik.

Sesungguhnya sebagai orang ISLAM dan salah seorang sahabat kepada mereka berdua, saya terasa AMAT SEDIH sekiranya sudah tidak ada ruang untuk mereka bersatu dan berbaik kembali kerana banyak kerja yang berjaya diwaktu mereka berdua rapat dulu.

Apakah sudah tidak boleh dipakai peribahasa BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH sedangkan ISLAM tidak mengalakkan umatnya berbalah. Mereka berdua adalah orang yang cerdik pandai, fikir-fikirkanlah. Saya hanya mampu berdoa semuga tidak akan berpanjangan sehingga membawa mati perbalahan ini.

Itulah harapan saya kepada MSO & DIA. Mohon maaf sekiranya tulisan saya ini menganggu kehidupan harian saudara berdua. Ikhlasnya saya mahu melihat saudara berdua berganding bahu seperti dulu-dulu.

Tuesday, February 23, 2010

Malaysia masih perlu BOROH Asing!

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri KDN mengatakan hari ini akan diadakan mesyuarat Pertama Makmal Pengurusan PATI (Pendatang Tanpa Izin) dan pekerja Asing yang baru diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri kelmarin.

Mengikut Mahyuddin, makmal tersebut akan merumuskan bagaimana satu sistem dapat dibangunkan bagi mempastikan pengambilan pekerja asing hanya berdasar keperluan selain kawalan keluar masuk yang lebih rapi.

Ingin saya sarankan kepada perkara utama supaya pengurusan kemasukan dan kepulangan pekerja asing tidak menjadi kelam kabut dan dapat diuruskan dengan tersusun dan bertanggongjawab.

1. Kelulusan yang hendak diberi mestilah berdasarkan keperluan majikan. (Tidak memberi kelulusan khas kepada kawan-kawan yang berniaga mencari keuntungan mudah dengan menjual kertas kelulusan Menteri walaupun keperluan majikan sedikit tapi diberi kelulusan banyak).

2. Mesti ada pemantauan yang bertanggongjawab yang akan mempastikan tarikh kemasukan pekerja asing mengikut jadual dan pengambilan pekerja dipintu masuk disyaratkan kepada Syarikat-Syarikat tertentu yang diberi kelulusan oleh KDN. (Syarikat Out Sourcing hendaklah diberi tanggongjawab dan sekiranya Syarikat itu tidak melaksanakan syarat yang dikenakan maka satu tindakan yang berat hendaklah diambil).

3. Majikan tidak diberi kelulusan terus, pengambilan pekerja asing hendaklah dibuat melalui Syarikat Out Sourcing, Ini bagi memudahkan pemantauan pekerja supaya tidak lari dan apabila cukup tempuh untuk dihantar pulang, maka ada Syarikat yang bertanggongjawab.

4. Syarikat Out Sourcaing yang diali baba hendaklah dibatalkan lesennya dan yang tidak ada akuan kewangan yang jelas yang hanya berniaga menjual kouta juga hendaklah dibatalkan lesennya dengan mengenakan denda ataupun hukuman yang berat.

Sistem yang ada hari ini harus diperkemaskan dengan Jabatan Kerajaan hendaklah sentiasa bekerjasama dengan Syarikat Out Sourcing supaya pengurusan dan pemantauan pekerja asing dapat ditingkatkan bagi mengelakkan berlakunya ramai pekerja asing menjadi pekerja tanpa izin.

Makmal Pengurusan PATI tidak akan berkesan sekiranya hanya Jabatan Kerajaan saja yang ditugaskan, penglibatan Syarikat-Syarikat yang terlibat dalam pengurusan Pekerja Asing hendaklah dilibatkan sama supaya hasrat Kerajaan dapat sama-sama laksanakan untuk kepentingan Negara.

KDN jangan terperangkap dengan komen-komen NGO atau individu tertentu yang sebenarnya tidak mahir dalam pengurusan pekerja asing tapi bercakap seperti pakar tanpa alasan yang menasabah. malaysia masih memerlukan tenaga boroh asing bagi memacukan ekonomi negara.

'Orang JAHAT tak suka berdamai'

Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia meminta supaya ahli-ahli UMNO melupakan persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kekalahan parti dalam pilihanraya lalu yang menyebabkan BN tidak memperolehi mejoreti 2/3 dalam pilihanraya umum ke 12 lalu.

Itulah diantara punca BN dan calun UMNO kalah dalam pilihnaraya lalu, selain dari calun yang dipilih untuk bertanding tidak diterima oleh rakyat, calun yang dipilih semata-mata orang kesayangan Ketua UMNO Bahagian ataupun Pengerusi Perhubungan dan Presiden parti. Keikhlasan YAB Tan Sri Muhyiddin menyuarakan rahsia sebenar apa yang belaku dalam UMNO hendaklah disambut baik oleh semua lapisan ahli-ahli UMNO untuk mengubah sikap.

Sikap meneruskan persengketaan dan perbalahan diperingkat Bahagian hendaklah didamaikan yang mana Ketua Bahagian wajib memimpin secara telus dan ikhlas, istilah pacung dan membunuh tokoh hendaklah dihentikan, amalan sayang bertompok hendaklah dipadamkan dalam agenda hendak memperkayakan diri dan puak, slogan parti hendaklah diutamakan mesti menjadi satu dosa sekiranya diingkarkan. Penjarakan Ketua Bahagian yang mengkhianati perjuangan parti dengan mengunakan kedudukan dan jawatan semata-mata mencuri kekayaan.

Dunia hari ini tidak cukup hanya dengan pemimpin datang dan bersyarah serta memberi nasihat suruh buat itu dan ini, tindakan susulan hendaklah diambi sekiranya nasihat berguna untuk memperkasakan parti masih tidak diendahkan oleh ahli parti. Kerana memang jelas perbalahan berterusan sehingga kehari pilihanraya akan mengakibatkan parti akan kalah kerana bukan saja ahli yang ditindas oleh Ketua Bahagian akan membalas dendam bahkan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian ataupun Naib Ketua Bahagian yang bercita-cita untuk menjadi calun sekiranya tidak dipilih sedangkan musuh politik dalam Bahagian dipilih menjadi calun maka mereka itu juga akan mengkhianatinya.

Perdamaian hendaklah diujudkan dikalangan ahli-ahli parti yang berbalah, Ketua Bahagian hendaklah berusaha sebagai tanda kehebatan kepimpinannya, dapat selesai masaalah dalaman parti itulah tanda kewibawaan sebagai pemimpin, kerana tidak ramai disetiap Bahagian ada orang yang mempunyai ramai pengikut, berbagilah dengan adil dan saksama tugas untuk menjayakan parti dan memenangkan parti dalam pilihanraya. Kerana perdamaian akan membawa kebahagian dan kebahagian tentukan akan memperolehi kejayaan.

YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin percaya, 'DAMAI ertinya NIKMAT dan NIKMAT ertinya BAHAGIA kerana BAHAGIA itu adalah segala-galanya dalam hidup'.

Monday, February 15, 2010

UMNO Kelantan & Ibrahim Ali.

Dato' Ibrahim Ali.

Saya sering kali memperkatakan 'kehebatan Dato' Ibrahim' berpolitik, dan kenyataan saya itu dapat dibuktikan dengan rekod kecemerlangan beliau dalam arena politk tanahair yang tidak ada pada ahli politik lain, hanya nasib saja yang tidak menyebelahi beliau kalau dibanding dengan sesetengah ahli politik dimalaysia hari ini kerana ada orang tak payah berjuang pun mendapat kedudukan yang selesa dalam kerajaan.

Dato' Ibrahim Ali mewarnai politiknya dengan menyertai berbagai-bagai parti dari BERJASA, UMNO, Semangat 46 dan pernah bersama PAS. Kini beliau menjadi ahli politik bebas yang mirip kepada UMNO. Beliau berjuang kerana prinsip yang jelas iaitu untuk kepentingan Melayu dan setiap kali ada isu berkaitan dengan melayu disitu terdapat Dato' Ibrahim Ali. Jadi tak usah siapa pertikailah perjuangan Dato' Ibrahim Ali ini, tak usah nak tuduh bahawa beliau fanatik ataupun ultra perkauman.

Kerana kehebatan beliau berjuang tidak menumpang, beliau rela habiskan wang ringgit, masa dan tenaga dengan menubuhkan NGO untuk melahirkan sokongan kepada Melayu, setakat ini yang saya rekod ada dua pertubuhan yang sangat berjaya diterajui oleh beliau, yang mana sekarang ini PERKASA yang dicemburui oleh setengah pihak dalam UMNO dan MTRK (Majlis Tindakan Rakyat Kelantan) yang mempertahankan insitiusi kesultanan Kelantan apabila ada pihak yang cuba hendak mengugat kedudukan raja-raja.

Rekod kehebatan beliau inilah yang digeruni oleh badan-badan lain termasuk badan politik, auranya boleh mengumpul orangramai sejak dibangku sekolah lagi, pedatonya walaupun keras tapi bernas. tidak kedekut memberi pandangan dan tunjuk ajar walaupun sekali sekali janjinya tidak tertunai kerana Dato' Ibrahim Ali juga manusia ada kekurangan dan kelebihan, jadi tak usahlah kita melihat kepada yang kurang sebagai ukuran perjuangan, lihatlah yang cemerlang yang tentunya kuasa melayu akan dipertahankan.

Komen dalam The Star kelmarin sebenarnya pendapat orang yang kurang rapat dengan beliau, komen sekilas pandang. Sebenarnya perjuangan Dato' Ibrahim Ali masih jauh kehadapan yang mana beliau mahu melihat Melayu jangan dipersendakan dan Negeri Kelantan membangun dengan identiti melayu yang amat terbilang. UMNO Kelantan akan rugi sekiranya pengaruh Dato' Ibrahim Ali dipandang sepi. Jangan sekali lagi 'menjilat jari'.

Sunday, February 14, 2010

Jadi saksi kes rasuah 'boring'.

Hartanya bertimbun-timbun, wangnya berjutaan ringgit. Tak sepadan dengan gaji satu keluarga semasa hayatnya bekerja, tapi kaya entah datang dari mana. Sekiranya itulah asas yang boleh mencurigakan kepada seseorang penjawat awam, maka tidak hanya setiausaha politik dijabatan perdana menteri yang harus disiasat. Banyak lagi orang yang harus SPRM panggil untuk mengambil kenyataan.

Bukan saja berlaku diperingkat pusat, tapi diperingkat negeri pun berlaku juga yang mana ada pegawai kerajaan yang kayanya melimpah ruah terutamanya dinegeri Kelantan. Walau pun Kerajaan negeri tidak cukup wang untuk berbelanja tapi ada dikalangan pegawai kerajaan yang hidupnya teramat mewah.

Rasuah hari ini berlaku dimana-mana, dipasar borong, dipejabat kerajaan, dipejabat swasta, diagensi-agensi kerajaan hatta pun dipadang bola kerana rasuah itu juga sebagai perniagaan yang boleh untung. Yang beri rasuah kerana mahu untung, yang terima rasuah pun mahu untung, kerana ada keuntunganlah maka berlakunya rasuah.

Minta projek kalau tak janji apa-apa belum tentu akan dapat, sama ada projek itu runding terus kah, ataupun projek tender terpilih. Dah jadi rahsia umum tapi tak dapat dicekup kerana kurang bukti. Kepintaran mengatasi segala-galanya, yang kena cekup itu kerana tidak ada ilmu kepintaran yang boleh melekakan SPRM.

Cuba lihat, yang kena cekup atau kena dakwa adalah ikan-ikan bilis yang angka rasuahnya teramat kecil, yang makan besar, tangkap besar, jarang-jarang ada, kalau ada pun kerana ada pihak yang tidak puas hati dalam pengagihan reziki 'rompakan khazanah'.

SPRM akan teruskan usahanya untuk menjejaki mereka-meraka yang didapati melakukan rasuah sehingga ada akta baru yang mana sekiranya saksi berpaling tadah maka saksi itu akan didakwa seberat-beratnya. Siapa yang nak menjadi saksi sekiranya pada akhir nanti dia sendiri yang masuk penjara kerana memberi kenyataan yang bercanggah?.

Dan kadang-kadang jadi saksi paling 'boring' kerana terpaksa hadir apabila dapat sepina dari SPRM dan setelah hadir kes pula ditunda ketarikh lain, satu tahun belum tentu selesai, seperti saya yang menjadi saksi pihak pendakwa dalam kes rasuah bekas pegawai seorang menteri sehingga sekarang belum ada lagi tarikh baru untuk perbicaraan, kesnya telah berlarut sudah dua tahun. Bila agaknya akan End.

Saturday, February 13, 2010

Apa dah jadi !

Kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan 'Maulidul Rasul' tahun 1431` Hijarah/2010 Masehi tapi tidak mengharamkan sambuatan 'Hari Kekasih' yang akan berlaku pada 14hb. Februari 2010 ini.

Tepuk dada, tanya selera.

Friday, February 12, 2010

Pakatan Rakyat menuju kehancuran?

Mujur ada DAP. kini kedudukan orang melayu akan selamat. Orang melayu akan bersatu, orang melayu akan nampak dimana hujung jatuhnya sekiranya DAP jadi pemerintah. Orang melayu sudah diajar oleh DAP supaya lingkup apabila DAP berkuasa. DAP sebenarnya anti melayu yang hanya guna orang melayu untuk melenyapkan kuasa melayu.

Mujur ada contoh pemerintahan kerajaan yang diteraju DAP, mujur ada contoh kerajaan yang didokong oleh DAP, maka orang melayu dapat melihat dan belajar untuk memberi kuasa kepada DAP dimasa yang akan datang. gaya dan lagak pemimpin DAP setelah menjadi tuan telah memberi pengajaran kepada orang melayu yang undi DAP dalam pilihanraya lalu.

Mujur ada DAP. maka UMNO akan menjadi tempat bergantung oleh orang-orang melayu, kerana hanya parti UMNO saja sekarang ini tidak boleh digunakan oleh DAP untuk menghancurkan kuasa melayu, nak harap kepada PAS dan PKR sekarang ini nampaknya tidak laku, DAP terlalu angkuh dengan kuasa yang ada padanya, tak tahulah esok atau lusa sama ada PAS dan PKR boleh tendang DAP keluar daripada pakatan rakyat kerana nampaknya DAP bukan parti untuk membantu rakyat tapi untuk kepentingan puak-puak mereka saja.

Anuar Ibrahim, Nik Aziz dan Haji Hadi akan hanyut dipersada arena politik tanahair sekiranya masih sayangkan kepada DAP, nama-nama besar pemimpin parti pembangkang itu akan direkod sebagai pemimpin yang tidak memperjuangkan nasib orang-orang melayu dan Islam sekiranya mereka itu membiarkan DAP membuat keputusan bagi menindaskan melayu.

Rekod kecemerlangan Anuar, Nik Aziz dan Haji Hadi sebagai pemimpin melayu dan Islam akan dapat dipertahankan sekiranya sudah tidak ada lagi wakil rakyat daripada pakatan keluar parti untuk menyokong UMNO dan tidak mungkin wakil rakyat dari pakatan akan keluar parti sekiranya suara dan pendapatnya untuk menjaga kepentingan melayu tidak diabaikan oleh pemimpin pakatan rakyat termasuk DAP.

Pakatan rakyat hanya menunggu masa kehancuran sekiranya masih bertuankan DAP dalam menjalankan pentadbiran kerajaan pulau pinang, kerana orang melayu diseluruh negara sudah melihat dan sedar betapa angkuh dan sombong pemimpin DAP melayan orang-orang melayu di pulau pinang, dengan gelagak pemimpin DAP tersebut ianya akan tempias kepada pemimpin PKR dan PAS.

Mujur ada UMNO, boleh menyelamatkan kuasa melayu dan mujur ada DAP boleh menyedarkan bangsa melayu untuk bersatu.

Thursday, February 11, 2010

Terima Kasih "Kedutaan RI".

gambar desy fajarina dan manohara. dimana tidak ada tanda silet didada manohara seperti tuduhan yang dibuat terhadap yam tengku temenggong kelantan.

gambar dari malaysiakini

Terima Kasih diucapkan kepada Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur yang akan memberi kerjasama secara diplomasi kepada YAM Tengku Temenggong Kelantan bagi menyerahkan keputusan penghakiman kepada Manohara dan Desy Fajarina.

Keputusan Penghakiman tersebut ialah:-

1. Perintah Kembali Taat

2. Bayaran hutang sebanyak rm 1,112.250 juta

3. Bayaran engkar kerana menfitnah rm 105 juta

Melihat kepada kerjasama yang erat diantara Pemerintahan Indonesia dan Kerajaan Malaysia adalah diharap kes tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin dan Manohara bersama Desy Fajarina tidak dapat lari daripada tindakan sepertimana 'larinya Desy Fajarina daripada menerima hukuman penjara di Perancis kerana menyeksa seorang rakyat Indonesia yang bernama Saliha.

Yang salah tetap salah dan terpaksa menerima hukuman tak kira dimana pesalah itu berada, inilah nampaknya yang akan berlaku terhadap Manohara dan Desy Fajarina, kejahatan sebenarnya telah ditunjuk oleh Allah swt. YAM Tengku Temenggong mencari saluran yang betul bagi membersih dirinya daripada tuduhan fitnah mengaibkan sebagaimana fitnah dan kejahatan yang dilakukan oleh Desy Fajarina terhadap beliau.

Manakala tuduhan yang dibuat oleh Desy Fajarina dan Manohara terhadap YAM Tengku Temenggong Kelantan sehingga hari ini tidak ada bukti yang boleh diajukan kepada mahkamah ataupun pengadilan, itu menunjukkan bahawa sebenarnya tidak ada penyeksaan yang dilakukan oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan terhadap Manohara. Dan oleh kerana tuduhan palsu yang dibuat oleh Desy Fajarina dan Manohara itu adalah wajar mereka berdua itu dihukum.

Yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan rakyat yang rasional adalah apakah Desy Fajarina akan terlepas daripada menerima hukuman penjara yang dijatuhkan oleh mahkamah Perancis dalam kasus Saliha dan kes penipuan yang sedang disiasat oleh pemerintahan Indonesia sekarang ini.


Wednesday, February 10, 2010

SPRM: Bukan salah kami - Malaysiakini

"Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan"

Lama sungguh rakyat dok tunggu nak dengar berita. Apa sudah jadi dengan penyiasatan yang telah dibuat terhadap pembesar ataupun bekas pembesar negara berhubung dengan kes 'rasuah' sama ada rasuah wang ringgit ataupun rasuah kuasa. Nampaknya Abu Kassim telus dalam melaksanakan tugas dan tanggongjawab yang diberi amanah oleh kerajaan.

Berita rasuah menjadi tarikan kepada masyarakat terutamanya yang melibatkan orang yang mempunyai kuasa dan kedudukan tinggi, tapi malangnya jarang sekali kita didedahkan tentang berita kes rasuah yang melibatkan jutaan ringgit yang kita dengar hanyalah ratusan ringgit dan ribuan yang kecil yang melibatkan peringkat bawahan.

Rasuah adalah satu penyakit yang tak dapat dihapuskan seperti penagih dadah dan pelacuran, tapi ianya boleh dikurangkan sekiranya ada tindakan yang berterusan dan tidak memilih bulu. Tambah-tambah lagi sekiranya kes yang berprofil tinggi dibawa kepengadilan dengan cepat dan segera. Banyak sebenar kes-kes berprofil tinggi yang belum diambil tindakan, tapi dengan pendedahan Abu Kassim itu adalah diharap pejabat peguam negara hendaklah beri perhatian yang sewajarnya supaya tidak ada kes tertangguh kerana permainan.

Proses pendakwaan dan perbicaraan hendaklah dibuat dengan segera, jangan sampai berbelas tahun kes masih belum selesai yang mana orang yang kena tuduh sudah meninggal dunia atau pun orang yang sepatutnya didakwa sempat melarikan diri keluar negara atau pun saksi penting hilang entah kemana.

Rakyat sedang memerhati dan akan memberi sokongan terhadap ketegasan Abu Kassim dengan dibantu oleh Shukri dan Zakaria Jaafar.

Tuesday, February 9, 2010

'kongsi kuasa'

Tok Guru Dato' Nik Aziz dan Tok Guru Dato' Haji Hadi Awang, kedua-duanya adalah pemilik PAS telah bersuara untuk bersedia berbaik-baik dengan UMNO dalam hal kepentingan Agama dan Bangsa. Dalam isu ini ada yang setuju dan ada yang pertikai keikhlasan PAS kerana sebelum daripada ini isu kerajaan perpaduan telah ditolak oleh Tok Guru Dato' Nik Aziz secara terbuka walaupun cadangan itu datangnya dari Presiden dan Timbalan Presiden PAS.

Dalam politik kepartian, ada ikhlas kah?

Tentunya beralas, kerana dalam pertarungan politik semua pihak mahu menang dan mahu mendapat hasilnya. Sekiranya kejujuran seseorang pemimpin parti itu diletak samarata dengan pahala, adalah teramat mudah untuk mendapat persetujuan dan membentuk kerjasama yang erat. dalam politik biasanya apabila negara dan kuasa sudah hampir hancur barulah ada usaha yang gigih untuk mencari perdamaian.

Saya tertarik dengan ulasan Tan Sri Husein Ahmad, bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia dalam utusan malaysia hari ini apabila Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa orang melayu tidak perlu kepada UMNO. Tan Sri Husein berkata " dulu penjajah membawa masuk rakyat dari pelbagai negara yang mendedahkan masyarakat setempat dengan budaya asing yang tidak seiring dengan tuntutan agama.

Apabila orang melayu lupa kepada matlamat perjuangan dan khayal dengan kemewahan dan ada pembelot maka negara mudah dijajah. Mujurlah akhirnya ujud UMNO yang melahirkan semula bangsa dan ketuanan melayu yang musnah gara-gara dasar penjajah. Oleh itu melayu kuat hari ini kerana adanya UMNO, kenyataan Guan Eng itu sebagai propaganda murah yang mahu mencetuskan kebencian orang melayu terhadap UMNO.

Yang peliknya sekarang ini orang Cina dan India bermaharajalela menuntut bermacam-macam dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada pemerintah. sepatutnya orang melayulah melahirkan rasa tidak puas hati kerana hak mereka diberi kepada bangsa lain.

Apa yang berlaku hari ini apabila Nasir Safar, bekas pegawai khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia bercakap pasal bangsa lain tak boleh tapi apabila orang Cina dan India mempertikailan hak keistimewaan melayu, Dasar Ekonomi Baru, boleh. Orang Cina dan India sangat sensitif apabila ada orang bercakap soal keturunan mereka tapi, orang Cina dan India maki melayu pun boleh. Tak jadi hal.

Itulah kehebatan orang melayu untuk mempertahankan kedamaian dan keharmonian, kerana orang melayu tidak gila kuasa dan bersedia berkongsi kuasa dengan bangsa lain dalam negara ini, itulah hikmah disebalik 1Malaysia. atau melayu?.

Monday, February 8, 2010

mencari MB baru di Kelantan.

Perebutan 'kuasa' secara dingin memang berlaku dalam PAS Kelantan terutamanya siapa bakal penganti kepada Nik Aziz nanti. Tentunya satu hari Nik Aziz akan meninggalkan jawatan Menteri Besar yang beliau sangat sayang itu, yang dipeluknya lebih erat daripada peluk bini.
Peluang sudah ada, UMNO tunggu apa lagi?.

diatas akhmal, tanah merah dan ini abdullah yassin, rantau panjang
Daripada 14 Bahagian UMNO Negeri Kelantan, 2 Bahagian dimenangi oleh BN iaitu Parlimen Jeli (Dato' Mustapha Mohamed) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah) manakala 2 Bahagian iaitu Bahagian Rantau Panjang dan Bahagian Tanah Merah masih kucar kacir yang belum dapat diselesaikan ekoran pemilihan UMNO Bahagian lalu. Sekiranya pucuk pimpinan tidak berusaha secara sungguh-sungguh nescaya ianya tidak akan selesai sehingga PRU 13 nanti.

Nampaknya sehingga hari ini Abdullah Mat Yassin (Rantau Panjang) dan Akhmal (Tanah Merah) masih belum mampu menyelesaikan kemelut didalam Bahagian, ini kerana penentang mereka di Bahagian masih tidak boleh duduk semeja. Dalam hal ini nampaknya kedua-dua pihak tidak meletakkan keutamaan kepada perjuangan parti.

Pucuk pimpinan parti, sama ada diperingkat negeri atau pun pusat hendaklah memberi tumpuan yang lebih sedikit di Bahagian tersebut kerana kerusi perlimen Rantau Panjang dan Tanah Merah ada peluang untuk rakyat hadiah kepada UBN dalam pilihanraya akan datang bagi membalas budi Dato' Najib yang telah memberi perhatian kepada negeri Kelantan apabila ramai pemimpin UMNO Kelantan diberi tempat didalam jemaah menteri dan agensi kerajaan.

Dato' Najib kena percaya bahawa rakyat Kelantan sekarang ini sebilangan besar sudah mahu memberi kemenagan kepada UBN untuk kersui Parlimen, kerana rakyat Kelantan sedar bahawa Kerajaan perlu mejoriti 2/3 dalam parlimen untuk memperkuatkan kuasa terutama bagi mempastikan kedudukan kerajaan BN tidak tergugat. Tapi Dato' Najib mesti tunaikan kata-katanya bahawa calun untuk pilihanraya nanti tidak semestinya hanya orang yang ditunjuk oleh Ketua Bahagian tapi calun hendaklah dipilih dikalangan ahli UMNO yang boleh diterima oleh pengundi dan rakyat.

Rakyat juga sedang meneliti siapakah UMNO akan tonjolkan sebagai Menteri Besar apabila rakyat memberi kepercayaan kepada UBN nanti, kerana rakyat takut apabila seorang menteri besar yang dilantik nanti bukan untuk membela rakyat tapi asyik dok intai peluang untuk menambah kekayaan diri dan anak beranak kerana rakyat tahu negeri Kelantan sebenarnya kaya dengan hasil bumi. Hanya Kerajaan PAS saja yang kurang arif untuk memajukannya.

Oleh itu rakyat belum bersedia untuk menyerahkan negeri Kelantan kepada BN kerana rakyat belum nampak kelayakan dikalangan pemimpin UMNO Kelantan untuk dinobat sebagai ketua Kerajaan Kelantan sekarang. Oleh itu UMNO hendaklah secara sulit memberi peluang kepada salah seorang yang difikir layak untuk diberi tanggongjawab mengatur gerakkerja supaya rakyat menyukainya dan menumbangkan PAS. Orangnya ada, yang perlu diberi tugas dan amanah supaya dilaksanakan dalam masa yang masih ada waktu.

Sekarang adalah masa yang sesuai UMNO Kelantan diubah supaya didepan tidak akan rebah lagi. PAS kuat kerana pengikutnya ada semangat perjuangan yang tinggi, rendah diri, baik hati dan mesra, tidak ego.lihat betapa bermurah hati dan baiknya PAS, kerusi Parlimen Pasir Mas diberi untuk Dato' Ibrahim Ali bertanding dan menang.

Apakah UMNO mampu melakukannya?.

Sunday, February 7, 2010

Perniagaan untung yang lumayan.

Tahun 2010 baru berlalu 38hari. Berita berkenaan rampasan tangkapan dadah hangat diumumkan oleh pihak polis dan kastam dan terbaru tangkapan dibuat lapangan terbang KLIA yang melibat penyeludupan dadah bernama 'syabu' yang bernilai rm13.6juta, satu angka yang agak besar, 3/4 daripada peruntukan wang ihsan untuk negeri kelantan.

Pertama; kemanakah hendak dijual 'syabu' tersebut, adakah untuk pelanggang di malaysia saja atau malaysia dijadi sebagai tempat transit untuk diedar ke negara lain, saya yakin pihak polis Malaysia tahu susun galur perjalanan 'syabu' tersebut setelah ianya berada di Malaysia.

Kedua; apakah tidak terlepas kemasukan atau penyeludupan dadah ke Malaysia sebelum daripada ini yang tak dapat dikesan ataupun tak dapat di tangkap melalui pintu masuk KLIA dan sekiranya terlepas berapa banyakkah nilai harga dadah tersebut.

Kalau dihitung barang tangkapan itu, ianya boleh dibekalkan kepada beribu-ribu penagih, dan melihat kepada kegiatan pengedaran dadah berleluasa di malaysia ini tentunya peminatnya agak ramai. Yang peliknya walaupun hukuman kepada pengedar itu berat sehingga boleh membawa mati tapi taukehnya masih banyak. Apakah kerana pendapatan lumayan, mereka itu tidak takut kepada undang-undang dan mati.

Atau sebenarnya menjadi pengedar dadah tak jadi hal kerana mudah lolos daripada tangkapan dan undang-undang, hanya mereka yang kurang bernasib baik saja yang tidak terlepas dari tindakan undang-undang dan tangkapan. Dan belum tentu dihukum.

Nampaknya penjualan dadah sama dengan perniagaan pelacuran, walaupun tangkapan dibuat , dua perniagaan ini tidak dapat dihapuskan, dan perniagaan ini mendatangkan pendapatan yang lumayan, penguatkuasa ada tapi tak dapat hendak hapuskan. Dimana silapnya?.

Yang menjadi kegerunan sangat kepada saya ialah satu lagi perniagaan penyeludupan yang merbahaya kepada rakyat, iaitu perniagaan 'senjatapi'. kalau dadah, pelacur dengan senang diseludup masuk ke Malaysia, bagaimana pula dengan kemasukan senjatapi secara haram, ini boleh mengancam nyawa manusia dan juga boleh menghancurkan negara.

Dengan kawalan sempadan yang longgar ada kemungkinan negera kita juga jadi tempat transit untuk bekalan senjatapi kepada perompak, pencuri,penyamun,gangstar,ahli kongsi gelap dan ansir-anasir jahat bagi menghuru harakan negara.

Oleh itu adalah diharapkan kepada kerajaan supaya bidang perniagaan DADAH, PELACURAN dan SENJATAPI semuanya secara haram hendaklah diberi perhatian yang serius kerana perkara ini boleh mengacam KESELAMATAN NEGARA dan kepada penguatkuasa yang diberi tugas dan tanggongjawab bagi membasmikan pekara tersebut sekiranya didapati bersubahat hendak dijatuhkan hukuman 'bunuh' sama dengan tuan yang ampunya barang.

Cegahlah sebelum bertambah parah. Jangan dok asyik nak tambah harta saja.

Saturday, February 6, 2010

27tahun dipenjara.

kita bagaimana?

27tahun hidup didalam penjara dan usianya kini 92tahun tapi masih kelihatan sihat walaupun sudah bercuti dalam perjuangan. itulah Nelson Mendela, seorang pejuang kulit hitam yang berjaya. Semalam beliau merainkan genapnya 20tahun beliau dibebaskan dari kurungan penjara yang kejam, bukan merainkan sambutan hari jadi 'happy birthday' yang menjadi kegilaan ramai orang kaya Islam sekarang ini.

Semasa usia muda beliau tidak meghabiskan masa untuk berpoya-poya tapi darah perjuangan telah mengalir dalam diri untuk untuk melihat rakyat hidup tanpa penindasan dan kerana keberanian itulah maka sejak usianya 45tahun beliau telah disimpan dipenjara dipulau 'ROBBEN' Cape Town selama 27tahun.

Dinegara kita ada juga manusia yang dipenjara lebih dari 27tahun, bahkan ada yang dipenjara seumor hidup dan ada yang dijatuhkan hukuman mati. Tapi kesalahan mereka yang dipenjara itu adalah kesalahan yang 'BODOH' yang tidak menguntungkan bangsa dan negara, kesalahan kerana melakukan kejahatan, kesalahan kerana membunuh, merompak, menyamun, merogol menipu, rasuah. Hanya ada barangkali disumbat kepenjara kerana terpaksa supaya tidak menganggu ketenteraman negara, itu pun bukan kerana perjuangan sangat.

Tapi kita akan terasa amat malang sekiranya hukuman yang dijatuhkan kepada seseorang itu bukan berlandaskan kepada keadilan sebenar, seperti apa yang ditanggong oleh Nelson Mendala selama 27tahun. Kita juga tidak mahu berlaku kerana hendak memenjarakan seseorang itu maka dibuat pendakwaan untuk ditunjukkan bahawa negara mengamalkan demokerasi tapi hakikatnya tudahan yang dibuat itu adalah sendiwara purba seperti cerita hindustan. Dan kita akan merasa bangga sekiranya keadilan dapat ditegakkan dengan menjatuhkan hukuman yang berat kepada pelaku kesalahan sebenar tanpa konspirasi.

Dalam politik dinegara kita ini adalah diharapkan tidak ada orang yang akan menerima nasib yang sama seperti apa yang dilalui Nelson Mendala itu, kerana berada dalam penjara usahkan selama 20tahun masuk 2 hari pun dah nak jadi binggong. itulah cerita seorang sahabat kepada saya yang pernah masuk penjara kerana tuduhan 'membunuh'.

Thursday, February 4, 2010

masuk wad lagi.

'Alhamdulillah sudah hampir semboh seluruhnya'

terima kasih diatas doa dan sembahyang hajat yang anda usahakan untuk kesembohan kesihatan yang saya alami semasa ditanah suci, mekkah mukkarammah yang baru lalu. Hari isnin ini(8hb. Februari) adalah proses terakhir dibilik pembedahan hospital selayang dan akan berada disana selama dua hari. Insya Allah.

Wednesday, February 3, 2010

Queen Control yang silap.

Gila!. masih ada lagi cerita bini dera suami, bukan bini saja yang dera suami tapi anak-anak turut sama dera bapanya. Cerita dalam kosmo bertajuk lelaki derita tujuh tahun jadi mangsa dera isteri memaparkan bagaimana sedihnya seorang suami yang berumur 47tahun berasal dari selayang, selangor.

Inilah dunia, penderaan berlaku kepada siapa saja, sama ada penderaan mental ataupun penderaan fizikal. Orang gaji didera majikan, Isteri didera suami, anak didera ibubapa, majikan dera kuli dan jarang-jarang suami didera isteri. Lelaki jenis macam mana sehingga boleh bertahan 7tahun didera isteri dan bagaimana rupa paras dan perangai isteri itu sehingga menjadi gerunan oleh suami. bagaimana anak-anak boleh ikut ibu turut sama mendera ayahnya. Dosa dah jadi ucapan mainan, tak takut langsung pada Allah dan keazaban di akhirat nanti. Pertimbangan Agama tak ada langsung.

Anak-anak dah tak peduli erti dosa, tahu derhaka tapi tak takut kepada neraka, contoh cerita sitanggang tidak memberi pengajaran kepada anak-anak zaman sekarang, ada ilmu Agama, tahu apa yang diajar oleh ustaz tentang penderhakaan kepada ibubapa itu akan menerima azab neraka yang amat pedih, tapi penderhakaan dilakukan juga. Emak dan Ayah diletak dibawah tapak kaki. Anak-anak zaman sekarang dah 'menta' dengan hukum Allah pun dah main-main.

Kisah suami takut ke bini memang benar ada dan berlaku pun teruatama tejadi kepada orang-orang besar dan orang-orang kaya, tapi tidaklah didera sehingga menjadi kesakitan fizikal yang teruk. Dan istilah ini dipanggil 'bukan takutkan bini tapi bini tak takut kat kita' dan ini terjadi kerana perangai suami pun boleh tahan, jadi adillah kepada bini kontrol suami yang ada kuasa dan ada pitih. Itu tidak derhaka namanya, itu adalah satu taktik sebenarnya.

Kerana si bini, apabila suami keluar malam dan pulang lewat sikit bising macam murai tercabut ekor, tapi apabila suami ke phuket, kebandung, jakarta, macau dan keluar negeri, wajahnya tersengeh-sengeh dan heboh menceritakan kepada kawan-kawan bahawa suaminya hebat selalu keluar negeri bermain golf. Keluar malam tak boleh, tapi keluar negeri dua tiga malam dengan alasan bermain golf itu hebat namanya. Nasib kamulah wahai para isteri yang bergerlar 'Queen Control' dan jangan ikut perangai seperti berita dalam metro itu, kisah isteri dera suami, itu jahat namanya.

Kepada para bini yang suaminya 'kaki golf keluar negara' ikutlah sama, suami main golf, bini boleh shooping.

Tuesday, February 2, 2010

Melayu PERKASA dan PERKASAKAN Melayu.

PERKASAKAN MELAYU, melayu mesti PERKASA dan Presiden PERKASA Dato' Paduka Ibrahim Ali, Ahli Parlimen bebas Pasir Mas telah menghantar surat kepada Pope, ketua Ugama Krestian sedunia minta penjelasan pernahkah puak Krestian sebelum daripada ini mengunakan perkataan ALLAH. Buatlah apa yang patut kerana itulah kehebatan Dato' Ibrahim Ali, memikir perkara yang boleh membantu menyelesaikan isu rakyat.

Manakala Parti Cinta Malaysia pula (PCM) sibuk cabar mencabar dengan PKR, pacing dan memancing supaya ada ahli parlimen Malaysia menyertai partinya. Sebagai sebuah parti politik itu adalah sebahagian tugasnya, kempen menambah ahli dan hancurkan parti lawan. Betul juga cara PCM itu bertindak, dimana ada peluang'balonglah saja' tak rugi pun.

kata Tun Mahathir, orang melayu sekarang ini tengah salah habah, kerana parti-parti politik melayu sedang berkucah, PAS dah hilang pedoman, PKR dah hilang tujuan kini UMNO pun nampaknya dah nak hilang persefahaman, yang nampak hebat sikit untuk perjuang nasib melayu sekarang ini bukannya parti politik melayu tapi NGO melayu, terutamanya PERKASA dah ujud diserata negeri dan nampaknya akan jadi PERKASA sungguh.

Apa kata sekiranya PERKASA didaftar sebagai parti politik bagi memberi alternatif kepada orang melayu menukar sokongan kepada parti politik melayu yang sudah ada yang semuanya nampak nak hilang arah, kecuali UMNO masih relevan dizaman Dato' Seri Najib sehari dua ini., kedepan tak tahulah sekiranya masih kekalkan kuman ataupun virus yang boleh merosakkan parti masih dikekalkan orang-orang untuk jadi pentadbir diperingkat ibu pejabat dan bahagian.

Sekiranya PERKASA jadi parti politik, ahli parlimen yang ada prinsip perjuangan, yang sekarang sedang berkelahi dengan pucuk pimpinan masing-masing tak kira PKR kah, PAS kah, DAP kah, MCA kah, UMNO kah semuanya join PERKASA maka melayu akan jadi perkasa dan mereka itu boleh PERKASAKAN melayu.

Monday, February 1, 2010

'Jangan terjah tak tentu kalu'.

Saya setuju seperti lapuran akhbar Utusan Malaysia hari ini, dengan kata-kata Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Sdr Dali Husin bahawa YBM Tengku Razaleigh ada agenda sendiri apabila bersetuju dengan menjadi ketua kaukus royalti minyak yang disuarakan oleh pihak parti pembangkang.

Tentunya sebagai orang yang serba tahu susun galur sejarah penubuhan Petronas dan banyak pengalaman politik sepak terajang, sama ada dalam UMNO sendiri atau pun parti pembangkang, tentunya Tengku Razaleigh ada buah kilas apabila menawarkan diri dalam satu-satu tugas terutamanya ada kaitan politik, kerana politik zaman ini adalah politik kepentingan diri, seperti juga dengan Sdr Dali Husein, sanggup pegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Kelantan walaupun satu kerusi dalam Parlimen Pengkalan Chepa UMNO tak menang, nak bagi contoh penerangan bagaimana kepada ahli parti kerana tempat kita sendiri rakyat tak terima peneranagan kita?. (itu pun penting diri kah).

Itulah saya sarankan supaya ahli-ahli UMNO terutama barisan kepimpinan UMNO Negeri sepatutnya mengelak dari membuat kenyataan yang boleh ditafsirkan bahawa pemimpin UMNO Kelantan tidak bersatu, lebih baik rapatkan barisan, hadap PAS dan Keadilan betul-betul, kerana masa ini adalah masa YANG TERBAIK UNTUK MENYEDARKAN RAKYAT kELANTAN SUPAYA MENUMBANGKAN KERAJAAN PAS. Tapi kerja mudah ini akan hancur selagi para pemimpin UMNO masih nak jadi hero dengan mengkritik sama sendiri secara terbuka.

Presiden parti, Dato' Seri Najib akan membantu UMNO Kelantan habis-habisan untuk mempastikan penambahan kerusi Parlimen pada pilihanraya umum ke 13 nanti kerana mahu BN menguasai Parlimen 2/3. Dan UMNO Kelantan boleh melakukannya, mampu melaksanakan amanah UMNO itu dengan tidak mengenepikan aktivis dan orang yang berpengaruh bersama-sama dengan kepimpinan UMNO di peringkat Negeri dan Bahagian. Saya teramat YAKIN UMNO boleh menambah kerusi Parlimen dalam pilihanraya umum ke 13 nanti sekiranya Ketua Bahagian UMNO tidak membuat keputusan secara 'SOLO'.

Janji Dato' Najib untuk menentukan kemenangan dalam pilihanraya nanti, calun adalah orang yang popular dan disukai oleh rakyat, bukan orang yang disukai oleh Ketua Bahagian, sekiranya ini benar-benar terjadi pada pilihanraya umum ke 13 nanti terutamanya untuk negeri Kelantan, bukan saja rakyat mengalu-alukan bahkan PAS pun akan mati akal.

Hanya yang perlu ditambahkan sedikit lagi ialah Dato' Pa kena tambah semangat dan jangan serik. Ramai cerdik pandai anak-anak Kelantan sedang menunggu untuk membantu Dato' Pa. Pesanan buat Dato' Pa. bersahabatlah dengan semua orang yang ada niat untuk menolong, jangan pilih dan memilih. Tolonglah orang yang minta pertolongan bagi mengamalkan slogan 1MALAYSIA, rakyat didahulukan.