Wednesday, December 28, 2011

2011 berlalu dengan 'luka didada'.


Saya mengambil kesempatan untuk mengucap 'SELAMAT TAHUN BARU' kepada semua muslimin dan muslimat yang selama ini mengikuti Blog Yang Ku Dengar Dan Ku Lihat ini dan telah memberi teguran dan tunjuk ajar bagi memantapkan lagi bahasa penulisan sehingga diminati bukan saja rakyat Malaysia bahkan telah merintisan sempadan negara.

Saya akan bercuti menulis beberapa minggu atas urusan perubatan.

Kepada sahabat saya ahli-ahli UMNO terutamanya didalam UMNO Bahagian KETEREH saya berharap dapat menjalankan tugas,tanggongjawab dan amanah dengan sebaik mungkin bagi melaksanakan semuanya tidak mengambil kira fahaman politik seperti mana cara yang telah saya tanamkan dulu iaitu berpakat membawa berkat.

Kepada Pemuda UMNO KETEREH, perpisahan kita adalah perpisahan mata oleh kerana saya tidak mahu anda semua berada dalam keadaan 'delima' kerana tekanan dan ugutan apabila didapati berada bersama-sama saya. Hanya pesan saya pada saudara Ketua saudara adalah Mohamed Abdullah (Adek Mat), Naib Ketua adalah Zuri Ariffin, bukan orang lain.

Manusia yang bernama Ariff Irman hanyalah Pen. Setiausaha yang dilantik atas kasihan Adek Mat supaya tidak terhegeh-hegeh mencari tempat dalam Pemuda kerana tidak semua pemuda cawangan sukakan padanya. kalau terkena pada diri saya bagi mengelak malu dan di cebeh oleh Pemuda UMNO Cawangan dan kalau ada air muka tak malu eloklah letak jawatan sebagai Pen. Setiausaha Pemuda yang dilantik atas ihsan (ihsan dalam perlantikan politik itu sama taraf dengan tok pakir minta sedekah).

Kepada Wanita UMNO teruskanlah usaha kemasyarakatan dan lawatan kerumah-rumah bagi menyampikan sumbangan kerajaan kepada rakyat kerana pada PRU13 ini sekali lagi peranan wanita diperlukan untuk berkhidmat memberi kemenangan kepada orang yag sudah jelas tidak akan menang dan masa terbaik wanita UMNO dicalunkan tapi masih tidak dipertimbangkan.

Kepada sahabat dalam Parti Islam Sa-Malaysia iaitu PAS, marilah sama-sama kita rapatkan saf perjuangan bagi menegakkan KEADILAN membangun bersama ISLAM, menentang kemungkaran dan terus mendesak Kerajaan BN supaya kembalikan wang royalti minyak kepada rakyat dan Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan ulama YAB Tok Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Negeri Kelantan, Darul Naim.

Kepada sahabat UT (UMNO tumPAS), teruskan berhujah mempertahankan fakta dan jaga tatasusila serta kesopanan dengan terus mengamal Budi Bahasa Budaya Kita dengan membesarkan semangat persahabatan dan pemufakatan diantara kita berasakan ajaran ugama suci kita ISLAM. Amin.

Wednesday, December 21, 2011

Ampun Tuanku.


Faridah Begum Anugerah saya dibui Raja pasal berani menegakkan kebenaran...apa lainnya saya dengan oghe lain...saya pun rakyat jugo....

Diantara dailog dalam FB.

Monday, December 19, 2011

Betulkah, budak-budak kuasai pejabat UMNO Kelantan?


3 hari, Facebook UMNO tumPAS bermasaalah, entah dirasuk hantu, atau ada orang sengaja HICKING kerena wall UMNO tumPAS bersikap tidak kompromi kepada mana-mana orang untuk menlontarkan perkara yang realiti berlaku dialam maya.

Tak kira mereka itu pembesar negara, negeri, wakil rakyat, ketua Bahagian UMNO, MCA, MIC dalam kompenan BN, atau Ketua Kawasan PAS dan Ketua cabang PKR, yang tak betul didedahkan dan yang tak buat kerja diasak supaya menyelesaikan kerja dan juga memberi ingatan kepada balaci-balaci parti supaya jangan pergadaikan maruah parti.

Wall UMNO tumPAS sekarang ini sedang berusaha untuk mengaktifkan semula dan mencari punca kerosakan atau HICKING yang sedang berkalu, walaupun ada diantara ahli-ahli group UMNO tumPAS memberi cadangan supaya nama baru ditukarkan seperti MINDA UMNO tuPAS, UMNO tumPAS II, UMNO gluPAS dan macam-macam lagi tapi ada juga ahli yang masih tidak mahu mengaku kalah, masih mahu nama asal UMNO tumPAS dikekalkan dan dicari punca kerosakannya.

Tak apalah soal nama itu, tapi apa yang perlu diambil tahu, bahawa keberkesanan penghujahan dan perdebatan dan isu-siu yang dilontarkan dalam FB wall UMNO tumPAS banyak kesannya kepada masyarakat terutama takyat yang aktif mahu tahu perjalanan politik tanahair, tapi malangnya ada juga segelintir yang diberi keistimewaan jadi ahli tidak dapat memunafaatkan peluang tersebut kerana kekurangan ideal dan kebekuan otak maka lari dan membuka wall baru untuk kumpulannya sendiri.

Masuk bakul pikul sendiri, terutamanya wall pro UMNO Kelantan.

Thursday, December 15, 2011

Dato' Azmi, berkhidmat tidak bermusim.

Gambar terbaru.: Kelihatan YAB TGNA bersama Dato' Azmi Bin Dato' Aziz dalam satu majlis di Kota Bharu pagi tadi.


Ramai rakyat tidak sedar bahawa didalam kegawatan politik hari ini ada manusia yang berani tampil untuk membantu rakyat kelantan yang kurang bernasib baik, bantuan yang dihulurkan berbagai-bagai, ada dihulur melalui parti politik UMNO, ada dihulur kepada pertubuhan sukarela dan ada dilhulur melalui orang PAS.

Bantuan berupa beras dan makanan, pakaian dan keperluan harian kepada rakyat yang memerlukan serta beberapa ekor lembu korban telah disempurakan sepanjang tahun 2011. Kini tahun 2011 sudah sampai kepenghujung tapi Dato' Azmi bin Dato' Abdul Aziz berkesempatan membantu anak-anak muda yang berniaga dalam kawasan MPKB BRI menyelesaikan beberapa masaalah dengan berjumpa terus YB. Takiyuddin Hassan, Exco yang bertanggongjawab terhadap majlis Perbandaran.

Ada lagi peristiwa istimewa yang tejadi kepada Dato' Azmi apabila berkesempatan juga bersua dengan YAB Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan dan sempat bertanya kabar. Paling gembira apabila YAB TGNA masih mengenali Dato' Azmi walau pun sudah lama tidak bertentang mata. Dato' Azmi selalu bersama TGNA pada tahun 1978 semasa beliau bertugas di Kelantan sebagai pegawai polis bahagian SB. Dato' Azmi sempat memberitahu TGNA bahawa beliau amat berharap semuga beliau dapat dilihat sebagai orang yang suka membantu terutamanya kearah perpaduan rakyat negeri Kelantan.

Hasrat dan cita-cita Dato' Azmi itu tentunya akan mengembira TGNA dan seluruh rakyat Kelantan kerana Dato' Azmi bukan bertujuan untuk mempolitikkan curahan tenaga dan bantuan kepada rakyat yang memerlukan. Niatnya satu iaitu untuk melihat negeri Kelantan makmur dibawah pentadbiran TGNA serta rakyat bersatu padu tanpa mengira fahaman politik.

Contoh yang ditunjukkan oleh Dato' Azmi ini molek benar sekiranya boleh diikuti oleh pemimpin masyarakat di kelantan ini terutamanya pemimpin politik supaya selalu mendampingi rakyat, mendengar rintihan rakyat dan menyelesai masaalah rakyat. Khidmat tidak bermusim.

Walau pun Dato' Azmi adalah saudara kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib Tun Razak, tapi beliau tidak 'AGAH' seperti mana pemimpin politik terutamanya pemimpin UMNO Kelantan. Dato' Azmin berkawan dari setinggi-tinggi pemimpin negara sehingga kepada rakyat biasa yang miskin dan daif. Sekiranya Dato' Azmi berminat berpolitik, orang yang seperti beliaulah yang sepatutnya dipilih oleh rakyat.

Atas nasihat TGNA, Dato' Azmi mampu melakukan.

Wednesday, December 14, 2011

UMNO tumPAS, rezeki untuk rakyat Malaysia.

Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Ketua UMUM Pakatan Rakyat.

Kes liwat (fitnah) Dato' Seri Anwar Ibrahim hampir sampai ke penghujung. Ke penjara atau pun tidak masa yang akan menentukan, Terpulang kepada hakim mahkamah sebab dunia hari ini banyak perkara tak boleh percaya. gagak hitam tiap-tiap hari tipu melayu, tiap-tiap hari masuk Malaysia secara bebas. Black Money masih bermaharaja lela.

Apakah lebih baik Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk penjara daripada menghalang perilaku gagak hitam yang menipu rakyat Malaysia. Itu yang sedang diperhatikan oleh seluruh rakyat malaysia yang mahu melihat intergriti keadilan yang terdapat di malaysia.

Berapa kes yang telah dikaitkan dengan DSAI berhubung dengan rasuah, penyalahgunaan wang rakyat, menghimpun kekayaan semasa menjadi menteri kewangan lalu. Jawabnya tidak ada, habis kenapa DSAI harus ke penjara, tantulah ada sebabnya. Sebabnya telah menjadi rahsia umum.

Apabila Tun Mahathir bersuara, bila agaknya tarikh pilihanraya akan diumum dan bila masa yang sesuai untuk BN menang, itu tentu ada kaitan dengan kes mahkamah. Berapa bulan lagikah mahkamah akan memutuskan kes liwat DSAI itu dan tentunya selepas itu PRU13 akan diumumkan.

Tak mungkin PM Najib nak umum tarikh PRU13 sekiranya DSAI berada diluar penjara kerana PM Najib tak mahu terima beban kekalahan BN. Wajar diingat PRU13 adalah detik-detik akhir kepada kerajaan BN bertapak di PUTRAJAYA sekiranya DSAI cerah untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke7, ertinya DSAI layak dan bersama turut berkempen pada PRU13.

Hanya UMNO dan BN akan lebih sedikit selesa apabila calun Perdana Menteri oleh Pakatan Rakya tidak aktif semasa PRU 13, maka ia boleh lah dijadikan isu bahawa PR tidak mampu istihar siapa Perdana Menteri mereka kerana DSAI dipenjara. Itu kata mereka tapi rakyat sekarang tidak pernah memikirkan calun Perdana Menteri tapi yang nyata rakyat mahu ubah Kerajaan BN kepada Kerajaan PR.

Apa yang diperhatikan, sekarang ini sudah terbalik, sekiranya dulu Dato' Ustaz Dasuki Ahmad, Bekas Setiausaha Politik Tun mMhathir berkata di Kelantan, PAS sudah tidak kuat tapi UMNO Kelantan 'tak say' nak menang, kini adakah UMNO dan BN dah nak tumPAS tapi PR masih 'AGah'.

Saturday, December 3, 2011

UMNO hidup dengan slogan.

keluar UMNO, bukan dipecat.

Pengulungan oleh Timbalan Presiden UMNO, Mahyuddin Yassin dalam Perhimpunan Agong UMNO yang ke 62 di Dewan Merdeka PWTC adalah amaran yang jelas kepada Pakatan Rakyat (PR) supaya jangan mengambil mudah untuk menuju ke PUTRAJAYA.

Tidak pernah didengar sejak saya menjadi Perwakilan UMNO sebelum saya keluar dan menyertai PAS ada pemimpin tertinggi UMNO mengulas secara jelas wadah perjuangan parti UMNO iaitu, BERSATU, BERSETIA dan BERKHIDMAT yang menjadi pegangan kepada ahli-ahli parti yang mengerti erti perjuangan untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Sekiranya 3.2 juta ahli UMNO betul-betul meghayati akan saranan dan arahan Mahyuddin Yassin itu dan dapat diterjemahkan pada PRU13 nanti, maka hasrat PR untuk mengambil alih PUTRAJAYA bukan senang dan mudah, banyak liku-liku dan halangan yang akan menanti didepan.

Saya tidak mahu mengulas slogan keramat UMNO itu kerana sekarang saya bukan ahli UMNO,tambahan pula saya adalah seorang yang diberi tempat oleh PAS dipentas ceramahnya untuk menerangkan kepada rakyat bahawa pemimpin UMNO sekarang sudah tidak boleh diharap lagi untuk menerajui Kerajaan.

Saya ingin memperingatkan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) bahawa ucapan Timbalan Presiden UMNO itu jangan diambil mudah, PR kena kaji dan buat persediaan balas untuk memberi gambaran bahawa jangan risau terhadap ucapan Mahyuddin Yassin itu kerana dalam UMNO sekarang sebenarnya tidak ada amalan 'bersatu,bersetia dan berkhidmat'. Itu jelas sekarang ini dan kerana itulah juga saya meninggalkan UMNO.

Yang jelas perhimpunan Agong UMNO tahun ini telah meletakkan UMNO dalam keadaan tidak stabil, banyak isu-isu tidak dijelaskan oleh pucuk pimpinan yang menyakinkan rakyat bahawa UMNO sedang berdepan dengan banyak masaalah, tapi pengalaman PM Najib dapat menutup isu tersebut buat sementara waktu.

Seperti biasa dalam perhimpunan, para perwakilan memuji pucuk pimpinan dan pucuk pimpinan memuji pemimpin, mereka gelak ketawa dan pulang dengan kosong. Ketua Bahagian masih berhati-hati terhadap Timbalan dan Timbalan mencari peluang untuk mempercepatkan proses mengambil alih jawatan Ketua Bahagian.

Retorik, Berjuang untuk kepentingan parti bukan untuk kepentingan diri bergema lagi, istilah itu akan lebih menyakinkan Ketua Bahagian untuk tidak bekerja bagi kekuatan parti kerana slogan itu boleh melelapkan ahli UMNO dari terus mempertikaikan ketidakjujuran pemimpin UMNO diperingkat Bahagian. Hasilnya PRU13 UMNO akan kalah lagi.

Akhirnya PRU13, PUTRAJAYA milik Pakatan Rakyat (PR).

Thursday, December 1, 2011

Zahid Hamidi ada 'kad kredit', saya tak ada apa. kata KJ.

KJ mula membuka langkah.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah selesai melaksanakan tugas pemudanya apabila persidangan pemuda telah pun berlangsung. Ucapan Khairy Jamaluddin KJ jelas dituju kepada pucuk pimpinan UMNO apabila 3 perkara utama dapat di simpulkan.

Pertama KJ memberi ingatan kepada golongan yang muncul apabila waktu pilihanraya hampir menjelang tiba seakan-akan 'menjual diri' untuk dipilih menjadi calun, apabila dirinya tidak terpilih maka hilanglah mereka dari menonjolkan diri dan ada pula lari membantu pembangkang. Telahan KJ itu memang ada kebenaran dalam UMNO.

Kedua KJ telah memberi ingatan kepada pucuk pimpinan bahawa pemuda telah menyediakan senarai calun-calun dari kalangan pemuda yang mana KJ menegaskan bahawa calun pemuda adalah calun yang disukai oleh rakyat dan akan menang dalam pertandingan, bukan calun yang disenarai oleh agensi-agensi kerajaan seperti SB dan MIO.

Ketiga KJ minta Perdana Menteri supaya memberi peluang kepada Ketua Wanita Sharizat Jalil untuk terus menjadi menteri walau pun nama Sharizat telah dikaitkan dengan projek 'lembu' NFC yang diurus oleh keluarga Sharizat dengan mendapat pinjaman mudah daripada kerajaan sebanyak RM250 juta.

Tiga perkara diatas adalah isu yang dibawa oleh KJ bagi menghayun pucuk pimpinan UMNO bahawa pemuda UMNO akan terus setia kepada UMNO kerana KJ tahu tiga perkara yang dilontarkan itu akan dipenohi oleh PM Najib.

PM Najib Pertamanya tidak akan memilih calun payung terjun yang bukan dari kalangan orang UMNO seperti apa yang berlaku sebelum daripada ini, kedua PM Najib tentu akan memilih calun dikalangan pemuda seperti lazimnya dalam pilihanraya umum walau pun calun itu bukan dari senarai KJ sepenuhnya dan ketiga sudah semistinya dalam waktu menghadapi pilihanraya PM Najib tidak akan memecat menteri yang beliau lantik. Sharizat tentu terselamat.

Itulah kelebihan KJ bermain politik, menghayun isu yang sudah tentu akan dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan apabila perkara yang dilontar itu berjaya, maka orang pun bercakap bahawa suara KJ telah diikuti oleh pucuk pimpinan parti, pemuda pun membuka dada.

Selain daripada itu apa yang akan menjadi perhatian umum, apabila KJ mencetuskan perasaan beliau dalam membantu kerajaan tidak ditugaskan oleh PM Najib seperti mana ketua pemuda terdahulu yang mana pucuk pimpinan memberi tempat dalam kerajaan atau pun agensi kerajaan.

KJ mengambil contoh Zahid Hamidi, walau pun Zahid Hamidi dimasa menjadi Ketua Pemuda tidak diberi jawatan dalam kabinet tapi sekurang-kurangnya Zahid dilantik pengerusi Bank Simpanan Nasional BSN. Kata KJ,

"tapi dia dilantik pengerusi BSN, kurang-kurang boleh bagi kad kredit, saya nak bagi apa pun tak boleh", sindir ada makna daripada KJ kepada PM Najib. dalam ertinya itu.

KJ sudah mula membuka mulut dan menanti dengan membuka langkah. rupa-rupanya KJ ada startegi dalam diam membisu sebelum ini menerima apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO terhadap dirinya. Dan kerana PRU13 sudah hampir tiba, rentak KJ nampaknya sudah bermula, silap langkah pucuk pimpinan UMNO terhadap pemuda erti 'road to putrajaya' Pakatan Rakyat akan lebih mudah.

Dalam hal maruah dan hak, tentunya KJ tidak bermain dengan kata-kata.