Wednesday, July 30, 2008

PM & KSN, mesti tahu cara dan faham !

Persidangan UMNO Cawangan diseluruh Malaysia telahpun bermula, suka duka mula mendakap perasaan dijiwa ahli ahli yang mahu menawarkan diri untuk menjadi pemimpin, mahu memberi khidmat kepada parti, untuk menyusun dan mengatur startegi, bagi menebus maruah parti yang telah kemarau kemenangan yang mutlak akibat kekalahan teruk dalam pilihanraya lalu.

Ahli UMNO diakar umbi telah mula memberi reaksi, ada yang mahu pemimpin di peringkat Cawangan hari ini ditukar ganti, begitu juga diperingkat Bahagian dan Kebangsaan. Yang pelik dan anihnya ada pemimpin walaupun tahu rakyat telah menolaknya dalam pilihanraya lalu masih lagi mahu bertahan dan mengekalkan jawatan dan akibatnya dalam pilihanraya yang akan datang pastinya terus kecundang. Kata berjuang untuk parti tidak untuk kepentingan diri, tapi perbuatannya jauh terpesong dari slogan yang selalu di war war kan.

Kalau betul pemimpin UMNO disemua peringkat jujur dan ada tanda kesedaran bahawa perjuangan lebih penting dari kepentingan diri, yang patut berundur, undurlah dan yang patut diberi tugas dan tanggongjawab harus kedepan dan mengambil tempat yang sewajarnya. itulah namanya muafakat membawa berkat.

Amalan muafakat dalam sesebuah organisasi terutamanya oraganisasi politik seperti UMNO yang menjadi teraju kerajaan akan terus kekal menjadi parti pemerintah dan payah bagi pembangkan untuk menumbangkannya dan keberkatan memerintah akan terus subur kerana pemimpin dan ahlinya tahu erti bersatu, bersetia dan berkhidmat.

Perdana Menteri mesti tahu cara, masa dan kaedah untuk mengunakan kuasanya, supaya rakyat faham peranan kerajaan untuk membangunkan negara dan memertabatkan ummah tidak disalah ertikan oleh rakyat jelata. Ketua Setiausaha Negara mesti faham akan kehendak kakitangan perkhidmatan awam bagi mereka meneruskan memberi sokongan padu kepada parti kerajaan yang memerintah dengan perasaan senang hati kerana nasibnya amat terbela.

Oleh itu hari ini rakyat yang tidak berparti akan melihat tindak tanduk pemimpin UMNO dalam pemilihan di mesyuarat Cawangan, Bahagian dan Kebangsaan, mereka akan membuat penilaian dan akan memberi komen terhadap pemimpin UMNO. Kalau yang baik akan disokong dan di puji dan kalau ada yang kurang ajar akan di cemoh dan dikeji. Persidangan inilah yang memberi keputusan kepada parti, sama ada UMNO akan terus relevan dalam pilihanraya yang akan datang.

UMNO Bahagian Tumpat di Kelantan telah selesai mengadakan persidangan UMNO Cawangan dan ahli ahlinya telah mengekalkan Dato' Nor Zaidi Omar menang jawatan Ketua UMNO Bahagian tanpa bertanding (tahniah Dato;) tapi ahli UMNO Bahagian itu juga telah menjatuhkan Mohd Nor sebagai Timbalan Ketua Bahagian. Inilah lumrah sistem pemilihan dalam UMNO.

Nampaknya Jawatan Timbalan Ketua Bahagian, tidak boleh ditentukan akan kekal kepada penyandang, ianya akan jatuh sekiranya tuan yang ampunya diri tidak berhati hati dan sekiranya orang yang mencabar betul betul berusaha mendampingi cawangan-cawangan.

Yang ku dengar, banyak lagi Timbalan Ketua UMNO Bahagian akan tertukar pada pemilihan nanti. Lihatlah.

Monday, July 28, 2008

IBU & BAPA tak boleh ditukar ganti.

pertamanya saya amat amat memohon maaf kepada sahabat sahabat kerana sudah 12 hari saya tidak menulis dalam blog ini kerana sesuatu sebab yang tak dapat dielakkan.

Hari Khamis 17hb. hingga Ahad 20 hb. Julai di Manila mengiringi kerabat Diraja kelantan.

Hari Ahad 20hb. hingga Sabtu 26hb. Julai di Kampung halaman, Kedai Kadok, Kota Bharu Kelantan. mengadakan majlis tahlil untuk arwah Ayahnda tersayang Haji Shafii bin Harun, 85 tahun yang telah kembali kerahmatullah. Amin. Hilang Isteri boleh cari ganti, hilang anak boleh ditambah lagi, Hilang Ibubapa tak dapat dicari ganti. itulah yang dipanggil yatim dan paitu.

Hari Ahad 27hb. Julai ke Jakarta atas arahan bersama Tengku Abu Bakar Tengku Mansor (Ku Nan). Membawa pulang rombongan keluarga bahagia. dan hari ini 28hb. Julai, Isnin sempat mengadap komputer seketika untuk memulakan langkah, menyampaikan berita pada sahabat sahabat apa yang ku dengar dan ku lihat.

Besuk tentunya akan ada cerita dan berita menarik untuk tatapan dan kupasan bagi menajamkan lagi buah fikiran semasa kita masih berada dialam maya ini. Negara making bergelora tanpa ombak. Manusia resah gelisah akibat angkara. Dan siapa kah sebenarnya petualang negara?.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "aturlah tapak, menuju bahagia".

Thursday, July 17, 2008

Setiausaha Politk, Kelantan jadi fokus

Menjelang bermulanya tarikh mesyuarat agong UMNO Cawangan-Cawangan diseluruh Malaysia, maka sibuklah terutamanya mereka yang mahu menawar diri untuk bertanding di peringkat Cawangan ataupun Bahagian. Di Cawangan pemilihan tidak berapa hebat kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan selain daripada hendak menjalankan tugas dengan membabi buta untuk memperkukuhkan parti.

Tapi di peringkat Bahagian, pemilihan tahun ini tentunya hebat, ada orang kata berdebu, kerana yang dah pegang jawatan hendak mempertahankan jawatan yang lumayan itu dan yang berminat untuk mencari pengaruh berusaha untuk melawan dan berlawan, untuk memberi khidmat kepada parti.

Di Kelantan, pertandingan juga berlaku walaupun negeri itu baru saja menderita kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum yang lalu. Selain Tan Sri Annuar Musa, YBM Tengku Razaleigh Hamzah dan Dato' Wira Awang Adek dijangka menang tanpa bertanding, didapati 11 lagi Bahagian akan ada pertandingan termasuk di Bahagian Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Asas Tani, yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli.

Bahagian Kota Bharu dan Bahagian Kuala Krai menjadi fokus kerana disini akan berlaku pertandingan di antara penyokong Pak Lah dan Dato' Najib, yang mana Dato' Fathmi Haji Salleh, Setiausaha Politik Dato' Najib akan di tentang oleh YB Dato' Zaid Ibrahim, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang dilantik oleh Pakl Lah, dan Dato' Ramzi Ab.Rahman bekas Setiausaha Politik Pak Lah dengan Dato' Wan Zaid, abang ipar Dato' Fathmi. Semuanya nak jadi Ketua Bahagian.

Yang menjadi lebih menarik adalah dijangka, semua penjawat sebagai setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Timbalan Menteri dan Menteri akan terlibat dalam pertandingan di peringkat Bahagian, seperti Datuk Haji Alwi Che Mat kemungkinan akan dilawan di jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Keterah, Dato' Fathmi Hj. Salleh. Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri akan berlawan di jawatan Ketua Bahagian Kota Bharu dan Sdr Amran Md. Nor, Setiausaha Politik Menteri Pelancongan akan berlawan di jawatan Naib Ketua Bahagian Pasir Puteh.

Pak Lah dalam ucapan ringkas dihari angkat sumpah Setiausaha Setiausaha Politik tempoh hari menasihati semua setiausaha politik tidak akan menjadi punca berlakunya keributan dan perpecahan di kalangan ahli ahli parti. Dan apakah semua setiusaha politik mematuhi nasihat Pak Lah itu.

Soalannya akan terjawab apabila berakhirnya tempoh Mesyuarat Agong Cawangan dan Bahagian nanti, dan kita lihatlah gelagak para Setiausaha Politik, adakah mereka itu berkhidmat untuk kepentingan kepada perpaduan parti atau penting diri sendiri.

Bak Kata Ayat Ayat CINTA,'jangan seribu dalih'

Wednesday, July 16, 2008

Hishamuddin pemimpin muda yang cerdik.

Dua kenyataan yang berbedza

Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Noraini Ahmad yang kurang matang berpolitik dan asyik dok mengampu telah berkata:

Tidak perlu pertandingan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Tidak perlu ada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO memandangkan sudah ada pelan peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, kedua-dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak perlu lagi dipertandingkan demi menjamin kekukuhan parti.

"Kita harus memikirkan apa yang terbaik untuk parti. Kombinasi kepimpinan Pak Lah dan Najib sekarang adalah yang terbaik untuk parti dan kita menerimanya dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noraini diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpendapat jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO itu perlu dipertandingkan.

Muhyiddin berkata, ia demi menyuburkan demokrasi dalam UMNO dan perlu lebih bersifat terbuka walaupun sudah ada pelan peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perebutan jawatan Presiden dan Timbalan tidak perlu kerana majoriti ahli UMNO sudah menerima baik pelan peralihan kuasa itu.

"Pada saya, kita sudah menerima soal peralihan kuasa itu dan tidak perlu ada perebutan jawatan tersebut.

"Saya yakin semua ahli parti menerimanya dengan baik," katanya.

Mohamed Khaled berkata, parti ada matlamat dan keutamaannya sendiri bagi memastikan ia terus kukuh dan perlu kuat bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

"Ia (peralihan kuasa) lebih baik dan ia dikehendaki ahli sebelum ini maka buat apa ada lagi pertandingan bagi jawatan-jawatan itu," katanya.(utusan malaysia)

sementara itu

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Seri Hishamuddin mempunyai kematangan berpolitik menyatakan:

Jawatan Presiden, Timbalan boleh dipertandingkan

KUALA LUMPUR 15 Julai - Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden boleh dipertandingkan pada pemilihan UMNO Disember ini kerana ia termaktub dalam perlembagaan parti itu, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar).

Beliau berkata, walaupun peralihan kuasa antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimuktamadkan, ia isu yang berbeza dengan pertandingan dalam parti.

Jelasnya, tidak boleh ada satu pihak yang cuba menghalang pihak lain daripada bertanding sebarang jawatan kerana ia bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Sememangnya isu bertanding dan peralihan kuasa adalah dua isu yang berasingan, hak bertanding bukan hak individu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pemuda UMNO di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan walaupun selepas proses peralihan kuasa dalam parti itu dimuktamadkan.

Semalam, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyuarakan pandangan jawatan tertinggi parti perlu dipertandingkan sungguhpun jangka masa peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib sudah diumumkan.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan terus menyokong proses peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib serta melakukan yang terbaik untuk memastikan ia mencapai matlamatnya.(utusan malaysia)

* Bebas bertanding, ikut perlembagaan,amalkan demokrasi, adalah gaya hidup sihat yang dituntuk supaya dilaksanakan oleh rakyat jelata. Apa perlunya buat ketetapan, sedangkan ketetapan yang dibuat nampak sangat nak memperbodohkan ahli ahli di akar umbi, bertandinglah secara sihat.

Kalau tak mahu ada pertandingan, biar semua jawatan dalam parti jangan dipertandingkan, kekalkan semua daripada Ketua cawangan, Ketua Wanita Cawangan, Ketua Pemuda Cawangan Ketua Puteri Cawangan kerana sekiranya berlaku pertandingan kalau hendak dikira berlaku perpecahan, diperingkat ini akan lebih teruk berpecah, begitu juda di peringkat bahagian, kekalkan jawatan disemua peringkat sehingga ke mati.

Perhubungan UMNO Negeri yang membuat ketetapan yang akan mencalunkan Presiden dan Timbalan Presiden nampak sangat ketololannya, kerana perhubungan UMNO bukan berperanan untuk menentukan siapa yang layak jadi Presiden dan Timbalan Presiden. Tak malu kah perhubungan tersebut kepada Naib Naib Presiden, kenapa ketetapan tidak dibuat untuk mereka yang dah menyandang jawatan, kenapa jawatan Naib Naib Presiden digalakkan bertanding, lagi ramai lagi bagus, ada apa apa tujuan kah?, nak cari zakat politik kah?.

Malu dah tak jadi amalan hidup kepada sesetengah pemimpim UMNO, muka dah tak malu kerana ada kepentingan diri dah nak jadi macam pelacur, buat muka dua puloh sen je. Pendirian Perhubungan UMNO Negeri yang tidak menghalang mana mana Bahagian untuk mencalunkan sesiapa adalah menepati tugas badan Perhubungan tersebut dan sekalung tahniah patut di berikan kepada Perhubungan UMNO Negeri tersebut yang tahu mengamalkan erti demokrasi dan menjunjung perlembagaan parti.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "berpijaklah dibumi yang nyata".


BOLA 'kelantan kena belasah', DEBAT 'shabery dalam resah', bila nak kena letak jawatan?.

Malam ini ada dua peristiwa yang tak dapat saya lupakan, pertamanya debat antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Chik yang disiar secara langsung oleh TV 9 dan ulang tayang oleh TV 3, dan yang keduanya perlawanan bolasepak piala Malaysia diantara pasukan Kelantan lawan Selangor yang juga disiarkan secara langsung oleh RTM TV 1.

Dalam program debat itu, setelah selesai banyak saya terima sms bertanya pendapat saya siapakah yang patut menang, saya jawab sorry saya tak dengar dan lihat pun program tersebut kerana saya berada di Stadium Shah Alam menyaksikan pertandingan Bolesepak Piala Malaysia diantara Kelantan dengan Selangor. Saya tanya balik kepada sahabat saya itu, apa pendapat beliau tentang debat itu, jawabnya kalau dia jadi pengadil dia beri kemenangan 3 - 1, tiga untuk Anwar Ibrahim dan satu untuk shabery Chik.

Setalah selesai menyaksikan bolesepak yang mana Kelantan dibelasah teruk oleh Selangor (4 - 0) saya terus pulang kerumah untuk menyaksikan ulang siar perdebatan antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Chik, kerana mahu dengar sendiri sebab sahabat saya dah memberitahu dalam debat tersebut Anwar Ibrahim menang 3 - 1.

Setelah meneliti ucapan dan cara persembahan penghujahan maka saya bersetujulah dengan keputusan yang dibuat oleh sahabat saya itu, memangnya seperti yang saya tulis dalam blog ini bahawa atas tajuk pun sudah mengambarkan Shabery Chik akan kalah, yang malang sekali Shabery Chik tidak menyebut diakhir hujahnya bahawa YBM Tengku Razaleigh Hamzah adalah salah seorang yang memajukan petronas selain daripada Tun Abdul Razak dan Tun Mahathir Mohamed. Kenapa beliau begitu takut untuk menyebut nama YBM Tengku razaleigh bekas bos dia dulu, sama sama lah kita buat peniliannya.

Setelah selesai menonton perdebatan tersebut saya beralih untuk melihat blog, dan dalam blog Mohd Sayuti Omar MSO beliau telah menulis panjang lebar berhubung debat diantara Anwar Ibrahim dan Shabery Chik, diakhirnya beliau memberi bintang sebanyak 6 kepada Anwar Ibrahim dan hanya 2 kepada Shabery Chik. Maka sms kawan saya itu adalah betul dan tepat bahawa perdebatan tersebut tidak menguntongkan Kerajaan Barisan Nasional dan UMNO.

Rupa-rupanya kekalahan teruk pasukan Kelantan terhadap Selangor samalah kekalahan Shabery Chik kepada Anwar Ibrahim yang mana dibelasah habis habisan. Yang bedzanya Kelantan kalah kerana hilang punca dan kurang fokas sementara Shabery Chik kalah kerana tersilap pilih tajuk dan pilih lawan. kerja bodoh.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kalau kail panjang sejengkal".

Tuesday, July 15, 2008

MTUC jangan berdengki.

MTUC minta kerajaan tarik balik lesen syarikat pembekal pekerja asing, salah satu tajuk dalam akhbar arus perdana hari ini. Satu kenyataan yang tidak bijak dan bodoh melulu. Nak bercakap tanpa fakta, terima ratusan aduan tapi tidak buat penyelidikan, sama ada aduan itu betul atau palsu, dan kalau pun aduan itu betul yang mengatakan berlaku penipuan tak kan semua 200 syarikat itu penipu. Tak ada satu pun yang jujur, hanya MTUC sajakah yang jujur?.

Mengikut lapuran, bahawa MTUC menerima ratusan aduan yang mengatakan berlaku penipuan, upah tidak dibayar, setuasi kerja yang teruk dan sebagainya dan pekerja mengalami kerugian kerana dikenakan bayaran RM8,000 hingga RM10,000 seorang untuk datang bekerja di malaysia.

MTUC patut tahu wang sebanyak itu dibelanja untuk apa, apakah dibayar kepada syarikat 'out sourcing' atau dibayar kepada agen haram yang mencari keuntungan dengan menjalinkan hubungan dengan pihak yang mempunyai kuasa bagi mendapat meluluskan permohonan dengan cara membayar wang rasuah.

Dan tahu kah MTUC bahawa pekerja yang datang itu tidak diberi tempat kerja seperti yang dijanjikan kerana agen agen haram hanya mahu mendapat wang secara mudah dan menabur janji palsu kepada pekerja, sedangkan majikan ditawarkan dengan gaji yang murah untuk mendapat pekerja.

Sedarkah MTUC bahawa terdapat agen haram mengunakan kesempatan bagi mendapat kelulusan dengan menambah bilangan yang diperlukan sebenar dan menjualkan kouta kepada rakan rakan agen haram bagi mendapat keuntungan mudah.

Sebenarnya penipuan berlaku bukannya datang dari semua syarikat pembekal pekerja asing tapi yang banyak berlaku penipuan kepada pekerja ialah dari majikan yang membuat permohonan terus bagi mendapat kelulusan menteri dan menjual kelulusan tersebut kepada agen haram bangladesh yang mengenakan caj tinggi kepada pekerja asing terutamanya pekerja bangladesh.

MTUC diharap dapat menyemak fakta sebenar disebalik berlakunya penipuan, kerana penipuan yang dimaksudkan oleh MTUC itu bukannya datang dari keseluruhan syarikat pembekal pekerja "Out Sourcing", jangan kerana seekor kerbau maka nak di angkut sekali harong, nyanyalah kepada syarikat yang menjalankan perniagaan dengan betul.

Bab kata Ayat Ayat CINTA, "cakap biar beradab".

Cegah sebelum parah...!

Sekatan jalan raya ke Palimen kelmarin (14hb. Julai 2008) menyebabkan kesesakan lalulintas disekitar kuala lumpur, orang ramai marah terhadap pihak polis yang membuat sekatan jalan raya kerana mereka terperangkap hampir 2 jam untuk sampai ke distinasi yang dituju. Orang ramai yang terperangkap itu tidak tahu bahawa anggota polis yang dipaksa menjalankan tugas untuk membuat sekatan itu juga marah. Marah kerana buat kerja sia sia.

Pihak polis mendapat maklumat yang mengatakan bahawa akan berlaku perhimpuan rakyat di perlimen ekoran usul undi tidak percaya dari parti pakatan pembangkang telah mengambil langkah berjaga jaga supaya perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku di sekitar bangunan parlimen malaysia.

Dan hasilnya tidak ada perhimpunan berlaku, kerana sememangnya tidak ada rakyat yang hendak berhimpun semata mata nak beri sokongan diatas usul undi tidak percaya yang di bawa oleh Datuk Seri Wan Azizah di parlimen yang sudah diagak usul itu akan di tolak oleh Tuan Spekar.

Walau bagaimana pun usaha pihak polis itu patut diberi pujian kerana mereka bertindak diatas maklumat dan juga persediaan bagi mencegah perkara yang tidak diingini berlaku,. mengambil pendekatan doctor iaitu orangramai di nasihatkan bagi mengelak seseorang itu kena penyakit maka hendaklah usaha pencegahan mesti dilakukan, seperti menjaga pemakanan dengan teratur dan senaman mengikut peraturan, yang harus di bedah kena bedah yang harus dipotong kena potong. Begitu juga dengan penyakit rasuah.

Tangkapan rasuah yang dibuat oleh BPR di jabatan Imigresan tidak akan menghapuskan penyakit rasuah melanda dijabatan tersebut, kerana sistem yang dibuat bagi urusan visa dijabatan itu tidak menjuruskan kearah memberhentikan penyalahgunaan kuasa. Formula yang dicadangkan oleh orang awam tidak diambil kira, kerana cadangan itu lebih telus dan adil.

Walau bagaimana pun usaha dan kerja keras pegawai BPR bagi membendong gejala rasuah di jabatan Imigresan boleh dianggap separuh berjaya, kerana setakat hari ini pemain utama dalam kes 'Calling Visa & Sambong Visa' belum didakwa, tangkapan dibuat hanya untuk disoal siasat, dan yang orang ramai tunggu nak tahu apa akan jadi akhirnya kes ini, puncanya dimana dan bila bermula, kerana sejak warga Bangladesh dibenarkan masuk berkerja, kelulusan khas jadi agenda utama, dan majikan terpaksa berhempas pulas untuk mendapat 'Calling Visa' yang juga di kenakan harga. Kenapa sebelum pada ini tidak ada berita penyalahgunaan kuasa, sedangkan beratus ribu orang menjadi mangsa. Saya kira Pak Lah tahu rahsianya?. Sebab itu BPR mula gomo', mula mula hak ada kuasa, orang tengah dan perancang utama lepas ni mungkin..... hak banyak kutip pitih buat harta berjuta juta. (*kutip pitih ialah punggut wang).

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "hendak seribu daya".

Monday, July 14, 2008

Debat, "tujuan nak menghancurkan UMNO"?

Besok 15hb. Julai 2008 akan mencatit satu lagi sejarah politik tanahair sekiranya program debat diantara Shebry Chik, Menteri Penerangan Malaysia dengan Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat berhubung isu harga minyak yang naik mendadak baru baru ini diteruskan juga.

Debat yang dijangka akan berlangsung di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) itu akan di siarkan secara langsung oleh TV3 dan Astro dan disitulah juga satu masa dulu diadakan debat diantara Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamed dengan Presiden PAS, Dato' Haji Fathil Mohd Nor.

Pertemuan diantara Shebry Chik dengan Anwar Ibrahim pada awal lagi telah melihat kekalahan Shebry kerana tajuk nak turun minyak yang akan dibawa oleh Anwar itu akan mendapat sokongan 100 peratus oleh rakyat malaysia, termasuk Shebry sendiri tentunya suka sekira harga minyak di turunkan, kalau Shebry tak setuju harga minyak diturunkan itu bermakna metalnya kurang sihat.

Pihak penganjur juga nampaknya hendak mencari publisiti dengan memerangkap Shebry kerana Shebry sebagai orang yang muda yang baru dapat jawatan menteri tentunya berlagak pandai, walhal ilmu politiknya kurang meyerlah, atau Shebry sengaja mahu berdebat dengan Anwar yang akhirnya beliau mengaku kalah dan melihat kerajaan yang di pimpin oleh Pak Lah lemah yang akhirnya rakyat akan terus menolak kerajaan BN.

Diharapkan debat malam besuk bukan atas nama UMNO, kerana ramai ahli ahli UMNO tak setuju debat itu diadakan, debat sebegini tidak menguntungkan UMNO, bahkan boleh memalukan UMNO kerana ahli ahli UMNO sendiri setuju harga minyak diturunkan. Siapa orang UMNO yang menyokong debat ini diadakan dialah sebenarnya ingin melihat pengaruh UMNO akan berkurangan dikalangan rakyat jelata.

Letaklah siapa saja orangnya untuk berdebat dengan tajuk "Anwar Naik Minyak Turun" orang yang tak setuju minyak akan turun akan berhadapan dengan kekalahan yang amat memalukan dan sekiranya hari ini kerajaan adakan punggutan suara sama ada rakyat setuju harga minyak dikekalkan atau diturunkan dah pasti jawapanya akan berpihak kepada Anwar Ibrahim.

Sebenarnya Debat malam besuk itu adalah langkah bodoh pihak Kerajaan dan UMNO, sepatutnya kerajaan tidak membenarkan menteri nya melakukan kerja ikut suka hati dan perasaan, begitu juga UMNO jangan biarkan kerja ahli yang dulunya tidak UMNO, tiba tiba nak jadi hero UMNO. kalau kerajaan dan UMNO tidak dapat mengawal orang yang di gaji, ini bererti UMNO sebenarnya sedang menuju kehancuran. Dan kehancuran UMNO semenangnya ditunggu tunggu oleh mereka yang anti Melayu dan Islam.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, 'musuh dalam selimut".

Sunday, July 13, 2008

Visa ke Sungai Buloh?

Posts yang ke 101. Yang ku dengar dan ku lihat hari ini ingin mengajak pembaca kalian merenung kembali siaran akhbar berhubung dengan tahanan reman pegawai dan kakitangan jabatan imigresan dan beberapa orang ahli perniagaan bergelar Datuk dalam urusan pengeluaran visa kepada rakyat asing yang datang ke malaysia, sama ada untuk urusan berkerja atau melancong.

Tangkapan dibuat atas aduan orangramai dan hasil intipan pihak BPR di jabatan berkenaan beberapa bulan lalu. Mereka ditangkap bagi membantu siasatan dan di reman diantara 4 hingga 5 hari, ada sahabat berkata tangkapan ini macam tsunami di jabatan imigresan. Kerana ramai yang ditangkap termasuk bos bos iaitu Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah.

Surat khabar melapurkan wang lebih kurang rm500 ribu juga ditangkap (jaga jaga jangan nanti wang itu terlepas, maka tak adalah saksi penting) dan Datuk ahli perniagaan itu hendaklah di soal siasat betul betul, sama ada dia berniaga hamba abdi atau pun agen haram perniagaan manusia untuk perdagangan dalam negeri.

Sumber BPR berkata ada kemungkinan ramai lagi tangkapan akan dibuat, dan saya yakin sekiranya BPR serius untuk membendung perbuatan 'perdagangan kelulusan dan jerat wang melalui calling visa', maka ramailah yang akan di panggil oleh BPR, terutamanya perancang utama, kedua dan ketiga, yang satu masa dulu paling berkuasa di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Tangkapan yang dibuat sehari dua ini hanya pemain nomber 4,5,6,7,.8,9. Semuga dengan tangkapan yang berlaku ini tidak ada orang yang menjadi mangsa fitnah, yang menjadi mangsa kerana teknikal tanpa mendapat feadah, dan sekiranya rasuah jadi matlamat hidup mereka , maka sudah sampai masanya mereka itu juga dihantar ke sungai buloh.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "tak sungguh tak kata".

Friday, July 11, 2008

Penantian satu penyeksaan !.

Tahun 2010, Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak akan bergelar Perdana Menteri Malaysia dengan izin Allah. 23 bulan lamanya untuk sampai ke kemuncak persada dunia, inilah harapan kita untuk memperkukuhkan kuasa melayu, memertabatkan ugama kita dan memerdekakan minda anak bangsa supaya sayang dan cinta pada tanahair tempah tumpahnya darah.

Sebenarnya pengumuman yang dibuat oleh Pak Lah itu amat mengejutkan kerana ramai rakyat tidak menyangka yang Pak Lah mahu bertahan begitu lama untuk menerajui negara kita, terkejut kerana Pak Lah meletakkan parti UMNO dalam keadaan harus berjaga jaga, apakah UMNO masih mampu bertahan sehingga 23 bulan lamanya, sedangkan rakyat sudah menghitung hari, bilakah UMNO akan pergi.

690 hari, lama masanya, macam macam boleh terjadi, entah berapa ratus ribu orang akan mati, entah akan berlaku kejadian alam yang teruk serta segala kejadian yang aneh aneh. Kepada yang sudah diatas masa 690 hari tidak merasa lama tapi kepada yang menanti satu hari bagaikan satu tahun. Sedangkan rakyat menanti berlaku peralihan kuasa dalam detik per detik.

Memberi masa selama 36 bulan untuk Dato' Seri Najib menerajui kepimpinan Parti dan Kerajaan bagi menghadapi pilihanraya yang ke 13 yang mana suasana politik Barisan Nasional masih lagi kabur, belum tentu membolehkan BN dapat membentuk kerajaan. Inilah yang harus ahli UMNO akar umbi mengambil keputusan yang betul dan tepat semuga perlembagaan parti dan demokarsi dapat diamalkan sebaik mungkin bagi mempastikan UMNO terus relevan buat selama-lamanya.

Kalau ada pemimpin berkata pertandingan dalam parti boleh memecahkan perpaduan, sebanarnya pemimpin itu takut untuk bertanding dan dialah sebanarnya manusia yang paling hipokrit diatas muka bumi Tuhan ini.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "telur dihujung tanduk".

Thursday, July 10, 2008

background-video: url


WAJAH SEBENAR PEMIMPIN RAKYAT BARISAN NASIONAL (BN)

Erti 'sahabat sejati'.

Dalam suasana keadaan dunia diancam berbagai bagai malapetaka, seperti gempa bumi, tanah runtuh, banjir besar, kebakaran hutan yang dashyat, ribut taufan, tsunami, gelora politik, rampasan kuasa, rogol, samun, penindasan, penyalahgunaan kuasa, sombong dan angkuh, saya dinasihati oleh seorang sahabat supaya bersabar.

Sabar itu separuh daripada iman, dalam apa jua keadaan sekalipun sekiranya kita mampu untuk bersabar, nescaya tindakan dan keputusan yang kita buat akan mendapat berkat dan rahmat, oleh itu dalam menghadapi permainan orang yang berkuasa di jabatan kerajaan kita hendaklah menunggu dengan sabar dan tabah, kerana tidak semua pegawai kerajaan yang ada kuasa terdiri dari pada mereka yang sombong dan angkuh. Ramai juga pegawai kerajaan yang berilmu dan beriman yang boleh membantu orang yang sabar.

Nasihat oleh sahabat supaya bersabar akan menjadi pengukur dalam meletakkan keutamaan mencari rezeki dengan cara jujur dan berhemah, berbuat baik dan tidak meninggi diri adalah kegemaran bagi orang yang ingin mencari sahabat, kerana sahabat tentunya boleh bantu membantu dan tolong menolong.

Sahabat yang faham dan mengerti akan kepayahan seseorang sahabat itu dan sanggup membantu adalah merupakan sahabat sebenar dalam hidup dibumi Tuhan ini, dan sahabat seperti inilah yang dinanti oleh beribu bidadari di akhirat nanti.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "tak sabar menanti".

Lebih kelajuan 23kmj. Minta maaf pun disaman juga !!!

Kelmarin saya ke putrajaya kerana ada temujanji di pejabat Timbalan Menteri Kesihatan, nak minta tolong pasal isteri kawan saya minta ditukarkan ke kelantan, maklumlah isteri kerja di luar kelantan suami dan anak anak duduk di kampung, sunyi membuat kawan saya minta tolong saya ikhtiar supaya isterinya dapat bertugas di kelantan.

Atas sifat insan yang mahu melihat manusia dapat hidup dalam suasana yang aman, riang dan gembira, maka saya ambil tanggongjawab untuk membantu kawan satu sekolah saya supaya kesunyian, sepi beliau bersama anak anak akan terubat sekiranya isteri beliau dapat bertukar ke kelantan. Alhamdulillah Setiausaha Sulit Kanan YB. Timbalan Menteri menerima baik kedatangan saya dan bersedia untuk membantu, walau pun pada awalnya jawapan yang kurang menyenangkan hati saya, tapi atas kafahaman beliau yang juga terasa sebagaimana perasaan kawan saya beliau memberi sedikit harapan kepada saya.

Saya bertolak dari rumah jam 10 pagi dan temujanji telah ditetapkan pada jam 11 pagi, atas kesesakan lalulintas ke putrajaya saya akan terlewat sampai sekiranya di lebuhraya putrajaya saya memandu kereta dengan 70 kmj seperti ditetapkan. Saya tahu memandu kereta melebihi had laju menjadi satu kesalahan undang undang jalanraya. Sampai di sekitar jalan putrajaya saya ditahan oleh polis trafik, saya berhenti dan dia minta lesen memandu, saya tanya untuk apa, dia kata untuk keluar saman kerana saya memandu melebihi dari had laju, saya tanya berapa dia kata lebih 23kmj (kebenaran 70kmj saya pecut 93kmj).

Saya minta maaf kerana nak kena sampai di pejabat Timbalan Menteri jam 11 pagi. Ini dah jam 10.49, saya merayu pada Tuan Polis Trafik itu, tapi tak diendah dan terus menyaman saya. Minta maaf pun tak pakai, kerana Tuan Polis Trafik itu melayu dan islam, saya rasa kalau polis trafik itu bangsa India, apabila kita minta maaf tentu dia lepas, kerana kesalahan trafik bukanlah kesalahan yang besar sangat, apa tah lagi dikawasan yang kurang sibuk. Tapi ada juga kereta yang di suruh berhenti, bercakap cakap sekejap dan disuruh pergi, tak saman pun.

Apabila saya tanya sahabat saya yang juga kena tahan tapi tak di saman, beliau berkata beliau dari KDN nak cepat pasal ada kertas kerja nak disiap untuk dihantar kepada menteri. Maka tak habislah duit pegawai itu untuk bayar saman, tapi saya, menerima nasib yang malang kerana tak patuh pada undang undang dan kena bayar saman.

Dalam blog ini saya dah merayu pada Kerajaan, supaya saman trafik dihapuskan dalam keadaan rakyat yang menghadapi kegawatan ekonomi dengan barang mahal,minyak mahal dan pendapatan seperti biasa. Betullah kerajaan tak ada mata, tak ada telinga dan tak ada perasaan, tapi manusia yang diberi kuasa dan jawatan patut mengunakan mata, telinga dan perasaan supaya rakyat tidak terasa bebannya. Jangan kerana gilakan pangkat dan gila kuasa orang yang minta maaf pun tidak diendahkan. Lagikan Tuhan ampun umatnya.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kera mendapat bunga".

Wednesday, July 9, 2008

Sebelum 'BERMUBAHALAH' Saiful diminta beritahu tanda ditubuh DSAI

"BERMUBAHALAH"

Inilah perkataan yang paling laris diwaktu ini, terbaru Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa dirinya diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dan telah membuat lapuran polis telah mencabar DSAI supaya bersemuka dengannya melalui satu pesta iaitu berhimpun ramai-ramai dengan disaksi para ulama dari seluruh dunia dengan 'Bermubahalah'.

Kerana katanya beliau tidak takut, yang hak pasti berdiri dan yang bathil pasti jatuh, apa maksudnya kurang jelas, kerana mengikut komen seorang pembaca yang dikenali dengan nama wahida, 'kalau betullah Saiful kena liwat...dia memang jantan sundal, pondan, bapok dan bacul tapi kalau memang dia berbohong mendakwa kena liwat...dia memang manusia laknat.

Begitu juga yang ku dengar komen dari kawan kawan, mereka berdua boleh bermubahalah sekiranya mereka betul betul melakukannya, kerana sekiranya mereka tidak mengaku pun dah tentu mereka akan dilaknat oleh Allah di akhirat nanti.

Yang orang dok tanya sekarang, perkataan diliwat, meliwat, berliwat apa ertinya, yang tentunya semua perkataan itu salah disisi Islam, hukum dunianya yang mana salah, diliwat itu adakah secara paksa atau mula mula suka sama suka dan apabila tak suka buat lapuran polis. meliwat bagaimana pula, adakah kena bayar wang upah dan apabila tak bayar wang maka buat lapuran polis. dan berliwat itu berlaku suka sama suka dan tak buat lapuran pada polis, maka tak menjadi kesalahan, lepas dan bebas, boleh buat dosa.

Janna Syarizat akan bersama tunangnya yang berliwat (sebelum buat lapuran polis) akan mengharungi segala kemungkinan dan dugaan, satu pengakuan yang berterus terang melalui blognya. Bagaimana hatinya Tuhan saja yang tahu. Yang menjadi tandatanya, siapa mangsa dan siapa yang dijadi mangsa. Jangan bertukar tuking dengan tuak.

Bak kata Ayat Ayat CINTA. "hanya manis dibibir saja".

Tuesday, July 8, 2008

SELAMATKAN Central Market !


yang ku lihat


Di Central Market, para penjual didalamnya sudah kurang kedai melayu, tempat yang satu ketika dulu gedung budaya dan penjualnya adalah 100 peratus melayu kini telah bertukar taukeh, kini kemelayuannya sudah hampir lupus. Bukan saja para penjual, Bangunan bersejarah ini juga telah terlepas dari dikuasai oleh melayu. Kalau tak ada usaha yang bersungguh daripada kerajaan tak lama lagi entah apa akan jadi kepada tempat tarikan pelancong di kotaraya ini.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "hancur dan musnahlah akhirnya".

Sunday, July 6, 2008

Siapa di fitnah?

Saiful Bukhari Azlan nama tersohor sekarang ini boleh tersenyum riang apabila tunangnya Janna Syarizat seorang pengamal media, memberi jaminan yang dia tetap akan bersama Saiful walau apa pun yang terjadi. Siapa sebenarnya Janna, anak siapakah gadis molek itu.

Dan siapa pula ayahnda kepada Saiful, namanya Azlan, dimana tempat kerjanya tidak dilapurkan oleh media arus perdana setakat hari ini, mengikut apa yang saya dengar, hubungan dua beranak ini cukup rapat bahkan Azlan adalah sebagai Ayah dan Emak kepada Saiful. Betul atau tidak saya kurang pasti yang saya dengar emaknya sudah tidak ada lagi.

Kenapa hanya bapa saudara Saiful yang muncul beri komen, kenapa tidak ayahnya dan kemana hilangnya Azlan. Atau ayahnya sedih kerana anaknya yang disayangi tidak memberitahu perkara yang buruk menimpa dirinya. Ayahnya tahu berita malang yang menimpa anaknya melalui media.

Ayah yang jaga anak bukan hanya setakat beri makan dan wang tapi rela membasuh baju dan seluar tidak dimaklum sepatah pun. Inilah yang membuat peristiwa liwat Anwar Ibrahim semangkin berserabut. Pak saudara dan tunang pula yang lebih.

Sesiapa yang berminat untuk mengikuti cerita Saiful di liwat, mangkin sehari mangkin bercelaru, apatah lagi pemimpin negera Pak Lah berkata dalam negara ini sudah banyak fitnah. Siapa yang fitnah siapa.

Kepada peminat kes ini saya syorkan:-

  • 1. Cari Siapa Ayah Saiful iaitu Azalan, Dimana dia bekerja?.
  • 2. Jelujur siapa tunang Saiful iaitu Janna Syarizat, Siapa ayahnya dan bekerja dimana.
  • 3. Kenapa Azlan tidak diberi tahu oleh anaknya yang beliau telah di liwat.

Tiga soalan ini mesti ada jawapan, carilah dan anda akan dapat sedikit info untuk menyakin kan siapa fitnah siapa.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "kerana mulut badan binasa".

Saturday, July 5, 2008

Betul kah Pemuda UMNO tidak 'dayus'.?

terkejut membaca laman web malaysiakini, berhubung kenyataan sdr Azeez, calun Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Baling yang kalah pada pilihanraya lalu (dulunya kawasan ini kepunyaan Barisan Nasional (BN) yang mengatakan Pemuda UMNO bukan dayus tapi taat kepada parti dan ketua membuat hati saya tertanya tanya.

Sejak bila Pemuda UMNO taat kepada ketua, dalam exco pemuda berapa orang sangat yang taat kepada Dato' Hisham dan bersetia untuk mempertahankan beliau dalam suasana beliau diasak oleh rakankongsi BN yang tidak melayu mempertikaikan beliau apabila beliau mencium keris dulu.

Sehingga memaksa beliau secara tersirat memohon maaf sekiranya isu keris boleh menghancurkan negara, dan ada pula suara melayu menghentam beliau kerana memohon maaf walaupun perbuatan beliau itu ada agenda yang tersirat untuk politik orang melayu. Tak ada gerakan dari pemuda UMNO termasuk Azzez untuk menerangkan apa sebenarnya muslihat Dato' Hisham memohon maaf dalam isu tersebut untuk kepentingan politik orang melayu.

Sangat betul kepada ahli ahli parti untuk mempertahankan Pak Lah dan Dato' Seri Najib dalam keadaan mereka diserang oleh parti pembangkang, terutamanya Pemuda UMNO, tapi cara bertindak hanya dengan mengeluarkan kenyataan dan hanya mengadakan persidangan akhbar tidak memberi apa apa kesan bahkan tambah bercelaru lagi kalau orang yang buat kenyataan akhbar atau sidang akhbar itu tidak faham apa yang beliau sendiri cakap.

Buat apa kita kata tidak dayus, sedangkan umum tahu sebenarnya kita dayus, begitu juga buat apa kita kata kita taat kepada ketua, sedangkan orang dapat menilai sebenarnya tindakan kita jelas tidak setia dan taat kepada ketua. Apakah tujuan hanya hendak membodek.

Tak usah nak tunjuk hero, kalau hero hanya setakat bercakap tanpa tindakan dan perancangan bagi menangkis tuduhan terhadap ketua, carilah sejuta bukti yang boleh melemahkan pihak musuh sama ada dalam negeri ataupun luar negeri dan keluarkan bukti yang kukuh yang boleh menghancurkan tektik pihak musuh. Itulah hero namanya.

Bak kata ayat Ayat CINTA, "hendak seribu daya".

Friday, July 4, 2008

Bulan 'Rejab', Bulan untuk bermuhasabah diri.


Tahniah ! Diucapkan kepada muslimin dan muslimat yang berpuasa hari ini sempena kedatangan bulan 'rejab'. Sersungguhnya marilah kita berbanyak syukur kepada Allah swt kerana masih memanjangkan umor kita dan sekali lagi sempat kita menyambut bulan 'rejab' ini yang bermaksud berada dalam bulan Allah yang mana pada bulan ini marilah kita sama sama berbakti dan bermuhasabah diri.

Begitu juga disarankan kepada pemimpin melayu masa kini tak kira dari fahaman politik mana, keturunan mana, kelompok mana, demi untuk berbakti kepada Bangsa dan Negara mereka semua hendaklah bermuhasabah diri, tolak lah sifat dengki dalam diri, hindir lah fitnah dan menfitah, bertaubatlah, laksanakan tugas dan amanah ke jalan yang benar yang diredha oleh Allah swt.

Jangan hanya pandai mendabik dada, semua yang orang buat salah dan tak betul, kita saja yang pandai sehingga menjadi riak, takbur dan sombong. Insaflah, satu hari nanti jadi tanah juga kita ini, hidup tak akan bertongkat langit selama-lamanya, jawatan juga akan hilang satu hari nanti, hanya yang berbedza ada manusia yang kaya dan ada yang miskin.

Biar miskin harta tapi kaya amalan dan budi bahasa yang akhirnya membawa kita ke syurga, buat apa kaya raya dari harta rompakan khazanah negara yang akhirnya papa kedana pahala dan iman yang akhirnya mejurus kita ke alam neraka.

Dan kecelakaan akan terus menimpa, sekiranya manusia yang diamanahkan sebagai pemimpin terus menerus bermusuhan, cela mencela, aib mengaibkan diantara kita. Amalan yang memangnya tidak disukai olah pencipta kita dan apabila Allah murka, maka jahnamlah negara dan hinalah bangsa.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "hidup tidak berguna lagi".

Thursday, July 3, 2008

Umor bersara kakitangan awam 99 tahun?

Kerajaan Malaysia dalam usaha hendak memacukan intergriti dalam perkhidmatan awam telah mengenalkan satu sistem iaitu had umor persaraan kakitangan awam dipanjangkan dari umor 55 tahun kepada 58 tahun. Berbagai bagai reaksi timbul, ada yang suka dan tak kurang juga yang kurang senang.

Katua Setiausaha Negara (KSN), entah apa yang dia buat, tahukah dia ramai kakitangan perkhidmatan awam kurang senang dengan sistem perkhidmatan yang berlaku hari ini, kadang kadang sistem kontrek yang diberi kepada penjawat awam boleh menyekat kenaikan pangkat orang lain. Dengan cara mengekalkan orang kesayangan disatu satu tempat boleh menyekat rezeki orang lain yang sepatutnya dinaikkan pangkat.

Yang sedihnya apabila ada orang yang diturunkan pangkat kerana hendak mengekalkan kroni, walaupun kroni itu umornya sudah lebih 58 tahu dan dah disambung beberapa kali, Inilah penyakit dalam perkhidmatan awam sekarang, yang tentunya pegawai yang terlibat akan rasa kecewa kepada kerajaan, kecewa pada kerajaan bermakna kecewa kepada UMNO dan apabila sesorang itu kecewa maka dia dan anak beranaknya tidak akan sokong lagi kerajaan. Walau pun parti kerajaan UMNO tidak salah tapi UMNO yang menjadi mangsa kerana KSU dan KPPA tidak menasihati Perdana Menteri supaya sistem kontrek jangan diamalkan kerana ianya boleh menyekat peluang pegawai yang lain.

Betulkah sekarang ini masih ada pegawai kerajaan yang umornya sudah melebihi 58 tahun masih disambung perkhidmatannya secara kontrek, kalau betullah apa yang saya dengar ini, maka Ketua Setiausaha Negera (KSN) hendaklah menyiapkan satu kertas cadangan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia, Pak Lah supaya kakitangan perkhidmatan awam ditetapkan supaya umor persaraan hendaklah genap umor 99 tahun. Barulah soal sambung kontrek tidak menjadi isu lagi dan memudahkan sistem perkhidmatan awam.

Nampaknya sistem sambung kontrek ini mengambarkan bahawa Ketua Setiausaha Negara (KSN) gagal dalam melahirkan pejawat awam yang berdidikasi, bagus, berwibawa, berintergriti serta berkualiti kerana sekiranya kerajaan mempunyai cukup pegawai yang baik dan berkualiti maka soal sambung kontrek tidak menjadi isu lagi. Serta pegawai yang cukup umor bersara tidak perlu di disambungkan kontrek lagi dan peluang kenaikan pangkat orang lain akan terjamin.

Cuba bayangkanlah sekiranya kakitangan awam umornya 99 tahun masih berkhidmat, di pejabat akan dipenohi dengan tongkat kerana pegawainya sudah tua dan kalau pegawai itu keturunan india mungkin dipejabat itu dipenohi air air sirih.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "jagalah hati dan perasaan yang lain juga"

Nota:mulai jumaat ini saya ke pendalaman selama 2 hari ini.

Lapuran Anwar Kepada Polis, Siapa Pegawai Penyiasat?

Ekoran Laporan polis yang dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap penyalahguna kuasa oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguan Negara Tan Sri Gani Patail dan Pegawai Polis berpangkat SAC II Dato' Mohd Zain maka Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membuat pengakuan yang BPR akan buka kertas penyiasatan dan nama nama yang disebut oleh DSAI akan disiasat mengikut prosedur biasa.

BPR akan siasat Ketua Polis Negara, siapa yang akan tangkap Ketua Polis Negara sekiranya ada bukti yang beliau menyalahguna kuasa semasa mengendali kes DSAI dulu dan siapa yang akan menjadi pegawai pendakwa sekiranya Peguam Negara juga didapati ada kes penyalahguna kuasa semasa mengendali kes tersebut.

Apa kata kalau saya cadangkan kepada BRP sebelum memulakan penyiasatan eloklah terlebih dahulu memikirkan siapakah yang perlu dilantik bagi menentukan proses penyiasatan, pendakwaan dan hakim yang akan membicarakan., tidak akan dipertikaikan. Mereka ini adalah orang yang paling sesuai untuk dilantik melaksanakan kerja yang berat ini.

  1. Pegawai Penyiasat - Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. Pendakwaraya - Karpal Singh
  3. Hakim - Ian Chin
Barulah rakyat akan menaruh kepercayaan kepada sistem yang ada hari ini, sebab sekiranya BPR melantik pegawainya maka ketelusan akan dipertikaikan apatah lagi diakhir penyiasatan nanti didapati lapuran DSAI kepada polis itu tidak ada pendakwaan yang dibuat oleh BPR.

Sekiranya DSAI diberi tugas dan tanggongjawab bagi menyiasat kes ini, bagaimana agaknya perasaan Musa Hassan dan Gani Patail. Bayangkanlah cara DSAI menyiasat dan bertanya soalan, kerana DSAI telah berpengalaman dengan asakan soal siasat yang dilakukan oleh polis semasa beliau ditahan dalam kes penyalahguna kuasa tahun 1989 dulu.

Orang ramai sekarang menunggu lapuran BRP hasil penyiasatan terhadap Musa Hassan dan Ghani Patail, apa keputusannya, adakah ada kes dan pendakwaan berlaku atau BPR akan serah kertas siasatan kepada Gani Patail untuk pendakwaraya menentukan sama ada mereka yang dilapurkan boleh didakwa ataupun tidak.

Satu lagi ujian terhadap kerajaan yang dipimpin oleh Pak Lah.

Bak kata Ayat Ayat CINTA, "api sudah mula membara"

Wednesday, July 2, 2008

berCINTA lah, jangan main belakang.

Pada 26hb. Jun 2008. Dimana kamu wahai Dato' Seri Anwar Ibrahim. Boleh kamu ceritakan dari pagi hingga ke malam kamu berada dimana dan dengan siapa kamu bertemu disepanjang hari tersebut, Ceritakan kepada Mahkamah, Hakim mahu dengar. Itulah diantara soalan yang akan ditanya oleh pendakwaraya sekiranya Dato' Seri Anwar didakwa dimahkamah nanti.

Sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh menafikan yang beliau tidak ada bersama Saiful Bahari pada 26hb. Jun 2008 diantara jam 6 pagi hingga 12.00 tengah malam, maka mungkin pindaan tarikh akan berlaku sekali lagi sekiranya betul betul ada konsperasi dalam kes liwat yang dituduh terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan sekiranya tarikh dan tempat tidak diubah maka tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim tergugur dengan sendirinya.

Dalam kes liwat ke 2, DSAI ini, apakah peribahasa ' Kalau tak ada angin tak kan pokok akan bergoyang' boleh dipakai. atau peribahasa ini tidak sesuai langsung diguna pakai kerana kes ini adalah kes melampau yang boleh mengaibkan umat Nabi Muhammad. Kes ini perlu disegerakan penyiasatan kerana ia ada hubung kait dengan suasana politik negara pada masa ini dan juga orang yang dituduh DSAI adalah orang yang berpontasi untuk jadi pemimpin negara selain dari Dato' Seri Najib dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Rata rata rakyat Malaysia hanya mengharapkan 3 orang ini saja yang boleh menggantikan Pak Lah buat masa terdekat ini iaitu Dato' Seri Najib sekiranya peralihan kuasa berlaku dengan bersopan atau YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang dijangka menang jawatan Presiden UMNO sekiranya cukup pencalunan atau Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya dalam masa terdekat ini terdapat Ahli Parlimen daripada BN melompat menyertai Parti Pakatan Rakyat dan yang paling lama setelah selesai pilihanraya yang ke 13 nanti.

Pak Lah mahu atau tidak mahu akan berhenti juga dari jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, kalau tidak tahun ini mungkin tahun 2009, kalau tidak 2009 tentulah sehingga ke mati, ertinya Perdana Menteri akan bertukar. Kalau 3 orang yang saya sebut tadi tidak sempat untuk mengganti Pak Lah maka generasi pelapis akan mengambil alih seperti Dato' Hisahmuddin Tun Husein yang telah dilatih oleh UMNO bagi mewarisi kepimpinan negara.

Dan bagi mengelak keadaan ekonomi negara terjejas teruk dan kesetabilan politik melayu terancam, maka eloklah pemimpim melayu yang berugama duduk semeja untuk mencari penyelesaian politik, dengan satu agenda iaitu agenda 'CINTA'. cinta pada Agama, cinta pada Bangsa, cinta pada Negara.

Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia hendaklah menjemput, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Syed Husein, Tuan Haji Hadi Awang, Tuan Guru Nik Ab. Aziz dan Semua Mufti duduk berbincang soal CINTA dengan segera sebelum perasaan cinta diantara meraka telah pudar dan tawar.

Bak kata Ayat Ayat CINTA,"usik mengusik membawa bahagia".

Tuesday, July 1, 2008

'Sistem Kroni' yang menyusah lagi merugikan...

yang ku dengar

Akan ada pendedahan berhubung dengan konsperasi tuduhan terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat pada tahun 1998, tentang bagaimana cara soal selidik terhadap yang dituduh diaturkan dan bagaimana cara pendakwaan dilakukan dan bagaimana para pelakun diarah dengan skrip yang disediakan dan bagaimana keputusan penghakiman akan dijatuhkan. Ini semua adalah andaian sekiranya berlaku pendedahan.

Tapi yang nyata sekarang ini soal kroni disemua jabatan kerajaan, bagaimana pihak JPA dan KPPA berserta dengan Ketua Setiausaha Negara mengamalkan semangat kronisma yang banyak menyakitkan hati para penjawat perkhidmatan awam yang mengharapkan kenaikan pangkat berlandaskan ketelusan.

Cuba tanya penjawat awam peringkat TKSU, KP, TKP, SUB, KPSU, PSU dan sebagainya, apakah mereka itu suka dengan keadeh dan cara kenaikan pangkat yang diamalkan oleh KSN, JPA & KPPA sekarang ini, kenapa satu dua line saja pegawai pegawai di naik kan pangkat, line yang ada kena mengena dengan KSN dan KPPA mudah dan cepat mendapat tempat kenaikan pangkat dan ditempatkan ditempat yang startegi, kalau tak ada line terperuklah mereka itu walaupun sudah dapat dua ataupun tiga kali sijil khidmat cemerlang.

Begitu juga di jabatan Polis, dengarnya mesti ada cable baru kedudukan seseorang itu akan selesa, walaupun dah di war war kan akan kenaikan pangkat dan sudah pun diarah untuk bertukar tapi apabila cable nya tidak kuat maka pertukaran dibatalkan dengan serta mereta dan kenaikan pangkat pun ditangguhkan segera.

Apakah kerajaan Pak Lah sekarang ini sudah pakai skrip, maka yang patut dahulu tidak didahulukan dan yang patut kamudian didahulukan pula. Kenapa sistem kroni masih diamalkan dizaman Pak Lah mahu membentuk kerajaan adil dan bersih serta telus dalam mengamalkan tindakan kearah kerajaan cemerlang dan terbilang. Tapi sayang mereka yang diberi tanggongjawab bagi memikul amanah kerajaan nampaknya gagal mengamalkannya.

Yang terdapat kini adalah sampah sarat yang disuruk dibawah permaidani supaya tidak nampak kelabu oleh Pak Lah dan kroni mereka akan bersorok dan berseronok kerana mendapat ganjaran dan upah yang lumayan walaupun dulu kerja tak seberapa.

Wahai Pak Lah, tolong selak selaklah dibawah dan beri lah hak mereka (pegawai penjawat awam atau pun polis) menduduki ditempat mereka yang sepatutnya, kerana jangan nanti kesilapan tidak menunaikan tuntutan kakitangan awam sebelum pilihanraya lalu yang menyebabkan mejoriti mereka tidak menyokong BN akan merebak dan mengakibatkan jatuhnya kerajaan yang ada kerana tidak prihatin diatas ketidakpuasan hati mereka.

Bak kata Ayat Ayat CINTA," jangan menyombong diri".